Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
Published byHartanti Halim Modified over 6 years ago
1
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) BAGI GURU SEJARAH TINGKATAN 5
TAHUN 2013 Penggubal Modul : Dr. Fatimah binti Mohd. Dahalan (IPGKT) Dr. Ramli bin Saadon (IPGKBM) Dr. Chiang Ee Fong (IPGKIK) Dr. Ismail bin Said (IPGKP) Pn. Norhani Bebe binti Alta Miah (IPGKI) Pn. Masriyah binti Misni (IPGKT) Pn. Siti Rukiah binti Jaafar (IPGM)
2
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS “MENILAI”
Membuat pertimbangan, berhujah,membuat keputusan, penilaian dan kesimpulan Merupakan kemahiran menyusun, membuat hirarki, menilai sendiri, membuat keputusan, membuat kesimpulan dan mentafsir
3
KATA KERJA ARAS MENILAI
Membahas Memilih Mengadili Mengesahkan Memutuskan KATA KERJA ARAS MENILAI Menentukan Membenarkan Menilai Mengutamakan Beri Hujah Membincang Mengesyorkan Memberi Kadar
4
CONTOH SOALAN ARAS MENILAI
Adakah terdapat satu penyelesaian yang lebih baik untuk ... Nilaikan.. Bolehkah anda mempertahankan kedudukan anda tentang ...? Sejauhmana anda bersetuju ... ? Bagaimana anda akan mengendalikan ...? Apakah yang mengubah pandangan... Adakah anda akan mengesyorkan? Adakah berkesan jika ...? Apakah perasaan anda jika ...? Apakah pendapat anda tentang ...?
5
CONTOH HASIL/TUGASAN Sediakan satu senarai kriteria untuk menilai ... atau menunjukkan... Jalankan perbahasan tentang sesuatu isu atau kepentingan ... Buat buku catatan 5 peraturan yang anda anggap penting...beri justifikasi Membentuk panel / forum untuk membincangkan pandangan tentang sesuatu isu/ peristiwa... Tulis sepucuk surat kepada ... memberi nasihat mengenai perubahan yang diperlukan di ...
6
STRATEGI UTAMA PENGAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR
BOLEH DIKLASIFIKASI KEPADA BEBERAPA KATEGORI IAITU; Strategi pemusatan guru. Strategi pemusatan murid. Strategi berasaskan sumber/ bahan. Strategi berasaskan tugasan/ aktiviti. Strategi / teknik penyoalan.
7
STRATEGI / TEKNIK PENYOALAN
Tujuan penyoalan Untuk menilai pengetahuan sedia ada murid. Untuk menimbulkan minat. Untuk membina pemahaman. Untuk membina sikap dan penghayatan. Untuk mengukuhkan pembelajaran. Untuk meransang pemikiran kritikal. Untuk menilai kemajuan pembelajaran. Untuk mencari sebab atau penjelasan. Untuk meneroka pandangan alternatif. Untuk mengkaji implikasi dan akibat.
8
CONTOH 1 SOALAN ARAS MENILAI STRATEGI /TEKNIK PENYOALAN
Perjuangan orang Melayu menentang British dikatakan sebagai kebangkitan gerakan nasionalisme. Berdasarkan peristiwa pembunuhan J.W.W.Birch di Pasir Salak, sejauhmanakah anda bersetuju dengan tindakan Dato’ Maharajalela dan orang-orangnya di Perak terhadap Birch. Adakah terdapat satu penyelesaian yang lebih baik untuk menyelesaikan isu ketidakpuashatian terhadap isu pentadbiran yang dibuat Birch sehingga beliau dibunuh. Beri pandangan anda .
9
CONTOH 2: SOALAN ARAS MENILAI STRATEGI /TEKNIK PENYOALAN
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai ciri-ciri sebuah negara bangsa moden seperti wilayah, pengaruh, rakyat, kerajaan, kedaulatan, dan undang-undang. Hukum Kanun Melaka merupakan salah suatu warisan KMM yang diikuti oleh beberapa buah negeri di Tanah Melayu bagi menubuhkan undang-undang negeri masing-masing. Berdasarkan pengetahuan anda, bincangkan sejauhmana elemen undang-undang dalam Hukum Kanun Melaka dijadikan asas Enakmen Keluarga Islam di Negeri-negeri Melayu sehingga ke hari ini.
10
Bina tiga soalan aras menilai berdasarkan tayangan video tersebut.
STRATEGI / TEKNIK PENYOALAN Tujuan penyoalan CONTOH TUGASAN TAYANGAN VIDEO “LAUNGAN KEMERDEKAAN ” Berdasarkan tayangan video laungan kemerdekaan, syorkan/ bahaskan sumbangan yang boleh anda berikan kepada negara ke arah mengekalkan kedaulatan dan kemerdekaan negara yang sudah 56 tahun merdeka. Bina tiga soalan aras menilai berdasarkan tayangan video tersebut.
11
SOALAN SESI BENGKEL SOALAN TUGASAN 1: Berdasarkan salah satu tema Tingkatan 5, buat satu bentuk RPH yang memfokuskan kepada aktiviti PdP dengan mengaplikasi penguasaan pelajar pada aras menilai dalam langkah-langkah pengajaran yang dilaksanakan dalam bilik darjah sejarah.
12
SOALAN SESI BENGKEL SOALAN TUGASAN 2 Berdasarkan tema Tingkatan 4 “Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara”, bina 3 soalan aras tinggi yang menggambar- kan anda sebagai guru menjalankan strategi penyoalan aras menilai dalam aktiviti penyoalan sesi forum yang dipengerusikan oleh anda sendiri . Pilih soalan yang paling mencabar yang ditimbulkan dalam kumpulan anda- beri justifikasi dan tunjukkan langkah-langkah penyoalan aras menilai yang tepat dan terancang.
13
SOALAN SESI BENGKEL SOALAN TUGASAN 3: Berdasarkan mana-mana tajuk dari tema Tingkatan 5, dengan menggunakan Peta Pemikiran Pelbagai Alir ( multi- flow map i-Think), yang melibatkan proses pemikiran sebab dan kesan/akibat (analyzing cause and effect) cadangkan satu bentuk aktiviti kumpulan tentang tajuk yang dibincangkan itu, berdasarkan mana-mana kata-kata kunci berikut; Sebab dan kesan… Bincangkan kesan/ pengajaran… Apakah yang akan berlaku sekiranya…? Kenalpasti keputusan daripada…..
14
RUMUSAN PENYOALAN YANG BERKESAN ADALAH SATU ASET YANG PENTING BAGI SETIAP GURU. SAMA SEPERTI SEORANG MEKANIK YANG BAIK MEMILIH ALAT YANG TEPAT DAN SESUAI UNTUK KERJA DAN MENGGUNAKANNYA DENGAN BETUL. SEORANG GURU YANG BAIK MENGGUNAKAN SOALAN YANG SESUAI DENGAN TAHAP MURID DAN TEKNIK PENYOALAN YANG BAIK DAN BERKESAN. ( Willian G Camp, Virginia Polytechnic Institute and State University)
15
KESIMPULAN “TEACHING IS LESS WHAT ABOUT THE TEACHER DOES THAN ABOUT THE TEACHER GETS THE STUDENT TO DO. THE TEACHER MUST ARRANGE FOR THE STUDENT TO THINK WITH AND ABOUT THE IDEAS THEY ARE LEARNING FOR AN EXTENDED PERIOD OF TIME, SO THAT THEY LEARN THEIR WAY AROUND A TOPIC .” ( PERKINS, 1993)
16
SEKIAN TERIMA KASIH SELAMAT BERBENGKEL
Similar presentations
© 2025 SlidePlayer.com. Inc.
All rights reserved.