Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

AKTA RAHSIA RASMI 1972 [AKTA 88]

Similar presentations


Presentation on theme: "AKTA RAHSIA RASMI 1972 [AKTA 88]"— Presentation transcript:

1 AKTA RAHSIA RASMI 1972 [AKTA 88]

2 SKOP CERAMAH Pengenalan Latar Belakang Definisi
Peruntukan Akta Rahsia Rasmi Peruntukan Kesalahan-kesalahan Contoh-contoh: Kes-kes Pendakwaan

3 Pengenalan Akta 88 Suatu Akta bagi meminda dan menyatukan undang- undang berhubung dengan perlindungan rahsia rasmi. (1hb. Oktober 1972)

4 Latar Belakang Akta Rahsia Rasmi di Malaysia:
Negeri-negeri Selat (Official Secret Ordinance Settlement Straits cap 102) Negeri-negeri Bersekutu (Official Secret Enacment 1920) Negeri-negeri Tidak Bersekutu (OSA 1939) Negeri Johor (Official Secret Enacment 1923) Negeri Sabah (Official Secret Ordinance 1921) Negeri Sarawak (Official Secret Ordinance 1939)

5 Latar Belakang Akta Rahsia Rasmi di Malaysia: 1950 – Semua undang-undang berkaitan Rahsia Rasmi (kecuali Sabah dan Sarawak) digabungkan sebagai Official Secret Ordinance Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88)

6 Latar Belakang - Pindaan
Tafsiran Agen Negara Asing Penalti Pengintipan Peraturan oleh Menteri Pindaan 1986 Tafsiran Rahsia Rasmi Pengelasan Perlantikan Pegawai Awam Pengelasan Semula Perakuan oleh Penjawat Awam Pembelaan yang sedia ada Pindaan Peruntukan – Mandatori

7 Definisi: Rahsia Rasmi
“rahsia rasmi” bermaksud apa-apa suratan yang dinyatakan dalam Jadual dan apa-apa maklumat dan bahan-bahan berhubungan dengannya dan termasuklah apa-apa suratan rasmi, maklumat dan bahan lain sebagaimana yang boleh dikelaskan sebagai “Rahsia Besar’, “Rahsia’, `Sulit’ atau `Terhad’, mengikut mana yang berkenaan, oleh seorang Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri atau mana-mana pegawai awam yang dilantik di bawah Seksyen 2B

8 Jadual Akta Rahsia Rasmi 1972
Suratan, rekod keputusan dan pertimbangan Jemaah Menteri termasuklah juga suratan, rekod keputusan dan pertimbangan jawatankuasa-jawatankuasa Jemaah Menteri.

9 Jadual Akta Rahsia Rasmi 1972
Suratan, rekod keputusan dan pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri termasuklah juga suratan, rekod keputusan dan pertimbangan jawatankuasa-jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

10 Jadual Akta Rahsia Rasmi 1972
Suratan berkenaan dengan keselamatan negara, pertahanan dan perhubungan antarabangsa.

11 Rahsia Rasmi - Dalam/Luar Jadual
Dalam Jadual Luar Jadual Keputusan pertimbangan Jemaah Menteri Yang diperingkatkan sebagai RAHSIA BESAR/ RAHSIA/ SULIT/TERHAD oleh seorang Menteri/Menteri Besar/ Ketua Menteri sesuatu negeri/mana-mana pegawai awam yang dilantik dibawah seksyen 2B Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Suratan mengenai - keselamatan negara - pertahanan - perhubungan antarabangsa

12 Contoh:- RAHSIA BESAR (i) Kertas-kertas Jemaah Menteri yang sangat penting mengenai dasar utama Kerajaan berkaitan perkara-perkara politik dan ekonomi. (ii) Maklumat-maklumat yang sangat penting mengenai perancangan gerakan dan penempatan barisan peperangan angkatan tentera jika berlaku perang. (iii) Surat-menyurat dengan Kerajaan negara asing mengenai aspek perdagangan dan pertahanan yang amat penting. (iv) Maklumat lengkap berkenaan dengan pertubuhan-pertubuhan perisikan Malaysia dan kaedah-kaedahnya.

13 Peruntukan Akta Rahsia Rasmi
Seksyen 2A – Menambah, memotong atau meminda Jadual. Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menambah, memotong atau meminda mana-mana peruntukan Jadual kepada Akta ini.

14 Peruntukan Akta Rahsia Rasmi
Seksyen 2B – Perlantikan pegawai untuk mengelaskan suratan rasmi, dsb. Seseorang Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri boleh melantik mana-mana pegawai awam melalui suatu perakuan di bawah tandatangannya untuk mengelaskan apa-apa suratan rasmi, maklumat atau bahan sebagai `Rahsia Besar’, `Rahsia’, `sulit’ atau bahan sebagai `Rahsia Besar’, `Rahsia’, `Sulit’ atau `Terhad’, mengikut mana yang berkenaan.

15 CONTOH AKTA RAHSIA RASMI 1972
PERLANTIKAN DI BAWAH SEKSYEN 2B Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh Seksyen 2B Akta Rahsia Rasmi 1972 [akta 88], saya Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dengan melantik Encik Mahmood bin Adam Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Jabatan Perdana Menteri Seorang pegawai awam untuk mengelaskan apa-apa suratan rasmi, maklumat atau bahan sebagia “Rahsia Besar”, “Rahsia”, “Sulit” atau “Terhad”. (ABDULLAH BIN HJ. AHMAD BADAWI) PERDANA MENTERI MALAYSIA Bertarikh: 21 Februari 2005’ PM®10308/3 CONTOH

16 Peruntukan Akta Rahsia Rasmi
Seksyen 2C – Pengelasan Semula Rahsia Rasmi Oleh Menteri Atau Pegawai Awam Seseorang Menteri atau pegawai awam yang dipertanggungjawabkan dengan apa-apa tanggungjawab terhadap mana-mana Kementerian, jabatan atau mana-mana perkhidmatan awam atau Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu negeri atau ketua pegawai yang menjaga hal-ehwal pentadbiran sesuatu negeri boleh, pada bila-bila masa, mengelaskan semula apa-apa suratan yang dinyatakan dalam Jadual atau apa-apa suratan rasmi, maklumat atau bahan sebagaimana yang telah dikelaskan dan selepas pengelasan semula itu, suratan, maklumat atau bahan tersebut hendaklah terhenti menjadi rahsia rasmi.

17 Peruntukan Kesalahan Seksyen 3 – Penalti bagi Pengintipan
Jika, bagi apa-apa maksud yang mudarat kepada keselamatan atau kepentingan Malaysia, seseorang: menghampiri, memeriksa, melalui atau berada di sekitar atau memasuki sesuatu tempat larangan Membuat sesuatu suratan yang dikira menjadi atau yang mungkin atau yang dimaksudkan menjadi berguna secara langsung atau secara tidak langsung kepada sesuatu negeri asing Mendapatkan, mengumpul, merakam, menyiar atau menyampaikan kepada seseorang lain sesuatu perkataan kod, isyarat timbal, atau kata jodoh rasmi yang rahsia, atau apa-apa benda, suratan atau maklumat yang dikira menjadi atau yang mungkin menjadi berguna secara langsung atau tak langsung kepada sesuatu negeri asing Boleh dihukum dengan penjara seumur hidup

18 KEGIATAN PENGINTIPAN Dengan Cara:
1. Menyamar diri sebagai penjawat awam. 2. Memasuki pejabat (menceroboh) bagi tujuan mencuri, menyalin atau mengambil gambar. 3. Memintas, mencuri atau menyalin dokumen terperingkat semasa dalam perjalanan pos atau pembawa. 4. Memeras, mendesak atau memujuk orang-orang yang dibenarkan ekses kepada maklumat-maklumat terperingkat untuk mendapatkannya. 5. Mencuri dengan percakapan telefon atau menggunakan alat- alat pandang dengar dan rakaman untuk mendapat maklumat- maklumat terperingkat.

19 Seksyen 4(1) – Larangan Mengambil Atau Membuat Apa- apa Suratan, Ukuran, Ukuran Dalam Atau Kerja Ukur Mengenai Atau Dalam Sesuatu Tempat Larangan Larangan mengambil atau membuat apa-apa suratan, ukuran, ukuran atau kerja ukur mengenai atau dalam sesuatu tempat larangan adalah suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu (1) tahun tetapi tidak lebih daripada (14)empat belas tahun.

20 Seksyen 7A – Kewajipan Melapor Permintaan Bagi Maklumat Dan Lain-lain
Seseorang yang dengan apa juga cara dihampiri oleh mana-mana orang lain secara langsung atau tidak langsung bagi mendapatkan untuk atau membekalkan kepada orang lain itu sesuatu rahsia rami atau sesuatu perkataan kod, isyarat timbal atau kata jodoh yang rasmi yang: Berhubungan dengan sesuatu tempat larangan … Berhubungan dengan kelengkapan perang dan … Telah dibuat atau didapatkan bersalahan dengan Akta ini, atau Telah atau didapati, atau dia mempunyai akses atas kedudukannya sbg penjawat awam.. Selain dari menjalankan tugasnya, hendaklah dengan serta merta melaporkan perhubungan itu kepada pegawai polis yang berpangkat Inspektor atau ke atas, jika pegawai awam adalah mencukupi melaporkan secara bertulis kepada ketua jabatan … Pelanggaran subseksyen di atas boleh dihukum dengan penjara selama tidak kurang daripada satu (1) tahun tetapi tidak lebih dari lima (5)tahun.

21 Seksyen 7B – Meletakkan Diri Ke Dalam Kepercayaan Agen Negara Asing
Seseorang yang melakukan apa-apa perbuatan supaya meletakkan atau mungkin meletakkan dirinya dalam kepercayaan mana-mana agen negara asing adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu(1) tahun tetapi tidak lebih daripada lima (5)tahun.

22 Seksyen 8(1) – Menyampaikan Rahsia Rasmi Dengan Salah
Menggunakan Tidak menjaga rahsia rasmi dengan cara yang berpatutan, atau Bertingkah laku sehingga membahayakan keselamatan sesuatu rahsia rasmi Penjara tidak kurang daripada 1 tahun tetapi tidak lebih daripada 7 tahun.

23 Seksyen 9(2) Jika, Bagi Apa-apa Maksud Yang Mudarat Kepada Keselamatan Atau Kepentingan Malaysia, Seseorang: Menyimpan suratan rasmi Membenarkan seseorang lain memiliki … Tidak memulangkannya … Ada dalam miliknya sesuatu anak kunci … Dengan diketahui membuat pernyataan palsu Adalah suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara selama tempoh tidak kurang dariapda satu tahun tetapi tidak lebih daripada 7 tahun

24 Seksyen 11 – Kewajipan memberi maklumat diminta oleh:
Jika seseorang mempunyai maklumat di bawah akta apabila diminta oleh : Pegawai polis berpangkat lebih tinggi daripada inspektor Anggota angkatan tentera Pegawai awam yang diberi kuasa oleh Menteri Apabila seseorang tidak memberi maklumat yang diminta ia adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak lebih daripada tujuh tahun.

25 Seksyen 13(1) - Melindung Seseorang yang mengetahui atau ada alasan yang munasabah bagi mengesyaki seorang lain hampir hendak melakukan atau telah melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta: Melindungi orang lain itu; atau Membenarkan orang lain itu bertemu atau berhimpun di mana-mana premis yang didudukinya … Penjara selama tempoh tidak kurang daripada 1 tahun tetapi tidak lebih daripada 7 tahun

26 Seksyen 13(2) - Melindung Jika seseorang tidak menzahirkan apabila diminta maklumat tentang Seksyen 13(1) maka ia adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara tidak lebih daripada 7 tahun atau denda tidak lebih 10,000 atau penjara dan dengan itu kedua-duanya.

27 Seksyen 14 – Percubaan, Pengapian Dan Sebagainya
Jika seseorang: Mencuba melakukan sesuatu kesalahan Mengajak-ajak atau mengapikan atau berusaha memujuk atau bermuafakat … Membantu/menyubahati/melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan … Maka ia boleh dikenakan hukuman-hukuman yang sama, dan diambil tindakan dengan cara yang sama seolah-olah ia telah melakukan kesalahan itu.

28 Seksyen 16A – Perakuan Oleh Pegawai Awam Menjadi Keterangan Yang Konsklusif
Suatu perakuan oleh seorang ketua pentadbiran awam bagi mana-mana perkhidmatan awam … atau oleh ketua pegawai yang menjaga hal-ehwal pentadbiran sesuatu Negeri yang memperakukan sesuatu suratan rasmi, maklumat atau bahan dengan menyatakan yang ianya suatu rahsia rasmi hendaklah menjadi keterangan yang konklusif bahawa suratan, maklumat atau bahan itu adalah suatu rahsia rasmi dan tidaklah boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa jua alasan.

29 Seksyen 17A – Pembelaan Sedia Ada Kepada Pegawai Awam
Mana-mana orang yang dipertuduh dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini tidaklah boleh disabitkan jika dia membuktikan yang dia melakukan mana- mana perkara itu dalam menjalankan tugas rasminya atau dengan kuasa sepatutnya.

30 Seksyen 30A – Menteri Boleh Membuat Peraturan-peraturan Bagi Melaksanakan Maksud Akta Ini
menetapkan cara mengelaskan maklumat, suratan dan bahan-bahan lain Menetapkan prosedur bagi pengendalian, penyimpanan dan penghantaran suratan rahsia rasmi dan maklumat-maklumat lain Menetapkan cara melupuskan suratan rasmi yang dibuang Menetapkan cara penyampaian maklumat rasmi Menetapkan semua perkara lain yang perlu bagi melindungi keselamatan atau kerahsiaan mana-mana maklumat atau benda Membuat peruntukan mengenai kesalahan dan penalti-penalti tidak melebihi denda sebanyak lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun kerana melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan; dan Membuat peruntukan mengenai hal mengkompaun mana-mana kesalahan seperti itu.

31 Personaliti yang disabitkan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972
Contoh Kes Pendakwaan Personaliti yang disabitkan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972

32 Contoh Kes: Personalilti Yang Disabitkan Di Bawah Akta Rahsia Rasmi 1972
Bil Nama Perkara 1. Y.B. Lim Kit Siang v PP(1980) Tender untuk membeli “Fast Strike Craft ” – sbg ahli parlimen dapat melalui pos dok kontrak pembelian kapal laju TLDM – dedah dgn bt sdg akhbar . 2. Y.B. Dato’ Hj. Dzulkifli bin Datuk Hamid (bekas Naib Presiden USNO) Dasar Kerajaan Negeri mengenai `Philipines Refugees’ dalam NST 9 Jan. 1978 - Dokumen rahsia dari Ketua Menteri Sabah kpd Menteri Luar Negeri 3. P.Patto (DAP) Menerbitkan maklumat berkenaan tender untuk memberli `Fast Strike Craft for RMN’ di akhbar Rocket bertajuk “Corruption in Navy $166 million Navy Scandle 25 Mei 1981

33 4. 5. 6. Nama Perkara James Clovis Clad
Bil Nama Perkara 4. James Clovis Clad Ketua Biro `Far Eastern Economic Review in K.L’ Laporan Kabinet “A managed and controlled relationship with the Peoples of Republic of China” 14 Oktober 1985 5. Sabry Sharif Wartawan Akhbar NST Kajian Struktur Kekuatan TUDM kes 24 Januari 1986 – menerima dok rahsia ketenteraan milik kerajaan persekutuan dengan menyiarkan bawah tajuk‘ Air Force proposes purchase of four Awacs’ 6. Phang Ah Hee (Bekas Timbalan Pendakwaraya Memiliki Salinan Photostat : IGPSO Ampang Police Invesitgation Paper No. 139/85 Sentul Police Investigation Paper No. 1146/86 Oktober 1986

34 Nama Perkara 7. H.M. Hazle b Piee PAR Kem. Perdagangan
Bil Nama Perkara 7. H.M. Hazle b Piee PAR Kem. Perdagangan Kertas soalan B. Malaysia I & II Peperiksaan SPM 1989 (26 Okt. 1986) 8. Ainor Rashid Abd. Karim PAR Jabatan Pendididkan Shah Alam 9. Ezam Noor Memiliki maklumat rahsia dan mendedahkan kepada pemberita pada 6 Nov (dibebaskan dari pertuduhan pada 15 Apr. 2003) – laporan siasatan BPR terhadap Menteri Perdagangan Dlm Neg (TS Rafidah dan Ketua Men Melaka(TS Rahim TC)

35 Nama Perkara 10. Mohd Zairi Rasidi Abd Hadi
Bil Nama Perkara 10. Mohd Zairi Rasidi Abd Hadi (pesakit klinik psikiatri PPUKM) 2013 Melanggar kerahsiaan kerana mendedahkan rekod perubatan kepada pihak ketiga – saksi P nampak 2 defendan mengedarkan salinan mengandungi butiran peribadi dan rekod perubatan kepada penduduk termasuk Plaintif sendiri. PPUKM bertanggungjawab memastikan pihak tidak bertanggungjawab mempunyai akses kepada sistem atau orang yang mempunyai akses tidak menyalahgunakannya serta memastikan kerahsiaan maklumat perubatan pesakit dilindungi dan tidak disebarkan sewenang-wenangnya. .

36 Kebocoran Dokumen Kertas Cadangan Urusan Pembelian Tanah Di Pusat Kewangan Tun Razak Exchange (TRX) Akan Disiasat Mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972. 09 Mei 2015 Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan perkara itu berkata, polis telah membuka kertas siasatan bagi kes itu sejurus laporan polis dibuat semalam. “Kebocoran maklumat di peringkat pe­ngurusan Tabung Haji itu kita akan siasat di bawah Akta Rahsia Rasmi. Itu sememangnya bidang kuasa polis. Semalam, Lembaga Tabung Haji menerusi Timbalan Pengarah Urusannya, Datuk Johan Abdullah membuat laporan polis terhadap sebuah laman blog yang membocorkan kertas cadangan pelaburan itu. Menurut Johan, pembocoran maklumat sulit oleh blog itu adalah kesalahan yang serius dan pihaknya kesal kerana banyak fakta telah dimanipulasi sehingga menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai. Antara kandungan laporan polis itu adalah pelaburan Lembaga Tabung Haji sudah melalui proses dalaman, menurut peraturan de­ngan mendapat kelulusan yang betul dan teratur. Menurut Johan, pembocoran maklumat sulit oleh blog itu adalah kesalahan yang serius dan pihaknya kesal kerana banyak fakta telah dimanipulasi sehingga menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai. Antara kandungan laporan polis itu adalah pelaburan Lembaga Tabung Haji sudah melalui proses dalaman, menurut peraturan de­ngan mendapat kelulusan yang betul dan teratur. Malah, Johan turut menyangkal dakwaan pembelian tanah seluas 0.63 hektar (1.56 ekar) bernilai RM188.5 juta adalah untuk menyelamat atau bail out 1MDB selain menafikan beliau ditekan atau menerima panggilan telefon daripada sesiapa dalam membuat keputusan itu.

37 PENGARAH PPUKM, TIGA LAIN DIARAH BAYAR RM400,000 KERANA LANGGAR KERAHSIAAN, MEMFITNAH
Rabu, 30 Oktober 2013 KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memerintahkan pengarah Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan tiga yang lain membayar ganti rugi sejumlah RM400,000 kepada seorang pesakit kerana melanggar kerahsiaan dan memfitnah. Mohd Zairi Rasidi Abd Hadi, 36, merupakan pesakit di Klinik Psikiatri PPUKM, memfailkan saman itu tahun lepas menamakan pengarah PPUKM; Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang menguruskan dan mengendalikan operasi PPUKM; Khairulnizam Nordin dan Zulkefli Mohd Rusly sebagai defendan selepas rekod perubatannya didedahkan kepada pihak ketiga. Mohd Zairi, yang merupakan ketua komuniti di kawasan kejiranannya dan aktif dalam aktiviti pencegahan jenayah di Kg Muhibbah 2 di Puchong, memfailkan saman melanggar kerahsiaan dan memfitnah. Hakim memerintahkan pengarah PPUKM dan UKM membayar sejumlah RM200,000 bagi melanggar kerahsiaan manakala dua lagi defendan diarah membayar sejumlah RM200,000 bagi memfitnah.

38 RUMUSAN RAHSIA RASMI PELANTIKAN PEGAWAI PENGELAS
PENGELASAN SURATAN RASMI PENGELASAN SEMULA SURATAN RASMI KESALAHAN /PENALTI KETERANGAN KONKLUSIF PEMBELAAN SEDIA ADA

39

40 Sekian Terima Kasih


Download ppt "AKTA RAHSIA RASMI 1972 [AKTA 88]"

Similar presentations


Ads by Google