Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

SKS 1034 SISTEM KOMPUTER & SOKONGAN

Similar presentations


Presentation on theme: "SKS 1034 SISTEM KOMPUTER & SOKONGAN"— Presentation transcript:

1 SKS 1034 SISTEM KOMPUTER & SOKONGAN

2 HASIL PEMBELAJARAN Di akhir kursus ini, pelajar boleh:
Melaksanakan prosedur keselamatan di kawasan kerja. Mengenalpasti perkakasan dan fungsi setiap perkakasan dalam sistem komputer. Membezakan antara jenis dan fungsi perisian dalam sistem komputer. Melaksanakan pemasangan dan menaiktaraf sistem komputer.

3 PENILAIAN BERTERUSAN (PB)
KANDUNGAN KURSUS TOPIK HASIL PEMBELAJARAN PENILAIAN BERTERUSAN (PB) KESELAMATAN KOMPUTER KOMPONEN SISTEM KOMPUTER PERKAKASAN KOMPUTER PERISIAN KOMPUTER 1 2 3 4 KUIZ DAN TUGASAN PEMBENTANGAN DAN UJIAN KUIZ , TUGASAN DAN AMALI UJIAN DAN AMALI

4 KESELAMATAN KOMPUTER TOPIK 1.0

5 HASIL PEMBELAJARAN Memahami langkang-langkah keselamatan di dalam makmal komputer. Jenis-jenis kemalangan di dalam makmal. Penyahcas Elektrostatik. Kaedah pencegahan Cas Elektrostatik. Pemasangan perkakasan komputer.

6 PENILAIAN KUIZ 1 TUGASAN 1

7 1.1 JENIS KEMALANGAN DI DALAM MAKMAL

8 1.1 JENIS–JENIS KEMALANGAN
KEJUTAN ELEKTRIK Renjatan elektrik berlaku apabila seseorang tersentuh/terdedah kepada punca elektrik. Arus elektrik yang melalui tubuh badan (badan manusia adalah pengalir elektrik) berpotensi menyebabkan individu itu mengalami kecederaan pada bahagian yang tersentuh (thermal burns), berlakunya kecederaan dalaman pada otot atau organ dan gangguan pada degupan jantung yang boleh mengakibatkan renjatan (cardiogenic shock). Pensyarah menerangkan bagaimana kesan kejutan elektrik boleh berlaku : Renjatan elektrik adalah hazad utama pada manusia. Renjatan elektrik terjadi bila badan atau anggota badan bersentuhan dengan sumber arus elektrik. Arus ini akan mengalir di dalam badan manusia dan terus ke bumi untuk dineutralkan. Kesan renjatan elektrik ini memberi kesan yang serius dan boleh membawa maut. Arus yang mencukupi menyebabkan fungsi anggota badan terjejas seperti kekejangan otot, kegagalan jantung dan melumpuhkan sistem pernafasan.

9 1.1 JENIS–JENIS KEMALANGAN
LANGKAH KESELAMATAN Jangan sesekali pegang wayar hidup dengan tangan. Buang wayar hidup(tutup) apabila membantu pesakit yang terkena kejutan elektrik. Gunakan kasut getah. Tidak memasukkan sebarang bahan logam ke dalam palam suis. JENIS-JENIS KEMALANGAN YANG BERLAKU SEMASA BEKERJA

10 1.1 JENIS–JENIS KEMALANGAN
LANGKAH KESELAMATAN Memastikan soket suis selamat sebelum di gunakan. Pisahkan peralatan lain yang bersambung dengan peralatan yang sedang dibaiki. Putuskan punca bekalan tenaga elektrik sebelum melakukan pemeriksaan kecuali terpaksa. JENIS-JENIS KEMALANGAN YANG BERLAKU SEMASA BEKERJA

11 1.1 JENIS–JENIS KEMALANGAN
KEBAKARAN ELEKTRIK Litar pintas akibat dari retakan penebat kabel. Lebihan beban aliran kuasa Pemanasan setempat pada terminal disebabkan sambungan yang longgar. Pemasangan yang salah iaitu dari segi penggunaan saiz wayar dan fius. Kebocoran arus elektrik disebabkan oleh kerosakan kabel atau penebat. JENIS-JENIS KEMALANGAN YANG BERLAKU SEMASA BEKERJA

12 1.1 JENIS–JENIS KEMALANGAN
LANGKAH KESELAMATAN Alat/bahan mudah terbakar tidak dibawa ke makmal. Amal matikan suis elektrik apabila selesai menggunakannya. Tidak menyalahgunakan alat pemadam kebakaran. Laporkan kepada pihak bertanggungjawab jika ada kerosakan pada  alatan elektrik/disalahgunakan. JENIS-JENIS KEMALANGAN YANG BERLAKU SEMASA BEKERJA

13 1.1 JENIS–JENIS KEMALANGAN
PERHATIAN! Pelajar hanya dibenarkan masuk ke dalam makmal dengan mendapat keizinan atau pengetahuan daripada pensyarah. Pelajar tidak dibenarkan membawa masuk ‘pendrive’ persendirian tanpa mendapat kebenaran pensyarah. Jika berlaku sebarang masalah dengan komputer, laporkan segera kepada guru. JENIS-JENIS KEMALANGAN YANG BERLAKU SEMASA BEKERJA

14 1.1 JENIS–JENIS KEMALANGAN
KECEDERAAN DISEBABKAN PERALATAN Jaga kebersihan makmal dan gunakan terminal yang telah ditetapkan. Pastikan semua suiz telah dimatikan sebelum keluar dari makmal komputer Sentiasa periksa peralatan sebelum memulakan kerja dan simpan di tempat yang selamat selepas digunakan. Sentiasa menggunakan peralatan dengan cara yang betul dan selamat. JENIS-JENIS KEMALANGAN YANG BERLAKU SEMASA BEKERJA

15 1.1 JENIS–JENIS KEMALANGAN
KECEDERAAN DISEBABKAN PERALATAN Pastikan kawasan kerja anda bersih, kemas dan tersusun. Laporkan tentang bahaya, kerosakan atau kemalangan dengan segera kepada pembantu makmal atau pensyarah. Jangan melibatkan diri dengan gurauan kasar dan salah laku dalam apa jua bentuk. JENIS-JENIS KEMALANGAN YANG BERLAKU SEMASA BEKERJA

16 1.2 PENYAHCAS ELEKTROSTATIK

17 1.2 PENYAHCAS ELEKTROSTATIK (ESD)
Terhasil oleh cas elektrik yang terperangkap di dalam penebat. Cas-cas ini mempunyai voltan yang tinggi tetapi arus yang rendah. Kesan elektrostatik ini akan menyebabkan kejutan dan boleh mnyebabkan kerosakan pada komponen elektronik.

18 1.2 PENYAHCAS ELEKTROSTATIK (ESD)
ESD adalah salah satu daripada beberapa perkara individu yang boleh menyebabkan berlakunya kerosakkan atau memusnahkan perkakasan atau komponen komputer. ESD boleh berlaku semasa menggunakan komputer anda dan boleh menyebabkan komponen komputer yang anda sentuh tidak dapat berfungsi dengan baik. ESD boleh berlaku tanpa pengguna rasa kejutan dan hanya berlaku semasa bekerja di bahagian dalam komputer atau mengendalikan kad pengembangan . ESD – ELECTRO STATIC DISCHARGE.

19 1.3 KAEDAH PENCEGAHAN ELEKTROSTATIK DISCHARGE

20 1.3 KAEDAH PENCEGAHAN ESD Kaedah terbaik untuk mencegah ESD adalah dengan menggunakan ESD tali pergelangan tangan , pembumian tikar , atau pembumian meja kerja. Contoh lain seperti beg antistatik, penyembur antistatik dan lantai antistatik.

21 1.3 KAEDAH PENCEGAHAN ESD ESD TALI PERGELANGAN TANGAN
Juga di sebut tali antistatic, ia adalah gelang yang dipakai dipergelangan tangan yang mempunyai wayar yang bersambung antara gelang dan klip untuk dikepilkan pada computer. ia memastikan pengguna sentiasa dibumikan bagi mengelakkan cas elektrostatik yang ada terkena pada peranti yang sensitif dan boleh merosakkan peranti terbabit. Sebuah tali pergelangan tangan anti-statik, ESD tali pergelangan tangan,  atau peranti anti-statik digunakan untuk keselamatan orang yang bekerja dalam peralatan elektronik, untuk mengelakkan penumpukan elektrik statik di tubuhnya, yang boleh menyebabkan elektrostatik (ESD).

22 1.3 KAEDAH PENCEGAHAN ESD ESD PEMBUMIAN TIKAR/MAT
Juga dikenali sebagai tikar antistatic, tikar meja atau tikar lantai berfungsi mengurangkan risiko terkena renjatan cas elektrostatik semasa bekerja pada computer atau peranti yang sensitif dengan cas elektrostatik. Gambar menunjukkan pengguna sedang menggunakan ESD mat sebagai pelapik laptop yang sedang dibaiki.

23 1.3 KAEDAH PENCEGAHAN ESD BEG ANTISTATIK
Antistatik beg merupakan sejenis beg khas yang dihasilkan bagi mengelakkan kehadiran cas elektrostatik didalamnya. Digunakan untuk meletakkan peranti yang sensitif dan mudah rosak akibat kewujudan cas elektrostatik.

24 1.3 KAEDAH PENCEGAHAN ESD SEMBURAN ANTISTATIK
Penyembur antistatic adalah sejenis penyembur cecair yang digunakan untuk menghilangkan cas elektrostatik dan menghalang dari cas tersebut terhasil. Hanya sebahagian perkakasan sahaja yang boleh digunakan.

25 KUIZ 1 Apakah peralatan kecemasan yang diperlukan sekiranya berlaku kemalangan di dalam makmal? Terangkan langkah-langkah untuk mencegah dari berlakunya litar pintas di dalam makmal. Bagaimanakah cas elektrostatik terhasil? Terangkan apakah yang berlaku pada perkakasan elektronik sekiranya terdapat cas elektrostatik semasa kita melakukan kerja-kerja selenggaraan. Senaraikan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk kerja-kerja pemasangan sistem komputer. Pensyarah memberikan kuiz kepada pelajar untuk menguji pemahaman pelajar. - Kuiz Individu (10%)

26 1.4 PEMASANGAN PERKAKASAN KOMPUTER

27 1.4 PEMASANGAN PERKAKASAN KOMPUTER
PERALATAN PEMUTAR SKRU SKRU DAN BOLT PENGIKAT KABEL PLAYAR MUNCUNG TIRUS PENYEPIT BUKU MANUAL/RUJUKAN

28 1.4 PEMASANGAN PERKAKASAN KOMPUTER
PEMUTAR SKRU Peralatan utama dalam proses memasang dan meleraikan perkakasan komputer. Bagi komputer peribadi, pemutar skru yang digunakan bersaiz sederhana dan jenis (+). Pemutar skru saiz kecil dan jenis (+) sesuai digunakan bagi pemasangan komputer riba (laptop). Ini kerana skru yang digunakan adalah kecil dan berkedudukan yang sukar serta sempit.

29 1.4 PEMASANGAN PERKAKASAN KOMPUTER
SKRU DAN BOLT Skru dan bolt diperlukan bagi mengikat kedudukan perkakasan pada kekisi komputer. Skru tambahan diperlukan bagi menggantikan skru yang hilang. Skru khas digunakan bagi mengikat papan induk pada kekisi.

30 1.4 PEMASANGAN PERKAKASAN KOMPUTER
PLAYAR MUNCUNG TIRUS Digunakan bagi mencapai kabel atau skru pada kedudukan yang sukar dicapai. Bentuk muncung yang runcing memudahkan ia mencapai pada celahan dalam komputer dan laptop. Juga boleh digunakan bagi mengikat kabel atau menanggalkan perkakasan yang sukar dilakukan dengan tangan.

31 1.4 PEMASANGAN PERKAKASAN KOMPUTER
PENYEPIT Digunakan bagi menanggalkan ‘jumper’ pada papan induk dan cakera keras. Mencapai komponen yang kecil dalam komputer. Mengelakkan komponen rosak akibat dari tangan pengguna yang basah.

32 1.4 PEMASANGAN PERKAKASAN KOMPUTER
PENGIKAT KABEL Mengikat kabel lebihan dalam komputer untuk tujuan kekemasan.

33 1.4 PEMASANGAN PERKAKASAN KOMPUTER
BUKU MANUAL / RUJUKAN Sebagai rujukan dan panduan dalam pemasangan komponen komputer. Mengandungi maklumat lengkap komputer atau laptop.

34 RUJUKAN

35 BAHAN RUJUKAN keselamatan# Rosenthal, Morris (2008),Computer Repair With Diagnostic Flowcharts: Troubleshooting PC Hardware Problems from Boot Failure to Poor Performance, USA : Lightning Source Inc(ISBN-10: ). Iskandar(2009), Memasang Sendiri Komputer Peribadi,Malaysia:Venton Publishing (M) Sdn.Bhd (ISBN ) Pensyarah menerangkan berkenaan bahan rujukan yang boleh digunakan bagi mendapatkan kefahaman yang lebih banyak.

36 RUMUSAN

37 KESIMPULAN Aspek keselamatan merupakan faktor yang paling penting ditekankan semasa melakukan kerja-kerja amali. Mudah berlaku kemalangan yang mengakibatkan kecederaan sekiranya aspek keselamatan tidak diambil berat. Memastikan semua peralatan diselenggara dengan baik bagi mengelakkan penyalahgunaan dan mudah untuk digunakan. Penting untuk mengetahui kaedah penggunaan peralatan dengan betul. Pensyarah membuat kesimpulan terhadap semua perkara yang telah disentuh di dalam kelas dan menyemak kembali kefahaman pelajar dengan bertanya soalan dan melihat maklumbalas pelajar terhadap soalan yang diberikan. Pensyarah menyatakan terima kasih kepada pelajar terhadap perhatian dan kerjasama yang diberikan semasa kelas berjalan.

38 TUGASAN 1 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DIDALAM MAKMAL KOMPUTER
Pensyarah meminta maklumbalas berkaitan topik di atas. Pensyarah memberikan tugasan kepada pelajar. Tugasan berkumpulan (20%). Membuat poster bergambar saiz A3 mengenai tajuk : Langkah keselamatan dalam makmal komputer. Kaedah pencegahan dan tindakan sekiranya berlaku kebakaran didalam makmal. Kaedah pencegahan dan tindakan sekiranya berlaku renjatan elektrik. Peralatan pemasangan komputer dan fungsi peralatan. Tugasan hendaklah dihantar dengan lengkap pada masa dan tarikh yang di tetapkan oleh pensyarah.


Download ppt "SKS 1034 SISTEM KOMPUTER & SOKONGAN"

Similar presentations


Ads by Google