Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Penggunaan i-Think dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Similar presentations


Presentation on theme: "Penggunaan i-Think dalam Pengajaran dan Pembelajaran"— Presentation transcript:

1 Penggunaan i-Think dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Kumpulan Kuching

2 Pengenalan Pencapaian pelajar Malaysia dalam Trends in Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Program for International Student Assessment (PISA) yang kurang memuaskan. Laporan kajian Kestrel Education (UK) dan 21 Century Schools (USA) mendapati pemikiran aras tinggi guru dan murid Malaysia amat rendah. Di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( ), terdapat 6 aspirasi murid untuk bersaing di peringkat global dan kemahiran berfikir merupakan salah satu aspirasi yang ditekankan.

3 Untuk mengatasi masalah ini, i-THINK telah mula diperkenalkan pada tahun 2011.
i-Think mempunyai 8 peta pemikiran iaitu peta bulatan, peta buih, peta buih berganda, peta pokok, peta dakap, peta alir, peta pelbagai alir dan peta titian. Peta Pemikiran merupakan ALAT BERFIKIR yang membantu membolehkan guru menyampaikan kurikulum yang sedia ada dalam bentuk yang lebih bermakna.

4 i-Think dapat mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif. i-THINK membawa maksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif). Murid perlu dibekalkan dengan kemahiran berfikir. Berdasarkan kajian kecerdasan, Peta Pemikiran telah menggabungkan proses pembelajaran secara kognitif dan maklumat dipersembahkan dalam bentuk visual seperti bentuk grafik.

5 Latar Belakang Instrumen: a) Objektif
Menilai kompetensi guru bagi domain perancangan dan persediaan guru, kaedah penyampaian, penguasaan pembelajaran guru, hasil kerja murid dan penglibatan pelajar. Membantu guru dalam menerapkan proses kemahiran berfikir aras tinggi kepada pelajar melalui Peta Pemikiran.

6 Latar Belakang Instrumen: a) Objektif
Membantu guru dalam mencetus idea pelajar dan meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti. Membantu guru meningkatkan mutu pengajaran yang berkesan. Sebagai program perkembangan profesionalisme guru.

7 Latar Belakang Instrumen: b) Domain
Perancangan dan persediaan Kaedah penyampaian Penguasaan pembelajaran pelajar Hasil kerja pelajar Penglibatan pelajar

8 Domain Perancangan dan Persediaan
Merancang dan menyediakan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) mengikut prosedur yang ditetapkan. Objektif pembelajaran sesuai dengan keupayaan murid Menentukan strategi dan teknik pengajaran Penyediaan aktiviti yang dapat meningkatkan aras pemikiran pelajar. Refleksi dicatat bagi setiap pelajaran dengan merujuk kepada objektif pembelajaran.

9 Domain Kaedah Penyampaian
Dapat memberi penerangan dan arahan dengan jelas. Dapat membimbing pelajar memilih peta pemikiran yang sesuai berdasarkan proses pemikiran. Dapat membimbing pelajar dalam langkah membina peta pemikiran Dapat menjana idea pelajar secara kreatif dan kritis dalam peta pemikiran Dapat mengembangkan soalan dengan menggunakan bingkai rujukan

10 Domain Penguasaan Pembelajaran Pelajar
Pelajar dapat memilih peta pemikiran yang sesuai berdasarkan proses pemikiran Pelajar dapat memberi idea dan maklumat dalam peta pemikiran Pelajar dapat memberi respons dengan tepat terhadap arahan/soalan guru. Pelajar dapat mengaplikasikan pelajaran dalam peta pemikiran. Pelajar menyoal soalan ke arah pemikiran aras tinggi

11 Domain Hasil Kerja Pelajar
Pelajar dapat menghasilkan peta pemikiran dengan kemas dan mematuhi format dan prosedur. Pelajar dapat menyiapkan tugasan yang diberikan. Pelajar dapat melakukan pembetulan bagi tugasan secara konsisten Guru memeriksa dan menilai hasil kerja pelajar. Hasil kerja pelajar dipamerkan di sudut i-Think dalam kelas.

12 Domain Penglibatan Pelajar
Pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti. Pelajar berkerjasama dalam menyelesaikan aktiviti. Pelajar berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala seperti pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan guru. Pelajar berinteraksi secara aktif dengan bahan(peta pemikiran). Pelajar memberi tumpuan terhadap pelajaran sepanjang waktu pembelajaran.

13 Tinjauan Literatur Eric Jensen (1998) merujuk kepada Brain Based Learning, mengatakan 80% daripada informasi yang boleh diterima adalah berbentuk visual dan 40% daripada saraf gentian dalam badan adalah bersambung di antara otak dengan retina. Dalam masa satu jam, otak boleh menerima mesej yang berbentuk visual.

14 Tinjauan Literatur Katherine M. Hichies (2006) dalam kajiannya “An examination of student performance after two years of thinking map implementation in three Tennessee school” telah menunjukkan terdapat hubungan positif antara pelaksanaan program thinking maps dengan peningkatan pembelajaran pelajar dalam aspek membaca dan berbahasa.

15 Tinjauan Literatur Sidek (2012) menunjukkan amalan guru melalui peta pemikiran ini telah mengubah tingkahlaku murid kepada lebih positif dan tekun. Kajian ke atas Pelajar Semester 3 Pengajian Bahasa Melayu IPG Kampus Sultan Mizan yang mendakwa penggunaan peta pemikiran ini telah meningkatkan daya ingatan yang luar biasa berbanding cara pembelajaran yang lama.

16 Tinjauan Literatur Lee & Gan (2012) dalam penulisan refleksinya mencatatkan bahawa peta pemikiran dapat membantu murid dalam mengorganisasikan pemikiran mereka, memudahkan pemahaman serta membantu pelajar membentangkan idea-idea bernas dan baru.

17 Tinjauan Literatur Hyerle, D. & Yeager, C. (2007) mengatakan peta pemikiran dapat memudahkan murid memahami konsep, menganalisis masalah dan mencari penyelesaian kerana penekanannya kepada aktiviti yang berpusatkan murid dan menggalakkan mereka bekerja secara kolaboratif selain daripada hubungan antara guru dan murid menjadi lebih rapat kerana guru lebih cenderung berperanan sebagai fasilitator.

18 Kesimpulan Kaedah Peta Pemikiran dapat membantu pelajar
meningkatkan daya imaginasi, keyakinan dan daya ingatan meningkatkan kemahiran berfikir ke aras yang lebih tinggi meningkatkan minat terhadap pembelajaran meningkatkan kerjasama berpasukan meningkatkan interaksi antara guru dengan murid dan murid dengan murid

19 Rujukan Ab. Fatah Hasan (1994). Penggunaan Minda yang Optimum dalam Pembelajaran. Skudai: Penerbit UTM. Hyerle, D. & Yeager, C. (2007). A Language for learning: Thinking maps incorporated. North Carolina; Thinking Maps. Inc. Lee Hou Yew & Gan We Ling. (2012). Penggunaan peta pemikiran i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran. Kertas kerja dibentangkan di Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru 2012, Bukit Gambang Resort, Oktober 2012.

20 Rujukan Muhamad Sidek Said & Ahamad Rahim. (2012). Inovasi pengajaran dan pembelajaran melalui program i-Think. Kertas kerja dibentangkan di IPGM International convention in teacher learning & development, Pearl International Hotel, Kuala Lumpur, Nov 2012 Muhamad Sidek Said (2013). Aplikasi menggunakan „thinking map‟ dalam program praktikum KPLD Di Tadika Yayasan Islam Terengganu, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Kajian Tindakan Peringkat Kebangsaan, Tanjung Vista Hotel, Kuala Terengganu, April 2013

21


Download ppt "Penggunaan i-Think dalam Pengajaran dan Pembelajaran"

Similar presentations


Ads by Google