Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Tafsir Minggu 2 Dikemaskini oleh Siti Fairuz Ramlan

Similar presentations


Presentation on theme: "Tafsir Minggu 2 Dikemaskini oleh Siti Fairuz Ramlan"— Presentation transcript:

1 Tafsir Minggu 2 Dikemaskini oleh Siti Fairuz Ramlan
Makanan Halal & Haram Tafsir Minggu 2 Dikemaskini oleh Siti Fairuz Ramlan

2 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَوْفُواْ بِالْعُقُودِ
Surah Al-Maidah ayat 1- 4 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَوْفُواْ بِالْعُقُودِ Hai orang-orang yang beriman, penuhilah aqad-aqad.

3 أُحِلَّتْ لَكُم بَهِيمَةُ الأَنْعَامِ إِلاَّ مَا يُتْلَى عَلَيْكُمْ غَيْرَ مُحِلِّي الصَّيْدِ وَأَنتُمْ حُرُمٌ إِنَّ اللّهَ يَحْكُمُ مَا يُرِيدُ Dihalalkan bagimu binatang ternakan, kecuali yang akan dibacakan kepadamu dengan tidak menghalalkan berburu ketika kamu sedang berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum- hukum menurut yang dikehendaki-Nya.

4 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تُحِلُّواْ شَعَآئِرَ اللّهِ وَلاَ الشَّهْرَ الْحَرَامَ وَلاَ الْهَدْيَ وَلاَ الْقَلآئِدَ Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syiar-syiar Allah, dan jangan melanggar kehormatan bulan- bulan haram, jangan (mengganggu) binatang-binatang hadyu, dan binatang-binatang qalaaid,

5 وَلا آمِّينَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ يَبْتَغُونَ فَضْلاً مِّن رَّبِّهِمْ وَرِضْوَانًا
dan jangan mengganggu orang-orang yang mengunjungi Baitullah sedang mereka mencari kurnia dan keredhaan dari Tuhannya

6 وَإِذَا حَلَلْتُمْ فَاصْطَادُواْ وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ أَن صَدُّوكُمْ عَنِ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَن تَعْتَدُواْ Dan apabila kamu telah bertahallul, maka bolehlah berburu. Dan janganlah sekali-kali kebencian kepada sesuatu kaum karena mereka menghalangi kamu dari Masjidilharam, mendorongmu berbuat aniaya.

7 وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ Dan tolong-menolonglah kamu dalam kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong- menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksaanNya.

8 حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالْدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللّهِ بِهِ
Diharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan yang disembelih atas nama selain Allah.

9 وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلاَّ مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ Dan yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas – kecuali yang kamu menyembelihnya – dan yang disembelih untuk berhala.

10 وَأَن تَسْتَقْسِمُواْ بِالأَزْلاَمِ ذَلِكُمْ فِسْقٌ
Dan mengundi nasib dengan anak panah – itu adalah kefasiqan.

11 الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن دِينِكُمْ فَلاَ تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ
Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada Ku.

12 الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينًا Pada hari ini telah Ku sempurnakan untukmu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Ku redhai Islam agama bagimu.

13 فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ فَإِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Maka barang siapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

14 يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ
يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ Mereka menanyakan kepadamu: “Apakah yang dihalalkan bagi mereka?” Katakanlah: “Dihalalkan bagimu yang baik-baik”.

15 وَمَا عَلَّمْتُم مِّنَ الْجَوَارِحِ مُكَلِّبِينَ تُعَلِّمُونَهُنَّ مِمَّا عَلَّمَكُمُ اللّهُ
Dan (buruan yang ditangkap) oleh binatang buas yang telah kamu ajar dengan melatihnya untuk berburu, kamu mengajarnya menurut apa yang telah diajarkan Allah kepadamu.

16 فَكُلُواْ مِمَّا أَمْسَكْنَ عَلَيْكُمْ وَاذْكُرُواْ اسْمَ اللّهِ عَلَيْهِ
Maka makanlah dari apa yang ditangkapnya untukmu, dan sebutlah nama Allah atas binatang itu.

17 وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ
Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat cepat hisabNya.

18 Ringkasan Kandungan Ayat
Suruhan Allah s.w.t kepada orang-orang yang beriman supaya memenuhi aqad; iaitu menunaikan perjanjiannya. Daging binatang ternakan seperti kambing, lembu dan unta adalah halal apabila disembelih secara syar’ie. Disebutkan juga dengan jenis-jenis haiwan yang tidak dihalalkan dagingnya. Larangan memburu semasa berihram haji atau umrah. Larangan membalas dendam terhadap musuh atau menganiayai mereka kerana benci.

19 Suruhan supaya tolong-menolong dalam perkara kebaikan & ketaatan sahaja.
Larangan menelek nasib atau mempertaruhkan nasib sebagaimana yang diamalkan oleh masyarakat Jahiliyyah. Jaminan Allah s.w.t bahawa Dia telah menyempurnakan agama umat ini dan melengkapkan Syari’ah Islamiyyah. Kelonggaran yang Allah s.w.t berikan kepada umat apabila di dalam keadaan darurat.

20 Jenis-jenis haiwan yang diharamkan
Bangkai*** Iaitu haiwan yang mati tanpa disembelih, ataupun yang disembelih bukan dengan cara syar’ie. Kecuali: Ikan dan belalang. (2) Darah*** Maksudnya darah yang mengalir dari haiwan yang sudah mati disembelih, namun sedikit darah dimaafkan. Manakala darah haiwan yang hidup – haram samaada sedikit atau banyak.

21 (3) Daging Khinzir*** Ayat Al-Qur’an menyebutkan daging, tetapi yang dimaksudkan ialah seluruh anggota badan haiwan tersebut termasuk kulit, minyak, bulu dan sebagainya. (4) Haiwan yang disembelih dengan mengucapkan nama selain Allah s.w.t Contohnya: Bismillaata wal ‘uzza…. Jesus Christ… Bismillah wa Rasulillah…. Dengan nama Allah dan juga guruku / waliku / syeikhku……..

22 (5) Al-Munkhaniqah Iaitu haiwan yang tercekik ataupun dicekik sehingga mati (6) Al-Mauqudzah Iaitu haiwan yang dipukul / diseksa / didera dengan batu, kayu dsbg sehingga mati (7) Al-Mutaraddiyah Iaitu haiwan yang jatuh dari suatu tempat yang tinggi lalu mati. Contohnya terjatuh ke dalam perigi. (8) An-Nadtiihah Iaitu haiwan yang mati ditanduk oleh binatang lain seperti kerbau dsbg.

23 (9) Haiwan yang telah dimakan oleh
(9) Haiwan yang telah dimakan oleh *binatang yang memburunya (its predator) a- Samaada sebahagian haiwan itu telah dimakan ataupun b- tidak dimakan, tetapi haiwan itu mati serta merta akibat terkaman tadi * Binatang yang memburu itu hendaklah yang terlatih sahaja dan memenuhi beberapa syarat lain. (10) Haiwan yang disembelih untuk dipersembahkan kepada berhala dan patung Pengecualian: Bagi haiwan-haiwan (5),(6),(7), (8) & (9b), jika sebelum haiwan tersebut mati sempat disembelih secara syar’ie maka ia menjadi halal.

24 Kategori binatang yang diharamkan
Binatang yang bertaring Binatang yang berparuh Binatang yang berkuku Binatang yang menggelikan seperti ulat Binatang yang memudaratkan spt lipas Binatang yang hidup dalam 2 alam Telur dari binatang haram atau campuran keturunan

25 Kategori makanan yang diharamkan
Makanan yang bersumberkan yang haram Cth coklat yang diisi dengan arak, emulsifier, stabilizer**** yang selalu terdapat dalam coklat, ais krim dan gula-gula gummy Makanan yang memudaratkan cth makanan yang sudah basi, arak Makanan yang beracun cth pil yang berbahaya, sayur atau buah yang berbahaya (surah al-A’raaf 157)

26 Senarai stabilizer/emulsifier/ food additives yang diharamkan
Fig. 2 Code Number of Haram Food Additives Haram additives with “E” prefixes E120, E140, E141, E252, E422, E430, E431, E470, E471, E472(a), E472(b), E472(c), E472(d), E472(e), E473, E474, E475, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E494. Haram additives without “E” prefixes 120, 141, 160(A), 161, 252, 300, 301, 422, 430, 431, 433, 435, 436, 441, 470, 471, 472(a, e), 473, 474, 475, 476, 477, 481, 482, 483, 491, 492, 494, 542, 570, 572, 631, 635, 920. Source: Islamic Religious Council of Singapore (MUIS)

27 Surah an-Nahl ayat 14 أوَهُوَ ٱلَّذِى سَخَّرَ ٱلۡبَحۡرَ لِتَأۡڪُلُواْ مِنۡهُ لَحۡمً۬ا طَرِيًّ۬ا وَتَسۡتَخۡرِجُواْ مِنۡهُ حِلۡيَةً۬ تَلۡبَسُونَهَا وَتَرَى ٱلۡفُلۡكَ مَوَاخِرَ فِيهِ وَلِتَبۡتَغُواْ مِن فَضۡلِهِۦ وَلَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ Dan Dialah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya dan supaya kamu bersyukur. (14)

28 Ringkasan kandungan ayat
Dihalalkan segala jenis makanan berasal dari laut Terdapat berbagai barangan dari laut yang dijadikan perhiasan Laut sebagai satu medium pelayaran selain dari udara dan darat Allah S.W.T menciptakan laut dan segala yang didalamnya utk kemudahan manusia

29 Ringkasan kandungan ayat
Binatang laut apabila ditangkap dalam keadaan sudah mati tidak dikira sebagai bangkai Binatang laut tidak perlu disembelih Segala jenis binatang laut dihalalkan memakannya*** Terdapat hasil dari laut yang boleh dijadikan perhiasan Laut sebagai tempat mencari rezki Laut terdapat banyak kegunaan cth garam

30 Makanan yang halal dimakan
Makanan yang halal dan baik (halalan tayyiban) ( surah al-Baqarah 168) Makanan yang memberi manfaat Makanan yang berkhasiat Telur binatang yang halal Tiada unsur yang haram seperti berasal dari sumber yang halal Minuman yang tidak memabukkan ction.htm

31 Binatang yang halal dimakan
Binatang ternakan spt ayam (Surah al-Anfal ayat 69) Binatang laut (surah al-Maidah ayat 96) Binatang yang disembelih dengan nama Allah S.W.T Binatang liar seperti kijang, rusa, kancil

32

33 Hukum-Hukum yang terkandung dalam ayat

34 1) Apakah yang dimaksudkan dengan aqad-aqad (‘uqud) di dalam ayat?
PENDAPAT Sebahagian ‘ulama berpendapat aqad-aqad perjanjian disini bermaksud aqad di antara hamba dgn Tuhannya seperti haji, nazar dsbg. ‘Ulama yg lain berpendapat aqad tersebut tidak khusus antara hamba dgn Tuhannya saja, malah meliputi aqad sesama manusia seperti nikah, jual-beli, hutang dsbg. TARJIH Jumhur Mufassirin merajihkan pendapat kedua.

35 إِلاَّ مَا ذَكَّيْتُمْ
2) Apakah maksud yang sahih bagi pengecualian yang Allah s.w.t sebutkan ( ( إِلاَّ مَا ذَكَّيْتُمْ ? وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلاَّ مَا ذَكَّيْتُمْ Dan yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas – kecuali yang kamu menyembelihnya Pengecualian: Bagi haiwan-haiwan (5),(6),(7), (8) & (9b), jika sebelum haiwan tersebut mati sempat disembelih secara syar’ie maka ia menjadi halal

36 Para ‘Ulama berbeza pendapat “sempat” yang bagaimanakah dapat diterima supaya haiwan-haiwan tersebut dikira halal? PENDAPAT Jika haiwan itu masih mempunyai tanda-tanda bahawa ia masih hidup. Contohnya ekornya bergerak atau kakinya masih menendang-nendang. Jika hayatnya boleh dianggap sedikit panjang, bukan dalam sakaratul maut. Tandanya: Haiwan tersebut menggelepar kerana nazak sewaktu disembelih, bukan sebelum. Jika ia diyakini lebih cenderung kepada kematian, maka tidak guna disembelih lagi – ia langsung menjadi tidak halal. IMAM / MAZHAB As-Syafi’ie & Ahmad Sebahagian ‘ulama Malik

37 Sebab berlakunya perbezaan pendapat ini ialah kerana berbezanya pemahaman masing-masing samaada pengecualian itu berbentuk tersambung atau terputus….

38 3) Bagaimanakah cara penyembelihan menurut syariat?
PENDAPAT Tidak sah penyembelihan kecuali terputus urat halqum, mari’ dan 2 urat wadajain Sah penyembelihan dengan terputusnya urat halqum dan mari’ Sah penyembelihan jika terputus urat halqum, mari’ dan salah satu urat wadajain IMAM/ MAZHAB Malik As-Syafi’e Abu Hanifah

39 Halqum: Saluran pernafasan
Mari’: Saluran makan Wadajain: 2 saluran makan & minum

40 4) Apakah hukum memburu dengan binatang yang terlatih?
Firman Allah s.w.t: وَمَا عَلَّمْتُم مِّنَ الْجَوَارِحِ مُكَلِّبِينَ تُعَلِّمُونَهُنَّ مِمَّا عَلَّمَكُمُ اللّهُ Dan (buruan yang ditangkap) oleh binatang buas yang telah kamu ajar dengan melatihnya untuk berburu menjadi dalil bahawa binatang yang diburu dengan menggunakan binatang terlatih seperti anjing dan helang, halal untuk dimakan.

41 Ayat Al-Qur’an tadi dikuatlah lagi dengan hadis Rasulullah s. a
Ayat Al-Qur’an tadi dikuatlah lagi dengan hadis Rasulullah s.a.w yang berkata kepada ‘Adiy ibn Hatim: “Jika kamu menghantar (melepaskan) anjingmu dan menyebut nama Allah Ta’ala, maka makanlah apa yang ditangkapnya bagimu. Jika sekiranya ia memakan sebahagian darinya maka janganlah makan.” Oleh itu para ‘ulama bersepakat bahawa hukum memburu dengan menggunakan binatang terlatih adalah jaiz/harus. ‘Ulama juga bersepakat bahawa haiwan yang telah diterkam oleh binatang terlatih halal dimakan.

42 Namun sebahagian ‘ulama menetapkan beberapa syarat tertentu:
Binatang itu hendaklah terlatih untuk mengikuti arahan dan “menyahut” panggilan tuannya. Tidak memakan daging haiwan yang diterkamnya. Si tuan menyebut nama Allah ketika melepaskan binatangnya.


Download ppt "Tafsir Minggu 2 Dikemaskini oleh Siti Fairuz Ramlan"

Similar presentations


Ads by Google