Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Mandat pelaksanaan kuasa disiplin.

Similar presentations


Presentation on theme: "Mandat pelaksanaan kuasa disiplin."— Presentation transcript:

1 Mandat pelaksanaan kuasa disiplin.
1.Ordinan-ordinan Pelajaran Peraturan-Peraturan Sekolah ( Persatuan ) 1956 Peraturan-Peraturan Sekolah ( Lawatan ) 1957 Peraturan-Peraturan Sekolah ( Majalah ) 1958 Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 2.Akta Pendidikan 1996. 2.1 Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Persatuan Sekolah ) 1998 2.2 Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Majalah Sekolah dan Bahan Multimedia ) 1998

2 3.Buku-buku panduan pengurusan disiplin.
3.1 Panduan Am Disiplin Sekolah-Sekolah 3.2 Panduan Bagi Ibu Bapa Mengenai Disiplin Murid-Murid Sekolah 3.3 Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Guru Besar dan Guru 3.4 Panduan Disiplin untuk Pelajar-Pelajar 3.5 Panduan bagi Mengatasi Masalah Ponteng 3.6 Panduan Pengurusan Menangani Buli di Sekolah 4.Surat-surat Pekeliling Ikhtisas ( Disiplin ). Surat-surat Pekeliling Ikhtisas 6/1968-5/2006

3 ORDINAN PELAJARAN,1957 PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959
2 tahun 1957 Tajuk ringkas dan pemakaian Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 116 Ordinan Pelajaran,1957,Menteri dengan ini membuat peraturan-peraturan yang Berikut: Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959,dan hendaklah dipakai bagi semua sekolah selain daripada:- (a) sekolah yang dikecualikan daripada pendaftaran di bawah seksyen 114(2) Ordinan dan (b) sekolah gaya pos

4 Tafsiran P.U.(A) 2. Dalam peraturan-peraturan ini,melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain- “ Pihak Berkuasa pelantik” ertinya orang atau badan yang bertanggungjawab pada masa itu bagi melantik mana-mana orang menjadi Guru Besar sesebuah sekolah. “Pendaftar Besar” ertinya Pendaftar Besar Sekolah-sekolah yang dilantik dibawah seksyen 57 (1) Ordinan. “Pendaftar” ertinya Pendaftar Sekolah-sekolah yang dilantik di bawah seksyen 57 (2) Ordinan.

5 Perlantikan Guru Besar
3. (1) Apabila melantik seseorang menjadi Guru Besar sesebuah sekolah, pihak berkuasa pelantik hendaklah dengan seberapa segera yang boleh, memberitahu Pendaftar tentang perlantikan itu. (2) Pendaftar hendaklah mencatatkan nama Guru yang dilantik menjadi Guru Besar di mana-mana sekolah dalam daftar sebagai nama guru besar sekolah itu. (3) Apabila Guru Besar sesebuah sekolah bersara atau berhenti bertindak sebagai Guru Besar,badan berkuasa pelantik hendaklah dengan seberapa segera yang boleh melaporkan hal itu secara bertulis kepada Pendaftar,yang hendaklah dengan itu membuat apa-apa catatan dalam daftar itu sebagaimana perlu.

6 (a) hukuman dera kepada murid-murid perempuan adalah dilarang : dan
Tanggungjawab Guru Besar atas Disiplin Kuasa-kuasa Guru Besar 4. Guru Besar sesebuah sekolah adalah bertanggungjawab atas disiplin sekolah dan bagi maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas Guru-Guru dan murid-murid sekolah itu. 5. (1) Bagi menjaga maksud disiplin di kalangan murid-murid,Guru Besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat: Dengan syarat bahawa- (a) hukuman dera kepada murid-murid perempuan adalah dilarang : dan

7 (b) hukuman dera kepada murid-murid lelaki oleh seseorang Guru atau lain-lain kakitangan sekolah adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan ditapak tangan ataupun di punggung yang berlapik dengan pakaian dan hendaklah dijalankan hanya oleh Guru Besar ataupun dengan kuasa nyata yang diberi olehnya dalam hal yang tertentu. (2) Satu rekod mengandungi semua hukuman yang dijalankan di bawah perenggan (1) hendaklah disimpan secara sulit mengikut bentuk yang diluluskan oleh Pendaftar.

8 6. Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke semasa,tertakluk kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirkan patut,mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukum kepada Guru-Guru lain di sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu , tetapi kecuali yang disebut di atas tidak seorang pun Guru atau murid boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu. Dengan syarat bahawa kuasa menjalankan hukuman dera tidak boleh diwakilkan kepada mana-mana orang selain daripada guru berdaftar. Perwakilan kuasa oleh Guru Besar

9 (c) menyebar atau menyebab disebarkan apa-apa penulisan politik, dokumen atau lain-lain propaganda bagi pihak atau untuk menyokong sesuatu parti atau pertubuhan politik atau yang ada hubungan dengan mana-mana calon yang sedang bertanding dalam sesuatu pilihanraya ; (d) mengganggu perjalanan sesuatu perjumpaan awam yang sah dengan cara yang mungkin menghalang perjalanan urusan perjumpaan yang diadakan itu ; (e) mengambil bahagian dalam mana-mana perarakan atau perhimpunan yang dikelolakan atau diadakan dengan tujuan untuk menyokong atau menentang mana-mana parti atau pertubuhan politik atau apa-apa pendapat politik atau mana-mana calon dalam sesuatu pilihanraya.

10 Murid-murid tidak boleh
mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pilihanraya atau politik 7. (1) Tiada seorang pun murid yang berumur kurang daripada dua puluh satu tahun yang belajar di mana-mana sekolah boleh (a) merayu undi bagi pihak mana-mana parti atau pertubuhan politik , atau mana-mana calon dalam sesuatu pilihanraya ; (b) dengan tujuan menyokong atau menentang mana-mana parti atau pertubuhan politik, atau pencalonan mana-mana individu dengan menentang seorang atau beberapa orang lain dalam sesuatu pilihanraya,berucap atau mengganggu mana-mana perjumpaan awam yang sah ;

11 Kuasa guru besar Menggantung persekolahan atau membuang murid dari sekolah (2)Dalam peraturan ini “pilihanraya” ertinya pemilihan seseorang ahli untuk Dewan Rakyat,Dewan Undangan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa tempatan. 8. Pada bila-bila masa sahaja didapati dengan memuaskan hati Guru Besar sesebuah sekolah- (a) sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud menjaga disiplin atau ketenteraman di mana-mana sekolah yang seseorang murid patut digantung persekolahan ataupun dibuang sekolah; atau (b) yang seseorang murid telah melanggar peruntukan-peruntukan 7,ia boleh dengan perintah menggantung murid itu dari hadir sekolah selama suatu tempoh yang difikirkan patut atau membuang murid itu dari sekolah.

12 9. (1) Pada bila-bila masa sahaja-
Kuasa pendaftar mengarahkan 9. (1) Pada bila-bila masa sahaja- Didapati dengan memuaskan hati Pendaftar sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud menjaga disiplin atau ketenteraman dimana-mana sekolah: Atau Pendaftar diarahkan sedemikian oleh Pendaftar Besar : atau Pendaftar berpuas hati bahawa telah berlaku pelanggaran terhadap peraturan 7. pembuangan murid dari sekolah

13 Ia boleh dengan perintah secara bertulis mana-mana murid dibuang sekolah, dan Guru Besar hendaklah dengan serta merta mematuhi perintah itu. (2) Satu salinan perintah itu hendaklah dihantar oleh Pendaftar kepada ibu bapa atau penjaga, atau kepada ibu atau bapa atau penjaga murid itu.

14 Rayuan (1) Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang digantung persekolahannya atau dibuang sekolah di bawah peraturan 8 (a) boleh merayu kepada Pendaftar yang boleh membuat suatu perintah mengenainya sebagaimana yang difikirkannya patut : (2) Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang dibuang sekolah mengikut mana-mana perintah yang dibuat dibawah peraturan 9 boleh, dalam tempoh satu bulan dari tarikh murid itu dibuang sekolah atau dari tarikh perintah yang disebut dalam peraturan 9(2) disampaikan kepadanya,mengikut mana yang lebih lama,merayu kepada Menteri mengikut peruntukan-peruntukan seksyen 90 dan 91 Ordinan.

15 (a) masuk atau dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah itu; atau
Catatan dibuang sekolah dalam sijil berhenti sekolah Syarat masuk balik sekolah 11. Sijil berhenti sekolah tiap-tiap murid yang dibuang sekolah di bawah peruntukan-peruntukan peraturan 8 atau 9 hendaklah dicatat oleh Guru Besar dengan catatan yang menyatakan murid itu telah dibuang sekolah di bawah peruntukan-peruntukan Peraturan ini. 12. Seseorang murid yang telah dibuang sekolah dengan perintah yang dibuat dibawah peraturan 9 tidak boleh selepas itu,(melainkan jika perintah itu telah terlebih dahulu dimansuhkan oleh pihak berkuasa yang membuatnya). (a) masuk atau dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah itu; atau (b) diterima masuk sebagai seorang murid di mana-mana sekolah lain,tanpa kebenaran Pendaftar Besar.

16 Kuasa menutup Sekolah dalam hal tertentu. 13. (1) Jika,pada pendapat Pendaftar,perlu atau dikehendaki oleh kerana apa-apa hal tak tenteram atau ketiadaan disiplin di pihak murid atau pelajar sesebuah sekolah yang sekolah itu patut ditutup sementara waktu, maka Pendaftar boleh,dengan perintah secara bertulis,menutup sekolah itu selama suatu tempoh,tidak melebihi satu bulan dari tarikh perintah tesebut sebagaimana difikirkannya perlu. (2) Tiada seorang pun boleh tanpa sebab yang munasabah masuk atau cuba masuk atau tinggal di premis itu yang digunakan sebagai atau berkaitan dengan sesebuah sekolah yang mana suatu perintah yang dibuat di bawah perenggan (1) adalah berkuatkuasa.

17 (3) Mana-mana pegawai polis boleh,tanpa waran,masuk dan menggeledah mana-mana sekolah atau mana-mana bangunan premis yang digunakan sebagai atau berkaitan dengan sekolah itu yang suatu perintah telah dibuat di bawah perenggan (1) peraturan ini dan boleh menghalau keluar sesiapa juga yang terjumpa dalamnya; dan; untuk memasuki mana-mana bahagian premis itu,pegawai polis boleh menggunakan kekerasan yang perlu untuk memecah buka pintu atau tingkap yang di luar atau di dalam jika,setelah menunjukkan kuasa dan tujuannya dan izin masuk telah dibuat dengan sempurnanya,ia tidak dapat dengan cara itu masuk premis itu.

18 Penalti (4) Apa-apa perintah yang dibuat di bawah perenggan (1) boleh pada bila-bila masa semasa masih berkuatkuasa dibatalkan oleh Menteri, tetapi tanpa menyentuh sahnya perintah yang lalu atau apa-apa jua yang dilakukan di bawahnya atau kuasa Pendaftar untuk membuat perintah baru di bawah peraturan ini. 14. Mana-mana murid yang tidak mematuhi mana-mana perintah yang dibuat di bawah peraturan 8 atau 9, atau yang melanggar peruntukan-peruntukan peraturan 12 dan sesiapa jua yang tidak mematuhi peruntukan-peruntukan peraturan 11 atau peraturan 13 (2) boleh dikenakan denda tidak melebihi daripada satu ribu atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-dua denda atau penjara itu; dan sesiapa jua

19 Kuasa memberi pengecualian yang tidak mematuhi peruntukan- peruntukan mana-mana peraturan lain boleh dikenakan denda tidak lebih daripada satu ratus ringgit bagi kesalahan pertama dan dua ratus bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya. 15. Menteri boleh dengan perintah mengecualikan mana-mana sekolah atau golongan sekolah semua atau mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini,sama ada dengan mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan,dan boleh pada bila-bila masa menurut budibicaranya membatalkan mana- mana pengecualian itu atau memansuhkan atau meminda atau menambah kepada syarat-syarat itu.

20 Diperbuat pada 20hb Februari,1959.
16. Peraturan-peraturan (Disiplin) Sekolah 1956 adalah dengan ini dibatalkan. Diperbuat pada 20hb Februari,1959. (M.E. 040;AG.FM.Y/26/64/8;AG/FM/Y/98/6-Vol. III/4) MOHAMED KHIR JOHARI Menteri Pelajaran Pembatalan. L.N. 452/56

21 Ahli-ahli yang dicadangkan Pengetua / Guru Besar / Penolong Kanan HEM
LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH. Adalah dicadangkan bahawa jawatankuasa ini dianggotai oleh ahli-ahli seperti berikut: Nama Jawatan Ahli-ahli yang dicadangkan Pengerusi Pengetua / Guru Besar / Penolong Kanan HEM Naib Pengerusi Penolong Kanan HEM atau seorang Guru Kanan Setiausaha Ketua Guru Disiplin Ahli-ahli Seorang Guru Kanan / Penyelia yang mewakili darjah / Tingkatan iaitu seorang dari darjah /tingkatan satu, Seorang dari darjah/tingkatan dua dan seterusnya / Warden asrama / Guru Bimbingan /Guru Kaunseling Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Guru Besar dan Guru Bab V:m.s

22 BIDANG KUASA LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1986 Langkah-Langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah. Para 4. Perlu ditegaskan bahawa Pengetua dan Guru Besar mempunyai kuasa bagi mengawal organisasi sekolahnya dan bagi menentukan disiplin, mereka mempunyai kuasa menjalankan hukuman biasa sekiranya perlu dan difikirkan menasabah.Oleh yang demikian,mereka adalah bertanggungjawab sepenuhnya dan memastikan usaha-usaha dijalankan bagi meningkatkan lagi mutu disiplin di sekolah masing-masing.Adalah tidak bijak sekiranya Pengetua atau Guru Besar menyerahkan bulat-bulat kuasa disiplin ini kepada guru-guru tanpa mengambil tahu dan mengawalnya sendiri.

23 Para 5.5.3 Menubuhkan dan menggerakkan Jawatankuasa Hal Ehwal Murid Peringkat Sekolah ( Sepertimana yang diarahkan melalui Surat Siaran KP(BS)8591/Jld.II/(16) bertarikh 10 Oktober 1983 dan menentukan fungsi-fungsi jawatankuasa ini dilaksanakan.Adalah didapati bahawa terdapat banyak sekolah yang tidak menubuhkan Jawatankuasa ini dan mana-mana sekolah yang telah pun berbuat demikian didapati Jawatankuasa ini kurang berfungsi. Perlu ditegaskan disini bahawa Jawatankuasa Disiplin Sekolah ( jika ada ) adalah bertujuan bagi membantu Pengetua dan Guru Besar dalam hal-hal yang berkaitan dengan disiplin .Pengetua dan Guru Besar TIDAK BOLEH menurunkan kuasa kepada jawatankuasa ini bagi menjatuhkan sesuatu hukuman. Pengetua atau Guru Besar hanya boleh menurunkan kuasa seperti yang diperbekalkan mengikut Para 6, Education ( School Discipline) Regulations,1959 kepada guru-guru yang berdaftar bagi satu-satu kes sahaja.

24 ....sambungan 10- Mengancam murid-murid lain
11- Menghisap rokok/ dadah 12- Berjudi 13- Minum minuman keras/ memabukkan 14- Masih membantah hukuman guru 15- Menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan kepada guru/ guru besar/ pengetua 16- Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau bilau dan perpecahan kaum 17- Melanggar peraturan tatatertib atau menangkis yang menurut budi bicara guru besar/ pengetua sebagai pelanggaran tatatertib yang berat

25 JENIS-JENIS KESALAHAN BERAT SPI Bil 9/1975
1- Menjadi ahli pertubuhan haram 2- Membawa senjata berbahaya 3- Memukul guru 4- Mengancam guru/ guru besar/ pengetua 5- Melanggar peraturan dan undang-undang 6- Menulis kepada surat khabar tanpa memberitahu pihak berkuasa sekolah 7- Sengaja merosakkan harta sekolah 8- Sengaja merosakkan harta persendirian guru/ murid 9- Mencuri

26 menjamin PERUNDANGAN Segala yang berkait dengan peraturan yang digubal oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan bagi menjamin keselamatan.

27 PENGERTIAN UNDANG-UNDANG
KARL MARX Alat yang digunakan oleh golongan kapatalis untuk menguasai dan memeras kelas bawahan. UMUM - Alat untuk mempertahankan kepentingan bersama sesebuah masyarakat. Ini menghalang seseorang daripada melakukan sesuatu secara bebas.

28 PENGERTIAN UNDANG-UNDANG
DI SEKOLAH – PERATURAN YANG DIADAKAN SUPAYA HAK MURID TERBELA DAN SUASANA P&P BOLEH BERJALAN DENGAN LANCAR

29 DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN - DAKWAAN MAHKAMAH BIASANYA MELIPUTI KES-KES
* PECAH AMANAH * RASUAH * JENAYAH * LIABILITI TORT

30 UNDANG-UNDANG TORT –Undang-undang yang berkaitan dengan peruntukan ganti rugi kepada plaintif terhadap kecederaan peribadi dan kerosakan harta yang disebabkan oleh kecuaian defendan. TORT – Sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh defenden dan membolehkan plaintif mendapat ganti rugi di dalam mahkamah sivil

31 PRINSIP-PRINSIP PERUNDANGAN YANG PERLU DIPATUHI OLEH PIHAK BERKUASA DISIPLIN.
1.In loco parentis Dari aspek perundangan ,guru-guru dikatakan mengambil alih tanggungjawab ibu bapa dan berperanan sebagai ‘wakil ibu bapa’ apabila ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah. 2. Natural Justice ( Keadilan Semulajadi ). Seseorang itu tidak boleh diadili tanpa sebab dan seseorang itu tidak boleh dihukum tanpa diberikan hak untuk membela diri.

32 3.“Rule against Bias “ Dalam melaksanakan tindakan disiplin, guru mestilah tidak berat sebelah terhadap pihak-pihak yang dibicarakan Audi alteram partem Kedua-dua pihak mesti didengar. Hak untuk didengar boleh berbentuk lisan atau dalam bentuk tulisan Prima facie Ada kes atau sabitan kes 6. Rights to be heard ( To show cause ) Seseorang itu hendaklah diberikan hak untuk didengar,iaitu hak untuk diadili mengikut prosedur- prosedur yang telah ditetapkan.

33 INTRA VIRES - Melaksanakan tanggungjawab mengikut peraturan perundangan yang ditetapkan
ULTRA VIRES - Tindakan pihak berkuasa diluar batas kuasa yang diberikan MALA FIDE - Niat buruk/jahat. LIABILITI VIKARIUS - Keadaan di mana pihak majikan (KPM) dianggap turut bertanggungjawab terhadap kesalahan pekerjanya dalam suatu tuntutan kes kecuaian

34 A MAN IS INNOCENCE UNTIL PROVEN GUILTY
JUSTICE SHOULD NOT ONLY BE DONE BUT SHOULD UNDOUBTEDLY BE SEEN TO BE DONE.

35 The most important function of the law of tort is compensation, or loss distribution.
According to Rogers, The law of tort is concern with the redress of wrongs or injuries by means of a civil action brought by the victim. This redress most commonly takes the form of damages that is to say monetary compensation.

36 PROSEDUR GANTUNG DAN BUANG SEKOLAH MENGIKUT PERATURAN 4 DAN 8 PERATURAN-PERATURAN
PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959.

37 Tujuan Tujuan kertas ini ialah untuk menjelaskan tatacara gantung dan buang sekolah mengikut Peraturan 4 dan 8, Peraturan-Peraturan Pelajaran Disiplin Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/59, bertarikh , Ordinan Pelajaran 1957. Latar belakang Banyak Pengetua dan Guru Besar yang kurang jelas mengenai perlaksanaan tatacara tindakan disiplin sekolah dengan hukuman berat terhadap murid mengikut peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa sekarang. Peruntukan Undang-Undang Undang - Undang yang berkaitan bagi mengendalikan kes-kes perlanggaran disiplin di sekolah-sekolah ialan Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, yang telah diwartakan sebagai LN 61/59 bertarikh Mengikut peraturan tersebut, Kerajaan telah memperuntukkan melalui Peraturan 4, bahawa pihak berkuasa disiplin di sekolah ialah Guru Besar / Pengetua. Peraturan 4 yang berbunyi seperti di bawah ini menegaskan kuasa disiplin tersebut adalah di tangan Guru Besar / Pengetua.

38 sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud
“4. Guru Besar sesebuah sekolah adalah bertanggungjawab atas disiplin sekolah dan bagi maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid sekolah itu.” Kerajaan juga memberi kuasa menggantung dan membuang murid dari sekolah kepada Guru Besar / Pengetua. Peraturan 8, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 seperti di bawah ini menjelaskan peruntukan tersebut. “8. Pada bila-bila masa sahaja didapati dengan memuaskan hati Guru Besar sesebuah sekolah : sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud menjaga disiplin atau ketenteraman di mana-mana sekolah yang seseorang murid patut digantung persekolahannya ataupun dibuang sekolah;

39 Implikasi Peruntukan Undang-Undang Mengikut Peraturan 4 dan Peraturan 8.
Adalah jelas dari kedua-dua peraturan ini, iaitu Peraturan 4 dan 8 Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, bahawa pihak berkuasa disiplin ke atas murid ialah Guru Besar / Pengetua. Tegasnya hanya Guru Besar / Pengetua sahaja di bawah peraturan tersebut yang diberi kuasa menggantung atau membuang murid dari sekolah apabila beliau berpuas hati bahawa demi untuk mengekalkan disiplin dan ketenteraman di sekolah seseorang murid itu patut menerima hukuman sedemikian. Ini bermakna tidak ada kuasa lain selain Guru Besar / Pengetua di sesebuah sekolah dari segi menjatuhkan hukuman menggantung dan membuang murid dari sekolah.

40 Adalah di luar kuasa undang-undang jika penggantungan atau pembuangan pelajar dari sekolah diputuskan oleh Lembaga Disiplin ataupun Jawatankuasa Tatatertib Sekolah. Peraturan 4 dan 8 tidak memperuntukkan mengenai kewujudan Lembaga Disiplin Sekolah. Maka itu Guru Besar / Pengetua hendaklah tidak terikat dengan pandangan atau nasihat Lembaga Disiplin sekolah. Dengan perkataan lain keputusan menggantung atau membuang pelajar dari sekolah hendaklah keputusan Guru Besar / Pengetua sendiri.

41 Jika keputusan menggantung atau membuang murid adalah merupakan keputusan hasil nasihat dari Lembaga Disiplin Sekolah maka keputusan yang dibuat itu `void and of no legal effect.’ Sebarang keputusan penggantungan atau pembuangan pelajar tersebut jika dicabar di mahkamah maka ianya tidak boleh dipertahankan.

42 Secara tegas juga Peraturan 4 dan 8 berkehendakkan surat-surat tindakan tatatertib gantung atau buang sekolah ditandatangani sendiri oleh Pengetua / Guru Besar. Keperluan-keperluan “teknikal” yang lahir dari peruntukan undang-undang berdasarkan Peraturan 4 dan 8 perlu diberi perhatian sewajarnya dan begitu juga bagi setiap prosedur dan surat-surat tatatertib yang dikeluarkan kepada tertuduh. Jika prosedur dan tatacara yang sepatutnya tidak dipatuhi, keputusan hukuman jika dicabar di mahkamah , ianya sukar dipertahankan.

43 Perkara-Perkara “Teknikal” yang perlu diberi perhatian
dalam melaksanakan Peraturan 4 dan 8. 5.1 Setiap aspek teknikal hendaklah diberi perhatian sewajarnya semasa melaksanakan tindakan disiplin gantung dan buang sekolah. Gantung sekolah mengikut Peraturan 8 membawa maksud sebagai hukuman disiplin ataupun sebagai membolehkan siasatan lanjut sesuatu kes dibuat sebelum keputusan hukuman disiplin dijatuhkan. Bagi kedua-dua keadaan ini prosedur yang berlainan hendaklah dipatuhi. Tindakan disiplin buang sekolah pula adalah langkah terakhir setelah kegagalan langkah-langkah tatatertib terdahulu, termasuk sesi kaunseling yang kesemuanya sepatutnya mempunyai dokumentasi lengkap dan teratur. Surat tatatertib apabila dikeluarkan hendaklah mengandungi nama tertuduh yang rasmi mengikut kad pengenalan, nombor kad pengenalan ( atau jika tiada kad pengenalan, memadai nombor surat beranak ) dan kelas beliau belajar, agar surat itu tidak dipertikaikan kesahihannya. Maklumat-maklumat ini seharusnya sama seperti dalam jadual kedatangan sekolah.

44 Setiap surat tatatertib hendaklah jelas dan tepat dari segi waktu kejadian, tarikh kejadian tempat berlaku dan mereka yang terlibat dengan saksi-saksi yang boleh dipertanggungjawabkan. ( Dalam perkara ini Pengetua / Guru Besar sewajarnya mendapatkan laporan bertulis yang lengkap mengenai kejadian tersebut sebelum keputusan diambil ). Peraturan sekolah yang bertulis yang dilanggar hendaklah dinyatakan dengan jelas mengikut bab atau seksyen yang berkenaan. ( Ini bermakna semua Pengetuan / Guru Besar harus melaksanakan saranan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 yang bertarikh mengenai perkara ini ).

45 Peruntukkan undang-undang mengikut peraturan 4 dan 8 Peraturan- Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 hendaklah dirujuk bagi setiap kes. Oleh kerana hanya Pengetua atau Guru Besar sahaja yang boleh menggantung atau membuang murid dari sekolah maka surat-surat tatatertib berkaitan hendaklah ditandantangani oleh Guru Besar / Pengetua. Setiap surat tatatertib hendaklah disalinkan kepada Pendaftar Sekolah-Sekolah, Pegawai Pendidikan Daerah berkenaan dan ibu bapa / penjaga tertuduh. Peruntukkan undang-undang bagi ibu bapa / penjaga untuk membuat rayuan di atas hukuman tatatertib yang dikenakan terhadap anak / jagaan hendaklah dimaklumkan dengan jelas. Setiap surat tatatertib hendaklah diakui terima oleh tertuduh dengan dua orang saksi. Salinan surat kepada ibu bapa atau penjaga hendaklah mengikut prosedur yang sama.

46 Keperluan menghubungi Pejabat Pelajaran Daerah,
Setiap murid yang akan dihukum hendaklah diberi peluang didengar dan membela diri bagi setiap pertuduhan. Hukuman tidak boleh dilaksanakan tanpa murid itu diberi peluang memberi pembelaan dirinya. Tempoh beliau menjawab pertuduhan hendaklah tidak kurang daripada 14 hari. Sesuatu kesalahan disiplin apabila telah dijatuhkan hukuman, murid itu tidak boleh dihukum sekali lagi atas kesalahan yang sama. Contohnya seorang murid telah dihukum rotan oleh guru disiplin atas kesalahan mencuri. Pengetua / Guru Besar tidak boleh pula menggantung atau membuang murid tersebut atas kesalahan yang sama. Keperluan menghubungi Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran Dalam Setiap Kes Gantung dan Buang Sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Bil. 4 Tahun 1991 bertarikh , menegaskah supaya Pengetua / Guru Besar atau Penolong Kanan dikehendaki dengan serta-merta melapor segala kejadian yang tidak diingini seperti perlanggaran disiplin pelajar yang berat. Kes gantung dan buang sekolah sering menjadi berita dalam surat khabar. Oleh itu selepas pihak-pihak berkenaan dihubungi dengan telefon, laporan bertulis hendaklah menyusul kemudian dengan segera.

47 LANGKAH-LANGKAH DALAM MENJALANKAN KUASA DISIPLIN
Menerima Aduan Siasatan Kebenaran Bukti-bukti Mengumpul/Mendapatkan maklumat Prima Facie TIDAK YA Kes Gugur Peluang Pelajar Membela Diri Jika Pelajar Menafikan Kesalahan Dapatan/Tindakan Pengetua/Guru Besar Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Guru Besar dan Guru, 1988, ms 4-5

48 PROSEDUR PEMBUANGAN PELAJAR
Kesalahan dan Kelakuan Curang Murid & Ibu bapa diberi Amaran Bertulis (Borang Jawapan disertakan) Tamat Kelakuan Berubah ? Pelajar boleh Digantung (< 2 minggu) Amaran Bertulis Kedua & Muktamad

49 Pelajar boleh dibuang terus (Sekiranya Keadaan Tidak Membenarkan)
Satu Salinan Semua Rekod : - Amaran Pengguntungan Pembuangan dikirim kpd Pendaftar2 Ibu bapa diberitahu Berkenaan Pembuangan Pelajar Rayuan oleh Ibu bapa kepada Pendaftar Sekolah (Dalam tempoh Sebulan) YA Bersetuju? Persetujuan Pendaftar Sekolah2 Sebelum Pelajar Diterima Semula TIDAK Rayuan kepada Pendaftar BESAR

50 CONTOH SURAT PERTUDUHAN UNTUK TUJUAN GANTUNG SEKOLAH
SEBAGAI HUKUMAN TATATERTIB.

51 Tindakan Disiplin Gantung Sekolah Aminah Bt Hamid ( KP : A4289460 )
SMRP.TR/DLP/SULIT/(20) 16 Rabiulawal 1412 24 September 1991 Aminah Bt Hamid ( KP : A ) SMK Raja Permaisuri, 35500 Tanjung Rambutan. Tindakan Disiplin Gantung Sekolah Aminah Bt Hamid ( KP : A ) Tingkatan 5A3 Mengikut Peraturan 8 (a) Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959. Saya dengan ini memaklumkan, di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/1959 bertarikh , tanggungjawab disiplin terhadap murid-murid sekolah adalah terletak pada Guru Besar / Pengetua sekolah. Saya dengan ini memaklumkan bahawa kamu dengan ini dipertuduhkan dengan tuduhan melanggar disiplin seperti berikut : “ Bahawa kamu, Aminah Bt Hamid ( KP : A pada 10 September, 1991, lebih kurang pukul 1.25 petang, di Bilik Persediaan Fizik, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri, Tanjung Rambutan, telah didapati berkelakuan tidak senonoh dan sumbang dengan Encik Sabtu B Ahad, kakitangan makmal lelaki iaitu dalam keadaan bercumbu-cumbuan. Dengan itu kamu telah melakukan satu perbuatan yang dianggap sebagai tingkahlaku sumbang, satu perbuatan salahlaku di bawah peraturan 2 (c) Bab XI, Undang-undang dan Peraturan Sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri, Tanjung Rambutan.” Sila ambil ingatan bahawa saya sebagai Pengetua bertanggungjawab terhadap disiplin murid-murid pernah memberi amaran secara bertulis kepada kamu kerana didapati berpegangan-pegangan tangan dengan Encik Sabtu B. Ahad kakitangan makmal yang sama melalui surat bil (17) dalam siri yang sama bertarikh 1 Jun, Kamu juga telah melalui sesi kaunseling dengan Guru Bimbingan & Kaunseling sekolah mengenai perkara yang sama, tetapi kelakuan kamu tetap tidak berubah seperti yang diharap-harapkan. 4.Di bawah peraturan 8 (a), sekiranya didapati bahawa adalah perlu dan sesuai untuk tujuan mengekalkan disiplin dan ketenteraman sekolah, di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri, Tanjung Rambutan, kamu boleh digantung dari sekolah sekiranya kamu didapati bersalah terhadap pertuduhan yang tersebut di atas. 5. Untuk membolehkan saya membuat keputusan sama ada kamu bersalah terhadap pertuduhan yang tersebut di atas dan sama ada kamu patut digantung dari sekolah atau tidak, kamu dengan ini dikehendaki mengemukakan jawapan secara bertulis terhadap pertuduhan tersebut dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh kamu menerima surat ini. 6. Jika sekiranya tiada apa-apa jawapan diterima daripada kamu dalam tempoh empat belas (14) hari seperti para 5 diatas, saya akan membuat keputusan berdasarkan apa-apa maklumat yang ada pada saya mengenai pertuduhan tersebut dan keputusan yang akan saya buat itu adalah gantung sekolah. Jawapan bertulis kamu itu hendaklah dialamatkan kepada : Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri, 8. Sila tandatangani akuan terima surat pertuduhan ini dengan menggunakan borang akuan terima yang disertakan bersama-sama ini. t.t. ( SOLEHA BT OSMAN ) 35500 Tanjung Rambutan, Perak Darul Ridzuan. s.k.

52 CONTOH SURAT KEPUTUSAN GANTUNG SEKOLAH SEBAGAI HUKUMAN TATATERTIB.

53 Aminah Bt Hamid ( KP : A 4289460 ) SMP.TR/DP/SULIT/(23).
SMK Raja Permaisuri, 35500 Tanjung Rambutan Rabiulakhir 1412 14 Oktober 1991 Tindakan Disiplin Dengan Tujuan Gantung Persekolahan Aminah Bt Hamid ( KP : A ) Tingkatan 5A3 Mengikut Peraturan 8 (a) Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959. Saya dengan ini merujuk kepada pertuduhan melanggar disiplin terhadap kamu melalui surat saya SMPP/TR/DP/SULIT/(20) Bertarikh 24 September Saya telah menimbang jawapan bertulis kamu dan berpuas hati bahawa kamu telah melakukan perbuatan yang dipertuduhkan dan bersalah terhadap pertuduhan melanggaar disiplin tersebut. Oleh kerana kamu telah didapati bersalah terhadap pertuduhan yang dinyatakan di atas, saya berpuas hati bahawa adalah perlu dan sesuai untuk tujuan mengekalkan disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri, Tanjung Rambutan, kamu dengan ini digantung persekolahan selama 14 hari dan keputusan ini berkuatkuasa daripada tarikh surat ini. Kamu dengan ini digantung persekolahan selama 14 hari dan tidak dibenarkan berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri, Tanjung Rambutan dengan serta merta dari Oktober, Sekiranya kamu tidak mematuhi perintah yang dibuat ini atau melanggar perintah ini kamu boleh dikenakan penalti Peraturan 14, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Dispilin Sekolah ) 1959, iaitu dikenakan dengan tidak lebih daripada RM1, ( Ringgit Malaysia seribu sahaja ), atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-dua denda dan penjara. Sila tandatangani akuan terima surat keputusan gantung sekolah ini dengan menggunakan surat akuan terima yang dinyatakan bersama-sama ini. t.t. ( SOLEHA BT OSMAN ) Pengetua, 35500 Tanjung Rambutan, Perak Darul Ridzuan. s.k.

54 CONTOH SURAT GANTUNG SEKOLAH UNTUK TUJUAN
PENYIASATAN SEHINGGA TINDAKAN TATATERTIB SELESAI.

55 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM SEMESTA
BENDANG BASAH 35500 TANJUNG RAMBUTAN. SMS/BB/S/SULIT/1/(1) Rusli Bin Abdul ( KP : A ) Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta Safar 1412 3550 Tanjung Rambutan Ogos, 1991 Tindakan Gantung Sekolah Rusli Bin Abdul ( KP : ) Tingkatan 3A6 Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959. Saya dengan ini memaklumkan, di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/1959 bertarikh bahawa tanggungjawab disiplin terhadap murid-murid sekolah adalah terletak pada pengetua sekolah. Oleh itu dalam menjalankan kuasa saya di bawah Peraturan tersebut, sebagai Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan di bawah Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah) 1959, saya berpuas hati bahawa untuk tujuan mengekalkan disiplin dan kententeraman di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan, bahawa kamu, Rusli Bin Abdul, digantung daripada persekolahan mulai 26 Ogos, 1991 sehingga tindakan disiplin terhadap kamu selesai bagi pertuduhan seperti yang berikut : “ Bahawa kamu, Rusli B, Abdul ( KP : A ) pada jam lebih kurang pukul pagi, berhampiran dengan Makmal Fizik, Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan, telah menumbuk guru kamu, iaitu Encik Sabtu B. Ahad seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan, dengan itu kamu telah melakukan perbuatan tidak menghormati guru satu perbuatan salahlaku, di bawah Peraturan 5 (B) Bab XI, Undang-Undang dan Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan.” Sekiranya kamu tidak mematuhi perintah yang dibuat ini, atau melanggar perintah ini, kamu boleh dikenakan penalty Peraturan 14, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, iaitu dikenakan denda tidak lebih daripada RM1, ( Ringgit Malaysia seribu sahaja), atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-dua denda dan penjara tersebut. Sila tandatangan akuan terima surat gantung persekolah ini menggunakan borang Lampiran J seperti yang disertakan bersama-sama ini.

56 CONTOH SURAT PERTUDUHAN TATATERTIB DENGAN TUJUAN BUANG SEKOLAH.

57 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM SEMESTA
BENDANG BASAH 35500 TANJUNG RAMBUTAN. SMS/BB/S/SULIT/1/(2) Rusli Bin Abdul ( KP : A ) Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta Safar 1412 3550 Tanjung Rambutan Ogos, 1991 Pertuduhan Tatatertib Dengan Tujuan Buang Sekolah Rusli Bin Abdul ( KP : A ) Tingkatan 3A6 Mengikut Peraturan 8 (a) Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959. Saya dengan ini memaklumkan, di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/1959 bertarikh bahawa tanggungjawab disiplin terhadap murid-murid sekolah adalah terletak pada pengetua sekolah. Saya dengan ini memaklumkan bahawa, kamu dengan ini dipertuduhkan dengan tuduhan melanggar disiplin seperti berikut : “ Bahawa kamu, Rusli B, Abdul ( KP : A ) pada jam lebih kurang pukul pagi, berhampiran dengan Makmal Fizik, Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan, telah menumbuk guru kamu, iaitu Encik Sabtu B. Ahad seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan, dengan itu kamu telah melakukan perbuatan tidak menghormati guru, satu perbuatan salahlaku, di bawah Peraturan 5 (B) Bab XI, Undang-Undang dan Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan.” 3. Dibawah peraturan 8 (a), Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, Sekiranya didapati bahawa adalah perlu dan sesuai untuk tujuan mengekalkan disiplin dan ketenteraman di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan, kamu boleh dibuang dari sekolah sekiranya kamu didapati bersalah mengikut pertuduhan yang tersebut di atas. 4. Untuk membolehkan saya membuat keputusan sama ada kamu bersalah terhadap tuduhan yang tersebut di atas dan sama ada kamu patut dibuang sekolah atau tidak, kamu dengan ini dikehendaki mengemukakan jawapan secara bertulis terhadap pertuduhan tersebut dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh kamu menerima surat ini. Jika sekiranya tiada apa-apa jawapan diterima daripada kamu dalam tempoh empat belas (14) hari seperti yang tersebut di atas, saya akan membuat keputusan berdasarkan apa-apa maklumat yang ada pada saya mengenai pertuduhan tersebut dan keputusan yang akan saya buat itu mungkin keputusan buang sekolah. Jawapan bertulis kamu itu hendaklah dialamatkan kepada : Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta, Bendang Basah, 35500 Tanjung Rambutan. 7. Sila tandatangan akuan terima surat pertuduhan ini menggunakan borang Lampiran J seperti yang disertakan bersama-sama ini. t.t. ( KHAMIS BIN JUMAAT ) Sek. Men. Kebangsaan Alam Semesta, s.k.

58 CONTOH SURAT KEPUTUSAN TINDAKAN TATATERTIB BUANG SEKOLAH

59 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM SEMESTA
BENDANG BASAH 35500 TANJUNG RAMBUTAN. SMS/BB/S/SULIT/1/(3) Rusli Bin Abdul ( KP : A ) Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta Safar 1412 3550 Tanjung Rambutan September, 1991 Tindakan Tatatertib Dengan Tujuan Buang Sekolah Rusli Bin Abdul ( KP : A ) Tingkatan 3A6 Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959. Saya dengan ini merujuk kepada pertuduhan melanggar disiplin terhadap kamu melalui surat saya kepada kamu SMS/BB/S/SULIT/1/(2) bertarikh 2. Setelah menimbangkan jawapan bertulis kamu yang telah kamu kemukakan, saya telah berpuas hati bahawa kamu telah melakukan perbuatan yang dipertuduhkan dan bersalah terhadap pertuduhan melanggar disiplin tersebut. 3. Oleh kerana kamu telah didapati bersalah terhadap pertuduhan yang dinyatakan di atas, saya berpuas hati bahawa adalah perlu dan sesuai untuk tujuan mengekalkan disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan, kamu dengan ini dibuang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan dan keputusan ini berkuatkuasa serta-merta. 4. Kamu dengan ini adalah dibuang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan mulai 5. Mengikut Peraturan 10 (1) Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, tuan boleh merayu terhadap keputusan membuang sekolah anak tuan Rusli bin Abdul mulai daripada kepada Pendaftar Sekolah-Sekolah seperti alamat di atas dalam tempoh 30 hari selepas menerima surat ini. 6. Sila tandatangani akuan terima surat pertuduhan ini menggunakan borang Lampiran J seperti yang disertakan bersama-sama ini. t.t. ( KHAMIS BIN JUMAAT ) Pengetua, Sek. Men. Kebangsaan Alam Semesta, 35500 Tanjung Rambutan. s.k.

60 CONTOH SURAT AMARAN KES DISIPLIN

61 SMK JENGKA 21, FELDA JENGKA 21, 26400 BANDAR JENGKA, PAHANG DARUL MAKMUR Kepada: Ibu Bapa/ Penjaga Murid, Tuan / Puan, AMARAN DISIPLIN PERTAMA / KEDUA / KETIGA/ AMARAN KERAS Nama Murid : No. KP : Tingkatan : Dengan segala hormatnya perkara tersebut di atas dirujuk. 2. Anak / anak jagaan tuan / puan seperti di atas telah melakukan salah laku berikut : 3. Sehubungan dengan itu, anak/ anak jagaan tuan / puan telah diambil tindakan dengan diberi Amaran 1/ Amaran 2/ Amaran 3/ Amaran Keras. Anak / anak jagaan tuan / puan juga telah dirujuk kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah untuk khidmat nasihat agar dapat mengubah kelakuannya, namun kelakuannya tetap tidak berubah seperti yang diharap-harapkan. 4. Tindakan disiplin yang lebih berat akan dikenakan sekiranya anak/ anak jagaan tuan/ puan masih berterusan melakukan salah laku disiplin sekolah. Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah, ( ) Pengetua SMK Jengka 21, Felda Jengka 21 Sk : Asal : Ibubapa/ Penjaga Salinan 1 : Fail Sekolah Salinan 2 : Guru Kelas

62 TATACARA TINDAKAN DISIPLIN BAGI KESALAHAN PONTENG SEKOLAH

63 Guru hendaklah mengenal pasti sebab-sebab murid tidak hadir ke sekolah dengan menghubungi ibu bapa, sama ada secara bertulis atau melalui telefon (dengan catatan panggilan telefon dalam Buku Kedatangan). Jika murid tidak hadir ke sekolah, guru hendaklah mengambil langkah-langkah berikut: memastikan murid yang tidak hadir memberikan surat doktor atau surat ibu bapa dengan tandatangan yang sah bagi menjelaskan ketidakhadiran murid; murid yang tidak hadir selama dua hari atau lebih tanpa surat doktor dikehendaki membawa ibu bapa berjumpa dengan Guru Besar atau Pengetua, melainkan jika terdapat bukti yang nyata bahawa ketidakhadiran murid adalah atas sebab-sebab yang munasabah;

64 PERTAMA / KEDUA / TERAKHIR
CONTOH SURAT AMARAN PERTAMA / KEDUA / TERAKHIR

65 SEKOLAH …………………………. ………………………… Tuan/Puan Pemberitahuan Ketidakhadiran ke sekolah : AMARAN PERTAMA / KEDUA Saya dengan ini diarah untuk memaklumkan bahwa anak / jagaan tuan / puan…………………….. dari tingkatan / kelas ………………..telah tidak hadir ke sekolah dari …………………. Hingga …………….. ( ………… hari) 2. Sila maklumi pihak sekolah dengan mengunakan lampiran yang disertakan atau berhubungan terus dengan Pengetua/Guru Besar dengan seberapa segera. 3. Mengukut peraturan sekolah * anak / jagaan tuan / puan boleh dikenakan tindakan buang sekolah jika tidak hadir tanpa apa-apa kenyataan daripada ibu bapa atau penjaga dan atas sebab- sebab yang munasabah “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “CINTAILAH BAHASA KITA” Saya yang menurut perintah ………………………………. Pengertua/ Guru Besar Cop sekolah Sk : Asal : Ibubapa/ Penjaga Salinan 1 : Fail Sekolah Salinan 2 : Guru Kelas

66 Pemberitahuan Ketidakhadiran ke sekolah :
AMARAN TERAKHIR

67 SEKOLAH …………………………. ………………………… Tuan/Puan Pemberitahuan Ketidakhadiran ke sekolah : AMARAN TERAKHIR Saya dengan ini diarah untuk memaklumkan bahwa anak / jagaan tuan / puan…………………….. dari tingkatan / kelas ………………..telah tidak hadir ke sekolah dari …………………. Hingga …………….. ( ………… hari) 2. Pihak sekolah telah menghubungi tuan/ puan melalui surat bil………………………………. Pada………………. dan Dukacita dimaklumankan bahawa pihak sekolah tidak dapat menerima jawapan daripada tuan /puan. Diharap tuan / puan dapat menghubungi pihak sekolah. 3. Mengukut peraturan sekolah * anak / jagaan tuan / puan akan dibuang sekolah sekiranya tuan/puan tidak berjumpa dengan pihak sekolah dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat ini “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “CINTAILAH BAHASA KITA” Saya yang menurut perintah ………………………………. Pengertua/ Guru Besar Cop sekolah Sk : Asal : Ibubapa/ Penjaga Salinan 1 : Fail Sekolah Salinan 2 : Guru Kelas

68 PEMBERITAHUAN BUANG SEKOLAH

69 SEKOLAH …………………………. ………………………… Tuan/Puan PEMBERITAHUAN BUANG SEKOLAH Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa anak / jagaan tuan / puan ……………………………………dari tingkatan / kelas ………………………. Telah tidak hadir ke sekolah selama …………………..hari. 2. Pihak sekolah telah menghubungi tuan /puan melalui surat-surat amaran seperti berikut : i. Bil…………….. bertarikh……………………. ii. Bil…………….. bertarikh……………………. iii. Bil…………….. bertarikh……………………. 3. oleh itu anak jagaan tuan / puan dibuang sekolah mulai……………………… 4. Walau bagaimanapun tuan/puan boleh membuat rayuan untuk bersekolah semula kepada Pendaftar Sekolah-Sekolah di Jabatan Pendidikan Negeri dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan surat ini, seperti yang diperuntukkan pada para 10.2 Ordinan Pelajaran 1957,Peraturan-peraturan pelajaran ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959 “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “CINTAILAH BAHASA KITA” Saya yang menurut perintah ………………………………. Pengertua/ Guru Besar Cop sekolah Sk : Asal : Ibubapa/ Penjaga Salinan 1 : Fail Sekolah Salinan 2 : Guru Kelas

70 CARTA ALIRAN TINDAKAN TERHADAP MURID PONTENG SEKOLAH BERTERUSAN

71 Surat Amaran Kedua kepada ibu bapa/penjaga selepas tujuh (7) hari berikutnya tidak hadir. Surat Amaran Terakhir Surat Buang Sekolah selepas 14 hari berikutnya Ibu bapa/penjaga membuat rayuan. Kenal pasti murid ponteng Tiga (3) hari berterusan Surat Amaran Pertama Tidak Hadir Hadir Khidmat kaunseling TAMAT

72 TINDAKAN TERHADAP MURID PONTENG
CARTA ALIRAN TINDAKAN TERHADAP MURID PONTENG SEKOLAH BERKALA

73 Kenal pasti murid ponteng
Sepuluh (10) hari berKALA Surat Amaran Pertama kepada ibu bapa/penjaga Tidak Hadir Hadir Surat Amaran Kedua selepas Sepuluh (10) hari berikutnya tidak hadir. Khidmat kaunseling Surat Amaran Terakhir selepas Dua Puluh (20) hari berikutnya Surat Buang Sekolah selepas 20 hari berikutnya Ibu bapa/penjaga membuat rayuan. TAMAT

74 IMPLIKASI HUKUMAN TERHADAP GURU-GURU YANG MELANGGAR PERATURAN
Tanggungan peribadi Vicarious Liability Pelanggaran tugas mengikut Bab D ( Perintah Am ) Surcaj di bawah Akta Acara Kewangan Gangguan Psikologi dan emosi Rekod perkhidmatan yang tercemar Kerugian pendapatan Hilang hak pencen Menjatuhkan maruah


Download ppt "Mandat pelaksanaan kuasa disiplin."

Similar presentations


Ads by Google