Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

ISU DAN CABARAN ICT DAN GLOBALISASI KE ATAS KUMPULAN TERTENTU

Similar presentations


Presentation on theme: "ISU DAN CABARAN ICT DAN GLOBALISASI KE ATAS KUMPULAN TERTENTU"— Presentation transcript:

1 ISU DAN CABARAN ICT DAN GLOBALISASI KE ATAS KUMPULAN TERTENTU
Unit 6 ISU DAN CABARAN ICT DAN GLOBALISASI KE ATAS KUMPULAN TERTENTU

2 Golongan kanak-kanak dan orang tua
Di akhir topik ini, pelajar akan dapat memahami cabaran ICT dan globalisasi terhadap; 1 Kemiskinan 2 pembangunan negara 3 Golongan wanita 4 Golongan kanak-kanak dan orang tua 5 Golongan orang kurang upaya

3 KEMISKINAN Kemiskinan Mutlak
Ketidakmampuan seseorang atau keluarga memenuhi keperluan minimum untuk mengekalkan keberkesanan fizikal (physical efficiency) atau untuk memenuhi keperluan asas hidup. Aspek penting dalam pengukuran ini: standard kehidupan yang asas (basic living standard). Berkait rapat dengan hak manusia sejagat untuk mendapatkan keperluan asas. Sesiapa yang tidak dapat menikmati keperluan asas – dikatakan sebagai miskin.

4 Pendekatan ketidaksamaan
Kemiskinan Relatif Pendekatan ketidaksamaan Melihat kemiskinan sebagai berkaitan dgn ketidaksamaan. Mengukur ketidaksamaan (inequality) kesejahteraan atau kekayaan kumpulan tertentu di dalam masyarakat. Pendekatan ini membahagikan masyarakat kepada yang miskin dan kaya melalui perbandingan pendapatan. VS

5 KESANNYA TERHADAP KUALITI HIDUP
Tidak cukup zat makanan - Masalah kesihatan, memendekkan jangka hayat, kematian bayi baru lahir. Tidak ada tempat tinggal Tiada air bersih Tiada rawatan kesihatan terbaik Tidak mampu ke sekolah Tidak memikirkan masa depan Desakan hidup menggalakkan jenayah Perasaan tidak bebas dan tidak berkuasa Kesedihan boleh menyebabkan masalah psikologi

6 CABARAN GLOBALISASI & TEKNOLOGI MAKLUMAT TERHADAP KEMISKINAN
1) Terdapat jurang ekonomi Menurut laporan Human Development (2000), walaupun terdapat pertumbuhan ekonomi yang luar biasa dalam era globalisasi, tidak semua negara mampu menikmatinya. Jurang pendapatan antara negara kaya dan miskin, golongan kaya dan miskin dalam negara semakin meluas. Pendapatan terkaya global dimonopoli oleh 20% golongan terkaya dunia iaitu sebanyak 82.7%. Ini menunjukkan pengagihan yang tidak sekata di antara negara.

7 Digital divide Infrastruktur teknologi maklumat di kawasan pedalaman tidak sehebat di kawan bandar. Pengetahuan penggunaan teknologi maklumat di kalangan penduduk miskin di luar bandar kurang berbanding penduduk bandar. Ini akan mewujudkan jurang di antara penduduk.

8 BAGAIMANA TEKNOLOGI MENGATASI MASALAH KEMISKINAN?
1 Pertukaran ekonomi/ sumber 2 Menyampaikan dasar-dasar kerajaan dengan berkesan 3 Mendayaupayakan masyarakat miskin

9 1. Pertukaran Ekonomi/ Sumber
Dengan adanya teknologi, sumber ekonomi telah bertukar daripada pertanian kepada perindustrian. Eksport kasar mengikut sektor (RM Juta) Tahun Pertanian Per lombongan Perkilangan Lain-lain Jumlah 1970 3,055 (59.2%) 1,339 (25.9%) 615 (11.9%) 153 (3%) 5,162 2000 22,398 (6.0%) 27,251 (7.3%) 318,058 (85.2%) 5,599 (1.5%) 373,307

10 Negara akan menjadi miskin tanpa teknologi.
Sekarang ini, berlaku pertukaran ekonomi daripada perindustrian kepada teknologi maklumat. Lebih kurang 50%-60% daripada KNK (keluaran Negara kasar) negara perindustrian seperti US diperolehi melalui hasil kerja yang berkaitan dengan maklumat. ICT dapat meningkatkan produktiviti sesebuah negara sebanyak 300%.

11 DASAR DAN PERKHIDMATAN KERAJAAN
1) Dasar kerajaan dapat disampaikan kepada sasaran melalui teknologi maklumat. Perlaksanaan Skim Bantuan Kerajaan yang berkesan. - Contohnya, Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). - Dengan teknologi maklumat, data penduduk miskin dapat dikemaskini, dapat memendekkan birokrasi dan pengawasan bantuan dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

12 Dapat memberikan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik.
Contoh, teleperubatan. Memudahkan ases kepada data tentang pesakit, doktor di kawasan luar bandar boleh berhubung dengan doktor pakar di kawasan bandar dengan pantas dan mudah.

13 3) Memperbaiki perkhidmatan kerajaan
Sebelum adanya ICT. Terpaksa pergi ke kawasan bandar untuk mendapatkan perkhidmatan. Ini melibatkan kos yang terpaksa ditanggung oleh penduduk miskin. Terpaksa bergantung kepada kecekapan dan kejujuran pegawai kerajaan. Mengikut kajian (India), penduduk miskin banyak menghabiskan pendapatan mereka untuk mendapatkan perkhidmatan awam kerana mereka mudah ditipu oleh pegawai yang mengambil kesempatan. Adanya ICT, lebih mudah berhubung, lebih telus, boleh membuat aduan dengan lebih berkesan.

14 3. MENDAYAUPAYAKAN GOLONGAN MISKIN
Golongan miskin dapat didayaupayakan melalui teknologi & teknologi maklumat. Penyediaan peluang pendidikan untuk golongan miskin. Teori modal manusia menjelaskan bahawa modal menusia boleh meningkatkan produktiviti individu dan perolehan dan pendapatan mereka. Kolej komuniti untuk membantu pelajar memperolehi ilmu pengetahuan.

15 Peningkatan pembangunan sumber manusia
- Memberi kemahiran dan latihan berkaitan teknologi maklumat.

16 Peningkatan produktiviti di dalam pelbagai sektor seperti ;
pertanian- memperkenalkan pertanian moden. Perusahaan kecil: boleh mengembangkan pasaran ke luar negara. Di India contohnya, petani miskin mengalami masalah untuk menentukan harga di pasaran, maklumat berkaitan pertanian, keadaan cuaca, sumber kewangan dan peluang pasaran. ICT boleh menyelesaikan masalah dengan memberi lebih banyak maklumat kepada mereka (Bank Dunia, 1999)

17 Di Gujarat, pusat pengumpulan hasil tenusu dilengkapi dengan sistem penkomputeran bagi menentukan kualiti dan kuantiti hasil susu. Sebelum adanya teknologi ini, petani menghantar susu mereka setiap hari dan pusat tersebut mengambil masa berhari-hari bagi menentukan kualiti dan harga. Bayaran hanya dibuat 10 hari kemudiannya. Dengan adanya Diary Information System Kiosk, bayaran lebih cepat, lebih telus dan lebih mudah.

18 PEMBANGUNAN Pembangunan negara berdasarkan teknologi Leapfrog
POST-INDUSTRIAL/ ADVANCED INDUSTRIAL SOCIETY DEVELOPED SOCIETY Manipulating & control INDUSTRIAL SOCIETY Recycling& synthesi zing Manufacturing & processing Knowledge services DEVELOPING SOCIETY Information services Utility services LEAST DEVELOPED SOCIETY Labour + land+ Capital+ Entrepreneur + Information + R & D + Technology+ Knowledge Agricultural & mining Labour + land+ Capital+ Entrepreneur + Information + R & D + Technology PRIMITIVE SOCIETY farming Labour + land+ Capital+ Entrepreneur + Information Labour + land+ capital Hunting & gathering Labour + land labour Leapfrog SOURCE : MIMOS

19 Boleh melepasi peringkat negara membangun dengan membuat pelaburan di dalam;
- sumber intelek manusia - pembangunan ekonomi berdasarkan paradigma informasi/ ilmu. ICT adalah alat untuk pembangunan. Kreativiti dan kebolehan intelek adalah penyumbang kepada pembangunan di era informasi teknologi. Mendayaupayakan kebolehan manusia untuk menjadi lebih produktif Menambahkan pengetahuan, kemahiran dan nilai dan menggalakkan pemikiran

20 CABARAN ICT TERHADAP PEMBANGUNAN MALAYSIA
Menyediakan kemudahan infrastruktur bagi memudahkan pencapaian teknologi maklumat terutama di luar bandar. Memberi perhatian kepada pekerja ilmu mahir berkaitan teknologi maklumat. Memberi kemahiran kepada masyarakat dalam menggunakan teknologi. Kebolehan masyarakat untuk memberi tindakbalas positif terhadap teknologi maklumat.

21 Membina masyarakat berilmu.
Pengawalan terhadap teknologi: Sektor awam atau sektor swasta. Memberi perlindungan kepada pengguna di dalam menangani jenayah bentuk baru.

22 Pembangunan wanita Mengapa pembangunan wanita penting?
1.Pendidikan, kesihatan dan tahap pendapatan ibu merupakan penentu penting ke atas kesejahteraan anak. 2.Ramai wanita yang didiskriminasikan di pasaran kerja (dari segi gaji, promosi, jaminan) 3.Kebanyakan orang miskin, tiada rumah, kurang zat pemakanan terdiri daripada wanita/diketuai oleh wanita

23 4.Sistem perundangan, kewangan dan pemilikan tanah tidak memberi hak kepada wanita
5.Keganasan terhadap wanita berlaku di rumah dan dalam masyarakat 6. Perpecahan keluarga memberi kesan yang lebih teruk kepada wanita (feminization of poverty) 7. Ramai wanita terpaksa ditinggalkan kerana suami mencari rezeki di negara lain.

24 ISU GLOBAL WANITA Adakah terdapat perbezaan akses kepada ICT antara lelaki dan wanita? Bagaimana ICT memberi kesan yang berbeza kepada lelaki dan wanita? Bagaimana ICT boleh mengurangkan perbezaan antara gender? Adakah wanita dan lelaki sama dilibatkan dalam penentuan ICT?

25 KENAPA jurang di antara gender berlaku?
(Turkle, 1995) budak wanita berbeza pendekatan terhadap teknologi berbanding lelaki. Ini disebabkan oleh faktor pendidikan. Di Tadika lagi, cikgu mendorong budak lelaki ke arah permainan komputer dan kemahiran teknikal berbanding budak perempuan. Budak remaja perempuan tidak mengemari subjek teknikal dan suka mengelak daripada subjek seperti maths, sains dan komputer (Miller, 1996).

26 Wanita muda tidak menjumpai ‘mentor’ mereka di dalam bidang sains dan teknologi. (Faulker, 2001; Lee, 2002). Teknologi adalah untuk lelaki dan dicipta untuk lelaki bukannya bagi memuaskan keperluan wanita (Cockburn & Ormrod, 1993)

27 Faktor sikap (Berg) Wanita tidak nampak kegunaan komputer dalam isirumah. Mereka merasakan apa yang boleh digunakan sahaja yang patut dipelajari. Sikap wanita terhadap teknologi maklumat adalah deterministik (teknologi diberi dan tidak boleh diubah).

28 Berdasarkan kajian e-living, beberapa faktor dikenalpasti;
Pekerjaan ICT banyak digunakan di dalam sektor pekerjaan. Ramai lelaki di dalam sektor pekerjaan berbanding perempuan. Dengan peningkatan wanita di dalam pekerjaan boleh meningkatkan juga penggunaan ICT. Taraf perkahwinan Wanita berkahwin banyak melakukan aktiviti domestik dan tiada masa untuk menggunakan teknologi ini.

29 Kajian e-living (2002) Purata wanita dan lelaki melakukan aktiviti sehari ialah 6 jam. bagi lelaki: 4 jam untuk kerja berbayar dan 2 jam aktiviti lain. bagi wanita: 2 jam kerja berbayar dan 4 jam kerja lain seperti membeli belah, mengurus rumah dan anak). Penggunaan telefon. Terdapat jurang gender. Itali, German dan Norway 17% jurang UK – 9%, Bulgaria (8%) dan Israel (7%)

30 Kegunaan komputer. Terdapat jurang penggunaan.
Itali, German dan Norway – % UK % Bulgaria & Israel (1%). Penggunaan Internet: putara setiap negara (11%) Norway (21%) Bulgaria (2%) Persepsi wanita lebih negatif terhadap komputer dan Internet berbandinglelaki.

31 BAGAIMANA TEKNOLOGI MAKLUMAT MENGUBAH WANITA
1 Mendayaupayakan kaum wanita 2 Mengubah ideologi wanita

32 1. MENDAYAUPAYAKAN WANITA
1. Pendidikan Di dalam zaman yang mementingkan ilmu pengetahuan, wanita dapat meningkatkan ilmu nelalui bantuan ICT. 2. Pekerjaan Dengan bantuan ICT, wanita dapat melakukan kerja daripada rumah. Ini dapat membantu wanita menguruskan rumah dan mementingkan kerjaya pada waktu yang sama.

33 3.Ekonomi Wanita banyak mencari rezeki dengan berniaga secara kecil-kecilan. Dengan bantuan ICT dan globalisasi, perniagaan tersebut dapat dipasarkan ke negara lain. Ini dapat menaikkan ekonomi orang wanita.

34 2. MENGUbah ideologi wanita
Maklumat barat dibawa masuk ke dalam negara dan mengubah ideologi wanita. Mereka lebih bersifat terbuka, liberal dan memperjuangkan hak mereka. Mereka menuntut hak yang sama seperti kaum lelaki. Mereka juga berani menuntut keadilan seperti di dalam isu penderaan rumahtangga, gangguan sexual dan sebagainya.

35 orang tua DAN ICT European Commissioner for Information Society and Media, Viviane Reding (2005) berkata; “ I will make sure that we can create an information society for all, including the older generations, people with disabilities and people who are simply not familiar with new technologies.”

36 Cabaran ict Design bias di kalangan pengusaha IT.
Kebanyakan pengusaha IT meletakkan golongan muda sebagai sasaran dan mencipta sesuatu untuk memenuhi golongan ini. “Companies like to be seen as young, innovative, sexy. This means that aging is not something they like to be identified with’ (Bodoff, 2003)

37 Di dalam pengiklanan IT, ditujukan kepada golongan muda
Di dalam pengiklanan IT, ditujukan kepada golongan muda. Satu survey telah dilakukan di kalangan 45,000 golongan tua oleh agensi pemasaran pada tahun 2004 di Eropah, 86 % mengatakan mereka dipinggirkan daripada pengiklanan.

38 Kebanyakan program IT dan polisi kerajaan tertumpu kepada golongan muda. Contohnya, sektor pendidikan lebih ditujukan kepada golongan muda.

39 Kajian data (E-living data)
Kajian melihat kepada persepsi dan amalan golongan tua terhadap penggunaan ICT. Golongan berumur 65+ mempunyai sikap negatif terhadap ICT. Tetapi Golongan berumur 65+ menghabiskan lebih banyak masa secara online daripada golongan muda di negara UK, Itali dan Israel kerana mereka mempunyai banyak masa lapang. Ini bermakna sekiranya golongan ini sudah menggunakan teknologi ini, mereka akan menggunakannya sekerap mungkin.

40 3)Tidak ada perbezaan mengikut umur berkaitan penggunaan emel sebagai bentuk komunikasi di UK dan Israel. 4) Kebanyakan golongan tua mencari maklumat berkaitan online library services dan perkhidmatan rawatan di hospital.

41 Menggalakkan penggunaan ICT di kalangan golongan tua
Melalui penglibatan di dalam perkhidmatan sosial. Melalui EC eEurope Action Plan 2005, penglibatan adalah secara online. Ini akan menggalakkan golongan tua menggunakan IT untuk melibatkan diri di dalam aktiviti sosial.

42 Melalui pendidikan Memberi peluang pelajaran terutama melalui skim jarak-jauh. Melalui rawatan Rawatan kesihatan boleh dilakukan daripada rumah. Melalui komunikasi sesama ahli keluarga. Berhubung dengan cucu lebih mudah melalui Internet. Kajian menunjukkan golongan tua menggunakan Internet untuk berhubung dengan kenalan dan keluarga. Ini boleh mengelakkan masalah tertekan dan terasing apabila tinggal berjauhan dengan anak.

43 KANAK-KANAK Livingstone & Bober, 2004;
Di UK , 98% daripada penduduk berumur tahun menggunakan Internet. 75% di rumah dan 92% di sekolah.

44 Kebaikan it 1) Pendidikan
Pembelajaran menyeronokkan dan interaktif. Buku amat membosankan. Berbeza corak pembelajaran dalam kelas yang lebih berorientasikan cikgu-murid. Kanak-kanak menganggap komputer adalah satu misteri yang harus diselesaikan. Mereka akan mencari banyak maklumat melaluinya. Di Malaysia, sekolah bestari diperkenalkan. Terdapat program seperti A-score learning.

45 Anjakan paradigma pendidikan baru
Sekolah biasa Proses pembelajaran berpusatkan guru Berpandukan peperiksaan Pembelajaran sebagai kewajipan Bilik darjah sebagai dunia Sekolah bistari Proses pembelajaran berpusatkan pelajar Berpandukan kokurikulum Pembelajaran sebagai satu keseronokan Dunia sebagai bilik darjah.

46 Sekolah biasa Pemerolehan pengetahuan melalui buku Tumpuan kepada penghafalan dan mengigat maklumat Mengikut apa yang cikgu tentukan Kemahiran asas mambaca dan menulis. Sekolah bistari Pemerolehan pengetahuan daripada sumber jaraj jauh. Capaian, manipulasi dan penjanaan maklumat elektronik. Kemampuan untuk berfikir tanpa sempadan Penerokaan yang kreatif dan inovatif Kemahiran multimedia dan perangkaian.

47 Bentuk baru komunikasi
kanak-kanak suka bergaul sesama mereka. Berbeza dengan orang dewasa, sekiranya kanak-kanak berkawan secara online mereka akan juga berhubung secara offline. Oleh itu, internet dapat meningkatkan perhubungan sosial kanak- kanak (Slater, 2002)

48 Cabaran Capaian kepada maklumat yang tidak dikehendaki seperti bahan lucah. Turut serta di dalam chat room, menyebabkan orang dewasa boleh mengambil kesempatan terhadap kanak-kanak. Terdapat banyak kes jenayah sexual kanak-kanak paedophile bermula melalui chat room. Kanak-kanak menghabiskan masa di depan komputer lebih lama daripada melakukan aktiviti lain.

49 golongan kurang upaya Seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuh atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu dan tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan samasa dari segi fizikal atau mental dan samada ia berlaku semenjak lahir atau kemudian dari itu.

50 OKU KATEGORI KURANG UPAYA Buta Pekak Cerebral palsy Kudung
Masalah pembelajaran Kudung Lain-lain

51 KEBAIKAN ICT KEPADA GOLONGAN INI
1 MEMUDAHKAN PENCARIAN MAKLUMAT KEPADA GOLONGAN CACAT PENGLIHATAN 2 MERAPATKAN HUBUNGAN SOSIAL GOLONGAN CACAT PENDENGARAN 3 MEMBANTU GOLONGAN BISU UNTUK BERINTERAKSI DENGAN MASYARAKAT 4 ICT SEBAGAI ALAT PEMBELAJARAN 5 PELUANG PENDIDIKAN 6 PELUANG PEKERJAAN

52 1. MEMUDAHKAN pencarian maklumat KEPADA GOLONGAN CACAT PENGLIHATAN
a) Screen Reader menukarkan teks di komputer kepada bahasa yang mudah difahami. Penggunaan electronic-mail ( ) juga boleh digunakan. b) Braille Embossers. Mencetak output dalam bentuk braille. c) Reading Devices/Scanners Buku atau artikel boleh discan dan boleh didengar melalui komputer.

53 4.Braille Display: teks di atas skrin komputer boleh dicetak dalam bentuk braille.
5. Magnification: Kepada yang penglibatan kabur, ada device yang boleh membesarkan objek dan membolehkan ia dibaca.

54 2. MERAPATKAN HUBUNGAN SOSIAL GOLONGAN CACAT PENDENGARAN
Dapat menggunakan SMS untuk berhubung. Kaedah perhubungan menerusi SMS di kalangan orang pekak dipercayai dipelopori dan dipopularkan oleh golongan pekak dari negara Asia, khususnya di Jepun, Hong Kong, Singapura dan Malaysia.

55 standard teknologi TTY, teletypewriter atau TDD (peranti telekomunikasi)
TTY merupakan peranti atau alat khas yang membolehkan orang pekak menggunakan telefon untuk berkomunikasi. Mereka hanya perlu menaip kepada telefon itu dan ia akan memaparkan mesej kepada pengguna telefon TTY yang lain. Jika hendak dilihat di alam Internet, ia umpama menaip kata-kata dalam ruangan 'chat' Internet yang memberikan komunikasi terus tetapi dengan teks dan bukannya suara. Jika anda tidak mempunyai alat TTY , anda masih boleh berkomunikasi dengan orang pekak yang mempunyai TTY dengan menggunakan Perkhidmatan Geganti Telekomunikasi (TRS). Menggunakan TRS, operator khas akan menaip apa sahaja yang anda ucapkan untuk dibaca dalam telefon penerima dan teks yang ditaipkan pula akan dibacakan oleh operator kepada kita.

56 3. Membantu golongan bisu untuk berhubung dengan masyarakat
The Radiophony Communicator and Training Institute telah mencipta perisian untuk Professor Stephen Hawking, dimana dia boleh menggunakan satu butang untuk memasukkan teks ke dalam komputer. Dia telah menggunakan Text-to-Speech software.

57 Produk-produk seperti Speech Viewer III iaitu perisian alat memperbaiki pertuturan dan Visual Voice Tools iaitu perisian kawalan suara. Speech Viewer III merupakan perisian suara dan bahasa yang mampu menukarkan percakapan dan bunyi kepada grafik menarik. Ia mampu meningkatkan keberkesanan terapi bertutur dan ucapan untuk mereka yang menghadapi masalah bertutur, bahasa dan juga pendengaran.

58 4. ICT sebagai alat pembelajaran
CD-ROM yang mempunyai video-video memaparkan komunikasi menggunakan Bahasa Isyarat Amerika (ASL) dan mempelajarinya melalui komputer. Menggunakan teknologi hypermedia, Personal Communicator memempunyai perisian pemproses kata mudah yang akan menukarkan perkataan Inggeris yang ditaip kepada bentuk bahasa isyarat untuk tujuan pembelajaran. CD-ROM ini juga mempunyai ruang bermain bagi memupuk lebih minat dalam pembelajaran bahasa isyarat dan juga mempunyai perisian pelayar ASL untuk memudahkan pengguna melayari Internet.

59 Penggunaan ICT di dalam proses pembelajaran untuk golongan cacat penglihatan.
Screen reader: boleh digunakan untuk menaip assignment dan membaca artikel di Internet

60 5. Peluang pendidikan Systematic College Petaling Jaya
memperkenalkan jurusan Multimedia dengan lima tahap yang boleh diambil oleh golongan kurang upaya. Boleh belajar melalui cara jarak-jauh dengan kemajuan IT dan mengurangkan pergerakan fizikal mereka.

61 6. Peluang Pekerjaan Dengan kemahiran dalam bidang IT boleh bersaing di dunia luar. Dengan IT, boleh bekerja dari rumah bagi mengurangkan pergerakan. Persatuan-persatuan untuk golongan OKU boleh memasarkan barangan hasil buatan ahlinya dengan lebih luas di pasaran global.

62 PROGRAM-PROGRAM ICT 1.Projek yang diusahakan oleh the Malaysian Federation of the Deaf (MFD), bertujuan untuk membudayakan penggunaan IT di kalangan golongan yang tidak boleh mendengar tetapi boleh melihat melalui penggunaan, komputer, tetikus dan keyboard. In boleh merapatkan jurang IT di kalangan masyarakat Di taja oleh National Information Technology Council programme bagi mewujudkan e- komuniti dikalangan semua lapisan masyarakat.

63 2.Perbadanan Perpustakaan Pulau Pinang pula menyediakan perkhidmatan Perisian JAWS (Jobs Access With Speech) iaitu satu perisian pembacaan pada skrin yang paling istimewa yang membolehkan orang cacat penglihatan menggunakan perisian seperti OPAC, Netscape, Internet Explorer, dan sebagainya untuk mengakses maklumat, membaca e-mel atau faks, dan menyemak butir-butir bibliografi mengenai koleksi perbadanan.

64 PERBINCANGAN Bincangkan peranan masyarakat dan pemimpin bagi meningkatkan kualiti hidup golongan wanita, orang tua, OKU dan kanak- kanak bagi merebut peluang dan menghadapi cabaran dalam era globalisasi. Sebagai wanita (memandangkan 99% daripada pelajar adalah wanita) bagaimanakah anda sebagai isteri dan ibu memainkan peranan di dalam dunia teknologi dan globalisasi. Bagaimana anda dapat memastikan generasi akan datang dapat menikmati kualiti dan gaya hidup yang tinggi?


Download ppt "ISU DAN CABARAN ICT DAN GLOBALISASI KE ATAS KUMPULAN TERTENTU"

Similar presentations


Ads by Google