Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

PENYELESAIAN PERTIKAIAN ALTERNATIF (ADR)

Similar presentations


Presentation on theme: "PENYELESAIAN PERTIKAIAN ALTERNATIF (ADR)"— Presentation transcript:

1 PENYELESAIAN PERTIKAIAN ALTERNATIF (ADR)
FEM4123

2 PENDEKATAN TRADISIONAL TERHADAP PERTIKAIAN
Pertikaian personal atau komersil biasanya melibatkan perasaan-perasaan berikut: marah sedih, kecewa, tidak pasti, bimbang dan keinginan untuk tidak mahu dipersalahkan. Perasaan ini jika tidak ditangani akan mengaburi konflik yang sebenar di mana yang menjadi isu kini bukan lagi wang atau gantirugi tetapi ‘prinsip’ peribadi.

3 Sambungan Individu akan menyakinkan diri bahawa dialah yang betul dan mula melihat pihak yang satu lagi sebagai penipu,musuh dan perancang masalah tanpa memberi peluang untuk perbincangan. Pihak yang satu lagi juga akan mempunyai pandangan yang sama. Pertikaian yang sebegini akan berlanjutan dan tiada kesudahan serta merosakkan hubungan di masa hadapan.

4 Sambungan Amalannya, khidmat guaman akan digunakan bagi membawa pertikaian/konflik ke mahkamah untuk diselesaikan secara adversari. Walaupun keputusan mahkamah mungkin adil tetapi kemungkinan melibatkan kos yang tinggi, mengambil masa yang lama dan hanya berpihak kepada satu pihak tetap ada.

5 Sambungan Pendekatan penyelesaian konflik secara menang-kalah di mahkamah akan menyebabkan pihak yang kalah mengalami kekecewaan. Pihak yang menang juga mengalami kerugian dari aspek masa yang dihabiskan dan kos yang perlu ditanggung.

6 PENDEKATAN ALTERNATIF
Menyedari kelemahan sistem adversari ini, kaedah penyelesaian alternatif diperkenalkan: Mediasi Arbitrasi Negosiasi Perbicaraan Mini Ombuds Konferen Penyelesaian

7 MEDIASI Mediasi adalah satu proses persendirian di mana pihak ketiga yang neutral akan membantu pihak yang terlibat berbincang mengenai pertikaian mereka. Pihak yang terlibat mempunyai peluang untuk menjelaskan isu, kepentingan, kefahaman dan perasaan masing-masing.

8 Sambungan Mereka juga akan berkongsi maklumat-maklumat yang relevan dan cuba bertolak ansur dan bersama-sama memikirkan penyelesaian terbaik terhadap pertikaian mereka. Penyertaan pihak terlibat dalam proses mediasi adalah secara suka rela dan mediator tiada kuasa untuk membuat keputusan terhadap pertikaian.

9 Sambungan Tugas mediator: membantu pihak terlibat melihat pertikaian mereka secara konstruktif supaya keputusan yang adil dan boleh diterima oleh kedua-dua pihak dicapai. Mediator mendengar, memberi peluang pihak terlibat meluahkan perasaan, melakukan eksplorasi isu, membina kepercayaan di antara pihak terlibat dan beri galakan di mana perlu. Aspek kerahsiaan diberi perhatian –without prejudice.

10 ARBITRASI Proses persendirian di mana pihak bertikai bersetuju seorang/beberapa individu akan membuat keputusan selepas mendengar pembuktian dan hujah daripada kedua-dua pihak. Proses seakan-akan perbicaraan. Perbezaaan: lebih cepat dan kurang formal, arbitrator tidak perlu merujuk undang-undang tertentu dalam membuat keputusan.

11 NEGOSIASI Proses suka rela dan tidak formal di mana pihak bertikai mengenalpasti dan melakukan eksplorasi isu, cuba mencapai persetujuan bersama dalam menyelesaikan isu yang timbul. Pihak bertikai boleh diwakili oleh peguam. Perbezaan dengan mediasi – tiada individu neutral yang membantu pihak bertikai bernegosiasi.

12 PERBICARAAN MINI Proses persendirian di mana peguam kedua pihak membentangkan kes seperti dalam perbicaraan. Selepas pembentangan penasihat neutral dan wakil kedua pihak (biasanya eksekutif kanan) cuba menyelesaikan pertikaian.

13 Sambungan Jika gagal: penasihat neutral atas permintaan pihak bertikai boleh menjadi mediator dan memberi pandangan tentang keputusan yang mungkin dibuat jika kes ke perbicaraan.

14 OMBUDS Pihak ketiga yang dilantik oleh institusi contohnya, universiti, hospital, agensi kerajaan untuk menyiasat aduan oleh pekerja, pelanggan atau wakil rakyat. Pihak ketiga ini akan menyiasat aduan secara bebas dan adil. Proses suka rela, persendirian dan non-binding.

15 KONFEREN PENYELESAIAN
Pihak yang bertikai bersama hakim yang ditugaskan akan berjumpa dan cuba menyelesaikan kes sebelum perbicaraan. Hakim seorang yang neutral dan bantu pihak bertikai melihat pilihan-pilihan penyelesaian. Proses biasanya singkat, kurang penglibatan pihak bertikai dan isu biasanya isu legal.

16 BENEFITS OF ADR Speed Cost-effectiveness Confidentiality Control
Commercial Focus Positive Relationship

17 CASES SUITABLES FOR ADR
The cost of litigaton is expected to be disproportionate to the claim. The parties are deadlock in settlement negotiations. Complexity of law, facts or relations are likely to protract/prolong particularly susceptible to appeal. There are multi-actions involving common parties.

18 Continue The issues are highly complex and involve multi-parties.
The issue involved sensitive or require the disclosure of sensitive information. The parties do not wish for any publicity.

19 CASES NOT SUITABLE FOR ADR
When a legal, commercial or other precedent needs to be set. Where summary judgement is available quickly and efficiently. Parties require emergency injunction or other protective relief. Where publicity is actively sought. Where there is no real interest of settlement.

20 KESIMPULAN Penyelesaian pertikaian alternatif memberi peluang dan ruang kepada pihak bertikai untuk berbincang dan bertolak ansur – penyelesaian cara baik. Pendekatan gain-gain. Jika gagal, pihak bertikai masih boleh membawa kes ke mahkamah kecuali jika proses berbentuk binding arbitration.

21 KESIMPULAN Penglibatan peguam bergantung kepada jenis penyelesaian pertikaian alternatif yang dipilih. Peguam biasanya terlibat jika pihak bertikai diarah menggunakan ADR oleh pihak mahkamah. Biasanya peguam berperanan sebagai penasihat atau advokat.

22 KESIMPULAN “Discourage litigation. Persuade your neighbour to compromise whenever you can. Point out to them how the nominal winner is often really a loser…in fees, expenses and waste of time. As a peacemaker, the lawyer has a superior opportunity at being a good man. There will still be business enough” (Abraham Lincoln, 1850)


Download ppt "PENYELESAIAN PERTIKAIAN ALTERNATIF (ADR)"

Similar presentations


Ads by Google