Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

JABATAN : Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan NAMA KURSUS : Hubungan Etnik (HE) KOD : SKP 2204 JAM KONTAK : 2 (2+0) HASIL PEMBELAJARAN: pelajar akan dapat:

Similar presentations


Presentation on theme: "JABATAN : Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan NAMA KURSUS : Hubungan Etnik (HE) KOD : SKP 2204 JAM KONTAK : 2 (2+0) HASIL PEMBELAJARAN: pelajar akan dapat:"— Presentation transcript:

1 JABATAN : Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan NAMA KURSUS : Hubungan Etnik (HE) KOD : SKP 2204 JAM KONTAK : 2 (2+0) HASIL PEMBELAJARAN: pelajar akan dapat: 1. Menjelaskan konsep pluraliti budaya, masyarakat dan kumpulan etnik (C2) 2. Menghuraikan cabaran pluraliti budaya dan hubungan antara etnik (P2) 3. Mempamerkan kesedaran tentang kepentingan nilai toleransi dan kerjasama antara etnik (A3, EM, LL)

2 SINOPSIS Kursus ini memfokuskan kepada konsep-konsep asas budaya dan hubungan etnik. Meneliti perkembangan hubungan etnik di Malaysia, cabaran global dalam hubungan budaya dan etnik di peringkat Malaysia dan Asia dan peranan agama dalam memupuk hubungan etnik yang harmoni. (This course focuses on basic concepts of cultural and ethnic relations, discussing development of ethnic relations in Malaysia, global challenges in cultural and ethnic relations in Malaysia and Asia and religions roles in instilling the harmonious of ethnic relations)

3 1 3 4 5 Bab Tajuk Catatan 2 Malaysia: Kesepaduan dalam Kepelbagaian
Potret Hubungan Etnik Ujian (tarikh akan dimaklumkan kemudian) (Bab 2,3,4,5) 3 Limpahan Kemakmuran Merentasi Etnik 4 Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik 5 Pemuafakatan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

4 Peperiksaan akhir (tarikh akan dimaklumkan kemudian)
Bab Tajuk Catatan 6 Kepelbagaian Agama: Mencari Titik Pertemuan 7 Dari Segregasi ke Integrasi 8 Pemerkasaan Pendidikan Ke Arah Kesepaduan Sosial 9 Pengalaman Harian: Menjalin Kesepaduan dan Melahirkan Keharmonian 10 Kesimpulan Peperiksaan akhir (tarikh akan dimaklumkan kemudian) Bab 6,7,8,9,10 & isu semasa) *Tajuk-tajuk kuliah adalah berdasar kandungan Modul Hubungan Etnik (edisi kedua) Ketua Editor Shamsul Amri Baharuddin. Terbitan Insitut Kajian Etnik, UKM Bangi.

5 Penilaian Kursus Kuiz 10% Ujian (40 soalan objektif) 20% (Bab 2,3,4,5)
Tugasan % 4. Peperiksaan Akhir 40% (Bab 6-10&isu semasa) (esei-jwb 4 drp 7/8 soalan)

6 Search “Kesepaduan & Hubungan Etnik di Malaysia” & click “join course”

7 Join group : SKP2204PJJSem2Sesi Group code : jxvgk3

8 Format Tugasan Tugasan boleh dilaksanakan dalam bentuk kumpulan (3-4 orang) atau individu. Tema tugasan – tentang satu etnik/kaum dan keunikan budaya yang ingin ditonjolkan. Buat tajuk yang simple, pilih satu etnik/kaum & keunikan budaya mereka :- pakaian, perayaan,makanan. Digalakkan kajian tentang aspek tertentu etnik minoriti :- Serani, Siam, Banjar, Jawa, Rawa, Punjabi. Perlu laksanakan satu kajian lapangan dan temubual sendiri etnik yang dikaji untuk dapatkan maklumat. Rakamkan gambar semasa proses kajian sedang dijalankan & sertakan dalam tugasan dalam perbincangan atau sebagai lampiran.

9 Kandungan tugasan (10-15 halaman, arial 11, 1.5 spacing);
Muka hadapan/cover Senarai kandungan Bab 1 – Pengenalan (tentang tajuk) Bab 2 – Keunikan etnik yang dikaji, gambar berkaitan. Bab 3 – Kesimpulan (apa info menarik diperolehi mengenai topik kajian yang dipilih). Senarai rujukan (sumber daripada bahan ilmiah/rasmi). Sumber dari internet hanya daripada laman web rasmi kerajaan. Penghantaran tugasan adalah pada minggu ke-10.

10 Format muka hadapan SKP 2204 HUBUNGAN ETNIK SEMESTER 1 SESI 2015/2016 PENSYARAH DR.NORMALA OTHMAN TAJUK TUGASAN: ______________________ AHLI KUMPULAN: Nama pelajar No. Matrik

11 Jab. Peng. Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia,UPM
Pengajar: Dr. Normala Othman Bilik C2-07, Blok C Jab. Peng. Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia,UPM

12 BAB 1: MALAYSIA DALAM KEPELBAGAIAN

13 HASIL PEMBELAJARAN Selepas mempelajari bab ini, para pelajar dapat:
Menjelaskan konsep perpaduan dalam kepelbagaian. Menerangkan konsep kesepaduan sosial. Menghuraikan dinamika sejarah hubungan etnik di Malaysia.

14 PENGENALAN Tumpuan modul kepada;
Bentuk, tahap, tingkat intensiti hubungan antara kumpulan etnik. Mempelajari, menganalisis serta memahami negara dan masyarakat di Malaysia. Hubungan individual dalam masyarakat tidak hanya dipengaruhi oleh unsur-unsur etnik; dipengaruhi juga oleh unsur-unsur sosial yang lain seperti kelas, status, agama, gender, bahasa, kedudukan sosioekonomi, ideologi politik dan wilayah.

15 Sebuah Negara, Dua Imaginasi Sosiologikal: Antara Perpaduan atau Kesepaduan
Definisi Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka. Perpaduan ialah KeSAMAan atau keSATUan - 1 bangsa, 1 agama, 1 bahasa dan 1 negara.

16 Kesepaduan sosial boleh difahami sebagai jalinan hubungan kerjasama antara kaum dan kelompok, berkongsi aktiviti budaya dan pinjam meminjam unsur budaya masing-masing. Jalinan hubungan terjelma dalam putaran ekonomi dan pasaran yang menyebabkan saling kebergantungan melalui kegiatan ekonomi seharian.

17 Konsep ‘kesepaduan sosial’ adalah fenomena praperpaduan dan difahami menerusi konsep ‘takrifan harian’ (everyday define) dan ‘takrifan autoriti’ (authority define). Justeru setiap anggota masyarakat bebas bertindak dan berperilaku demi survival diri, keluarga dan kelompok sosial.

18 Contoh Takrifan Autoriti Cenderung bersifat tetap
Contoh: Melayu-menganut agama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu, dan mengamalkan adat resam dan budaya Melayu Harian Takrifan masyarakat awam berbeza dalam kehidupan seharian. Contoh: Melayu-sebahagian bertutur dalam bahasa Inggeris. Adakah layak dipanggil Melayu? Kesepaduan sosial memberi pengiktirafan terhadap takrifan harian oleh anggota masyarakat dan ia menjadi pelekat sosial dalam konteks hubungan etnik tanpa campur tangan daripada pihak negara.

19 Dinamika Hubungan Etnik di Malaysia
A. ERA KONFLIK ( ) Pasca Perang Dunia Kedua (PD2) Rusuhan etnik Huru-hara Buruh Darurat dan Pengganas Perubahan governans: Unitari ke Federalisme Tiang seri pembinaan semula Keselamatan Pembangunan Lima Tahun Perundingan Etnik A | ERA KONFLIK (1945 – 60) A | ERA KONFLIK (1945 – 60)

20 Rumusan Era Konflik (1945-1960) di Malaya sebenarnya era cukup kritikal dari semua aspek antaranya:
Asas pembentukan negara Malaysia Sistem pemerintahan Pengagihan kuasa Sistem perundangan Tadbir Urus Penentuan hak-hak rakyat dalam sebuah sistem demokrasi

21 B. ERA STABIL TAPI TEGANG (1961 – 1970)
Pelbagai cabaran masih wujud menguji kesepaduan sosial. Pembentukan Malaysia 16 Sept 1963: Kesan positif & negatif Konfrontasi melibatkan Indonesia dan Malaysia- sebab konsep M’sia tidak diterima oleh Indonesia. Konflik etnik terbuka 1964 & 1969 21 Julai & 3 September 1964, Singapura (masih dalam Malaysia) 13 Mei 1969, di Kuala Lumpur & 3 tempat lain Singapura & Malaysia berpisah 9 Aug. 1965

22 Selepas 13 Mei 1969 – pelbagai usaha pihak kerajaan (top down) dilaksanakan seperti:
Majlis Perundingan Rakyat JPNIN Rukun Negara Dasar Ekonomi Baru Ranc. M’sia Kedua (RMK2) – Bermulalah perpaduan dijadikan sebagai harapan nasional rakyat M’sia.

23 C. ERA KESEPADUAN SOSIAL (1971-2011)
Lebih 40 tahun keamanan dan kestabilan, kecuali pada 2001 peristiwa Kg. Medan yang mengingatkan bahawa faktor ekonomi sangat penting untuk kesepaduan sosial. Harapan untuk ‘perpaduan’ tetap ada: 1Malaysia Apakah anak kunci kesepaduan sosial Malaysia??? Hubungan stabil, sama ada di Peringkat Masyarakat, Negara, Pasaran = M+N+P- meskipun sewaktu krisis global.

24 Rumusan ekonomi pesat & politik stabil paksi kepada KESEPADUAN SOSIAL.
Masyarakat Malaysia yang matang: Suka bertikam lidah tetapi tidak berparangan Konflik wujud, namun masih hidup dalam kesepaduan Keterbukaan rakyat M’sia menyuarakan pandangan/tidak puas hati Rumusan ekonomi pesat & politik stabil paksi kepada KESEPADUAN SOSIAL.

25 Potret Hubungan Etnik di Malaysia
Negara Malaysia dengan kerencaman demografi terus kukuh, maju dan membangun malah disegani oleh jiran tetangga dalam konteks negara berbilang etnik. Keadaan yang aman damai telah melahirkan suatu bentuk kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang baik. Malaysia berjaya mencapai tahap negara berpendapatan sederhana dalam tempoh kurang daripada 50 tahun. Keunikan tadbir urus negara mengurus perpaduan dalam kepelbagaian amat penting.

26 Hubungan Saling Terkait & Saling Bergantungan
Jalinan hubungan sosial terbina secara berterusan…Contoh cerita sepinggan nasi Dari manakah datangnya sepinggan nasi yang anda makan pada tengahari ini? Siapakah yang terlibat untuk memastikan anda dapat menjamah sepinggan nasi sebentar tadi? Di manakah anda membeli makanan tengahari anda tadi?

27 Kesimpulan “Kesepaduan dalam kepelbagaian”, bukan “perpaduan dalam kepelbagaian”. Perpaduan adalah ‘work in progress’ . Kesepaduan sosial sedia ada perlu dikekalkan dan dipertahankan. Hubungan etnik di M’sia perlu dilihat dari dimensi KESEPADUAN SOSIAL –formula kesejahteraan masyarakat pelbagai etnik.

28 BAB 2 POTRET HUBUNGAN ETNIK

29 Kandungan Slide Hasil pembelajaran
Kesultanan Melayu Melaka – lambang pertemuan masyarakat pelbagai etnik Pembentukan masyarakat majmuk era kolonialisme Inggeris Kerangka teoritikal Kerangka konseptual Konsep-konsep hubungan etnik

30 Hasil Pembelajaran Memahami Kesultanan Melayu Melaka sebagai lambang kemuncak kepada pluraliti di Nusantara. Memahami kesan penjajah Barat kepada masyarakat pelbagai etnik di negara ini. Menguasai kemahiran untuk menganalisis fenomena sosial dan masalah hubungan etnik negara ini.

31 Pengenalan Masyarakat dalam negara yang berlatar belakangkan pelbagai etnik cenderung untuk mengkategorikan dan menilai sesuatu kumpulan masyarakat yang lain berdasarkan pemikiran dan pemahaman sendiri selain terpengaruh oleh pelbagai faktor termasuk melalui perspektif budaya majoriti atau budaya tersendiri. Justeru perlunya pemahaman mendalam dan tepat tentang teori dan definisi tentang budaya, ras, dan etnik bagi mengelakkan konflik antara etnik.

32 Kesultanan Melayu Melaka – Lambang Pertemuan Masyarakat Pelbagai Etnik
Melaka di gelar The Venice of the East yang menjadi tempat pertemuan pedagang seluruh dunia. Pemerintahan - Hukum Kanun Melaka; Undang-undang Laut Melaka; pemerintahan secara diplomasi dan terbuka; mementingkan keharmonian kaum, buktinya pegawai istana meliputi etnik Melayu dan India; amalan perkahwinan campur seperti perkahwinan puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah. Perdagangan - Undang-undang Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka berteraskan Islam. Bertujuan menjaga keselamatan laut Melaka dari ancaman perompak dan lanun; dan pemerintahan terbuka dan pentadbiran sistem pelabuhan yang cekap oleh Laksamana Melaka.

33 Kependudukan - Zaman Pluraliti akibat penghijrahan pedagang dari Arab, India, China dan negara lain tanpa memerlukan pasport atau visa sebagai pengenalan diri untuk memasuki sesuatu kawasan, di samping bebas berdagang dan berinteraksi menyebabkan berlakunya proses asimilasi dan amalgamasi. Kepelbagaian Budaya - Melaka sebagai kota metropolitan dan kota multibudaya. Pluralisme budaya hasil daripada interaksi pelbagai budaya seperti Arab pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam dan Eropah - Portugis, Sepanyol, Belanda dan British dengan budaya alam Melayu sejak abad 5 masihi.

34 Budaya Masyarakat Baba & Nyonya

35 Pengaruh Dlm Majlis Perkahwinan

36

37 Pembentukan Masyarakat Majmuk Era Kolonialisme Inggeris
Dasar pemisahan agama dengan negara diteruskan oleh British di Tanah Melayu dengan British menguasai pentadbiran negara, manakala Sultan menjaga hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu, dan pengenalan sistem pentadbiran berdasarkan pengagihan kuasa antara Kehakiman, Eksekutif dan Perundangan.  Pertembungan  "Islam sebagai agama dan para penganutnya" dan "negara kolonial sekular". 

38 Penghijrahan etnik Cina dan India secara besar-besaran pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 di Tanah Melayu akibat daripada perusahaan lombong bijih timah dan getah mengakibatkan terbentuknya masyarakat majmuk pelbagai etnik, namun tetap mengekalkan kebudayaan masing-masing dari segi agama, bahasa dan cara hidup.  Penghijrahan etnik Cina di Sabah untuk bekerja di ladang getah dan tembakau, manakala di Sarawak bekerja sebagai pedagang, petani dan pelombong.

39 Kesan migrasi dan faktor migrasi massa golongan migran Cina dan India demi memenuhi tuntutan kepentingan ekonomi penjajahan Barat telah mewujudkan masyarakat pelbagai etnik yang bersegmen mengikut kegiatan ekonomi. Pelbagai kumpulan etnik hidup secara berasingan dan mengekalkan kebudayaan masing-masing, namun wujud persefahaman dan keharmonian yang erat.

40 Kerangka Teori Geertz (1963) menyatakan setiap etnik terikat kepada sentimen primordial mereka  yang menguatkan kesetiaan dan ikatan kepada kelompok sendiri dan menyebabkan mereka bersikap stereotaip dan prejudis terhadap etnik lain.  Kajian hubungan etnik menumpu kepada persoalan asas dalam hubungan etnik, memahami dan menjelaskan bentuk hubungan antara manusia yang dikenalpasti melalui bekerjasama, penyesuaian, persaingan dan konflik.

41 Kerangka Teori T.Freudian Struktur Fungsionalisme T.Kelas T.Ekologi
T.Masyarakat Majmuk T.Pilihan Rasional Ttg HE T.Pertukaran Sosial T.Sistem Ekologikal Bronfenbrenner T.Pasaran Buruh Terpisah

42 KERANGKA KONSEPTUAL Ras Rasisme Etnik Etnosentrisme Budaya Stereotaip Prejudis Diskriminasi

43 Konsep Ras dan Etnik di Malaysia
Konsep ras merujuk kepada warisan fizikal, manakala etnik merujuk kepada warisan kebudayaan. Namun, batas atau sempadan dalam kumpulan etnik dan ras tidak jelas dan tetap kerana dua konsep ini sering bertindih dan maknanya kabur.  Seseorang itu tidak boleh dilabel berdasarkan ciri-ciri fizikalnya atau warisan kebudayaan dan nenek moyangnya. Percampuran ras disebabkan perkahwinan campur menyebabkan ciri-ciri warisan fizikal berubah seperti warna kulit. Contohnya perkahwinan antara etnik Cina dan India melahirkan anak menyerupai etnik Melayu.

44 Dalam masyarakat kontemporari, ketebalan batas etnik dipengaruhi oleh faktor sosioekonomi seperti material, status dan sosial. Aktiviti harian dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia tidak dipengaruhi semata-mata oleh pengiraan etnik atau batas etnik yang sedia ada. Hubungan simbiosis atau saling bergantungan wujud dan menipiskan batas etnik sehingga membentuk satu sistem sosial yang kompleks. Pengkategorian kumpulan memang wujud tetapi masyarakat mempunyai pilihan sama ada menebalkan, menipiskan atau melenyapkan batas-batas etnik dengan mengenali dan mengakui kelebihan dan kekuatan setiap kumpulan etnik.  Tanpa mengira ketulenan batas fizikal dan etnik, manusia akan bertindak berlainan berbanding dengan ahli-ahli daripada kumpulan sosialnya atas sebab kepentingan dan perkiraan sosial dalam masyarakat itu sendiri.

45 Integrasi “Proses penyatuan kelompok-kelompok etnik yang berbeza latar belakang menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama” “Pelaksanaan proses bagi mewujudkan identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial, pekerjaan dan lokasi.”

46 Segregasi Pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara Contoh, Dasar Apartheid di Afrika Selatan ( )

47 de Jure (didasari undang-undang):
Dasar Apartheid de Facto (tidak didasari undang-undang): Pengasingan tempat tinggal, pengangkutan, kemudahan awam

48

49

50

51 AKOMODASI Proses mempertahankan budaya masing-masing.
A + B + C = A + B + C AKOMODASI Proses mempertahankan budaya masing-masing. Bebas mengamalkan budaya masing-masing. Perbezaan kebudayaan adalah lazim & tidak dapat dielakkan serta kekal dengan identiti masing-masing. Menerima; Setiap etnik mempunyai hak terhadap warisan. Menyedari & menghormati budaya etnik lain.

52 Proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Contoh – Malaysia dan Switzerland

53 AKULTURASI Ai + B + C = Ai + Bi + Ci
Peminjaman dan penerimaan unsur kebudayaan di kalangan kelompok lain. Biasanya, kelompok minoriti mempelajari daripada kelompok dominan. Unsur kebudayaan asing akhirnya diterima dan diolah ke dalam kebudayaan sendiri. Tidak menyebabkan kehilangan identiti asal kelompok menerima.

54 A + B + C = A ASIMILASI Cara hidup atau kebudayaan sesuatu masyarakat (biasanya migran dan minoriti) telah diserap oleh kebudayaan dominan tanpa membawa perubahan kebudayaan yang menyerap. Kelompok B dan C akan kehilangan budaya, bahasa dan agama masing-masing dan akan mengamalkan budaya, bahasa dan agama kelompok A.

55 Proses pencantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama Asimilasi mutlak – penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti

56 Contoh – Melayu di Thailand; masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya di Malaysia. (tetapi tidak melibatkan anutan agama) Proses yang panjang dan kesanggupan etnik minoriti

57 A + B + C = D AMALGAMASI Percampuran budaya mewujudkan budaya baru. Asimilasi biologi. Jenis 1: Percantuman budaya sahaja. Contoh 1: Masyarakat Portugis (Melaka). Kaedah 1: Budaya Portugis + Budaya Melayu Implikasi 1: Percantuman 2 budaya menghasilkan budaya baru.

58 Satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru
Cara utama – perkahwinan campur

59 Kesimpulan Hubungan etnik tidak wajar dilihat dari sudut luaran sahaja tetapi lebih penting dari sudut konseptual Aspek-aspek yang menjadi teras kebudayan kebangsaan sewajarnya dipelihara kerana ia berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini

60 BAB 2 Konsep-Konsep Asas Hubungan Etnik
Penerimaan unsur kebudayaan lain yang sesuai menunjukkan bahawa kebudayaan kebangsaan itu tidak meminggirkan kebudayaan lain Sebaliknya meraikan kepelbagaian yang ada di Malaysia Azlina Abdullah

61 Perpaduan merupakan cabaran besar kerana kejayaan mewujudkan perpaduan akan menjamin keharmonian sosial, kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi. Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk yang berjaya mewujudkan perpaduan nasional kerana sikap kesederhanaan, bertolak ansur dan bekerjasama terhadap kepelbagaian. “KESEPADUAN SOSIAL”

62 BAB 3 LIMPAHAN KEMAKMURAN MERENTASI ETNIK
3.1 Pengenalan 3.2 Isu Sosioekonomi pada Awal Kemerdekaan 3.3 Ekonomi menjadi Isu Etnik 3.4 Dasar Ekonomi Baru (DEB) 3.5 Kejayaan Ekonomi Malaysia 3.6 Isu dan Cabaran 3.7 Kesimpulan

63 3.1 Pengenalan Pertumbuhan dan pembangunan ekonomi amat berkait rapat dengan kestabilan sosiopolitik dalam sesebuah negara. Kekayaan negara perlu diagihkan dengan adil dan saksama agar semua etnik dapat menikmati faedah pembangunan. Falsafah panduan kerajaan untuk capai perpaduan: “pertumbuhan dengan agihan”

64 Antara Pertumbuhan dan Agihan
Isu pembangunan ekonomi berkait rapat dengan isu sosial terutama berkaitan dengan isu kemiskinan dan agihan pendapatan menurut golongan etnik. Beberapa isu penting : Antara Pertumbuhan dan Agihan Antara Equality dan Equity Isu agihan pendapatan ini dapat dilihat dua sudut, antara kelas sosial yang berbeza. antara kelompok etnik yang berbeza. Untuk atasi masalah, DEB dilancarkan.

65 Isu Sosioekonomi pada Awal Kemerdekaan
Melayu Etnik (65.9%) Cina (27.5%) India (40.2%) Cina (27.2%) Melayu (2.4%) India (1.1%) Isu kemiskinan (1970) Isu hak milik kekayaan (1970) Penerusan dasar ekonomi bebas penjajah telah mewujudkan isu ekonomi di kalangan masyarakat pelbagai etnik. Isu guna tenaga dan pekerjaan : pada 1970, hampir 2/3 guna tenaga dalam sektor pertama (pertanian dan perikanan) terdiri dari etnik Melayu.

66 Sektor-sektor Pekerjaan Berasaskan Etnik

67 Ekonomi menjadi Isu Etnik
Isu-isu kemiskinan dan ketidakseimbangan tersebut boleh dan berpotensi bertukar kepada isu berbau etnik apabila ia gagal ditangani oleh kerajaan termasuk: Kajian dan data menunjukkan tahap kemiskinan di kalangan etnik Melayu lebih menonjol pada tahun Perbezaan pendapatan isi rumah Perbezaan golongan kaya dan miskin Pendapatan golongan bandar dan golongan luar bandar

68 Bandar & Luar Bandar

69 Ekonomi menjadi Isu Etnik
Isu-isu kemiskinan dan ketidakseimbangan tersebut boleh dan berpotensi bertukar kepada isu berbau etnik apabila ia gagal ditangani oleh kerjaan termasuk: -isu perbezaan pendapatan isi rumah -isu jurang berbezaan golongan kaya dan miskin. -isu jurang pendapatan golongan bandar dan luar bandar. Kajian dan data menunjukkan tahap kemiskinan dikalangan etnik Melayu lebih menonjol pada tahun

70 Dasar Ekonomi Baru (DEB)
DEB telah diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1970 hingga 1990. Ia merupakan sebuah usaha kerajaan bagi memperbaiki kedudukan ekonomi selepas tragedi 13 Mei 1969 dan strategi ke arah pembentukan perpaduan nasional. Agenda “serampang dua mata” DEB merangkumi dua objektif iaitu: a. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum. b. Penyusunan semula masyarakat tanpa mengikut fungsi ekonomi dihapuskan.

71 Sasaran dan objektif DEB Kadar kemiskinan:
(Sumber: Malaysia (1991) -Semenajung Malaysia sahaja) Kemiskinan 1970 (dalam %) Sasaran pada 1990 (dalam %) Keseluruhan 49.3 16.7 Luar bandar 58.7 23 Bandar 21.3 9.1

72 Pemilikan ekuiti korporat:
(Sumber: Malaysia (1991) -Semenajung Malaysia sahaja) Pemilikan 1970 (dalam %) Sasaran pada 1990 Bumiputera 2.4 30 Bukan Bumiputera 34.3 40 Pemodal asing 63.3

73 Melayu:bangsa asing:etnik Cina
Industrial Coordination Act (ICA) – digubal bertujuan mewujud penstrukturan ekuiti dan pemilikan; Formula pemilikan 30:30:40 Melayu:bangsa asing:etnik Cina

74 FELDA MARA FAMA MARDI RISDA PERNAS
Bagi mencapai objektif di atas, beberapa institusi dan agensi baru telah diwujudkan seperti: DEB diteruskan di dalam kerangka Dasar Pembangunan Negara ( ) dan Dasar Wawasan Nasional ( ). FELDA MARA FAMA MARDI RISDA PERNAS

75 Kejayaan Ekonomi Malaysia
Bank Dunia mengiktiraf kejayaan ekonomi Malaysia sebagai salah sebuah negara “keajaiban ekonomi Asia Timur” (World Bank 1993). Selain itu, kejayaan ini dapat dikategorikan kepada tiga perspektif iaitu: Pertumbuhan dan perubahan struktur ekonomi yang pesat Pembangunan manusia dan pengurangan kadar kemiskinan Kualiti hidup yang meningkat

76

77 3.7 Kesimpulan Kerajaan berperanan penting di dalam mencari titik keseimbangan antara agenda pertumbuhan dengan agenda agihan yang adil. DEB adalah dasar negara yang dibentuk untuk mewujudkan perpaduan nasional. Sepanjang tempoh empat dekad yang lalu, ekonomi Malaysia mencatatkan prestasi yang sangat membanggakan. Namun, kepesatan ekonomi ini perlu diurus dengan bijjak agar jurang antara kaya dan miskin serta ketaksamarataan pendapatan dapat ditangani.

78 BAB 4 Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik

79 Hasil Pembelajaran: Menjelaskan sikap akomodatif yang wujud dalam kalangan pelbagai etnik semasa penggubalan Perlembagaan Persekutuan. Membahaskan peranan dan kepentingan unsur-unsur tradisi dan permuafakatan sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Menganalisis rasional unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia.

80 PENGENALAN Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan nasionalisme Melayu dan bumiputera serta penglibatan etnik-etnik lain yang berunding sesama mereka dan dengan Sultan negeri-negeri dan British. Kepentingan setiap rakyat, negeri dan kumpulan minoriti diambil kira dan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh setiap negeri.

81 Definisi dan Konsep Perlembagaan
Perlembagaan : dokumen yang mengandungi semua undang undang tertinggi. Perlembagaan - sumber kepada undang-undang dalam negara berkenaan. Semua undang undang lain tidak boleh bertentangan dengan undang-undang dan prinsip-prinsip perlembagaan dan jika bertentangan, maka undang undang perlembagaan yang lebih unggul diterima pakai sebagai undang undang yang lebih utama.

82 Keperluan perlembagaan ~
Menjamin kestabilan politik Sistem pemerintahan negara > cekap & adil Perpaduan nasional & pembangunan negara Melindungi kepentingan semua kumpulan etnik

83 Perlembagaan Msia telah menelusuri banyak pengalaman sejarah negara ~
Dijajah selama 446 tahun Siri-siri peperangan dgn kuasa yg menjajah (cth ~ Peperangan dgn Siam, British, Jepun) Siri-siri perundingan (cth ~ kekalahan Jepun 1945 & kedatangan British semula ke Tanah Melayu) Malayan Union & tentangan rakyat terhadapnya

84 SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Malayan Union – diistihar pada 1 April 1946. Mendapat tentangan kerana; Kuasa Raja-raja Melayu Pemberian hak kerakyatan yang sama - prinsip jus soli. Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa; penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan. Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu. Akhirnya MU telah digantikan dgn Persekutuan Tanah Melayu (1 Feb 1948)

85 Kerjasama Antara Etnik dalam Menuju Kemerdekaan
Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu -kerjasama antara etnik Melayu dan bukan Melayu mula terjalin :-penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Kaum (CLC) 1949 yang terdiri daripada pelbagai etnik telah berusaha menyelesaikan sesetengah masalah perlembagaan, politik dan ekonomi yang wujud akibat permintaan yang berlainan daripada pelbagai etnik PRU1955, Parti Perikatan telah bertanding dalam pilihan raya dengan meletakkan calon bagi semua 52 kerusi iaitu Parti Negara sebanyak 33 kerusi danPAS sebanyak11 kerusi.

86 Jadua l 4.1: Kedudukan Calon Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Umum 1955
PERUNTUKAN KERUSI PERATUSAN KERUSI PERATUSAN PENGUNDI UMNO 35 69 84.2 (Melayu) MCA 15 28 11.2 (Cina) MIC 2 3 3.9 (India)

87 PRU1955 – memperlihatkan penolakan sikap perkauman dalam kalangan orang Melayu
Jan 1956 ~ rombongan kemerdekaan yg diketuai oleh Tunku Abdul Rahman & 8 wakil (Raja-raja Melayu & wakil Perikatan) telah berangkat ke London utk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu Perundingan berlangsung pd 18 Jan hingga 8 Feb 1956 dgn pihak British ~ telah menghasilkan ‘Perjanjian London’

88 Perjanjian London telah menetapkan agar perlembagaan yang hendak digubal perlu mengambil kira perkara-perkara berikut: Pembentukan sebuah persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat. Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan hak Raja raja Melayu. Pengwujudan jawatan ketua negara yang bergelar Yang di-Pertuan Agong. Pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu serta hak-hak yang sah milik kaum-kaum lain. Pembentukan sebuah sistem kewarganegaraan yang seragam untuk seluruh Persekutuan Tanah Melayu.

89 UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN
Penting utk mewujudkan identiti Malaysia Unsur tradisi ini menstabilkan sistem politik negara Satu bentuk prasyarat & pemuafakatan yg diterima oleh orang Melayu & bukan Melayu Pembentukan Msia pada 1963 ~ Kemasukan Sabah & Sarawak, bumiputera diberikan status sama spt orang Melayu Sabah & Sarawak t.tangan Perjanjian 20 Perkara & Perjanjian 18 Perkara ~ utk melindungi kepentingan & autonomi rakyat Sabah & Sarawak

90 hak istimewa serta kepentingan
(Dua) Teras utama Kontrak Sosial Penerimaan orang Melayu terhadap sebilangan besar penduduk bukan Melayu sebagai rakyat ‘jus soli’ Penerimaan penduduk bukan Melayu terhadap pengiktirafan hak istimewa serta kepentingan kaum Melayu dalam negara.

91 4 UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN PEMERINTAHAN BERAJA
Sistem raja mutlak kepada raja berperlembagaan AGAMA ISLAM Agama rasmi Persekutuan KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU Dijamin perlembagaan dan dipelihara oleh YDPA BAHASA MELAYU Bahasa kebangsaan

92 Perjanjian 20 Perkara bagi Sabah dan Perjanjian Perkara 18 bagi Sarawak
Perjanjian Malaysia (1963) merupakan satu persetujuan yang telah disepakati antara pemimpin Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak yang dikenali sebagai Perjanjian 20 Perkara bagi Sabah dan Perjanjian 18 Perkara bagi Sarawak. Antara tuntutannya adalah tentang imigresen, bahasa, kewangan dan hak istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak. Kedudukan Sabah dan Sarawak dalam perlembagaan dilindungi oleh kuasa Yang di-Pertua Negeri berkenaan.

93 Kesimpulan Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengambil kira kepentingan setiap etnik di Malaysia. Permuafakatan sosial yang dipersetujui sewaktu menggubal perlembagaan adalah persetujuan yang telah diterima oleh semua etnik pada ketika itu. Pengingkaran kepada permuafakatan sosial akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan etnik.

94 BAB 5 PERMUAFAKATAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Semester I SKP 2204 BAB 5 PERMUAFAKATAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA © Normala Othman

95 Sub-topik Selepas mempelajari bab ini, pelajar dapat:
Semester I SKP 2204 Sub-topik Selepas mempelajari bab ini, pelajar dapat: Mengetahui perkembangan parti politik di Malaysia. Menghuraikan usaha yang diambil untuk mengukuhkan kesepaduan sosial melalui politik. Mengenal pasti cabaran yang dihadapi dalam memupuk integrasi etnik di negara ini dalam konteks politik. © Normala Othman

96 2) Implikasi Penjajahan British
1) Politik Tradisi - melaka 2) Implikasi Penjajahan British -hakis kuasa sultan -ns/nnmb/nnmtb -mu POLITIK DI MALAYSIA S1 3)Kesedaran Politik umno perikatan -ncp bn

97 -tiada majoriti etnik supp/sca/panas/snap/pb/dap/pbds
8) Politik Sarawak -tiada majoriti etnik supp/sca/panas/snap/pb/dap/pbds 4)Pembangunan Politik dan Modenisasi -negara bangsa POLITIK DI MALAYSIA S2 5)Muafakat Politik clc umno dibuka 6) Demografi Politik -komposisi dan taburan penduduk 7) Politik Sabah -usno/pbs -unko+usno+sca -bn

98 10)Perubahan Trend dan Corak Pengundian
9)Tsunami Politik -pr2008 POLITIK DI MALAYSIA S3 10)Perubahan Trend dan Corak Pengundian -gaya politik baru -pemimpin berintegriti 11) Kesimpulan -konflik -politik semakin matang prinsip muafakat politik

99 Pengenalan Sejarah Politik Malaysia
Pentadbiran feudalisme Kesultanan Melayu Melaka: - sultan dibantu oleh 4 pembesar Melayu. - kerajaan Melayu Melaka memiliki undang-undang kanun Melaka. - sistem politik tidak membenarkan persaingan kuasa secara bebas. - sultan mempunyai kuasa mutlak dan kesetiaan rakyat dan kedaulatan raja. Kemasukan penjajah ke Tanah Melayu: - pengenalan sistem residen melalui penjanjian Pangkor 1874 dan negeri-negeri Melayu dipaksa menerima residen.

100 Sejarah Politik Malaysia (samb)
Implikasi pelaksanaan sistem residen menghakiskan kuasa institusi kesultanan Melayu; - kuasa memungut cukai terhakis. - bertanggungjawab terhadap soal kedudukan agama Islam dan hal ehwal berkaitan dengan adat resam orang Melayu sahaja. British meneruskan usaha menguasai negeri-negeri Melayu dengan memperkenalkan unit pentadbiran NNMB DAN NNMBTB. Kemuncak penguasaan British dengan memperkenalkan Malayan Union.

101 Sejarah Politik Malaysia (Samb)
Penubuhan UMNO reaksi penentangan terhadap Malayan Union sehingga diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu, 1948. 1950, UMNO bergabung dengan MCA bagi mewujudkan parti Perikatan walaupun memperjuangkan kepentingan mengikut etnik. Perkembangan seterusnya menyaksikan Malaysia pada awal kemerdekaan mempunyai pelbagai parti politik yang pada dasarnya mewakili pelbagai kaum. Akhirnya, asas kerjasama parti pemimpin politik pelbagai kaum adalah menjurus kepada permuafakatan.

102 Sejarah Politik Malaysia (Samb)
Parti politik yang mewakili pelbagai etnik dapat bekerjasama untuk menjalankan pentadbiran negara dan membawa pembangunan. Kini, di peringkat kerajaan persekutuan, BN kini dianggotai oleh 14 buah parti (UMNO, MCA, MIC,  GERAKAN, PPP, PBB, SUPP, PBS, LDP, PBRS, UPKO, SPDP dan PRS) dan Pakatan Rakyat dianggotai 8 buah parti (PKR, DAP, PAS, SNAP, PRM, PSM, MDP dan SAPP)

103 Pembangunan Politik Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama pembangunan politik. Pembinaan negara bangsa dapat dicapai melalui pelbagai pendekatan. - penerapan dasar awam yang digubal oleh kerajaan dan pemupukan semangat nasionalisme. Usaha mewujudkan negara bangsa bukan suatu yang mudah kerana terdapat pelbagai faktor perlu diambil kira.

104 Pemupukan Hubungan Etnik Secara Formal dalam Politik
Semasa pelaksanaan MU tahun 1946, secara tersirat memperlihatkan pihak British ingin memperkenalkan corak pemerintahan unitary yang berasaskan penguasaan majoriti oleh pihak British dan rakyat pula ditadbir sebagai satu bangsa. Sejak menjelang kemerdekaan lagi, Parti Perikatan mengamalkan konsep perkongsian kuasa atau pakatan politik. Pada tahun 1960-an, satu lagi parti berbilang etnik yang wujud ialah National Convention Party (NCP) pimpinan Abdul Aziz Ishak.

105 Pemupukan Hubungan Etnik Secara Formal dalam Politik (Samb)
Pada tahun 1972, Perikatan telah bertambah besar dengan penyertaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Gerakan dari Semenanjung dan parti politik lain dari Sabah dan Sarawak. - Pengabungan ini bagi kestabilan politik bagi mengelak tragedi 13 mei berulang kembali. - Pada Julai 1963, Perjanjian Malaysia ditandatangani sebagai tanda persetujuan antara pemimpin Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

106 Demografi dan Politik Bilangan pengundi merupakan faktor penting dalam politik dan pilihan raya. - Peranan dan kedudukan etnik Melayu dalam politik negara adalah jelas. Di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, etnik Melayu atau Bumiputera mempunyai 125 kerusi, iaitu etnik Melayu merupakan pengundi majoriti di kawasan parlimen berkenaan. - Di Sabah dan Sarawak pula terdapat 31 kerusi majoriti peribumi. Secara keseluruhan, kerusi Melayu atau bumiputera dalam politik negara adalah 156 atau bersamaan 71.2 peratus kerusi. (Analisa Pilihan raya 1995, 1999 dan 2004)

107 Demografi dan Politik (Samb)
Kejayaan BN di Semenanjung, Sabah dan Sarawak untuk terus mengekalkan kuasa membuktikan kejayaan konsep dan amalan pakatan dan kerjasama politik antara pelbagai etnik. Formula perkongsian kuasa membolehkan pemimpin yang mewakili pelbagai etnik bekerjasama menentukan dasar dan hala tuju dan masa depan negara.

108 Kerjasama UMNO-MCA-MIC melalui Parti Perikatan
Semester I SKP 2204 Kerjasama UMNO-MCA-MIC melalui Parti Perikatan © Normala Othman

109 Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur 1952
Semester I SKP 2204 Kerjasama UMNO -MCA Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur 1952 Pembentukan Parti Perikatan Pilihanraya Umum 1955 (MIC) 12 kerusi Manifesto Perikatan 52 kerusi © Normala Othman

110 Suasana pilihanraya pada 27 Julai 1955 di Mersing, Johor
Semester I SKP 2204 Suasana pilihanraya pada 27 Julai 1955 di Mersing, Johor © Normala Othman

111 Semester I SKP 2204 © Normala Othman

112 Pakatan Politik di Sabah dan Sarawak
Di Sabah dan Sarawak terdapat banyak parti politik yang mewakili etnik masing-masing, terutamanya menjelang pembentukan Persekutuan Malaysia. Politik Sabah dan Sarawak lebih kompleks daripada di Semenanjung. Gabungan sedemikian penting untuk menjamin kestabilan dan memastikan suara semua etnik diwakili.

113 Pakatan Politik di Sabah
Di Sabah, tidak terdapat kelompok dominan dari segi saiz penduduk. Perkembangan politik di Sabah dan Sarawak memperlihatkan pola yang hampir sama. Dengan mengambil ilham daripada model kerjasama UMNO-MCA-MIC, UNKO, USNO dan SCA di Sabah bergabung untuk menubuhkan parti Perikatan. Selepas pilihan raya negeri 1967, Perikatan Sabah terdiri daripada USNO dan SCA setelah UPKO dibubarkan dan majoriti ahlinya menyertai USNO.

114 Semester I SKP 2204 Tun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun merupakan TYT Negeri Sabah yg pertama Ketua Menteri Sabah yg ketiga ( ) Tun Mohd. Fuad Stephens merupakan Ketua Menteri Sabah yg pertama ( ) & Ke-5 (April-Jun 1976) © Normala Othman

115 Pakatan Politik di Sabah (Samb)
Parti Berjaya yang memerintah Sabah dari tahun 1976 sehingga tahun 1985 merupakan sebuah parti berbilang etnik dianggotai oleh bumiputera Islam dan bukan Islam yang ditubuhkan pada Julai 1975 meskipun pucuk pimpinannya dimonopoli oleh bumiputera Islam. Ketika Sabah berada dalam genggaman PBS, krisis dan ketegangan berlaku antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat. PBS yang merupakan sebuah parti pelbagai etnik dimonopoli bumiputera bukan Islam dari segi kepemimpinan.

116 Pakatan Politik di Sabah (samb)
Kejatuhan PBS membawa perubahan besar seperti berikut dalam politik di Sabah: 1. UMNO berjanji sekiranya parti tersebut berjaya merampas pemerintahan negeri, jawatan Ketua Menteri akan mengikut giliran 2. UMNO berjaya menyatukan pelbagai etnik 3. Lahirkan beberapa buah parti baharu

117 Pakatan Politik di Sarawak
Di Sarawak, komposisi penduduk turut memperlihatkan wujudnya pluraliti. Pelbagai parti politik ditubuhkan menjelang penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. SUPP - menjadi inspirasi kepada etnik bumiputera untuk turut menubuhkan parti masing-masing yang dapat memperjuangkan kepentingan, kebajikan dan aspirasi bumiputera. Cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia turut menggerakkan penubuhan beberapa parti etnik Bagi etnik Melayu dan Melanau, dua parti ditubuhkan berasaskan etnik dan kawasan.

118 Tan Sri Temenggong Jugah - pemimpin Parti Perikatan Sarawak
Semester I SKP 2204 Tan Sri Temenggong Jugah - pemimpin Parti Perikatan Sarawak Tan Sri Ong Kee Hui - pemimpin SUPP © Normala Othman

119 Parti-Parti Politik di Sarawak
Etnik Melayu & Melanau Etnik Dayak Etnik Cina ∞ SNAP ∞ PESAKA ∞ SPDP ∞ PBB ∞ PBDS PRS ∞ SCA ∞ DAP ∞ SUPP ∞ BERJASA ∞ PANAS Parti yang gabung dalam perikatan

120 Pakatan Politik di Sarawak
Dalam konteks etnik Cina pula, SUPP telah diundang menyertai kerajaan campuran BN selepas pilihan raya umum pada tahun 1969 hingga tahun 1971. Selama lebih 30 tahun selepas penubuhan Parti Bumiputera, kemunculan beberapa parti baharu Melayu dan Melanau tidak berjaya menggugat kedudukan politik Melayu dan Melanau. Sebelum tahun 1963, etnik Dayak sering berpecah antara SNAP dan Pesaka sebelum penubuhan Malaysia, namun kini etnik terbabit menyertai semua parti politik, sama ada BN atau parti pembangkang. Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan SNAP mengalami masalah dalaman

121 Tsunami Politik: Politik Perkauman Semakin Mengendur
Pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008 disertai lebih daripada 20 parti politik yang menyaksikan BN gagal mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. Dalam pilihan raya tahun 2008, BN hanya menguasai 140 atau memperoleh 63 peratus kerusi termasuk lapan kerusi dimenangi tanpa dicabar, manakala pembangkang memenangi 82 kerusi bersamaan 37 peratus daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Dalam pilihan raya 2004, BN memperoleh 24 daripada 25 kerusi manakala di Sarawak 27 daripada 28 kerusi.

122

123 Perubahan Trend dan Corak Pengundian
Keputusan pilihan raya 2008 memperlihatkan trend dan corak pengundian yang berbeza daripada pilihan raya sebelumnya, iaitu BN menguasai majoriti kerusi tanpa banyak cabaran, kecuali bagi pilihan raya 1969. Terdapat pemimpin dan parti politik yang memanipulasi isu perkauman untuk meraih undi kerana strategi sedemikian mudah memancing emosi pengundi kaum terbabit, apatah lagi jika yang disentuh itu membabitkan hak dan kepentingan kaum berkenaan seperti agama, bahasa, ekonomi dan pendidikan.

124 Perubahan Trend dan Corak Pengundian (Samb)
Pengundi lebih berminat dengan isu yang lebih besar dan utama membabitkan tadbir urus yang baik, ketelusan, akauntabiliti, kebebasan bersuara, keadilan dan seumpamanya. Perubahan tersebut sedikit sebanyak menggambarkan perubahan dari segi kematangan demokrasi dan berpolitik dalam kalangan rakyat.

125 Masyarakat Pelbagai Etnik Beralih Angin
Dalam pilihan raya 2008, di luar daripada jangkaan ramai, rakyat lebih memihak kepada pembangkang dan menolak BN yang disifatkan sebagai tsunami politik. Untuk pertama kali BN kehilangan sokongan masyarakat pelbagai kaum. Persaingan sengit begitu ketara bagi kawasan bercampur, yang satusatu etnik bukan majoriti menyaksikan calon BN mengalami kekalahan sedangkan sebelumnya kawasan sedemikian merupakan kubu kuat BN.

126 Masyarakat Pelbagai Etnik Beralih Angin (Samb)
Bagi kawasan yang didominasi kaum Cina pula, sokongan terhadap BN adalah rendah. Untuk pertama kali BN kehilangan sokongan masyarakat pelbagai kaum. Semakin ramai orang Cina dan India di sesuatu kawasan, semakin rendah pula sokongan mereka terhadap BN. Sokongan orang Melayu terhadap PKR kian meningkat di kawasan yang mempunyai ramai pengundi Melayu. Kegagalan BN mengekalkan majoriti dua pertiga dan kejayaan Sarawak dan Sabah menjadi kubu kuat.

127 Kesimpulan Pengalaman lalu membuktikan bahawa negara kita berjaya mengukir kejayaan dalam pelbagai bidang dan mencapai perpaduan kerana rakyat pelbagai kaum bersedia untuk menjalin kerjasama, berkongsi kuasa dan permuafakatan dari segi politik. Parti politik yang mewakili pelbagai kaum membentuk kesepakatan, baik di pihak parti kerajaan mahupun pembangkang. Prinsip perkongsian kuasa dan permuafakatan serta akomodasi antara kaum dan pelbagai parti politik merupakan tonggak keutuhan dan survival negara ini.


Download ppt "JABATAN : Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan NAMA KURSUS : Hubungan Etnik (HE) KOD : SKP 2204 JAM KONTAK : 2 (2+0) HASIL PEMBELAJARAN: pelajar akan dapat:"

Similar presentations


Ads by Google