Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
1
ADVOKASI KANAK-KANAK DAN KELUARGA FEM4123
DELINKUENSI JUVANA ADVOKASI KANAK-KANAK DAN KELUARGA FEM4123
2
KONSEP ALAM KANAK-KANAK
Kanak-kanak adalah kumpulan sosial yang istimewa dalam masyarakat dan mereka perlukan penjagaan serta perhatian yang sewajarnya. Kanak-kanak seperti orang dewasa mempunyai hak yang dilindungi undang- undang. Faktor bawah umur dan belum matang menyebabkan perlu ada mekanisma formal untuk mempastikan kanak-kanak mendapat hak mereka.
3
Sambungan... Kurun ke 14: Islam melihat anak ibarat kain putih yang bersih. Ibu bapa yang mencorakkan sahsiah anak. Konsep alam kanak-kanak mula wujud di barat pada akhir kurun ke 18 (Enlightment Period) - Pelopor: Voltaire, Rousseau dan Locke. Melihat kanak- kanak sebagai golongan yang lemah dan tiada dosa.
4
Sambungan... Sumbangan konsep alam kanak- kanak:
mempengaruhi struktur dan kehidupan keluarga di mana ibu dan bapa lebih memfokus kepada pemberian kasih sayang dan bukan semata-mata disiplin dan layanan yang keras terhadap anak-anak.
5
REMAJA Berasal daripada perkataan Latin – adolescere yang bermaksud membesar dengan matang. Tahap transisi antara zaman kanak- kanak dengan dewasa. Pembentukan identiti diri adalah tugas perkembangan psikososial paling penting. Mula mementingkan kebebasan daripada kongkongan keluarga. Lebih rapat dan percaya dengan rakan sebaya daripada keluarga.
6
KONSEP DELINKUENSI JUVANA
Delinkuen adalah istilah undang-undang yang pertama kali digunakan pada apabila Illinois meluluskan undang- undang berkaitan tingkah laku delinkuen. Undang-undang ini memperuntukkan penubuhan mahkamah juvana dengan tujuan mengendalikan kes berkaitan kanak-kanak dan remaja berasingan daripada mahkamah yang mengendalikan kes dewasa.
7
Definisi Delinkuensi Delinkuensi juvana - satu konsep yang merujuk kepada perlakuan tingkah laku anti sosial oleh remaja yang boleh memudaratkan diri sendiri atau orang lain serta mempunyai kesan jenayah. Seseorang yang telah menyeleweng dari jangkaan-jangkaan moral dan sosial sesebuah masyarakat. Jangkaan ini adalah dalam bentuk undang-undang. (Harbans Kaur, 1982).
8
Definisi Delinkuensi …behaviour of nonadults which violate the norm set by the controlling body which is the government – Chiam Heng Keng (1993). An act committed by minor that violates the penal code of the government with the outhority over area in which the act occurred – Bartollas (1994).
9
DEVIAN Tingkah laku, emosi dan pemikiran tidak normal, melanggar amalan sesuatu masyarakat terhadap kefungsian yang boleh diterima tetapi tidak melibatkan kesan jenayah. Tingkah laku yang menyimpang dan melanggar norma atau tata susila yang telah ditentukan masyarakat, akibatnya masyarakat marah dan tidak boleh menerima tingkah laku tersebut.
10
KECELARUAN TINGKAH LAKU
A repetitive and persistent pattern of behaviour that violates the rights of others and… appropriate social norms (Wicks-Nelson & Israel, 1997). Often proceeded by oppositional defiant disoder or attention deficit and hyperactivity disoder that worsens through childhood and becomes re- diognosed as conduct disorder in adolescent.
11
KECELARUAN TINGKAH LAKU
Merangkumi tingkah laku ganas yang luas skopnya seperti: Fizikal – memukul, menendang, laku musnah. Pertuturan – mengkritik, tidak mematuhi. Emosi – manipulasi perasaan orang lain, tidak penyayang. Sikap – bersikap negatif, degil
12
IS CD LINKED TO JUVENILE DELINQUENCY?
Durand and Barlow (1997): “the lifelong pattern of antisocial behavior experienced by this group is evident in the fact that young children who display antisocial behaviour are likely to continue to show these behaviours as they grow older”. Boyle and Offord (1990): “…about 50% of children with conduct disorder…will exhibit antisocial behaviour as adults”.
13
IS CD LINKED TO JUVENILE DELINQUENCY?
White et al (1990): “…children who exhibit stable and pervasive antisocial behaviour at age 11 appear to be at greatest risk for recidivistic juvenile delinquency at age 15”. CD should not be seen as an absolute path to juvenile delinquency but a risk factor for juvenile delinquency.
14
Status Delinkuensi Menurut Undang-undang
Undang-undang mengiktiraf kanak- kanak sebagai individu yang tidak matang untuk membuat keputusan dan patut mempunyai tanggungjawab terhad terhadap tingkah laku mereka. Undang-undang bukan menghukum tetapi cuba untuk memperbaiki tingkah laku kanak-kanak.
15
Status Delinkuensi Menurut Undang-undang
Juvana delinkuen - kanak-kanak bawah umur yang melakukan kesalahan jenayah. Seksyen 82 Kanun Keseksaan - juvana adalah kanak-kanak yang telah mencapai umur tanggungjawab jenayah iaitu 10 tahun. Seksyen 83 Kanun Keseksaan - kanak- kanak yang berumur 10 tahun tetapi kurang daripada 12 tahun yang belum cukup akal dianggap belum mencapai umur tanggungjawab jenayah.
16
RUMUSAN Konsep alam kanak-kanak teras kepada konsep delinkuensi juvana. Juvana merujuk kepada kanak-kanak yang telah mencapai umur tanggungjawab jenayah. Delinkuensi: perlakuan tingkah laku anti sosial oleh remaja yang boleh memudaratkan diri sendiri atau orang lain serta mempunyai kesan jenayah. Pendekatan undang-undang : memulih bukan menghukum.
Similar presentations
© 2024 SlidePlayer.com. Inc.
All rights reserved.