Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
1
Modul 1 : Slide 5 Hudud; Suatu Analisa
Wardah Abdul Rahman Satu usaha Unit Pedidikan dan Modul Alternatif SPAQ
2
Pandangan umum WAO berpegang teguh kepada prinsip bahawa Hukum Hudud ini bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan amat mendiskriminasi. Kerajaan pusat haruslah prihatin terhadap suara rakyat dan menyediakan saluran untuk meneruskan perdebatan terbuka tentang bukan sahaja hukum Hudud tetapi juga tentang amalan agama. -Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO). The Hudud enactment passed by the Terengganu state government clearly contravenes the principle of justice emphasized by Islam. For instance, a Muslim convicted of theft would have his hand amputated while a non-Muslim convicted of the same offence would only be punished with imprisonment. A non-Muslim criminal is also given the free choice to select whichever law he wishes to be tried under. Therefore, if he feels he could get acquitted under the Hudud law, he would choose to be tried under Hudud, and if he feels that he is bound to be convicted he would choose to be tried under the Penal Code. This inequality and injustice is bound to raise conflicts between Muslims and people of other faiths in our multi-religious country.-Sisters In Islam (SIS)
3
al-Quran bukan sebuah kanun undang-undang
al-Quran bukan sebuah kanun undang-undang. Ia tidak menyebut semua kesalahan jenayah atau sivil. hudud tidak disebut dalam al-Quran sebagai suatu kaedah menghukum. Dengan berpandu kepada kaedah-kaedah ini, masyarakat Islam boleh melakukan reformasi undang-undang yang sangat diperlukan mereka untuk membawa masyarakat Islam ke satu sistem perundangan dan satu sistem sosial yang paling baik dalam dunia. Dengan kata-kata lain, draf Rang Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu ini mengandungi banyak kelemahan yang berat dari segi isi dan bentuknya.-Kassim Ahmad
4
Senario hudud di Malaysia
1) Di Kelantan -PRU 1990,PAS berjaya menguasai DUN Kelantan dengan majoriti. -MB Kelantan, Y.A.B Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan akan perkenalkan hukum hudud sebgai mengitakan janji semasa PR. -Pada 25 November 1993 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 telah dibentangkan di DUN oleh Y.A.B Tuan Guru Dato Seri Haji Nik Aziz Nik Mat. -Dengan berkat Allah s.w.t, rang undang-undang hudud tersebut diluluskan dengan kesemua 39 ahli DUN menyokong usul tersebut termasuk dua ahli dari parti pembangkang. -Dengan pelulusan Rang undang-undang tersebut bermakna negeri Kelantan merupakan negeri pertama memperkenalkan Undang-undang Hudud di Malaysia selepas merdeka. -Rang undang-undang hudud tersebut telah mendapat perkenaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan. -Kerajaan pimpinan PAS hanya berupaya memperkenalkan rang undang tersebut selepas mendapat kemenangan selesa dalam pilihan raya. -Satu suruhanjaya yang diketuai oleh peguam Tuan Haji Sulaiman Abdullah turut diwujudkan bagi menyiasat keesahan Rang Undang itu dan hasilnya,mereka sepakat bahawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 adalah tidak bercanggah dengan syariah.
5
Kandungan Hudud Kelantan
-Hudud Kelantan merangkumi 72 perihal dan 5 bahagian jadual yang dibahagikan kepada 6 bahagian. -Ianya ialah kesalahan hudud, qisas, jenayah, pelaksanaan hukuman, provisi am dan prosiding mahkamah syariah. -Hukuman hudud dalam bahagian satu terbahagi kepada enam perihalan iaitu hirabah, zina, qazaf ( tuduhan terhadap kesalahan zina dimana tidak boleh dibawa 4 orang saksi), shrub (kesalahan minum arak) dan murtad (keluar agama Islam). -Sebenarnya idea untuk melaksanakan hudud ini telah digagaskan oleh Menteri Besar Kelantan sejak kerajaan telah melahirkan hasrat untuk memperkenalkan hukuman hudud pada tahun 1991 lagi. -Pengenalan hukuman hudud ini merupakan satu tindakan yang sangat berani dalam menegakkan kedaulatan agama Islam bahawa dengan pengenalan Kanun Jenayah Syariah II 1993, ianya telah melangkau bidang kuasa Perlembagaan Persekutuan.
6
-Kerajaan negeri Kelantan juga mengumumkan bahawa Rang undang-undang tersebut disediakan oleh satu jawatankuasa dan disemak serta diluluskan oleh Jemaah Ulama Islam Negeri dan Majlis Melayu (MAIK) dan mufti negeri selepas mengambil kira semua aspek dalam Syariah Islam. -Sejajar dengan itu, MAIK telah mengadakan pertemuan denagan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baik Islam dan bukan Islam untuk menerangkan fungsi undang-undang Hudud ini. -Malah sami-sami Buddha terpegun dengan penjelasan Tuan Guru dan menerima rang undang-undang ini dengan sebulat hati selepas mendapati ianya tidak terpakai kepada orang bukan Islam. Namun orang bukan Islam boleh dibicarakan dibawah undang-undang Islam jika mereka merelakannya. Di sini menunjukkan bahawa undang-undang hudud ialah satu rang undang-undang yang adil dan saksama pelaksanaannya kepada semua pihak.
7
Halangan Perlaksanaan
-Namun Rang undang-undang hudud tidak dapat dikuasakan kerana mendapat bantahan keras daripada kerajaan persekutuan atas alasan undang-undang hudud tersebut bercanggah dengan undang-undang tertinggi di Malaysia iaitu Perlembagaan Persekutuan. -Kerajaan Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakannya sebelum disetujui oleh Kerajaan Pusat. -Merujuk kata-kata Dato’ Seri Najib Tun Razak pada 20 April 1992 yang mnyatakan bahawa, "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu."
8
2) Di Terengganu -Selepas kerajaan negeri Kelantan memperkenalkan undang-undang hudud, kerajaan Terengganu melakar sejarah sebagai negeri kedua di Malaysia untuk melaksanakan undang-undang hudud. -Ini diperkenalkan oleh kerajaan pimpinan Pas yang berjaya menguasai Dewan Undangan Negeri Terengganu pada pilihanraya umum 1999 dengan majoriti 28 kerusi. -Menteri Besar ketika itu mengotakan janji beliau semasa kempen pilihan raya dengan memperkenalkan undang-undang hudud di negeri tersebut. -Rang Undang-undang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) (Terengganu) 1422H/2001M diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) 7, 8 dan 9 Julai 2001 selepas dibentangkan oleh bekas menteri besar Terengganu Y.A.B Tuan Guru Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang.
9
-Kerajaan Terengganu menguatkuasakan enam enakmen undang-undang syariah takzir mulai 1 Ogos 2002 sebagai langkah pertama mendaulatkan hukum islam walaupun aspek prasarana dan pentadbiran pelaksanaannya dipersoalkan oleh banyak pihak. -Menteri Besar, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengesahkan tarikh penguatkuasaan undang-undang takzir tersebut yang mana takzir adalah undang-undang yang ditentukan oleh manusia dan jika dibandingkan dengan undang-undang Inggeris yang diamalkan di negara ini, ia mempunyai persamaan berdasarkan kaedah pelaksanaan iaitu hukuman dijatuhkan berdasarkan kepada budi bicara mahkamah. -Dengan pelaksanaan undang-undang ini bermakna fungsi mahkamah sivil dan mahkamah jenayah sivil akan diambil oleh mahkamah syariah sepenuhnya. -Enam enakmen yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 26 hingga 28 Ogos tahun 2001 ialah Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam Terengganu, Enakmen Mahkamah Syariah Terengganu, Enakmen Tatacara Mahkamah Jenayah Syariah Terengganu, Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Terengganu, Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Terengganu dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu. -Undang-undang ini semasa diluluskan tahun 2001 telah dipertikaikan oleh beberapa pihak tertentu kerana dikatakan ia dicedok dari Undang-undang syariah Wilayah Persekutuan.
10
-Berkaitan isu pelaksanaan hukuman takzir ini, Tuan Guru Hadi Awang telah menyatakan bahawa Terengganu adalah sebahagian daripada Persekutuan dan undang-undang itu dibolehkan mengikut Perlembagaan Persekutuan. -`Ada peraturan undang-undang memastikan Pusat menerima hakikat hak dan keputusan kerajaan negeri dan perlu memberi kerjasama,'' ujar beliau ketika menjawab pertanyaan pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman di pada 9 Julai Seterusnya,pada 10 Julai 2002 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) telah mengedarkan pekeliling mengenai penguatkuasaan enam enakmen ndang-undang syariah itu. -Pekeliling bertarikh 25 Julai yang ditandatangani oleh Penolong SUK Bahagian Pendidikan, Dakwah dan Pelaksanaan Syariah, Yusoff Ali menyebut bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Mizan kini Yang diPertuan Agong berkenan menetapkan tarikh berkuat kuasa enakmen berkenaan mulai 21 Julai 2001. -Pekeliling itu turut menyebut bahawa penetapan tarikh berkuat kuasa ini telah diberitahu dalam warta pada 18 Julai lalu. -Pekeliling ditujukan kepada Pesuruhjaya Agama, pegawai eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Mufti, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Hakim-hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah, Pendaftar Mahkamah Tinggi Terengganu dan Pengerusi Jawatankuasa Peguam Terengganu. -Selain itu untuk mendapat input yang terbaik untuk pelaksanaan undang-undang Hudud kerajaan negeri juga mengantar rombongan ke Negara-negara yang telah melaksanakan undang-undng hudud seperti Arab Saudi, Sudan, Iran dan Nigeria.
11
-Tambahan pula, Tuan Guru Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang turut mengadakan pertemuan dengan pelbagai pertubuhan Islam seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) , Kementerian Wanita, Keluarga Dan Masyarakat serta pelbagai pertubuhan wanita seperti Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Sisters in Islam (SIS) untuk menerangkan tentang rasional undang-undang hudud. -Selain itu, melalui dialog tersebut mereka juga memberi input tentang penambahbaikan terutamanya bahagian yang berkaitan wanita. Tetapi pertubuhan wanita memberi tentangan yang hebat terhadap pelaksanaan huhuman rogol kerana mereka mendakwa hukuman tersebut dimana memerlukan empat orang saksi untuk membuktikan kesahannya merupakan sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. -Sementelahan itu, mereka juga mengutuk hukuman rejam terhadap pesalah yang kononnya tidak berperikemanusian terhadap pesalah.Walaupun banyak mehnah dan tribulasi daripada pelbagai pihak,tetapi akhirnya kerajaan Terengganu berjaya mewartakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 2002 dan telah mendapat perkenan Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 Sept 2003. -Kerajaan Negeri Terengganu turut mengulangi pendiriannya bahawa tindakannya mewartakan enakmen ini adalah selaras dengan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan.
12
Senario negara yang mengamalkan hudud
Kes rogol Populasi penduduk Kes/Populasi x 1 juta Kanada 24,350 33,465,300 727.62 Malaysia 1,431 27,730,000 51.60 Jerman 8,615 82,127,000 104.90 Arab Saudi 59 24,735,000 2.39 United Kingdom 13,395 61,186,000 218.92 Amerika 95,136 305,975,000 310.93 Rajah 1: Statistik kes rogol tahun 2002 bagi enam negara (dikeluarkan oleh PBB)
13
Negara Kes rogol Populasi penduduk Kes/Populasi x 1 juta Kanada 2,516,918 33,465,300 75,210 Jerman 6,507,394 82,127,000 79,236 Arab Saudi 84,599 24,735,000 3,420 United Kingdom 6,523,706 61,186,000 106,621 Amerika 11,877,218 305,975,000 38,818 Rajah 2: Statistik jenayah tahun 2002 bagi lima negara (dikeluarkan oleh PBB)
14
Kedua-dua gambar di bawah adalah hukuman hudud yang dijalankan di Afghanistan sewaktu pemerintahan Taliban pada suatu masa dahulu.
15
JAKARTA 24 Jun Undang-undang Indonesia hari ini mencatat sejarah apabila hukuman sebat dilaksanakan ke atas 15 orang yang melakukan kesalahan berjudi berdasarkan syariat Islam yang mula dikuatkuasakan di Aceh. Hukuman bersejarah itu dilaksanakan selepas solat Jumaat di halaman terbuka Masjid Agung Bireun, kira-kira 350 kilometer dari Banda Aceh disaksikan kira-kira 2,000 penduduk setempat dan mendapat liputan meluas media massa. Atas alasan kesihatan, baki 11 lagi tertuduh akan menjalani hukuman di halaman masjid di daerah masing-masing pada waktu yang belum ditetapkan lagi. Kesemua mereka yang kebanyakannya petani dan peniaga kecil ditangkap semasa sedang berjudi dalam tempoh beberapa bulan ini, sejak undang-undang syariat dikuatkuasakan. Mahkamah Syariah Bireun mendapati mereka bersalah dan menjatuhkan hukuman sebat di antara enam dan sepuluh kali berdasarkan Peraturan Daerah No. 13 Tahun 2003 Tentang Perjudian..Sebelum disebat, identiti dan kesalahan tertuduh dibacakan untuk memberi ingatan kepada orang ramai yang berpusu-pusu di halaman masjid supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama. Selepas menjalani hukuman sebat itu, mereka dibebaskan dan menerima bungkusan hadiah serta dipeluk oleh para pegawai agama dan daerah yang menghadiri majlis tersebut..Mengikut peraturan hukuman sebat, rotan yang digunakan berdiameter di antara 0.75 hingga 1 sentimeter dan panjang 1 meter dengan sebatan tidak sehingga menimbulkan luka. Hukuman rotan bagi kesalahan berjudi dan berkhalwat ini mendapat kecaman beberapa organisasi hak asasi manusia yang menyifatkannya tidak berperikemanusiaan dan merendahkan darjat manusia. Pelbagai pihak juga mendesak agar hukuman sebat turut dikenakan terhadap kesalahan lain khususnya yang menimbulkan kerugian kepada negara seperti rasuah dan menyelewengkan wang kerajaan.Kerajaan Pusat Indonesia memberi kebenaran kepada wilayah Aceh menjalankan undang-undang Syariah Islam pada tahun Utusan
17
Perlaksanaan hudud dalam undang-undang dahulu
Antara dokumen bertulis tentang perjalanan perlaksanaan Hukum Islam di bumi Malaysia ini adalah i) Qanun Melaka dan Qanun Laut Melaka ii) undang-undang pelabuhan kedah (1893 M)”, iii) undang-undang Tembera Dato’ Seri Paduka tuan (1667 M)” iv) Undang-undang Johor” v) undang-undang sembilan puluh sembilan di perak” vi) Undang-undang Terengganu” vii) Undang-undang Kelantan” dan viii) hukum kanun pahang.
18
Hukum Kanun Melaka Ketahuilah bahawa, Kesultanan Melayu Melaka ini telah menjadikan Undang-Undang Islam sebagai undang-undang negara. Dan usaha untuk mengkanunkan undang-undang ini telah dimulakan sejak pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Hukum kanun Melaka ini meliputi bidang yang luas termasuklah jenayah, mu’amalah, keluarga, acara, keterangan, adab alqadi dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. HUkuman keseksaan pula berdasarkan kepada bentuk hudud, qisas, diat dan ta’zir. Hukum Kanun Melaka telah memperuntukkan hukum Qisas dalam fasal 5:1,3 , 8:2,3, 18:4, dan 3. Antaranya ialah berkenaan dengan pembunuhan dengan sengaja yang dilakukan oleh orang Islam ke atas orang kafir, orang merdeka ke atas hamba dan bapa ke atas anaknya. HUkum kanun Melaka tidak mengenakan qisas bagi kesalahan-kesalahan tersebut. Di dalam “hukum kanun melaka” tersebut dinyatakan disana terdapat beberapa undang-undang islam yang di amalkan di melaka ketika itu, antaranya hukum kesalahan murtad pada fasal 36, kesalahan jenayah pembunuhan di fasal 39, kesalahan zina di fasal 40 dan kesalahan qazaf di fasal 41. Hukum Kanun Melaka memasukkan kesalahan melakukan hubungan sesama jenis (liwat) dan hubungan kelamin dengan binatang seperti yang diperuntukkan dalam Fasal 43:5. Dalam Fasal 42 pula, memperuntukkan 40 kali sebat ke atas orang merdeka dan 20 kali sebat ke atas hamba yang melakukan kesalahan meminum arak. Dalam Fasal yang sama itu juga ada diperuntukkan hukuman bagi kesalahan berjudi iaitu dirampas semua barang perjudiannya
19
Hukum Kanun Pahang Begitu juga di Pahang, didapati di sana terdapat “hukum kanun pahang” yang disusun pada zaman pemerintahan sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah, iaitu antara tahun 1592 hingga Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah merupakan satu-satunya sultan pahang yang berasal dari melaka Didalam hukum kanun pahang tersebut, dinyatakan undang-undang islam yang terlaksana, antaranya hukum hudud kepada kesalahan membunuh, mencuri, menyamun, menceroboh dan sebagainya.
20
Persoalan Umum Tentang Hudud
30
Maksud hudud Perkataan "hudud" adalah perkataan ganda daripada "had". Dalam kamus Arab, "had" bererti dijadikan bagi sesuatu itu sekatan. Juga sebagai yang memisahkan antara dua perkara atau menghabiskan sesuatu atau mencegah seseorang daripada melakukan kesalahan dan sebagainya. (1) Disinilah juga kita mendapati perkataan Arab hudud (tunggal : had) boleh bermaksud sempadan atau batasan. Yakni, Tuhan telah meletakkan sempadan atau batasan bagi tiap-tiap perkara ; selagi manusia tidak melampau sempadan atau batasan itu, ia selamat. Umpamanya, seorang manusia perlu makan , bekerja, tidur atau rehat, tetapi jika ia berbuat demikian perkara-perkara ini secara berlebihan ia akan ditimpa mudarat. Tetapi jika ia tidak berbuat langsung perkara-perkara ini ianya juga akan ditimpa mudarat. Perkataan hudud telah disebut sebanyak 14 kali di dalam 9 buah ayat al-Quran. Satu daripada ayatnya berbunyi dalam surah Al-Imran ayat 229, “Itulah hudud (had-had) Allah; janganlah mencabulinya. Sesiapa mencabuli had-had Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim” Definisi Hukum hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan secara mutlak oleh Allah Ta'ala sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al-Quran dan Hadits-hadits (shahih).
31
Prinsip hudud (2) Hukuman hudud adalah hak Allah Ta'ala yang tidak boleh ditukar ganti hukumannya dan tidak boleh pula diubahsuai dan dipinda.Dari segi prinsip pula,hukum hudud berprinsip bahawa lebih baik tersalah dalam melepaskan orang yang bersalah daripada tersilap dengan menghukum orang yang tidak bersalah. Hudud merupakan salah satu undang-undang “uqubah” Islam yang wajib dilaksanakan di sesuatu tempat yang dikuasai oleh umat Islam. Perlaksanaannya telah diwajibkan oleh Allah SWT dan Nabi SAW disamping dikuatkan melalui ijmak ulama. Dr Muhammad Said Al Syaddar Al-Ghamizi”, seorang pensyarah di Universiti Al-Imam Muhammad bin Suud Al-Islamiyyah. Beliau menyatakan bahawa “Uqubah Islamiyyah” terbahagi kepada dua, iaitu seperti Uqubah yang ditetapkan daripada Syarak, tiada ruang untuk berijtihad dengannya dan Uqubah yang diizinkan kepada pemerintah berijtihad membataskannya.Pada ‘Uqubha yang ditetapkan oleh syarak, yang tiada ruang bagi pemerintah berijtihad ini terbahagi kepada dua, iaitu Hudud dan Qisas.Adapun ‘Uqubah yang diizinkan kepada pemerintah berijtihad, dikenali sebagai undang-undang ta’zir.
32
Perlaksanaan hudud Dihujahkan bahawa melaksanakan undang-undang Islam, antaranya hudud adalah sesuatu yang wajib. Negara pula berperanan sebagai satu institusi pelaksana (qiyan tanfizi) yang penting, yang mana Negaralah yang akan menghukum (uqubat) setiap orang yang melanggar hukum Allah.Kewajipan untuk melaksanakan hokum islam telah dinyatakan oleh Allah didalam Al-Quran. Firman Allah dalam Surah Al-Maidah ayat 44 Maksudnya; “Dan sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir” Juga firman Allah lagi dalam Surah Al-Maidah ayat 45; Maksudnya; “sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim” Juga firman Allah dalam Surah Al-Maidah ayat 47; Maksudnya; “sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang fasik” Daripada ketiga-tiga ayat ini, iaitu surah al-maidah ayat 44, 45 dan 47 ini, Profesor Mahmud Saedon menyatakan bahawa “ayat-ayat ini menerangkan bahawa golongan yang tidak menghukum berdasarkan syariat Islam akan tergolong dalam salah satu daripada kumpulan yang ditegaskan oleh Allah’’ Kesimpulan kecilnya,hukuman hudud merupakan hak asasi yang wajib diperolehi oleh umat islam dan ini merupakan satu perintah Allah kepada hambanya.Melihat kepada statistik jenayah yang mengerunkan sehinggakan menghilangkan perasaan ‘sense of security’ dalam masyarakat islam,maka umat islam perlukan satu penyelesian atau mekanisme mengatasinya.Oleh itu tidak ada satupun perkara yang berlaku dalam kehidupan manusia melainkan manusia akan mendapati penyelesaiannya di dalam kitab kepada risalah Nabi Muhammad SAW (Al-Quran) sebagaimana firman ALLAH dalam surah Al An`am ayat 38): "Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini"
33
Persoalan kerap tentang hudud 1) hukuman rogol
Contoh yang selalu dikemukakan adalah persoalan rogol. Dalam hukum Hudud, jenayah rogol adalah disamakan dengan jenayah zina. Tahap kesaksian dan hukumannya juga sama. Dalam Hudud juga, menuduh seseorang yang dikenali sebagai orang baik melakukan zina tanpa mendatangkan saksi yang berwibawa merupakan suatu kesalahan Qazaf yang boleh membawa hukuman sebanyak 80 rotan. Lalu diambil peruntukan-peruntukan hudud ini secara terpisah oleh penentang Hudud untuk menggambar betapa mangsa rogol akan dizalimi.Mereka mengandaikan bahawa seorang mangsa rogol perlu mendatang 4 orang saksi lelaki yang adil untuk membuat pengaduan atau menghadapi risiko kesalahan Qazaf. Ini, menurut andaian mereka, adalah menzalimi mangsa rogol dan melindungi perogol. Padahal, undang-undang yang melibatkan kes rogol perlu dirujuk kepada keseluruhan peruntukan undang-undang jenayah syariah secara lengkap (Hudud, Qisas, Takzir, Undang-undang keterangan, siasah syari'ah) dan tidak boleh dinilai dari perspektif hukum Hudud secara terhad dan terpisah. Seseorang yang mengadu dirinya dirogol, sepertimana kes-kes biasa, perlu membuat lapuran polis dan melakukan pemeriksaan doktor. Ini prosedur biasa. Polis atau pegawai penyiasat akan melakukan penyiasatan berdasarkan lapuran dan keterangan yang diberikan. Sekiranya terdapat bukti yang kukuh bahawa kes rogol sememangnya telah berlaku, pegawai penyiasat akan menyerahkan lapuran kepada pihak pendakwa.
34
Sekiranya tahap kesaksian untuk pendakwaan dilakukan dalam hukum Hudud tidak mencukupi (tiada 4 orang saksi yang melihat kejadian tersebut), pihak pendakwa masih boleh mendakwanya di bawah undang-undang Takzir. Melalui peruntukan Takzir, beban pembuktian adalah lebih longgar dan hukumannya juga lebih ringan berbanding Hudud. Pemeriksaan doktor dan keterangan-keterangan serta bukti-bukti yang dikumpulkan oleh polis ini (DNA test, lapuran kesihatan, penilaian psychology, dll) dinamakan sebagai Qarinah. Qarinah boleh digunakan sebagai bahan bukti yang boleh mensabitkan kesalahan takzir ke atas perogol. Qarinah ini juga boleh mengelakkan mangsa rogol dari dakwaan Qazaf, kerana Qazaf merupakan kesalahan Hudud dan sebarang keraguan yang boleh ditimbulkan (melalui Qarinah) dalam kes Hudud boleh menggugurkan kes tersebut. Hukuman Hudud boleh dilakukan ke atas seseorang hanya apabila tiada sebarang keraguan langsung (beyond any shadow of doubt). Manakala untuk kesalahan yang boleh dibuktikan secara jelas oleh Qarinah, tetapi tidak mencapai tahap kesaksian yang diperlukan oleh Hudud, hukum Takzir boleh dikenakan terhadap penjenayah tersebut. Mengaitkan Qazaf dengan kes rogol secara mutlak adalah suatu andaian yang liar dan tidak adil. Hukum Qazaf berfungsi untuk melindungi maruah seseorang individu yang baik dari sebarang tuduhan melulu yang boleh menjatuhkan maruah diri dan keluarganya. Sekiranya, seseorang itu menuduh dirinya dirogol oleh seseorang, sedangkan bukti dan keterangan (Qarinah) yang dibawa menunjukkan sebaliknya, barulah ia boleh didakwa di bawah Qazaf. Contohnya, Minah menuduh Ali merogolnya sehingga mengandung, tetapi ujian DNA menunjukkan bahawa anak tersebut bukanlah dari benih Ali, maka Minah akan menghadapi risiko dakwaan Qazaf melainkan ada 4 orang saksi yang berwibawa yang melihat kejadian rogol tersebut, ataupun dapat dibuktikan secara Qarinah bahawa dia dirogol oleh ramai orang dan Ali adalah salah seorang daripada mereka. Tetapi, sekiranya ujian DNA mengesahkan bahawa anak tersebut memang jelas dari benih Ali, maka Ali boleh didakwa di bawah peruntukan Takzir, manakala Minah tidak akan dihukum di bawah Qazaf. Dalam kes ini, Ali tidak didakwa di bawah Hudud kerana tahap kesaksian tidak menepati kehendak hukum Hudud, sebaliknya beliau akan dihukum di bawah undang-undang Takzir
35
ii) Hukum bunuh Kesilapan melihat peruntukan hukum jenayah syariah dalam bentuknya yang stand alone (juz'i) ini juga berlaku kepada pengkritik hukum Qisas. Mengikut peruntukan hukum Qisas, seorang pembunuh itu wajib dibalas bunuh melainkan beliau mendapat persetujuan dari waris mangsa untuk membayar diyat (gantirugi), ataupun pengampunan terus dari waris mangsa. Andaian yang sering dibuat oleh penentang Qisas ialah bahawa seorang pembunuh yang kejam dan merbahaya akan terlepas dari hukuman sekiranya waris mangsa bersetuju mendapat bayaran ganti rugi atau mengampunkan pembunuh tersebut. Sekiranya ini berlaku, pembunuh itu boleh terus membunuh mangsa-mangsa yang lain. Sekiranya kita membaca peruntukan tersebut secara lengkap dan bersama dengan peruntukan-peruntukan yang lain, sebenarnya Hakim masih boleh menjatuhkan hukuman Takzir ke atas pembunuh itu, di samping hukum Qisas sekiranya pihak Mahkamah bersetuju bahawa pembunuh tersebut perlu dihukum bagi menjamin ketenteraman awam. Dalam kata lain, walaupun pembunuh tersebut mendapat pengampunan dari waris mangsa dari dijatuhkan hukuman bunuh balas (Qisas), beliau masih boleh dihukum penjara atau hukuman-hukuman lain yang setimpal dengan kesalahannya. Jadi, tidak timbul persoalan samada seseorang penjenayah itu dengan mudah boleh melepaskan diri dengan memberi rasuah kepada waris mangsa
36
3) saksi Umpamanya penentang Hudud mempersoalkan tentang keperluan saksi lelaki di dalam kes-kes Hudud, dan bagaimana sekiranya kejadian rogol dilakukan di asrama wanita. Kes seperti ini boleh dirujuk kembali kepada perbicaraan terhadap pembunuhan Osman bin Affan, salah seorang Khalifah Islam. Saksi kepada pembunuhan tersebut ialah isteri Osman sendiri, dan tiada saksi lelaki. Hakim, menggunakan kaedah Siasah Syari'ah bagi membenarkan kesaksian dari kaum wanita kerana kes-kes tersebut memerlukan kesaksian mereka. Oleh kerana kesaksian beliau cukup kukuh dan tidak dapat dicabar di mahkamah, maka kesaksian tersebut diterima di dalam perbicaraan itu. Begitulah juga dengan peristiwa yang berlaku di zaman pemerintahan Islam di mana terdapat seorang gadis yang mengandung lalu dibawa ke muka pengadilan. Gadis itu mempertahankan dirinya menyatakan bahawa beliau tidak tahu sesiapa yang merogolnya, tetapi menyebut bahawa beliau adalah seorang yang terlalu kuat tidur sehingga tidak sedar jika diperlakukan sesuatu yang tidak baik ke atasnya. Memandangkan kes ini jarang berlaku, hakim telah membenarkan tertuduh mengemukakan beberapa saksi yang boleh mengesahkan dakwaannya bahawa beliau adalah seorang yang terlalu kuat tidur. Setelah hakim berpuas hati dengan kesaksian bahawa gadis tersebut memang dikenali sebagai seorang wanita yang taat beragama serta berakhlak baik, dan kesaksian bahawa beliau memang seorang yang terlalu kuat tidur sehingga tidak sedar diperlakukan sesuatu ke atasnya ketika sedang tidur, maka hakim telah menggugurkan kes tersebut kerana terdapat keraguan yang munasabah bahawa gadis tersebut telah berzina secara sukarela.
37
Hikmah perlaksanaan hudud mengikut sains
Apabila Allah menjadikan manusia Allah juga menjadikan bersama kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri.Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukumkan dengan hukum hudud antaranya hukum bagi mereka yang melakukan penzinaan.Apabila sabit dua kesalahan terdapat dua jenis hukuman bagi dua kategori manusia yang melakukan kesalahan itu ; 1. Sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin 2. Rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman yang di jalankan bagi kesalahan yang sama tetapi dilakukan oleh jenis manusia yang berbeza? Sepintas lalu, Ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi penzina jenis adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan.Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan zina. Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina yang sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.
38
hikmah Buat penzina yang belum berkahwin.mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya,T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang. Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilanan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.Cara terbaik adalah dengan menyebat diantara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan meransang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS. Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin .apabila dihinggapi virus AIDS,sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru. Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.
39
Imuniti dan hikmah perlaksanaan
Sistem imuniti badan manusia adalah menepati sistem pentadbiran dan pertahanan sesebuah negara Islam.Di dalam badan manusia terdapat berjuta-juta sel yang terdiri kebanyakanya daripada protein. Begitu juga keadaanya antibodi yang terdiri 100% daripada protein. Salah satu keistimewaan bagi haiwan vertebrata ialah keupayaan antibodinya mengenali kandungan asal badan (yang di panggil sel asal)dan benda-benda yang datang dari luar. Tindakbalas imuniti adalah merangkumi kesemua aktiviti yang pada akhirnya menghasilkan penghapusan bahan-bahan luar (foreign materials) samaada melalui proses kecederaan atau tidak .Tindakbalas imun adalah merangkumi dua fenomena yang asas: 1.Tindakbalas humoral (tindakan antibody) 2.Tindakbalas pembaikan sel Toleran (ketiadaan tindakbalas imun) adalah juga salah satu daripada mekanisme tindakbalas imun yang bertindak sebagai mekanisme pertahanan yang memelihara tindakbalas imun terhadap sel sendiri. Dalam banyak hal, mekanisme pertahanan badan (tindak balas imun) adalah seolah–olah sebuah sistem pengawalan (undang-undang hudud) yang di wujudkan bagi tujuan pengawalan.Sistem ini akan dapat mengenali antara orang asing dan penduduk tetap sebuah negeri. Orang asing yang di anggap mengancam keselamatan akan dihapuskan dengan di hukum dan penduduk asal negeri tersebut yang baik akan di tolerankan. Maka yang menyeleweng di kalangan penduduk asal negeri itu juga turut dihapuskan bagi tujuan keselamatan dan sistem sosial yang teratur itu. Masyarakat yang tidak mempunyai undang-undang hudud yang telah di tentukan oleh Allah itu adalah seolah-olah masyarakat yang sedang dilanda AIDS dimana kesemua unsur asing budaya dan kehidupan yang boleh membahayakan manusia dan boleh memusnahkan kehidupan manusia dibolehkan masuk seluas-luasnya tanpa sebarang pengawasan.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang segala-gala keperluan biologis, psikologi dan mental manusia. Adalah menjadi satu perkara yang boleh merosakan manusia apabila manusia cuba menentukan haluan mereka sendiri yang mereka sendiri tidak faham dan tidak tahu. Sedangkan Allah ,Tuhan yang menjadikan dan menciptakan yang paling arif dan tahu tentang keperluan-keperluan manusia serta sistem pengawalanan yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah perhambaan nafsu yang boleh memusnahkan manusia itu sendiri.
40
Hikmah mandi wajib Adalah banyak diketahui oleh pakar sains bahawa di bawah kulit manusia terdapat banyak mikroorganisma yang hidup komensal. Mikroorganisma ini akan keluar dan berada di hujung rambut dan bulu roma setiap kali manusia berpeluh atau selepas melakukan hubungan kelamin dengan suami. Sudah tentulah badan akan menjadi kotor dan organisma ini akan mudah berjangkit kepada orang lain apabila ia keluar dan berurusan tanpa mandi junub. Bakteria ini jika sekiranya mempunyai peluang untuk menguasai badan kita ketika daya tahan badan manusia menjadi lemah akan mengambil kesempatan dan akan menjadi parasit dan boleh menyebabkan jangkitan di tubuh badan kita. Itulah sebabnya Islam menetapkan mandi junub sebagai cara pembersihan diri dan tubuh badan daripada tercemar daripada bakteria tadi. Keluar berjual-beli, makan, minum, berhubungan dan berinteraksi dengan orang lain dalam keadaan berjunub adalah makruh.Allah Yang Maha Mengetahui tentang makhluk yang diciptakannya ini telah menetapkan bahawa manusia mesti mandi wajib selepas setiap kali datang haid nifas dan bersetubuh. Ia adalah bagi tujuan pembersihan dan penyucian diri.Apabila bakteria tadi terkena atau dikenakan padanya air yang dapat menghilangkanya dari badan ,ia akan mati dan tidak dapat menjangkiti orang lain. Maka terselamatlah manusia daripada jangkitan dan wabak penyakit sekaligus dan meneruskan hidup dalam keadaan bersih dan sihat.
41
Tayammum pengganti mandi wajib
Kenapakah tayammum dapat menggantikan mandi junub dan wudu’( dua jenis penyucian diri dalam Islam ) dalam keadaan air di tempat yang kering-kontang? Bakteria apabila terkena air akan mati disebabkan tekanan osmosis di dalam badannya sehingga air boleh menyerap masuk ke dalam badan dan akhirnya ia mati kerana mengalami overhydration. Begitu juga halnya apabila bakteria tadi didedahkan kepada keadaan yang terlalu kering dan kontang seperti apabila dikenakan padanya debu..Ia akan mati setelah air badannya keluar kerana tekanan osmosis lebih rendah daripada tekanan osmosis di luar badan menyebabkanya mati kerana air badan keluar dan kerana kekontangan fisiologi badan. - MANHAL
Similar presentations
© 2025 SlidePlayer.com. Inc.
All rights reserved.