Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
Published byHarjanti Pranoto Modified over 6 years ago
1
KOH 3432 KEMAHIRAN KOMUNIKASI ANTARA PERSEORANGAN
PENDIDIKAN JARAK JAUH Semester 2 Sesi 2010/2011
2
Maklumat Pensyarah Nama: ISHAK BIN ABD HAMID (Pak Ngah)
Bilik Pensyarah: No. B127, Tingkat Satu, Bangunan Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi, UPM. Alamat: Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia UPM Serdang Selangor Darul Ehsan
3
Maklumat Pensyarah Telefon: 03-89468779 (Rasmi)
(tinggalkan mesej pada Cik Hasnidah) (hp) E-Mel: Facebook:
4
HURAIAN MENGENAI KURSUS
NAMA KURSUS: KEMAHIRAN KOMUNIKASI ANTARA PERSEORANGAN KOD KURSUS: KOH 3432 KREDIT: 4(3+1) PRASYARAT: Tiada
5
SINOPSIS: Kursus ini membincangkan konsep- konsep dan teori-teori dalam komunikasi antara perseorangan; bagaimana komunikasi berfungsi dalam hubungan dan konteks yang berbeza; faktor-faktor yang mempengaruhi komunikasi dengan individu lain; dan kemahiran serta kepuasan berkomunikasi.
6
OBJEKTIF: Selepas mengikuti kursus ini, para pelajar dapat:
menerangkan konsep dan prinsip komunikasi antara perseorangan. menentukan kaedah komunikasi yang sesuai dalam hubungan kemanusiaan. bekerja secara berkumpulan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi antara perseorangan yang berkesan.
7
KANDUNGAN KURSUS Pengenalan kepada komunikasi antara perseorangan
Diri komunikator Persepsi dalam komunikasi antara perseorangan Pencerapan dan memberi respons Berkomunikasi secara verbal Berkomunikasi secara bukan verbal Dimensi dan prinsip-prinsip hubungan antara perseorangan Menjalin, mengekal dan memutuskan hubungan Pengendalian konflik dalam hubungan antara perseorangan
8
TEKS Adler, R.B., Rosenfeld, L.B. & Towne N. (2002). Interplay: The process of interpersonal communication. Fort Woth: Harcourt Brace. Beebe, S.A., Beebe, S.J., & Redmond, M.V. (2001). Interpersonal communication: Relating to others. Boston: Allyn & Bacon.
9
PENILAIAN: Tugasan 1 : 20% Projek Penyelidikan : 30%
Peperiksaan Pertengahan: 20% Peperiksaan Akhir: 30% Jumlah = 100%
10
Markah dan Gred MARKAH GRED ABJAD MATA NILAIAN 80 - 100 A 4.00 75 - 79
3.750 B+ 3.500 B 3.000 B- 2.750 C+ 2.500 C 2.000 C- 1.750 D+ 1.500 D 1.000 39 atau kurang F
11
BENTUK DAN BILANGAN SOALAN
Penilaian PEPERIKSAAN BENTUK DAN BILANGAN SOALAN BAB-BAB YANG DINILAI PERATUS MARKAH Peperiksaan Pertengahan Semester q Soalan objektif q 60 soalan objektif. Bab 1: Pengenalan Kepada Komunikasi Antara Perseorangan. Bab 2: Diri komunikator Bab 3: Persepsi dalam komunikasi antara perseorangan. Bab 4: Pencerapan dan memberi respons. 20% Peperiksaan Akhir Semester Objektif 80 soalan objektif. Bab 5: Berkomunikasi secara verbal. Bab 6: Berkomunikasi secara bukan verbal. Bab 7: Komunikasi dan Hubungan Bab 8: Pengendalian konflik dalam hubungan antara perseorangan. 30%
12
TUGASAN 1 (20%) Buat rumusan dalam Bahasa Melayu ke atas 5 artikel terbaharu (dari tahun hingga 2010) mengenai sebarang kajian mengenai komunikasi atau hubungan perseorangan dalam jurnal komunikasi atau lain-lain (bukan majalah atau akhbar!) di perpustakaan atau dari jurnal internet contoh seperti yang berikut:
13
Human Communication Research. Beverly Hills: Sage Publications
Journal of Communication. Philadelphia :International Communication Speech Communication Journal Communication Quarterly Human Relations Journal Journal of Applied Communication Research Communication Research Non-verbal Communication Journal Journal of social and personal. London :Sage Publications Communication yearbook. New Brunswick, N.J.: International Health communication. Hillsdale, N.J. :Lawrence Erlbaum Media, culture & society. London:Sage Publications Progress in communication sciences. Norwood, N.J. :Ablex Pub. Corp World communication. Edinburg, TX: The Association
14
KAEDAH MENULIS TUGASAN 1
Tidak lebih daripada satu muka bagi setiap artikel. Salinan fotostat setiap artikel tersebut mesti disertakan (sebagai bukti) Laporan kajian anda mestilah ditaip berselang dua (double spacing) dengan fon Arial (11 poin). Kulit hadapan seharusnya ditulis seperti berikut:
15
Nama ahli-ahli kumpulan Kod Program (no. matrik)
Nama Universiti Tajuk Oleh: Nama ahli-ahli kumpulan Kod Program (no. matrik) Kursus Nama Pensyarah Tarikh
16
Projek Penyelidikan Kualitatif (Berkumpulan) 30%
Anda dikehendaki menemubual beberapa orang partisipan yang sudah berumah tangga mengenai sebarang isu (concern) yang mereka hadapi dalam hidup berkelamin. Analisiskan maklumat yang anda perolehi untuk menjawab soalan-soalan penyelidikan berikut:
17
Soalan-Soalan Kajian Apakah tumpuan utama atau isu utama (concern) mereka dalam kehidupan berumah tangga? Bagaimanakah mereka mengendalikan concern mereka itu?
18
Kaedah Mendapatkan Data
Data boleh didapati daripada: Temubual, perbualan, pemerhatian, kumpulan fokus dan lain-lain. Dari bahan rujukan seperti journal, buku, akhbar dan majalah.
19
Kaedah Mendapatkan Data
Anda tidak dibenarkan menggunakan alat perakam dan dilarang menulis sesuatu semasa temubual atau perbualan. Kenalpasti dan ingat konsep, tema atau kategori yang didengari dan tulis segera selepas data diperolehi dalam setiap pertemuan.
20
Kaedah Menganalisis Data
Selepas setiap pertemuan, bandingkan data yang diperolehi itu dengan data yang diperolehi daripada partisipan sebelumnya. Apabila tiada lagi maklumat baru yang diperolehi dan telah muncul satu kategori yang sering disebut oleh partisipan maka pertemuan fasa pertama sudah berakhir. Anda seharusnya sudah mengenalpasti kategori utama atau tumpuan utama (main concern) partisipan. Mungkin anda juga sudah dapat menentukan perkaitan di antara data yang diperolehi dan ini bermakna teori telah muncul.
21
Kaedah Menganalisis Data
Pertemuan dengan partisipan pada fasa kedua bergantung kepada kategori utama (main concern) yang telah ditemui. Hanya partisipan yang mempunyai main concern yang sama sahaja perlu ditemui. Dalam pertemuan itu anda harus mendapatkan lebih banyak data terutamanya mengenai kaedah atau proses mereka mengendalikan main concern itu.
22
Format penulisan laporan untuk Tugasan 1 dan 2
Laporan anda mesti mengandungi perkara berikut: Pengenalan Metodologi kajian Hasil (dapatan atau penemuan) Kesimpulan Rujukan (Bibliografi)
23
FORMAT PENULISAN LAPORAN PROJEK PENYELIDIKAN
Ditaip dalam tidak kurang daripada 20 muka surat (tidak termasuk lampiran). Laporan kajian anda mestilah ditaip berselang dua (double spacing) dengan fon Arial (11 poin). Sumber maklumat hendaklah dibuat rujukan. Laporan hendaklah dijilid dan mengandungi maklumat berikut:
24
Universiti Putra Malaysia
Tajuk: Sahabat Karib Oleh: Nama ahli-ahli kumpulan (No. matrik) Nama Kursus: Nama Pensyarah: Tarikh
25
Kehadiran Kuliah Kehadiran tutorial adalah penting kerana:
Kajian telah membuktikan bahawa terdapat korelasi antara kehadiran yang baik dan gred yang baik. Anda dikehendaki menyempurnakan tugasan dan perbincangan semasa kelas tutorial dijalankan.
26
Kehadiran Pencerapan dan kebolehan meluahkan idea melalui percakapan adalah antara kemahiran berkomunikasi yang anda perlu tonjolkan semasa tutorial. Ahli-ahli dalam kumpulan anda pasti memerlukan anda semasa perbincangan. Anda akan dapati sukar untuk memahami topik yang dibincangkan semasa anda tidak hadir tutorial.
27
Tanggungjawab Dan Etika
Motivasi diri sendiri Tanggungjawab ke atas diri dan juga terhadap ahli-ahli kumpulan anda. Setiap tugasan mestilah bersifat asli bukan hasil peniruan atau penipuan.
28
Tanggungjawab Dan Etika
Ketidakjujuran termasuklah menggunakan kerja orang lain sebagai hasil kerjanya, menyerahkan tugasan yang sama daripada kursus lain; berbincang, menipu atau meniru semasa peperiksaan; memasukkan nama pelajar dalam senarai pelajar yang membuat tugasan padahal pelajar tersebut tidak memberikan sebarang sumbangan; memusnahkan hasil kerja pelajar lain kerana dengki dan sebagainya. Jika diketahui, mana-mana pelajar yang terlibat dengan aktiviti tidak jujur ini akan diberikan gred F.
29
Penghantaran Tugasan Tugasan 1 hendaklah sampai ke PPL selewat- lewatnya seminggu sebelum Peperiksaan Pertengahan Semester. Laporan Projek Penyelidikan wajib sampai ke PPL selewat-lewatnya seminggu sebelum Peperiksaan Akhir Semester. Semua tugasan yang lewat akan didenda. Dua markah akan ditolak bagi setiap hari yang terlewat.
30
Tidak Hadir Di Hari Peperiksaan
Pelajar yang tidak hadir semasa hari peperiksaan mestilah menunjukkan sebab yang munasabah. Jika sakit hendaklah menunjukkan surat akuan doktor. Mereka yang tidak hadir tanpa alasan yang baik, tidak akan dibenarkan menduduki peperiksaan khas.
31
Rayuan Meningkatkan Gred
Semua gred yang diterima adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan sama sekali kecuali atas sebab- sebab yang munasabah.
32
PETUA BELAJAR Hormat dan kasih pada pensyarah dan tutor
Paksa untuk minat kepada kursus Konsisten dengan berdisiplin Rajin membaca modul Tonjolkan diri secara positif dalam semasa tutorial dan sesi bersemuka. Tidak berputus asa dan tenang dalam ketegangan. Jaga kesihatan TAWAKKAL PADA ALLAH
33
Ikrar Pensyarah Dengan ini saya berjanji akan mengajar pelajar-pelajar saya dengan ikhlas, bersungguh- sungguh dan beretika.
34
SELAMAT BELAJAR SEMOGA ILMU YANG ANDA PEROLEHI DARI KURSUS INI DIREDHAI ALLAH SWT DAN BERGUNA DALAM KEHIDUPAN HARIAN DAN PROFESIONAL
Similar presentations
© 2025 SlidePlayer.com. Inc.
All rights reserved.