Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
1
KURSUS PENYELIDIKAN TINDAKAN (PT)
ANJURAN PSPNJ JOHOR DARUL TAKZIM PENCERAMAH: K. MOHAN A/l GOVINDARAJU (KETUA JABATAN PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN MPTI)
2
PENGENALAN Dalam dunia pendidikan, murid sebagai manusia yang berbeza dari segi tahap pencapaian perlu diterima oleh setiap pendidik. Perbezaan ini menyebabkan peranan penyelidikan menjadi sangat penting. Kemampuan guru-guru meletakkan penyelidikan sebagai teras budaya kerja akan membolehkan “proses rawatan” terhadap murid-murid dengan lebih sempurna.
3
Kementerian Pelajaran, khususnya Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (BPPP) telah membudayakan Penyelidikan Tindakan (PT) di sekolah-sekolah di bawah “Programme for Innovation, Excellence and Research (PIER).” PT bukan sekadar memahami situasi persekitaran, malahan juga disertakan dengan perancangan dan pelaksanaan tindakan untuk memperbaiki persekitaran tersebut.
4
Penyelidikan Tindakan (PT) adalah sangat penting dalam kerjaya perguruan masa kini kerana keperluan-keperluan baru dalam profesionalisme perguruan menuntut supaya para pendidik mempunyai pemikiran penyelidikan (research orientation).
5
KONSEP ASAS PT Kita perlu Bertanya (5W,1H) Who, When, Where, What, Why and How Ianya Jurang perbezaan antara jangkaan (expectation) dan amalan guru dalam pengajaran Untuk mendekatkan jurang ini, adalah penting budaya penyelidikan menjadi sebahagian daripada budaya sekolah dan asas kepada tindakan perkembangan ikhtisas guru.
6
Dalam bidang penyelidikan, terdapat beberapa kaedah untuk melakukan kajian dan penyiasatan.
Ia berdasarkan pada cara maklumat atau data dikutip dan dianalisakan Jenis penyelidikan boleh dibahagikan menjadi dua golongan besar iaitu: A. penyelidikan bersifat kuantitatif B. penyelidikan bersifat kualitatif
7
Penyelidikan Tindakan (PT) merupakan penyelidikan bersifat kualitatif kerana ia lebih mengutamakan aktiviti kajian yang boleh dilakukan dalam alam persekitaran atau situasi yang sebenar di sekolah dan penghuraian tindakan diambil dalam situasi itu dapat dikaji secara terperinci dengan menggunakan kaedah deskriptif.
8
Definisi Penyelidikan Tindakan:
Pengertian PT adalah satu jenis penyelidikan yang berbentuk renungan kendiri dan melibatkan penyelidik sendiri mengkaji amalan yang lazim dilakukan dalam bidang tugas mereka untuk memperbaiki :
9
a. Amalan sosial dan pendidikan kendiri;
b. Kefahaman terhadap amalan kendiri; c. Situasi di mana amalan tersebut dijalankan
10
Kurt Lewin (1947) menjelaskan;
“Action Research is a three-step spiral process of : 1. planning which involves reconnaissance; 2. taking actions; and 3. fact-finding about the results of the action.
11
Stephen Corey (1953) juga menerangkan;
Action Research is the process by which practitioners attempt to study their problems scientifically in order to guide, correct, and evaluate their decisions and actions.
12
Elliott & Adelman (1976) “Classroom Action Research” di UK menegaskan bahawa PT adalah satu pendekatan penyelidikan yang berusaha meningkatkan mutu profesionalisme guru. Ia bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru
13
Elliot (1981) PT adalah rangka untuk penilaian kendiri di sekolah (framework for self-evaluation in school) dan pendekatan PT mementingkan aktiviti refleksi dan inkuiri yang bertujuan memperbaiki atau mengubah amalan kendiri dalam sesuatu situasi sosial.
14
Carr & Kemnis (1986) PT adalah suatu bentuk refleksi kendiri melalui aktiviti inkuiri untuk memperbaiki dan memahami amalan (practice) dan situasi sosial. “ Action research is a form of self-reflective enquiry undertaken by participants (teachers, students or principals) in social (including educational) situations in order to improve the rationality and juctice of: 1. Their social or educational practices, 2. Their understanding of these practices and 3. The situation in which these practices are carried out.
15
McNiff (1988) PT adalah suatu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubah amalan-amalan tersebut. Pendekatan ini melibatkan guru melaksanakan inkuiri sendiri serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif (usahasama) sewaktu mengadakan kajian.
16
Carl Glickman (1992) menghuraikan;
“Action Research in education is study conducted by colleagues in a school setting of the results of their activities to improve instruction.”
17
Emily Calhoun (1994) juga menjelaskan;
“Action Research is a fancy way of saying let’s study what’s happening at our school and decide how to make it a better place.”
18
Lomax (1994) PT adalah “penyelidikan pendidikan” (educational research) dan ia berbeza dengan “penyelidikan dalam pendidikan” (research in education) kerana yang menyelidik itu adalah guru sendiri yang ingin memperkembangkan dirinya dan profesionnya. PT merupakan kaedah yang membolehkan (enabling) guru melakukan inovasi dan perubahan dalam pendidikan.
19
RUMUSAN PT melibatkan guru sebagai penyelidik dan membuat tindakan kolaboratif (doing research is taking action collaboratively) Memperbaiki amalan guru Melakukan inovasi secara refleksi dan inkuiri Memahami situasi yang sebenar dalam P & P dengan tujuan memperbaiki atau mengubah amalan guru Merupakan satu kunci kejayaan meningkatkan mutu pendidikan di sekolah Mentransformasikan dapatan kajian dapat dijadikan asas guru berubah dan bertindak.
20
Contoh-Contoh Isu Kajian
1. Saya ingin meningkatkan mutu ujian lisan bahasa Inggeris 2. Saya hendak memperkenalkan pembelajaran berbantukan komputer dalam pengajaran sastera. Bagaimana saya dapat menentukan kesesuaiannya? 3. Komunikasi dalam mesyuarat adalah sehala. Bagaimana saya dapat memastikan pertukaran idea dapat dilakukan?
21
CONTOH PT 1. Seorang guru sekolah rendah di Sarawak berminat untuk mengetahui sama ada dia memberi layanan yang saksama kepada semua murid. Dia meminta rakan sejawat yang rapat dengannya untuk merekod murid mana yang dia berinteraksi semasa tiga sesi pengajaran. Dia mendapati bahawa dia berinteraksi dengan murid-murid berpretasi tinggi dua kali ganda berbanding dengan murid-murid berpretasi rendah sungguhpun bilangan yang berpretasi tinggi adalah kurang berbanding dengan yang berpretasi rendah. Sehubungan itu, dia mengubah pola interaksinya
22
2. Seorang guru tingkatan 4 mata pelajaran matematik tambahan di sebuah sekolah asrama penuh berminat untuk mengetahui sama ada dia benar-benar memberi penekanan kepada aspek kefahaman konsep ( conceptual understanding ) di kalangan murid dalam pengajarannya. Dia membuat dua rakaman audio mengenai pengajarannya dan, setelah menganalisis data yang dikumpul, mendapati bahawa soalan-soalan yang dikemukakannya kurang menguji kefahaman konsep muridnya. Dia kemudian mengubah kualiti soalannya. Kesannya adalah memberangsangkan. Bagaimanapun dia juga dapati dia perlu memberi lebih masa kepada muridnya untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Justeru dia melanjutkan penyelidikan tindakannya ke kitaran kedua.
23
3. Seorang guru tahun 6 di sebuah sekolah rendah di pinggir satu bandar besar menghadapi masalah mengawal kelas. Dia merekod kekerapan dia berleter semasa mengajar dan mendapati dia merupakan sebahagian punca masalah tersebut.
24
Perbandingan Pendekatan PT dengan KBK
Tujuan Kajian Objektif PT adalah untuk guru memperbaiki amalannya sendiri dan membentuk teori peribadi yang praktis dan kritis Tujuan Kajian Bersifat Kuantitatif (KBK) adalah membuat generalisasi dan menguji teori serta menjelaskan prinsip.
25
PERBANDINGAN MATLAMAT KAJIAN
PT 20% CARI PUNCA MASALAH 80% SELESAIKAN MASALAH KBK 80% CARI PUNCA MASALAH 20% SELESAIKAN MASALAH
26
Rekabentuk Kajian Rekabentuk PT boleh diubahsuai berdasarkan keadaan dan keperluan situasi sebenar di sekolah Rekabentuk kajian KBK ditetapkan terlebih dahulu sebelum kajian dilakukan
27
Subjek Kajian Penyelidik PT adalah sebahagian daripada subjek kajian. Maklumat kajian diperolehi secara langsung daripada subjek kajian. Penyelidik KBK bukanlah subjek kajian. Subjek kajian adalah sampel yang dipilih dengan menggunakan sample tertentu.
28
Perkaedahan Kajian PT dilakukan dalam situasi sebenar dan analisis hasil kajian bersifat kualitatif dengan cara menggunakan teknik dan kaedah berbentuk deskripsi dan naratif Nilai penyelidikan KBK bergantung kepada teknik sampling dan analisis statistik yang canggih digalakkan untuk memperkukuhkan huraian data-data yang dikutip
29
Laporan Hasil Kajian PT menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh guru-guru
Laporan kajian KBK bersifat teknikal dan guru memerlukan pengetahuan yang khusus untuk memahaminya.
30
Aspek Pendekatan Kajian
PT melibatkan guru-guru membuat analisis kritikal berkaitan dengan sesuatu tindakan dalam sesuatu situasi di dalam kelas, maka perubahan dicadangkan bagi memperbaiki dan mempertingkat kurikulum di sekolah atau sistem pendidikan yang diamalkan. PT merupakan suatu pendekatan untuk memperbaiki mutu pendidikan melalui perubahan guru dalam P & P PT melibatkan proses pembelajaran dan perkembangan ikhtisas guru yang sistematik melalui kritikan yang membina.
31
Keutamaan diberi untuk memahami dan memperbaiki amalan sendiri
Keutamaan diberi untuk memahami dan memperbaiki amalan sendiri. Amalan sendiri adalah fokus utama sebelum guru memberi perhatian terhadap aspek-aspek lain. Penyelidikan Tindakan melibatkan guru-guru membina teori-teori daripada amalan sebenar, maka penekanan PT adalah kepada masalah praktik bukannya masalah teori.
32
Aspek Alam Persekitaran PT
Aktiviti PT membabitkan guru-guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam sesuatu isu atau masalah di persekitaran sekolah. Maka isu dan masalah menjadi fokus bagi PT PT dilakukan dalam situasi sebenar seperti di dalam b.d atau sekolah. PT melibatkan guru dan rakan sejawatnya sebagai penyelidik bersama. Maka aktiviti PT adalah dilakukan secara kolaboratif
33
PT melibatkan tindakan intervensi (intervention) dari orang lain yang turut serta. Tujuan tindakan intervensi itu adalah untuk membantu dan mempermudahkan si pengkaji membuat pertalian yang dapat merapatkan hubungan antara amalan sebenar (actual practice) dengan harapan atau jangkaan (expectation)
34
TUJUAN PT Penyelidikan tindakan mempunyai dua tujuan:
a. untuk memperbaiki kefahaman tentang amalan dan situasi amalan tersebut dilakukan; b. untuk melibatkan penyelidik dalam semua peringkat penyelidikan
35
KEPENTINGAN P T Mendapatkan sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam b.d dan sebagainya Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan Dapat mempelbagaikan kaedah P & P, memudahkan pencapaian objektif mereka dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri.
36
Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif
Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan ko-kurikulum Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan, dan Merapatkan tali silaturrarhim di kalangan guru yang terbabit melalui kerjasama secara kolaboratif.
37
ETIKA PENYELIDIKAN TINDAKAN
Etika merupakan aspek yang perlu diberi perhatian kerana hak semua pihak sama ada guru, pelajar, ibu bapa dan pentadbir perlu dihormati. Etika Penyelidikan dapat melindungi kepentingan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung daripada dieksploitasi oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan untuk kepentingan diri. Etika juga dapat mengelakkan guru menjadi mangsa tekanan dan eksploitasi daripada pihak atasan. Maka ini meletakkan guru-guru selesa dan selamat untuk menjalankan PT.
38
Antara perkara yang perlu dipertimbangan dan dipersetujui:
i. Semua ahli j/kuasa kajian bahawa mana-mana bukti atau data yang diperolehi tidak boleh melibatkan pengenalan identiti ahli-ahli J/kuasa kajian kecuali dengan kebenaran ii. Dipersetujui bahawa pelajar-pelajar mempunyai hak yang sama seperti guru dari segi pengenalan identiti dan kerahsiaan bukti dan data yang dipungut dari mereka iii. Dipersetujui bahawa penerbitan laporan kajian perlu mendapat kebenaran dari ahli J/kuasa kajian.
39
iv. Dipersetujui semua penerbitan. laporan yang dihasilkan oleh guru-
iv. Dipersetujui semua penerbitan laporan yang dihasilkan oleh guru- guru yang terlibat dalam kajian ini perlu dibuat atas nama mereka v. Dipersetujui semua maklumat yang berkaitan dengan sekolah perlu mendapat kebenaran pengetua sebelum didedahkan kepada umum. vi Dipersetujui bahawa laporan kajian ini akan diserahkan terlebih dahulu kepada (BPPP) dan Jabatan Pendidikan Negeri sebelum ia diterbitkan dan didedahklan untuk orang ramai.
40
Diadaptasi daripada Lewin, 1946, dan Laidaw, 1992
Pelaksanaan PT melibatkan 5 peringkat seperti yang berikut: Diadaptasi daripada Lewin, 1946, dan Laidaw, 1992
41
Ciri-Ciri Penyelidikan Tindakan
a. menggalakkan penglibatan/penyertaan bagi mereka yang ingin memperbaiki mutu kerja/amalan mereka. b. memerlukan usahasama (collaborative effort) di antara pihak-pihak yang terlibat. c. merupakan proses pembelajaran yang teratur. d. membentuk komuniti yang bersifat kritis terhadap persekitaran dan diri sendiri. e. menggalakkan fikiran yang terbuka.
42
f. membantu perkembangan teori dan amalan secara serentak.
g.mewujudkan satu kumpulan manusia yang kritis dan bekerjasama dalam proses penyelidikan. h.berkembang melalui lingkaran renungan kendiri (self-reflective spiral) - satu lingkaran yang mengandungi tinjauan, perancangan, tindakan dan pemerhatian serta renungan. i. melibatkan penyelidik menyimpan catatan atau rekod peribadi (personal journal) j. dimulakan secara kecil-kecilan - mungkin seorang sahaja sebagai permulaan, kemudian melibatkan kumpulan kecil dan seterusnya kumpulan yang lebih besar.
43
PT menitikberatkan EMPAT perkara berikut
a. penyelidikan secara sistematik dan melibatkan pengumpulan bukti (collective evidence) digunakan sebagai asas untuk renungan yang menyeluruh. b. Ia bukan sahaja menyelesaikan masalah tetapi juga memperlihatkan masalah. c. Ia bukan penyelidikan tentang orang lain tetapi penyelidikan yang dijalankan oleh individu atau kumpulan terhadap kerja mereka sendiri untuk memperbaiki diri mereka, kerja mereka dan kebaikan orang lain. d. Ia bukannya satu-satu kaedah saintifik untuk kerja-kerja kurikulum dan bukannya tentang pengujian hipotesis atau penggunaan data untuk membuat kesimpulan malah ia menerima pandangan sains sosial yang berbeza daripada pandangan sains semulajadi. P T melibatkan penyelidik itu sendiri.
44
Ciri Usahasama (Collaboration)
dalam P T (Pembinaan Komuniti Pembelajaran) a. sekumpulan pensyarah/guru dalam satu Jabatan; b. sekumpulan pensyarah/guru yang menyelidik tentang suatu bidang yang sama, merentasi Jabatan atau; c. seorang pensyarah/guru dengan pelajarnya.
45
Satu-satu kumpulan itu bolehlah dikatakan satu komuniti apabila;
1. ahli kumpulan itu berkongsi atau cuba berkongsi pandangan dan nilai yang sama. 2. perhubungan antara mereka berbentuk peribadi (rapat), langsung, bersemuka dan pelbagai corak (apabila ahli komuniti menghadapi / mempunyai keperhatinan yang luhur antara satu dengan lain) 3. perhubungan di dalam kumpulan bukan semata-mata mengikut hiraki atau individulistik, Sebaliknya bercirikan perimbangan timbul balik (tindakan bukan hanya untuk kebaikan seseorang sahaja atau beberapa orang tetapi untuk kebaikan bersama).
46
Panduan Am & Khusus PT 1. (Kumpulan) Penyelidik perlu yakin dan sanggup menjalankan penyelidikan. 2. Sentiasa peka terhadap persekitaran. 3. Keistimewaan PT ini - ianya boleh dijalankan secara kecil- kecilan.
47
4. Segala kemajuan dan perubahan. penyelidikan yang dijalankan adalah
4. Segala kemajuan dan perubahan penyelidikan yang dijalankan adalah bergantung kepada iltizam anda / kumpulan anda. 5. Semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penyelidikan anda / kumpulan anda hendak dimaklumkan terlebih dahulu. 6. Penyelidikan Tindakan tidak semestinya melibatkan perbelanjaan yang besar.
48
Garis Panduan Khusus 1. Kenal pasti bidang yang diminati. Pastikan penyelidik jelas dan faham mengenai tumpuan tema yang dipilih. 2. Jadikan diri sendiri sebagai model dalam kumpulan penyelidikan tersebut. 3. Libatkan orang lain yang berminat dan tubuhkan satu kumpulan kecil. 4. Sentiasa bersikap optimis , bertolak ansur dan berfikiran terbuka dalam semua urusan. 5. Tentukan tugas dan tanggungjawab dikalangan ahli-ahli kumpulan.
49
6. Jadikan kumpulan itu satu komuniti pembelajaran yang sentiasa perlu berkolaborasi untuk meningkatkan pengetahuan. 7. Pastikan penyelidikan dijalankan secara sistematik, 8. Langkah-langkah da1am penyelidikan per1ulah ditetapkan dengan tempoh masa yang bersesuaian. 9. Dapatkan pandangan pakar-pakar atau orang luar yang berminat dalam bidang yang dikaji. 10.Pastikan perubahan hanya ditumpukan kepada proses dan bukan kepada hasil sahaja.
50
11. Rekod segala hasil pemerhatian dari pelbagai
sumber dengan sistematik. 12. Pendekatan dalam Penyelidikan Tindakan boleh diubahkan jika pcrlu. 13. Dapatan-dapatan individu dan kumpulan perlulah laporkan secara bertulis atau lisan. Ini akan lebih menyakinkan masyarakat dari segi keperluan penyelidikan tindakan bagi perkembangan pendidikan. 14. Elakkan renungan yang dibuat secara tergesa-gesa. 15. Lakar dan tuliskan idea-idea yang timbul semasa membuat renungan.
51
16. Seseorang harus sentiasa peka dan. responsif
16. Seseorang harus sentiasa peka dan responsif terhadap bukti-bukti yang mungkin boleh mengubah dapatan. 17. Seseorang perlu bertukar-tukar fikiran dengan rakan-rakan penyelidik untuk menyakinkan hasil-hasil renungan itu. 18. Seseorang harus bersedia menerima segala kesan positif dan negatif daripada penyelidikan. 19. Hasil renungan itu tidak muktamad dan sentiasa perlu diperbaiki serta diubahsuai mengikut keadaan dan masa.
52
Proses Penyelidikan Tindakan
LIMA PERINGKAT 1. TINJAUAN ASPEK AMALAN 2. PERANCANGAN TINDAKAN 3. PELAKSANAAN TINDAKAN 4. PENGUMPULAN DATA 5. RENUNGAN (Adaptasi dari Lewin, 1946 & Laidlaw, 1992)
53
PERINGKAT TINJAUAN (Reconnaissance)
meneroka dan mengenalpasti isu-isu dan idea-idea berkaitan dengan tumpuan tema (thematicconcern) haruslah terbuka; dilihat dari berbagai-bagai sudut temalah yang menjadi asas dalam proses penyelidikan pastikan tema jelas; khusus, konkrit dan praktikal
54
harus difaham benar-benar nilai-nilai kendiri dan orang lain mengenai pendidikan apa yang anda sedang/akan lakukan (Soalkan "Apa?") sejarah kegiatan pendidikan di tempat kerja sendiri (Soalkan "Bagaimana?" dan "Di mana?") diri sendiri dari segi pengalaman:- hasrat membuat kajian orang yang harus terlibat sama orang yang berminat dengan tema kajian bagaimana penyelidikan tindakan berkait dan berkesan kepada orang lain langkah seterusnya ialah membina KERANGKA KERJA
55
ASPEK UNGKAPAN DAN WACANA
Aspek ini merujuk kepada pemahaman idea utama iaitu bagaimana ia dihuraikan, dijelaskan dan dibuat justifikasi.
56
ASPEK AKTIVITI DAN AMALAN
Aspek ini merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang utama di dalam situasi. Segala hasil aktiviti yang melibatkan penggunaan bahan, sumber dan kemahiran yang dipraktikkan bolehlah diselidik.
57
ASPEK HUBUNGAN SOSIAL DAN BENTUK ORGANISASI
Aspek ini merujuk kepada hubungan-hubungan utama seperti hubungan formal, informal, sikap, pasukan, persatuan dan keutuhan perhubungan. Fahami dan terokai bagaimana perhubungan bersangkut-paut dengan pola-pola kerja dan sebarang usaha serta ganjaran dari situasi yang berlainan.
58
PENENTANGAN Penentangan adalah pendapat yang berbeza mengenai istilah, idea dan nilai, tujuan dan aktiviti, dan hubungan sosial di antara individu dengan kumpulan. INSTITUTIONALISASI Institutionalisasi pula dilihat, sebagai proses di mana perbezaan-perbezaan dan percanggahan pendapat itu dapat diselesaikan secara formal; diamalkan tindakan dalam struktur dan polisi institusi.
59
Fungsi peringkat tinjauan ini adalah untuk menilai tindakan yang boleh diambil atau dijalankan dengan menunjukkan sama ada apa yang telah dicapai dan dipersetujui itu memenuhi jangkaan; Menentukan tindakan yang akan diambil di mana dan bila - serta justifikasinya; sebagai asas untuk perancangan seterusnya dengan betul; Sebagai asas untuk mengubahsuaikan keseluruhan perancangan; memberi peluang kepada penyelidik mendapat wawasan (celik akal) yang baru; dan sebagai pernyataan diagnosis mengenai situasi tumpuan tematik itu.
60
PERINGKAT PERANCANGAN
a. membolehkan ahli-ahli dalam kumpulan menumpukan perhatiam tentang aktiviti dan amalan yang perlu dilakukan; dan b. menentukan tindakan khusus untuk memperbaiki kerja dalam hubungan dengan orang lain.
61
Contoh-Contoh Isu Kajian
1. Saya ingin meningkatkan mutu ujian lisan bahasa Inggeris 2. Saya hendak memperkenalkan pembelajaran berbantukan komputer dalam pengajaran sastera. Bagaimana saya dapat menentukan kesesuaiannya? 3. Komunikasi dalam mesyuarat adalah sehala. Bagaimana saya dapat memastikan pertukaran idea dapat dilakukan?
62
Fokus Penyelidikan Tindakan
Fokus penting bagi memudahkan pengkaji membuat perancangan Penentuan fokus kajian perlu mempertimbangkan perkara berikut:- i. Isu perlu tindakan segera ii. Sejauh manakah mustahaknya isu itu kepada pengkaji? iii. Sejauhmanakah mustahaknya isu itu kpd pelajar?
63
iv. Siapakah yang berminat untuk membantu kajian?
v. Penumpuan kepada satu bahagian yang penting. vi. Tugas boleh diurus dengan baik. vii.Terdapat peluang yang baik untuk mendalami permasalahan tersebut.
64
Langkah Merancang Tindakan
Rancangan yang hanya untuk mengubah cara yang ada secara terperinci atau untuk menyelesaikan masalah tertentu yang diperolehi dalam suatu rancangan tanpa mengubah keseluruhan rancangan. Rancangan itu untuk menggantikan cara yang ada dengan cara yang lain.
65
Perkara yang perlu diberi perhatian semasa pelaksanaan tindakan:
1. Matlamat cadangan tindakan 2. Sebab-sebab cadangan tindakan itu diambil 3. Senaraikan tindakan-tindakan yang dicadangkan 4. Pernyataan cara-cara pemantauan 5. Penyataan penilaian formatif dan sumatif 6. Pernyataan keperluan sumber, bahan & kos
66
ASPEK UNGKAPAN DAN WACANA
Sediakan satu pelan tindakan bertujuan untuk menjawab soalan: "Siapa buat apa?" dan "Bila?" supaya dapat mengurangkan keadaan kurang faham- keraguan, konflik tentang peranan, sumbangan ahli-ahli dalam pasukan, serta sasaran kajian. Aspek ini ambilkira pandangan, teori, hipotesis, hasi1 perbincangan, dapatan kajian-kajian sedia ada yang berkaitan. sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung; dengan tema yang dikaji dan kehendak ahli-ahli dalam pasukan.
67
ASPEK AKTIVITI DAN AMALAN
Dalam perancangan aspek ini, kenalpasti tindakan yang perlu dibuat. Pertimbangkan aktiviti dan amalan pada masa lalu dan masa kini. Tindakan perlulah dapat menjadikan aktiviti lebih berunsur dan memberi penekanan kepada tindakan yang jelas dan khusus.
68
Penyelidik perlu mengambil kira bagaimana melakukan tindakan yang telah dikenalpasti, kesan terhadap orang lain, kejanggalan serta masalah yang mungkin timbul daripadanya. Pertimbangkan kesediaan orang lain untuk menerima aktiviti dan amalan baru. Rancangkan aktiviti bagi sesuatu tindakan yang boleh memupuk dan membuka peluang kepada perubahan yang dapat diterima Perundingan diperlukan untuk membolehkan mereka melibatkan diri dalam perubahan.
69
ASPEK HUBUNGAN SOSIAL DAN BENTUK ORGANISASI SOSIAL
siapakah yang terlibat dan apakah bentuk perhubungan sosial itu bagaimanakah hal itu terjadi dan bilakah ia bermula; apakah pengaruh struktur organisasi dan iklim sosialnya terhadap setiap individu bagaimanakah perubahan boleh dilakukan terhadap organisasi dari individu untuk memperbaiki interaksi sosial yang formal, informal, personal dan profesional perkara yang boleh menghalang perubahan dalam semua perkara di atas .
70
Menukar diri sendiri dalam hubungan sosial dan organisasi:
Perlu ditimbamgkan bagaimana boleh diubah pendirian, peranan, kecenderungan serta pemikiran diri sendiri dalam hubungan dengan kumpulan penyelidikan tindakan dan orang-orang yang terlibat. Menimbangkan kesesuaian dengan aspek-aspek ungkapan dan wacana serta aktiviti dan amalan.
71
? ? MERANGKA TAJUK PT CIRI-CIRI ‘PENAMBAHBAIKAN’
PERLU ADA 4 KOMPONEN: CIRI-CIRI ‘PENAMBAHBAIKAN’ Con : ….Meningkatkan, Memperbaiki, Mengubahsuai dsb. (konteks positif)
72
Menyatakan ‘ISU / FOKUS MASALAH / KAJIAN’ yang dipilih.
con: ….. Kawalan kelas, masalah disiplin, kefahaman konsep, pendekatan pengajaran dsb.
73
Menyatakankan siapakah ‘SASARAN / SUBJEK KAJIAN’
con: … murid tahun 1,
74
HASILAN PERANCANGAN Setelah meneliti dengan mendalam apakah yang dapat dan tidak dapat dilaksanakan untuk mengubah serta memperbaiki sesuatu situasi, barulah dirancang idea-idea yang praktikal, penting dan berguna, yang akan dijalankan dalam penyelidikan. Kemudian tuliskan idea-idea tersebut sejelas dan secepat mungkin dalam satu rangka kasar.
75
Rangka kasar (draft) pelan yang telah disiapkan Bincang bersama dengan rakan-rakan penyelidikan tindakan dan dikaji semula untuk mendapat timbal balik atau respon-respon supaya satu pelan yang diterima oleh semua dapat dihasilkan. Pelan akhir perlu mempunyai ciri-ciri berikut: a. Menerangkan tumpuan kajian, berdasarkan bukti-bukti yang terkumpul dalam TINJAUAN, mengapa ia penting dan praktikal. b. Menjelaskan mengapa dipilih individu-individu tertentu dalam penyelidikan tindakan. c. Menerangkan perubahan-perubahan khusus yang diharapkan berlaku dalam aspek-aspek ungkapan dan wacana; aktiviti dan amalan; dan hubungan sosial dan organisasi
76
d. Menerangkan jadual tugas yang lengkap untuk setiap ahli dalam penyelidikan tindakan.
e. Menjelaskan bagaimana tindakan akan dibuat dalam situasi kajian. f. Menjelaskan bagaimana pelan penyelidikan tindakan akan mempengaruhi mereka yang terlibat, g. Menjelaskan bagaimana akan dipantau (monitor) perubahan-perubahan yang dirancang dalam aspek-aspek ungkapan dan wacana; aktiviti dan amalan; dan hubungan sosial dan organisasi. h. Menjelaskan bagaimana data yang akan dikumpul boleh menjadi bukti (evidence) dan seterusnya membantu dalam menerangkan kajian yang akan dilaksanakan.
77
GARIS PANDUAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN
Tajuk Kajian AJK Pengkaji / Penyelidik Latarbelakang Kajian Pernyataan Masalah Kajian Rasional Kajian Objektif Kajian – konteks guru / murid Reka bentuk kajian – sampel / sasaran kajian, instrumen kajian, teknik proses data Kesignifikanan / kepentingan kajian Anggaran kos kajian Jadual pelaksanaan kajian
78
GARIS PANDUAN MENULIS LAPORAN KAJIAN
Tajuk kajian / Nama Ahli Penyelidik / Sekolah / Tarikh laporan disiapkan Penghargaan Abstrak Isi Kandungan Latar Belakang Kajian Pernyataan Masalah Objektif Kajian Metodologi / Reka bentuk Kajian Perancangan Tindakan Pelaksanaan Perancangan Tindakan
79
Penilaian dan refleksi. - Berdasarkan ujian pra dan pasca
Penilaian dan refleksi - Berdasarkan ujian pra dan pasca - Berdasarkan pemerhatian P & P - Berdasarkan temubual - Berdasarkan ‘rawatan’ atau intervensi yang diberikan Kesimpulan Rujukan / Bibliografi Lampiran
80
SELAMAT BERKURSUS DAN MEMBINA PENYELIDIKAN TINDAKAN
SEKIAN TERIMA KASIH SELAMAT BERKURSUS DAN MEMBINA PROPOSAL DAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
Similar presentations
© 2025 SlidePlayer.com. Inc.
All rights reserved.