Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

FEM 3301 Etika dan Nilai dalam Pembangunan

Similar presentations


Presentation on theme: "FEM 3301 Etika dan Nilai dalam Pembangunan"— Presentation transcript:

1 FEM 3301 Etika dan Nilai dalam Pembangunan
TAJUK 2 PENGENALAN ETIKA, NILAI, MORAL, AKHLAK DAN ADAB

2 SUB TOPIK Pengenalan katakunci-katakunci Nilai Etika Moral Akhlak Adab
Persamaan dan perbezaan katakunci Konsep dan prinsip asas etika dan nilai

3 OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran pelajar akan dapat:- Menghuraikan katakunci-katakunci asas iaitu nilai, etika, moral, akhlak dan adab Menghuraikan persamaan dan perbezaan konsep-konsep asas dalam etika, moral, akhlak dan adab Menjelaskan kefahaman umum konsep dan prinsip asas etika dan nilai

4 APAKAH NILAI? nilai merujuk kepada prinsip/asas bagi tujuan
mengukur sesuatu. Juga digunakan untk Memberi ukuran kpd sesuatu

5 APAKAH NILAI? Dalam konteks moral, atau melihat kepada fungsinya, nilai dirujuk kepada sesuatu set atau prinsip asas bagi tujuan mengukur sesuatu perlakuan moral samada baik atau buruk, benar atau salah

6 APAKAH NILAI? Jawapan-jawapan bagi persoalan demikian akan diperolehi dengan merujuk sistem nilai yang digunakan bagi menentukan ukuran perlakuan itu benar atau salah, baik atau buruk. Boleh jadi pegangan agama/ ideologi/budaya/pemikiran seperti kebendaan

7 APAKAH NILAI? Pada asasnya ada dua pusat nilai yang menjadi landasan pembinaan sistem nilai iaitu pusat nilai berasaskan ketuhanan (God-centred value) pusat nilai yang berasaskan manusia (human-centred value)

8 APAKAH NILAI? Pusat nilai yang berasaskan ketuhanan merujuk kepada sistem nilai yang berlandaskan ajaran agama di mana penentuan buruk dan baik adalah berasaskan prinsip-prinsip yang terkandung dalam kitab suci agama Pusat nilai yang berasaskan manusia adalah merujuk kepada sistem nilai yang terbit daripada pengalaman manusia dan apa yang difikir dan dirasa oleh manusia. Terdapat juga nilai yang terbit daripada pengalaman manusia yang selari dengan kehendak agama seperti adat kebiasaan yang baik.

9 APAKAH NILAI? Sebagai contohnya:-
apakah nilai bagi perbuatan atau tindakan mendirikan rumah bagi perlindungan anak yatim? apakah nilai bagi perbuatan mencuri kerana suka-suka? Apakah nilai membina rumah dilereng-lereng bukit?

10 APAKAH NILAI? Perbincangan falsafah tentang sistem dan teori nilai dipanggil sebagai Axiologi Perbincangan lain termasuklah metafizik, epistemologi dan logik

11 APAKAH ETIKA? Dalam perbincangan falsafah etika diletakkan di bawah perbahasan axiologi Tujuan perbahasan etika adalah bagi memahami nilai yang dikaitkan dengan perlakuan manusia, tabiat moral, menakrifkan benar dan salah, baik dan buruk, yang patut dan tidak patut dilakukan dalam perlakuan manusia. Dalam tradisi Barat, etika ada kalanya dirujuk juga sebagai falsafah moral.

12 APAKAH ETIKA? Etimologi- Bermaksud adat atau cara hidup
Lahirlah ethics – Ingg Etika –Melayu ETIKA Latin - ethice Greek - ethik ethicos.

13 APAKAH ETIKA? Etika kemudiannya berkembang dan merupakan satu disiplin ilmu atau sains yang membicarakan tentang apakah yang baik dan apakah yang buruk, apakah yang benar dan apakah yang salah, dan apakah yang dikehendaki dengan tanggungjawab dan kewajipan moral. (moral obligations, duties and responsibilities)

14 APAKAH ETIKA? Dalam konteks fungsi dan peranannya khususnya dalam membina dan menentukan corak dan hala tuju pembangunan, etika adalah garis panduan yang memandu manusia dalam pemikiran, kelakuan dan perbuatan serta menjadi rujukan dalam menentukan nilai perlakuan benar, salah, baik buruk negatif mahupun positif.

15 APAKAH ETIKA? Bidang etika juga bertanggung jawab membahas secara sistematik, seterusnya menyarankan dan dalam keadaan tertentu mempertahankan konsep-konsep yang dibina tentang perlakuan baik dan buruk manusia Ahli falsafah semasa biasanya membahagikan perbincangan etika kepada tiga cabang asas iaitu Metaetika (metaethics) Etika normatife (normative ethics) Etika Gunaan (applied ethics)

16 APAKAH ETIKA? Metaetika membincangkan tentang dari mana sumber datangnya prinsip-prinsip etika? Adakah prinsip-prinsip tersebut semata-semata tercipta dari pengalaman sosial masyarakat? Apa kaitannya dengan emosi atau perasaan individu?

17 APAKAH ETIKA? Jawapan metaetika kepada persoalan-persoalan ini bertumpu kepada kebenaran universal (universal truths), merujuk kepada ketentuan Pencipta, peranan akal dalam membuat keputusan moral dan persoalan-persoalan yang berkait dengan makna dan kefahaman terhadap intipati konsep etika itu.

18 APAKAH ETIKA? Etika normatif pula merujuk kepada persoalan-persoalan yang berkaitan dengan laku perbuatan yang praktikal yang akhirnya sampai kepada standard moral yang menentukan sesuatu perlakuan itu baik atau buruk. Ianya melibatkan menanamkan tabiat yang baik yang perlu dimiliki oleh seseorang, tentang tanggung jawab dab kewajipan yang perlu ditunaikan, auatu peraturan yang perlu diikuti dan mungkin tentang akibat perbuatan kita kepada pihak lain.

19 APAKAH ETIKA? Etika gunaan (applied ethics) pula merujuk kepada sesuatu keadaan atau perbuatan yang tertentu yang dilakukan pada waktu dan tempat tertentu , adakalanya menimbulkan kontroversi seperti menggugurkan kandungan, homosexualiti, hak asasi, penggunaan senjata pemusnah dan sebagainya.

20 APAKAH ETIKA? Dengan menggunakan konsep-konsep dalam metaetika dan etika normatif, para moralis cuba menjelaskan atau menghuraikan permasalahan yang timbul dalam etika gunaan

21 APAKAH ETIKA? Garis pemisah antara ketiga-tiga cabang etika itu lazimnya tidak jelas. Ini kerana terdapat pertalian erat antara ketiga-tiga cabang itu yang dapat dilihat dengan jelas apabila seseorang membincangkan sesuatu isu khusus seperti homosexuality. a. Pertama dari mana nilai yang menentukan bahawa perlakuan homosexuality itu salah? Ini persoalan metaetika.

22 APAKAH ETIKA? Kedua Kenapakan perlakuan itu menjadi amalan atau kesukaan bagi sesetengah golongan? Ini persoalan etika normatif. Ketiga, apakah asas yang digunakan golongan tersebut bagi mempertahankan “hak” mereka untuk mengamalka perbuatan tersebut? Ini persoalan etika gunaan.

23 APAKAH MORAL? Kebanyakan penulis tidak membezakan secara jelas antara moral dan etika. Ini kerana kedua-duanya mempunyai makna dan implikasi yang sama iaitu mengenai nilai perlakuan betul atau salah, baik atau buruk Bagaimana pun ada baiknya sekiranya dapat dibezakan sedikit antara keduanya sekurang-kurangnya dari segi kelaziman penggunaan.

24 APAKAH MORAL Perkataan moral diambil daripada perkataan Yunani mores yang bermaksud tingkahlaku yg sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat Moral selalunya dirujuk kepada persoalan kewajipan atau pertanggungjawaban seseorang sebagai individu dan anggota masyarakat

25 APAKAH MORAL Segala perlakuan atau perbuatan yang dilakukan secara pilihan akan tertakluk kepada hukum moral iaitu samada buruk atau baik benar atau salah. Ini berasaskan konsep asas moral iaitu manusia sebagai makhluk bermoral (moral being) - manusia bermoral adalah manusia yang seimbang dari segi keperibadian mulia dan mematuhi peraturan moral

26 APAKAH AKHLAK? Akhlak adalah istilah yang di Melayukan daripada bahasa Arab iaitu akhlaq, yang bermakna suatu keadaan atau sifat dalaman (disposition). Ianya merujuk kepada 1.suatu keadaan (disposition) atau malakah iaitu sifat yang ada dalam diri seseorang yang membolehkannya melakukan sesuatu tanpa memerlukan kepada penakulan.

27 APAKAH AKHLAK Malakah adalah sifat yang ada pada diri seseorang yang wujud dan terbina dalam dirinya melalui didikan secara bertubi dan ianya sukar untuk dihilangkan.

28 APAKAH AKHLAK 2.Selain itu akhlak juga sering dirujuk sebagai habit (kebiasaan) iaitu suatu sifat yang ada dalam diri seseorang itu yang menjadikan ia identikal kepada dirinya.

29 APAKAH AKHLAK Terdapat juga sarjana yang menterjemahkan ilm akhlaq itu sebagai ilmu etika Islam bagi membezakannya dengan etika sekular atau ilmu etika yang dikembangkan oleh sarjana Barat.

30 APAKAH AKHLAK Maka dalam konteks ilmu akhlak, sifat yang dikatakan terdapat pada siri seseorang itu boleh wujud melalui keadaan-keadaan berikut:- Sifat semula jadi yang dimilikinya (natural and physical make-up) Habit atau kebiasaan yang biasanya terjadi disebabkan didikan dan latihan yang bertubi yang akhirnya menjadikannya sesuatu yang natural bagi dirinya. Amalan dan sesuatu perlakuan yang dilakukan dengan penuh sedar yang menghasilkan habit (kebiasaan)

31 APAKAH ADAB? Adab - kalimah Arab yang diMelayukan yang merujuk kepada kesenian, kehalusan dan kesantunan Dalam konteks tingkah laku manusia, adab berperanan memimpin manusia supaya berkelakuan dan bertindak secara halus, berseni dan berhikmah berasaskan sistem nilai yang ada dalam masyarakat tersebut

32 APAKAH ADAB? Dalam kehidupan masyarakat Melayu Islam, soal adab adalah sesuatu yang sangat diberikan keutamaan. Adab sering dikaitkan dengan kehidupan dan interaksi seharian seperti ________ ________________________________

33 adab dengan ibu bapa, adab dengan orang tua, adab dengan guru, adab belajar, adab berkawan, adab berbahasa dan sebagainya.

34 APAKAH ADAB? Ada kalanya bagi orang Melayu adab juga dihubungkaitkan dengan adat seperti adat perkahwinan, meminang, adat bertandang Lawan adab adalah biadab. Seseorang yang tidak beradab akan disifatkan sebagai biadab

35 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN
Persamaan-kesemuanya menyangkut soal nilai baik atau buruk, betul atau salah, positif atau negatif, patut atau tidak patut,dituntut atau ditegah Perbezaan- Nilai-memberi ukuran kepada sesuatu Etika-falsafah moral/garis panduan yg memandu pemikiran, kelakuan dan perbuatan Moral- kualiti baik, piawai tingkahlaku Akhlak- nilai-nilai baik dan sifat2 terpuji Adab-kelakuan dan tindaktanduk halus, berseni dan berhikmah

36 KONSEP DAN PRINSIP ASAS ETIKA DAN NILAI
Persoalan konsep asas :- Adat kebiasaan (customs/customary morality) Nilai bersama (common values) Nilai yang dikongsi (shared values) Kepentingan bersama (shared interests)

37 KONSEP DAN PRINSIP ASAS ETIKA DAN NILAI
Nilai universal dan nilai setempat Nilai individu dan nilai kelompok (individual and group) Keseronokan (pleasure) Kesakitan (pain) Hak (right)

38 KONSEP DAN PRINSIP ASAS ETIKA DAN NILAI
Kebaikan tertinggi (highest good) Kebebasan memilih (freedom of choice) Usaha dan ikhtiar (free will) Kewajipan (duties) Tanggung jawab (responsibilities) Ganjaran (rewards) Hukuman (punishment) Kebahagiaan (happiness)

39 KESIMPULAN Walau apapun takrifan dan pengertian yang diberikan terhadap kelima-lima katakunci ini, dapatlah diringkaskan bahawa semuanya menyangkut soal perlakuan, sikap, pemikiran, tindakan, amalan manusia yang baik mahupun sebaliknya yang turut memberi kesan kepada masyarakat.


Download ppt "FEM 3301 Etika dan Nilai dalam Pembangunan"

Similar presentations


Ads by Google