Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

PENGETAHUAN KENDIRI Ma’Rof Redzuan, PhD Associate Professor,

Similar presentations


Presentation on theme: "PENGETAHUAN KENDIRI Ma’Rof Redzuan, PhD Associate Professor,"— Presentation transcript:

1 PENGETAHUAN KENDIRI Ma’Rof Redzuan, PhD Associate Professor,
Department of Social and Development Science Faculty of Human Ecology, UPM

2 PENGENALAN Tahukan anda siapa diri anda?
Pernahkan anda menyemak siapa diri anda? SWOT ANALYSIS Pengetahuan tentang siapa kita adalah mempengaruhi tingkah laku dan proses mental kita. Sebelum anda berbuat sesuatu, mengambil keputusan untuk diri anda sendiri, adakah anda pernah menyemak dan mengetahui, SIAPAKAH ANDA SEBENARNYA?

3 SIAPA SAYA? WHO AM I?

4

5

6

7

8

9 APA ITU KENDIRI? Kendiri (self) – perasaan identiti peribadi seseorang yang dilihat oleh dirinya sendiri. Kepercayan, perasaan dan pengetahuan tentang siapa diri kita dari kaca mata kita sendiri - konsep kendiri William James dengan konsep: “me” “the known” sebagai konsep kendiri (yang diketahui) –siapa saya. “I” “the knower” (yang mengetahui) – saya mengetahui siapa saya - kesedaran kendiri

10

11

12 Unsur Kendiri Ciri-ciri fizikal Kualiti-kualiti demografi
Peranan dan keahlian kelompok Tret dan kepercayaan utama Minat dan aktiviti.

13 SUMBER PENGETAHUAN KENDIRI
Bagaimana anda menegtahui/mempersepsi diri anda? Dari mana (sumber) anda mengetahui tentang diri anda? Kesemua yang anda fikirkan siapa anda itu adalah “konsep kendiri”. Konsep kendiri – keseluruhan pemikiran dan perasaan yang menjadikan diri sebagai objek rujukan. Bagaimana kita menerangkan diri kita: Dalam masyarakat timur, kendiri begitu rapat dengan kelompok (hubungan kelompok erat), kendiri dipengaruhi oleh kelompok. Dalam masyarakat barat, kendiri agak terasing daripada kelompok (hubungan kelompok renggang)

14 JOHARI WINDOW

15

16

17 1. Pengiktirafan kendiri
Pernahkah anda melihat cermin muka, dan mengakui siapa diri anda? Dengan mengiktiraf siapa kita sebagaimana yang kita tahu siapa kita Mengakui siapa kita (ikhlas), maka kita tahu siapa kita. Kalau diri kita bodoh, akuilah kebodohan kita itu!!!!! Barulah kita tahu kita bodoh. Pernahkah anda dengar cerita “ anjing dengan bayang-bayang”?

18

19

20 2. Jenis Kendiri Ketahui kendiri dengan cara menganalisis diri sendiri dalam semua aspek. William James menyenaraikan aspek-aspek kendiri termasuk Kendiri material Kendiri sosial Kendiri rohaniah Kita merasa kehilangan apabila aspek-aspek ini hilang daripada kita

21

22

23

24 3. Cermin Sosial Charles Horton Cooley – kita mengetahui kendiri kita melalui orang lain. Orang lain sebagai cermin (cermin sosial). Orang lain “memberitahu” siapa kita melalui tindakan mereka (kata atau perbuatan). Orang lain memancarkan balik kepada kita tentang siapa kita sebenarnya. Perkembangan kendiri bergantung: Membayangkan wajah diri kita sendiri Membayangkan penilaian orang lain terhadap wajah kita Merasai dan mengalami perasaan kendiri (bangga atau hina diri)

25

26 4. Perbandingan Sosial Kita mengetahui siapa kita dengan membandingkan kendiri kita dengan orang lain. Realiti fizikal boleh diukur gunakan ukuran fizikal (pembaris, timbang etc); Realiti sosial dan psikologikal sukar diukur; hanya boleh dibanding dengan orang lain. Teori perbandingan sosial – penilaian terhadap realiti sosial bergantung kepada persetujuan orang lain; proses yang dinamakan sebagai pengesahan sepersetujuan. Soalan psikologi sukar bagi anda, tetapi bagi orang lain senang (tidak setuju) (so, anda sebenarnya bodoh). Sukar-senang bergantung kepada persetujuan orang lain.

27 Penilaian banding – konsep kendiri itu diperolehi dengan membandingkan dengan kendiri orang lain.
Penilaian terpantul – kendiri kita itu bergantung kepada apa yang kita fikirkan tentang apa yang orang lain fikirkan (impresi) tentang kita. Yang penting ialah bukan apa yang orang lain fikirkan tentang kita, tetapi apa yang kita fikirkan tentang apa yang orang lain mungkin fikirkan tentang kita.

28 5. Penlabelan Masyarakat biasanya memberikan label-label kepada manusia tertentu - pondan, boshia, rencat akal, gila, pemalas, bekas banduan etc. Ada kaitan dengan penilaian terpantul. Label yang diberikan pada seseorang menyebabkan seseorang itu mengetahui siapa dirinya Label yang diberikan kadang kala diterima oleh seseorang itu, dan seterusnya bertingkah laku sebagaimana label itu.

29 6. Persepsi Kendiri Mengetahui kendiri dengan melakukan pemerhatian tehadap diri sendiri. Daryl Bem – Teori Persepsi Kendiri – memahami siapa diri kita dengan cara kita memerhatikan diri kita (tingkah laku, perasaan etc.). Setelah membuat pemerhatian/analisis sebab-akibat tingkah laku, maka akhirnya kita boleh membuat kesimpulan tentang siapa kita ini.

30 SKEMA KENDIRI Skema kendiri adalah ingatan, susunan idea, konsep, dan kepercayaan abstrak (pengalaman) yang kita punyai tentang siapa diri kita. Fungsi skema kendiri SK sebagai pemproses maklumat. SK sebagai satu generalisasi SK sebagai tret SK sebagai penapis maklumat SK sebagai pembantu ingatan

31 BIAS KEPENTINGAN KENDIRI
Kita biasanya mengambarkan potret kendiri yang elok kepada orang lain dan menutup yang buruk. Kita adalah bias. Egosentriksiti – Pekara yang positif tentang diri diingat dengan lebih baik berbanding dengan yang negatif Percaya bahawa orang lain akan bertindak sebagaimana kita bertindak (kesan sepersetujuan palsu) Merasakan diri sendiri adalah lebih baik dari kebanyakan orang lain.

32

33 Beneffectance Cuba mengekalkan/melindungi konsep kendiri yang positif – mahukan nama baik daripada kejayaan dan menafikan bertanggungjawab di atas kegagalan yang dialami. Contoh: kalau memperolehi markah baik, maka ujian tersebut betul / sukar; kalau dapat markah rendah, maka ujian tersebut tak betul, menyalahkan orang lain. Ada kaitan dengan mekanisme bela diri (mempertahankan ego).

34 Konservatisme Kognitif
Manusia cuba mengekalkan konsep kendiri positif yang telah dibentuk, walaupun ianya dinafikan oleh orang lain. Contohnya: walaupun orang kata kita seorang yang bodoh, namun kita masih cuba mengekalkan konsep kendiri kita sebagai seorang yang pandai.

35 PK dan TINGKAH LAKU Persepsi kita tentang siapa kita boleh mempengaruhi bagaimana kita bertingkah laku. Kalau merasa muka hodoh (walaupun sebenarnya cantik), kita tidak akan memasuki pertandingan ratu cantik. KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN/PERSEPSIKAN: Carl Rogers Tingkah laku dan proses mental dipengaruhi oleh bagaimana kita melihat/mempersepsi siapa diri kita.

36 Sanggupkah anda melakukan wall-climbing sekiranya
Anda percaya bahawa anda tidak mampu melakukannya?

37 Kesedaran kendiri Teori kesedaran kendiri- manusia memfokus kepada kendirinya. Kesedaran kendiri objektif – memfokus kepada sesuatu aspek kendirinya. Manusia yang sedar kendiri akan melakukan proses penilaian kendiri – adakah tingkah lakunya sama dengan standard dalaman dirinya. Sekiranya berbeza maka akan alami beberapa perasaan, dan ini akan membawa kepada tingkah laku ke arah yang positif.

38 Harga kendiri (self-esteem)
Perbandingan antara kendiri sebenar dengan kendiri ideal menentukan harga kendiri. Konsep kendiri sebenar dan konsep kendiri ideal. Pengaruh harga kendiri – kecekapan kendiri; kepuasan dengan aktiviti, hubungan dengan orang lain (dihargai), ciri-ciri peribadi. Caranya: Perbandingan sosial ke atas – dengan kendiri orang lain yang lebih baik. Perbandingan sosial ke bawah – dengan kendiri orang lain yang lebih rendah.

39

40

41 Pemeriksaan Kendiri dan Peningkatan Kendiri
Teori pemeriksaan kendiri – manusia akan cuba memeriksa kendirinya apabila kendirinya disanggah oleh orang lain. Sama ada cuba mempertahankannya; atau menukar kendirinya sebagaimana yang dicandangkan oleh orang lain itu (lihat teori konservatisme kognitif). Manusia juga cuba mempertingkatkan kendirinya.

42

43 Kecekapan Kendiri Merujuk kepada perasaan bahawa dirinya adalah cekap/berkesan dalam mengatasi masalah. Persepsi tentang kemahiran dan penguasannya. Orientasi pengusaan dalaman Orientasi penguasaan luaran Ketidakupayaan dipelajari

44

45 PUTARAN GANAS KENDIRI NEGATIF
Persepsi negatif terhadap diri --- membawa kepada tindakan negatif --- menghasilkan hasil yang negatif --- akhirnya mempunyai persepsi yang negatif terhadap diri. Ini berkaitan dengan nujuman penyempurnaan kendiri (self-fulfilling prophecy) Think positive – KITA BOLEH.

46

47

48

49

50

51 KESIMPULAN Siapa kita daripada kaca mata kita sendiri adalah penting.
Kita seharusnya memahami siapa kita. Kita seharusnya mencari jalan untuk memberikan pertimbangan tentang persepsi orang lain terhadap kita. Kita seharusnya jujur tentang siapa kita, dan cuba memperbaiki kendiri kita yang negatif/lemah kepada yang lebih positif/baik. Apa yang kita fikirkan tentang diri kita adalah penting dalam mempengaruhi proses mental dan tingkah laku kita. “KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN”

52 “APA YANG SAYA FIKIRKAN TENTANG DIRI SAYA
AKAN MENENTUKAN SIAPA SAYA?”


Download ppt "PENGETAHUAN KENDIRI Ma’Rof Redzuan, PhD Associate Professor,"

Similar presentations


Ads by Google