Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Disampaikan oleh Syed Ismail Syed Mohamad

Similar presentations


Presentation on theme: "Disampaikan oleh Syed Ismail Syed Mohamad"— Presentation transcript:

1 Disampaikan oleh Syed Ismail Syed Mohamad
KAJIAN TINDAKAN Disampaikan oleh Syed Ismail Syed Mohamad

2

3 Kajian Tindakan salah satu daripada strategi dalam PIPP 2006-2010
Teras Ke-empat dalam PIPP ialah Memartabatkan Profesion Perguruan melalui strategi pelaksanaan Peluasan dan Peningkatan R&D dan Penambahan Perjawatan dan Peluang Naik Pangkat Guru. Selain daripada dinyatakan dalam Fokus Memantapkan Latihan Perguruan, ianya juga disebut dalam Memantapkan Kerjaya Guru. Kajian Tindakan boleh meningkatkan pembudayaan penyelidikan di kalangan guru dan memberi peluang ke arah peningkatan profesional.

4 Apa tu kajian tindakan ?kajian tempatan ke?
Aa..encik JU....saya ni datang ganti orang lain, perlu ke saya buat kajian ni…?Bila ? Bagaimana nak buat? Saya tak minat Ini kerja Lebih, satu beban Saya tidak ada masa utk menjalankan k. Tindakan Apa tu kajian tindakan ?kajian tempatan ke?

5 Apa kaedah yg paling baik utk masalah I ??
Saya perlu mengubah amalan saya dlm blk darjah I perlu sentiasa buat refleksi…..i mesti keluar dpd kongkongan amalan rutin Oh..Kajian Tindakan ini benda yang saya dah buat setiap hari..Cuma perlu didokumenkan sahaja…tentu ada manfaat kepada orang lain…saya pun boleh mohon guru pakar!!

6 K.T.juga meningkatkan keyakinan diri & dapat membaiki prestasi dan kepuasan kerja
Baru saya tahu rupanya ada kaedah lain yg lebih berkesan untuk mengajar tajuk ini…terima kasih kajian tindakan…

7 Perbandingan Kajian tindakan Dengan Kajian Saintifik

8 TUJUAN KAJIAN Kajian Tindakan
Memperbaiki amalan guru & menambah keberkesanan amalan Kajian Saintifik Menghasilkan satu teori baru, memperjelaskan fenomena

9 SUBJEK KAJIAN Kajian Tindakan Kajian Saintifik Pelajar dan guru
yang terlibat dengan kajian menjadi sampel Penyelidik adalah sebahagian dari sempel Kajian Saintifik Sampel dipilih melalui teknik persampelan yang Canggih Penyelidik bukan sampel

10 ANALISIS DATA Kajian Tindakan Analisis secara deskriptif atau
naratif sahaja Kajian Saintifik Menggunakan statistik yang canngih bagi membolehkan generalisasi

11 LAPORAN KAJIAN Kajian Tindakan Menggunakan bahasa seharian yang
difahami semua. Kajian Saintifik Menggunakan bahasa teknikal yang sukar difahami.

12 PENGENALAN KONSEP DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN

13 KAJIAN TINDAKAN Kajian tindakan (KT) merupakan satu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh pengamal / guru/ pendidik dalam situasi sosial mereka sendiri melalui tindakan (intervensi) mereka yang bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing, di samping meningkatkan pemahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan. KT melibatkan proses mereflek, merancang, melaksana, dan memerhati.

14 CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN
Satu pendekatan untuk memperbaiki mutu pendidikan melalui perubahan P&P Dilakukan oleh guru atau pendidik dalam konteks tugas seharian Fokus utama ialah ke atas amalan diri guru Dilakukan dalam situasi sebenar bilik darjah

15 Tujuan Kajian Tindakan
Membentuk soalan kajian berdasarkan sifat ingin tahu terhadap amalan/ tindakan Mengutip data secara sistematik daripada guru, pentadbir atau pelajar mereka Menganalisis dan menginterpretasi data dengan bantuan rakan sepenyelidik Berkongsi dapatan dengan pelajar, rakan, pendidik, pengamal lain Bertanggungjawab terhadap pembangunan profesional mereka sendiri Meningkatkan/Penambahbaikan amalan

16 Sambungan…….. Membantu guru menghadapi cabaran.
Menyelesaikan masalah profesional tanpa merujuk arahan luar. Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan rutin. Memberi kuasa(empowerment) untuk membuat keputusan terhadap amalan kita. Menjadi agen perubahan.

17 Bilakah KT boleh dimulakan?
Apabila kita mula ambil berat tentang amalan kita Apabila kita rasakan sesuatu perlu dibuat untuk merubah amalan kita Apabila kita didedahkan dengan satu program baru dan kita ingin mencubanya Apabila kita dan rakan merasakan perlu diadakan perubahan… Apabila kita rasa kecewa kerana amalan kita selama ini tidak membuahkan hasil yang diharapkan

18 PROSES KAJIAN TINDAKAN

19

20 MODEL PROFESIONALISME GURU

21 Berapa lamakah sesuatu Kajian dijalankan ?
Beberapa minggu atau beberapa bulan Bergantung kepada target/matlamat kita

22 MERANCANG DAN MENULIS PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

23

24 MERANCANG PENULISAN PROPOSAL
Apakah kandungan proposal? Apakah Fungsi Proposal ? Apakah yang dirancang? Bagaimanakah Format Proposal Ditulis? Bagaimanakah menentukan tajuk KT? Bagaimanakah Menulis Objektif Kajian? Apakah kriteria pemilihan Isu/Fokus kajian? Contoh Jadual Pelaksanaan Contoh kos kajian Syarat-syarat Kelulusan Proposal

25 Apakah Kandungan Proposal?
Mengandungi penjelasan ringkas tentang beberapa perkara yang ingin dimaklumkan oleh penyelidik spt - tajuk - fokus kajian/isu/masalah yang dikaji - objektif kajian - langkah-langkah melaksanakan kajian - tempoh pelaksanaan - kos kajian

26 Bagaimanakah Format Proposal Ditulis?
Nama sekolah (berserta alamat penuh) Nama penyelidik Tajuk kajian Refleksi Amalan Lalu Isu keprihatinan/Fokus Kajian Objektif Kajian Kumpulan sasaran Tindakan/Aktiviti yang dicadangkan Bahan yang diperlukan Jadual Pelaksanaan Kajian Jumlah Peruntukan yang dipohon

27 Bagaimanakah Menentukan Tajuk Kajian?
Isu penting kepada kita, program yang kita anjurkan dan kepada pelajar kita. Mungkin masalah yg perlu penyelesaian atau perkara baru yg ingin dicuba Melibatkan permasalahan/isu yang boleh diselesaikan Ditentukan dengan mengenal pasti kemahiran yang ingin dikaji. Tajuk hendaklah positif, ringkas, mengandungi hala tuju kajian, tindakan dan sasaran kajian.

28 Contoh Tajuk Meningkatkan Kemahiran Mendapat Maklumat Dalam Sesi Kaunseling Kelompok Pelajar Tkn 2 Arif Program Kenali Diri: Meningkatkan Kesedaran Kendiri Pelajar Tkn 1 Ibnu Sina MURDER: Meningkatkan Kemahiran Membaca di Kalangan Pelajar Tkn 4 Cemerlang

29 Contoh Tajuk Contoh: 1) Meningkatkan kemahiran membaca secara kognitif dan mekanis menggunakan teknik ramalan dikalangan murid darjah 2A - Fokus kajian : meningkatkan kemahiran membaca - Orientasi tindakan : secara kognitif dan mekanis menggunakan teknik ramalan.

30 Contoh Tajuk 2. Memperkaya kosa kata pelajar tingkatan 4 Bestari dengan menggunakan Program Sehari Selembar Benang dan Program Fokus kajian: Memperkayakan kosa kata Orientasi tindakan: Program Sehari Selembar Benang dan Program 2004 3. Teknik ‘Comil’ : Satu kaedah untuk menguasai subtopik sifat kimia sebatian karbon. Fokus kajian: Untuk menguasai subtopik … Orientasi tindakan: Teknik ‘Comil’

31 Elakkan tajuk yg tidak difahami dan tidak nampak tindakan yg hendak diambil
Contoh: Projek Vc 2003 Segunung harapan Siri Kereaktifan Logam Kelas Rancangan Khas Sejarah Pecutan SPM Bahasa Inggeris

32 REFLEKSI

33 Apakah refleksi anda tentang gambar ini ????

34 Apalah refleksi anda tentang kejadian dalam kelas bagini ??

35 Apakah kaedah yg paling sesuai utk mengajar tajuk ini
Bagaimana saya boleh memperbaiki amalan saya?? Kenapa susah pelajar nak faham bab ni..??

36 Refleksi Pengajaran & Pembelajaran lalu
Isu dikenalpsti dgn melihat kpd 4 perkara utama dlm P & P : Guru, murid, isi kandungan pel, persekitaran. Refleks pengalaman P&P lepas. Kaitkan dgn 4 perkara atas Rujuk bahan yg berkaitan spt buku latihan, ujian,sukatan pel & bahan yg berkaitan utk membantu mengingat balik apa yg telah dilaku Terjemahkan refleksi secara bertulis.

37 TUJUAN REFLEKSI Menafsir kemahiran mengajar sendiri dan mempertingkatkannya. Menilai sesuatu strategi pengajaran dan bahan-bahan pengajaran yang digunakannya. Menganalis nilai-nilai pendidikan yang menjadi asas amalan pengajaran. Terus menerus mengkaji dan menjelaskan pegangan dan nilai peribadi berkaitan dengan pendidikan. Mencuba membina satu penjelasan tentang murid, interaksi bilik darjah serta proses-proses P &P. (David Frost 1993)

38 Contoh soalan untuk refleksi bersama
1. Apakah masalah dalam kelas/saya? mengapa? 2. Bagaimana masalah itu boleh ditangani dan diselesaikan? 3. Apakah strategi yang perlu digunakan dan bagaimana? 4. Bagaimana saya menilai keberkesanan strategi saya?

39 Contoh Refleksi Saya sedih kerana prestasi pelajar saya semakin merosot.Adakah kaedah pengajaran saya sesuai untuk pelajar saya ? Saya tidak tahan lagi dgn pelajar saya yg sering ponteng kelas. Bagaimana boleh saya mengatasi masalah ini ? Saya jemu mengajar teknik yg sama saja sepanjang tahun. Apakah kaedah yg lebih berkesan untuk meningkatkan prestasi murid saaya ? Students in 2K are not keen to learnt the topic` integer’They copied their work from their friends, failed the test, what can I do to help them

40 FOKUS KAJIAN

41 Apakah kriteria pemilihan Isu/fokus kajian?
1.Skop Kajian yang Jelas Fokus kepada satu isu kecil/ satu tajuk kecil Apakah yang guru lakukan? Apakah yang murid lakukan? Kenapa ia berlaku? Jika masalah ini tidak diatasi, apakah perkara-perkara yang dijangka akan berlaku

42 Kritiria Isu/Fokus Kajian
2. Kerelevanan Sejauh manakah pentingnya persoalan/ masalah ini diperbaiki? Apakah yang boleh saya lakukan terhadap situasi ini? Adakah saya berminat untuk memperbaiki permasalahan/situasi ini?

43 sambungan….. Adakah situasi/masalah yg ingin dikaji itu di bawah kawalan kita? Bolehkah kita melakukan sesuatu terhadap situasi ini bagi memperbaikinya? Adakah saya akan terlalu bergantung kepada orang lain bila hendak melakukan sesuatu perubahan terhadap masalah/situasi ini?

44 Kritiria Isu/ Fokus Kajian
3. Kebolehurusan Adakah saya mempunyai sokongan/tenaga/ masa untuk menangani persoalan/masalah ini? Apakah persiapan yang perlu dilakukan?

45 Kritiria Isu/ Fokus Kajian
4. Keserasian Adakah tindakan ini melibatkan kerja-kerja yang sememangnya selalu saya lakukan? Adakah mungkin aktiviti /penyiasatan/ kajian/ tindakan ini digabungkan terus dengan bidang tugas saya?

46 Contoh Fokus Kajian Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar saya, saya hanya akan fokuskan kajian ini kepada kemahiran membuat nota. Pelajar Tingkatan 4 Cemerlang tidak tahu cara membuat nota yang baik. Mereka mencatat semua maklumat yang disampaikan oleh guru. Mereka juga tidak membezakan maklumat penting dengan maklumat yang kurang penting apabila membuat nota. Dengan memberikan kemahiran membuat nota menerusi program yang dirancang , saya mengharapkan pelajar boleh membuat nota dengan lebih baik, mudah difahami, dan teratur. Hal ini seterusnya diharapkan akan dapat membantu mereka menghadapi peperiksaan serta lulus dengan baik dalam semua subjek yang diambil dalam peperiksaan SPM. Keadaan ini juga pasti akan meningkatkan % kelulusan di sekolah saya.

47 Bagaimanakah Menulis Objektif Kajian?
OBJEKTIF AM/UMUM Menyatakan secara keseluruhan apakah tujuan kajian. Cth: Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan % cemerlang……. OBJEKTIF KHUSUS/SPESIFIK Pastikan objektif boleh diukur/dikesan bukti Berlandaskan tujuan atau objektif tertentu Setiap aktiviti mempunyai tujuan tersendiri/tertentu

48 Kumpulan Sasaran Bilangan dan kumpulan pelajar yang hendak dikaji
(Boleh dihuraikan dengan ringkas deskripsi tentang kumpulan pelajar sasaran)

49 PERANCANGAN TINDAKAN

50 Tindakan Yang Dirancang (aktiviti-aktiviti yg akan dijlnkan)
Tinjauan awal masalah- mengumpul data (pilihan: soal selidik, pemerhatian, temu bual, ujian, dokumen dll) Aktiviti yg dirancang- terang cara pelaksanaan. Contoh : * Program PQR3 – bagaimana laksana? * Program MURDER – bagaimana?

51 Perancangan Tindakan

52 Apakah yang dirancangan

53 Jadual Pelaksanaan kajian
Boleh dibuat dlm bentuk jadual/carta gantt. Masukkan aktiviti yg dirancang. Masukkan tarikh tentatif kajian. Tarikh mungkin berubah ikut keperluan.

54 9. Jadual Pelaksanaan Kajian

55 Jumlah peruntukan yang dipohon
Jelaskan dgn terperinci segala bahan yg akan digunakan. Jenis bahan , kuantiti bahan, harga seyunit bahan, harga keseluruhan. Guru boleh mengabaikan item ini sekira guru tidak perlu peruntukan kewangan. Tidak blh masuk perbelanjaan perjalanan, jamuan, cenderahati….. Simpan semua resit pembelian utk tujuan tuntutan peruntukan yg telah diluluskan.

56 KOS KAJIAN BIL JENIS BAHAN JUMLAH KOS 1 Kertas A4 5 rim X RM6 RM 30.00
2 Marker Pen 4 set X 6.00 RM 3 Disket 2kotak X RM10.00 RM 4 Manila kad 50 X RM0.50 RM 5 Fotostat Bahan/laporan 6 Buku catatan guru 2 X RM6.00 RM Jumlah RM

57 SYARAT-SYARAT KELULUSAN PROPOSAL
(Kelulusan proposal dibuat oleh BPPDP/JPNP) Kelulusan proposal bergantung kepada - Bilangan pelajar yg terlibat - Objektif kajian - Bilangan aktiviti yang akan dilaksanakan - bahan yang akan digunakan - Kos yang terperinci Proposal ditulis dgn font 12 , 1.5 spacing dan tidak perlu dijilid dgn hard cover / tidak perlu dibuat “comb- binding”, ` staple’ saja

58 LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

59 Apakah laporan KT Satu pendokumantasian kajian yang ditulis secara sistematik, jelas dan mesra pembaca. Perlu ditulis sejak kita memulakan kajian sehinggalah selesai melaksanakan kajian. Proses yang consistance & continuous Proposal data/maklumat laporan

60 Mengapa perlu menulis laporan
supaya guru penyelidik dapat mengemukakan idea dan pengetahuan yg diperolehi dari kajian untuk disebar luaskan kepada guru-guru lain maklum balas dan komen drpd dapatan kajian membolehkan guru penyelidik membuat refleksi kendiri untuk meningkatkan kualiti P&P. Ucapan salam kepada peserta kursus. Perkenalkan tajuk refleksi/renungan yang serius: Bukan merupakan sesuatu yang baru/asing bagi kita, cuma, sejauhmana telah kita gunakan refleksi dalam kehidupan kita/tugas kita. Mengapa pentingnya refleksi dalam KT? Memberi ruang kepada seseorang untuk mengadakan ruang-lingkup ke atas kepercayaan beliau terhadap sesuatu perkara daripada dibina secara konstruk (self-control and command over her own thinking and beliefs instead of being socially constructed. Tujuan adalah untuk penambahbaikan.

61 Format Laporan Kajian Tindakan
Tajuk kajian Penghargaan Abstrak Halaman Kandungan Refleksi Amalan/sikap/gelagat yg Lalu Isu Keprihatinan/ Fokus Kajian Objektif Kajian Kumpulan Sasaran Perlaksanaan Tindakan Dapatan Kajian Refleksi Kajian Cadangan Tindakan seterusnya Rujukan Lampiran

62 Abstrak * kumpulan Sasaran * Fokus Kajian * tinjauan masalah yg dikaji
- ialah rumusan umum kepada pembaca tentang laporan kajian terlebih dahulu: - Kandungan abstrak * objektif kajian * kumpulan Sasaran * Fokus Kajian * tinjauan masalah yg dikaji * Perlaksanaan kajian * Dapatan Kajian - Satu perenggan & satu muka surat sahaja. - guna Font 9/10 dan tulisan Arial/ Tohoma

63 Contoh abstrak Tujuan kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran dalam kemahiran menulis persamaan kimia seimbang. Pelajar-pelajar yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 47 orang pelajar tingkatan 4B dan 4C di SMK Mulong, Kota Bharu. Tinjauan awal untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran kemahiran tersebut telah dijalankan dengan menganalisis latihan yang dibuat oleh pelajar serta jawapan peperiksaan pertengahan tahun berhubung dengan kemahiran itu. Soal selidik pelajar juga digunakan bagi meninjau pandangan pelajar terhadap pengajaran guru. Berdasarkan analisis tersebut, pelajar didapati belum menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan penulisan persamaan kimia seimbang, manakala cara penyampaian guru bagi kemahiran tersebut pula didapati mempengaruhi minat pelajar terhadap pembelajaran di bilik darjah. Bagi menangani masalah tersebut, kaedah konstruktivisme telah digunakan sebagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan penekanan diberi kepada aktviti berpasukan bagi merangsang Responden kajian Alat kajian Dapatan kajian Tindakan kajian

64 Pelaksanaan Kajian Tinjauan Masalah:huraikan secara terperinci cara-cara kumpul data/maklumat Analisis Tinjauan masalah: buat jadual utk analisis data utk mengetahui punca masalah. Tindakan yg dijlnkan : tulis semua aktiviti, bahan & cara dgn terperinci. Pelaksanaan tindakan :Huraikan cara pelaksanaan setiap aktiviti ,pemerhatian, kesan, respons, refleksi

65 Refleksi keseluruhan Kajian
halangan-halangan semasa menjalankan KT misalnya: masa, bahan/peralatan, pelajar bermasalah dll. perlu tulis refleksi sepanjang KT dgn berfokuskan objektif kajian (guru/murid/ P&P/isi pelajaran/persekitaran) refleksi diri sendiri yg lebih penting, tidak kepada refleksi pelajar sahaja.

66 Cadangan kajian seterusnya
Tulis dlm bentuk perenggan Cadangkan isu seterusnya yg akan dikaji Gelung kedua jika hasil kajian tidak memuaskan

67 Cara Menulis Laporan KT
Saiz font: 11 Jenis font : Arial Langkau baris: 1.5 spacing Perenggan: Justify Saiz kertas: A4 Kulit : hardcover warna biru laut Jenis binding: tape binding (biasa)

68 Cara menulis Laporan KT
Tajuk dan sub tajuk: dibold Perkataan/istilah B.Inggeris: diitalic Tajuk jadual/Graf : di atas jadual/bold Abstrak: satu perenggan; Kiri:2in - kanan:2in Tajuk: Align left Lampiran: Align right

69 Peringatan Nama pelajar sama ada dalam: Refleksi atau lampiran
Elakkan nama pelajar ditulis dlm laporan KT sama ada dalam: Refleksi atau lampiran – etika penulisan penyelidikan Guna bukan nama sebenar misalnya: Noraniza guna Ani / Iza – refleksi Pelajar A / pelajar lampiran/jadual Nama pelajar sebenar hanya utk kegunaan guru sahaja bukan untuk laporan yang dihantar.

70 Peringatan Nama pelajar Gantinama diri
- semasa analisis: perlu dirahsiakan supaya guru lain tidak tahu – elak `bias’. - Semasa refleksi: guna bukan nama sebenar misalnya: Noraniza guna Ani / Iza. Gantinama diri Gunakan gantinama diri pertama iaitu saya atau kami Akronim - Sebutan pertama – dieja penuh. sebutan berikutnya – boleh menggunakan akronim Contoh: Pengajaran dan pembelajaran – sebutan pertama P&P – sebutan kedua dan seterusnya.

71 Format menulis Laporan KT
Urutan nombor Urutan nombor hendaklah konsisten, contoh: Aaaaaaaaaaaaaaaaaa Bbbbbbbbbbbbbbb Cccccccccccccccccccc Ddddddddd Eeeeeeeeee Fffffffffffffff 2.0 2.1…………. 2.2 ………. 2.3 ……………

72 Perbandingan Isi kandungan Proposal & Laporan Kajian Tindakan

73

74 PENGUMPULAN DATA

75 Pengumpulan Maklumat/ data…….
Soal selidik Temu bual Pemerhatian Ujian/latihan/dokumen

76 Panduan Membina Soal Selidik (Questionnaire)
Relevan dengan tujuan penyelidikan Jelas dan tidak mengelirukan Soalan mudah dijawab Soalan yang dikemukakan dapat mengumpul maklumat dengan setepat mungkin Jawapan yang boleh diproses : soalan kualitatif seperti sikap harus diberi skala kuantitatif

77 JENIS SOAL SELIDIK SOALAN TERTUTUP
Responden membuat pilihan terhadap jawapan yang paling sesuai yang diberikan Jenis-(Likert,Dichotomous,Rank order,Demografi) Contoh :skala likert : 1 – sgt tidak setuju 2 – tidak setuju 3 - kurang setuju 4 - setuju 5 - sgt setuju

78 SOALAN TERBUKA Memberi kebebasan responden mengemukan pendapat dan memberi huraian lanjut kepada isu yang dikaji Contoh : Apakah masalah yang anda hadapi dalam tajuk membuat inferen ?

79 Pemerhatian boleh dilaku dengan:
Guru memerhati pelajar semasa P&P Orang lain memerhati guru Pelajar memerhati guru Rakaman video

80 TEMU BUAL Melibatkan interaksi sosial untuk mendapatkan data / maklumat dari responden Perlu beritahu responden : Tujuan temu bual Latar belakang kajian Bagaimana pemilihan dibuat

81 JENIS TEMUBUAL Berstruktur : Formal dan Soalan-soalan ditentukan.
Contoh : Adakah anda mendenda pelajar yang buat kesilapan ejaan ? Jika ada, apakah denda yang anda gunakan ?Siapakah pelajar yang selalu didenda Separa Berstruktur : Cuma soalan utama disediakan. Soalan susulan berdasarkan jawapan informal. Tidak Berstruktur : Informal, perbincangan terbuka Contoh : Adakah apa-apa yang hendak diberitahu kepada kami ? Mengapa anda rasa begitu ? Apakah pandangan atau pendapat anda ?

82 Analisis dokumen( Jurnal,Buku Log,Ujian, Diary)
Memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji

83 CONTOH DOKUMEN YANG BOLEH DIGUNAKAN
Sukatan pelajaran Minit mesyuarat panitia Kertas peperiksaan dan Ujian yg digunakan Tugasan & latihan murid Bahagian yg berkaitan dalam buku teks

84

85 Penerangan Huraian/(ayat)
Jadual /Graf/Carta Data Pemerhatian Penerangan Huraian/(ayat) Data pemerhatian disusun dalam bentuk jadual supaya lebih difahami. Pengkaji mentaksir data-data dan menghuraikan (deskriptif) dengan jelas. Pastikan tidak ada data penting yg tertinggal. Rujuk semula objektif kajian.

86 Perbezaan Proposal Laporan Kertas Seminar

87 x √ X Item Proposal Laporan Kertas Seminar ABSTRAK KANDUNGAN
PENGHARGAAN X KANDUNGAN LATAR BELAKANG REFLEKSI P&P FOKUS KAJIAN OBJEKTIF KUMPULAN SASARAN REFLEKSI TINDAKAN REFLEKSI KESELURUHAN CADANGAN KAJIAN

88 Selamat Menjalankan Kajian Tindakan di Sekolah
It is difficult to retain the knowledge one has acquired, without putting it into practice. Pliny the Younger


Download ppt "Disampaikan oleh Syed Ismail Syed Mohamad"

Similar presentations


Ads by Google