Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

FEM3106 T5 – SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA

Similar presentations


Presentation on theme: "FEM3106 T5 – SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA"— Presentation transcript:

1 FEM3106 T5 – SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA
DR. SA’ODAH BINTI AHMAD JPMPK, FEM.

2 LATARBELAKANG Sebelum 1946, terdapat 3 Mahkamah Agung: Negeri-NegEri Selat, Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negri Melayu Tidak Bersekutu. 1 April 1946 (melayan Union) – satu sistem kehakiman yang seragam ditubuhkan. 1957 – Jabatan Kehakiman ditubuhkan. 1995 – Jabatan Kehakiman dimansuhkan dan diganti dengan Bahagian Hal Ehwal Perundang-Undangan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Urusan pentadbiran – Ketua Pendaftar. S SA’ODAH AHMAD/FEM3106/JPMPK/FEM

3 FUNGSI Pelindung hak asasi manusia daripada sebarang pencabulan oleh orang perseorangan atau pihak kerajaan. Mempunyai kuasa untuk membicarakan, menyelesaikan pertikaian dan menjatuhkan hukuman terhadap pesalah – jenayah dan sivil. Mengeluarkan waran tangkap. Mendengar rayuan drpd mahkamah bawahan. Badan pengimbang kuasa antara eksekutif dengan perundangan. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/JPMPK/FEM

4 BIDANG KUASA Mentafsir perlembagaan dan undang-undang.
Mengisytiharkan sesuatu undang-undang persekutuan dan undang-undang negeri tidak sah dan batal. Mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah dan batal di sisi undang-undang. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/JPMPK/FEM

5 KEBEBASAN Kedudukannya tidak memihak dan bebas daripada kawalan dua badan (perundangan dan eksekutif). Kebebasan badan kehakiman melalui perkara berikut : Seseorang hakim Mahkamah Persekutuan, Tinggi) setelah dilantik tidak boleh dilucutkan jawatannya oleh YDPA sebelum mencapai umur bersara kecuali beberapa sebab. Saraan seorang hakim diperuntukan oleh akta parlimen dan dibayar pada kumpulan wang yang disatukan Saraan hakim dan syarat-syarat jawatan yang lain tidak boleh diubah. Kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan dlm mana-mana majlis parlimen. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/JPMPK/FEM

6 PERLANTIKAN Boleh memegang jawatan sehingga berumur 65 thn.
Boleh disambung selama 6 bulan selepas umur persaraan 65 thn. Tidak boleh dilucutkan jawatan kecuali atas perakuan sebuah tribunal yang ditubuhkan oleh YDPA. Tribunal hendaklah diketuai oleh Ketua Hakim Negara dan dianggotai oleh sekurang-kurangnya 5 orang hakim atau bekas hakim. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/JPMPK/FEM

7 STRUKTUR MAHKAMAH Sebelum 1hb. Januari 1985, sistem mahkamah atasan di Malaysia adalah sistem tiga peringkat iaitu– Majlis Privy Mahkamah Agung Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Borneo. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/JPMPK/FEM

8 STRUKTUR MAHKAMAH Majlis Privy merupakan mahkamah rayuan tertinggi bagi Malaysia sehingga 31 Disember Pada 1 Januari 1985, semua rayuan dari Malaysia ke Majlis Privy telah dimansuhkan. Bagi menggantikannya, Mahkamah Agung Malaysia ditubuhkan menjadikannya mahkamah rayuan terakhir di negara ini. Pemansuhan rayuan ke Majlis Privy telah mengakibatkan perubahan sistem tiga peringkat mahkamah atasan kepada sistem 2 peringkat iaitu Mahkamah Agung dan 2 Mahkamah Tinggi. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/JPMPK/FEM

9 STRUKTUR MAHKAMAH Pada 1994, perubahan yang ketara berlaku kepada Badan Kehakiman apabila Parlimen meminda Perlembagaan Persekutuan. Melalui pindaan tersebut, Mahkamah Rayuan telah ditubuhkan. Mahkamah Agung dinamakan semula sebagai Mahkamah Persekutuan. Oleh yang demikian sistem tiga peringkat mahkamah atasan dihidupkan semula. Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Ketua Hakim Negara. Sebelum pindaan Perlembagaan Persekutuan, jawatan tersebut dikenali dalam sebagai “Lord President”. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/JPMPK/FEM

10 MAHKAMAH PERSEKUTUAN Ahli: Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Ketua Hakim Malaya, Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, tujuh hakim lain. Quorum untuk prosiding: 3 hakim. Bidangkuasa: Artikel 121(2), 128 dan 130. Mahkamah Persekutuan merupakan autoriti kehakiman yang tertinggi sekali di Malaysia. Keputusannya mengikat semua mahkamah. Setiap prosiding Mahkamah Persekutuan hendaklah, mengikut seksyen 74 Akta Mahkamah Kehakiman 1964. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/JPMPK/FEM

11 SAMBUNGAN Semasa ketiadaan Ketua Hakim Negara, ahli mahkamah yang kanan sekali hendaklah mempengerusikan persidangan itu. Perkara 122(2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Ketua Hakim Negara boleh menamakan seorang hakim Mahkamah Rayuan selain daripada Presiden Mahkamah Rayuan untuk bersidang sebagai hakim Mahkamah Persekutuan sekiranya beliau berpendapat, demi kepentingan keadilan, ianya perlu. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/JPMPK/FEM

12 SAMBUNGAN MP bersidang pada masa dan tempat yang ditentukan oleh Ketua Hakim Negara dari masa ke semasa. Pada kebiasaannya Mahkamah Persekutuan bersidang di Palace of Justice, Putrajaya. Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan juga bersidang secara litar di bandar-bandar utama seperti di Pulau Pinang, Ipoh, Kota Bharu, Johor Bahru, Alor Setar, Kuantan, Melaka, Kuching dan Kota Kinabalu (seksyen 75 Akta Mahkamah Kehakiman, 1964). SA’ODAH AHMAD/FEM3106/JPMPK/FEM

13 BIDANGKUASA MP B/kuasa asal (eksklusif) – Perkara 128(1)
Menentukan kesahan undang-undang yang digubal oleh Parlimen dan DUN. Memutuskan pertikaian antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat atau pertikaian antara kerajaan-kerajaan negeri. B/kuasa rayuan – Artikel 128(3) Rayuan dari Mahkamah Rayuan untuk keputusan Mahkamah Tinggi (bidang kuasa asal): bagi kes-kes sivil, hanya dengan keizinan Mahkamah Persekutuan. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/JPMPK/FEM

14 B/kuasa mengenai Hal-Hal Perlembagaan – Artikel 128(2)
Sekiranya dalam sesuatu perbicaraan disebuah mahkamah (selain MP) timbul soal berkenaan kesan sesuatu peruntukan Perlembagaan, Mahkamah Persekutuan berkuasa memutuskannya dan menghantar balik kes itu kepada mahkamah tersebut untuk diselesaikan mengikut keputusan itu. YDPA boleh merujuk kepada MP untuk mendengar pendapatnya mengenai apa-apa soal berhubung dengan kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan yang timbul. Keputusan MP mengikat mahkamah-mahkamah di bawah hirakinya. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/JPMPK/FEM

15 HAKIM-HAKIM MP YAA Tun Dato’ Seri Zaki Bin Tun Azmi Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan Malaysia SPCM, SPMK, SSM, PSM, SSDK, PJN, DSMT (Terengganu), DSDK(Kedah), JSM, KMN

16 MAHKAMAH RAYUAN (MR) Ditubuhkan pada 24 Jun 1994 bagi mengendalikan kes-kes rayuan yang dibuat selepas keputusan perbicaraan Mahkamah Tinggi. Menjadi perantara antara MP dengan Mahkamah Tinggi. Tidak mempunyai bidangkuasa asal. Terdiri drpd Presiden MR dan 15 orang Hakim. Prosiding didengar oleh 3 orang Hakim atau lebih (dalam bilangan ganjil) B/kuasa Rayuan Mendengar rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bagi kes jenayah – in the exercise of its original jurisdiction.. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/JPMPK/FEM

17 Sambungan Mendengar rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bagi kes jenayah – in the exercise of its appellate jurisdiction in respect of criminal matters decided by the Session Court. Mendengar rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bagi kes jenayah – in the exercise of its appellate jurisdiction in respect of any criminal matters decided by a Magistrate’s Court but appeal is to be confined only to question of law. Mendengar rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bagi kes sivil dan jenayah ( sivil- jumlah atau nilai perkara <RM , kecuali dgn izin MR)

18 HAKIM-HAKIM MR PRESIDEN
YAA Tan Sri Dato' Seri Alauddin bin Dato' Mohd. Sheriff PMN, PSM, SSDK., DPMJ, DSDK, SMJ, PIS

19 MAHKAMAH TINGGI Terbahagi dua iaitu Mahkamah Tinggi Malaya (tidak >47 hakim) dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak (tidak>10 hakim). Quorum Prosiding: seorang Hakim. Pesuruhjaya Kehakiman: sama kuasa dan imuniti seperti hakim.

20 Alasan tindakan timbul
Bidangkuasa Asal Sivil -Umum; Alasan tindakan timbul Defendan atau salah seorg daripada beberapa defendan tinggal atau mempunyai tempat perniagaannya Fakta-fakta dimana prosiding diasaskan wujud atau dikatakan telah berlaku Sesuatu tanah yang pemunyaannya dipertikaikan SA’ODAH AHMAD/FEM3106/JPMPK/FEM

21 Melantik dan mengawal penjaga kanak-kanak dan dan harta kanak-kanak.
Khas: B/kuasa di bawah mana-mana undang-undang bertulis mengenai perceraian dan hal ehwal suami isteri, kebankrapan atau syarikat. B/kuasa yang sama dan kuasa mengenai hal-hal admiralti seperti yang ada pada Mahkamah Keadilan Tinggi di England. Melantik dan mengawal penjaga kanak-kanak dan dan harta kanak-kanak. Melantik dan mengawal penjaga dan pengawas diri orang terencat akal, orang sakit otak dan tak sempurna akal. Hal-ehwal wasiat dan surat kuasa mentadbir bagi harta pusaka si mati yg meninggalkan harta di dalam b/kuasa wilayah mahkamah itu dan untuk menukar dan membatalkan pemberian tersebut SA’ODAH AHMAD/FEM3106/JPMPK/FEM

22 B/kuasa utk membicarakan semua kesalahan yg dilakukan;
Bidangkuasa Jenayah B/kuasa utk membicarakan semua kesalahan yg dilakukan; Dalam b/kuasa tempatannya. Di laut lepas di atas mana-mana kapal atau pesawat udara yang didaftarkan di Malaysia. Oleh mana-mana warganegara atau pemastautin tetap di laut lepas atas mana-mana kapal atau pesawat udara . Oleh mana-mana orang di laut lepas di mana kesalahan itu ialah pelanunan oleh undang-undang antarabangsa. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/JPMPK/FEM

23 Jenayah: Rayuan tidak boleh dibuat ;
B/kuasa Rayuan Mendengar dan menentukan Rayuan bagi kes-kes jenayah dan sivil daripad Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Sivil: Rayuan tidak boleh dibuat sekiranya nilai harta atau jumlah yang menjadi pokok pertikaian bernilai RM10000 ke bawah, kecuali perbicaraan mengenai nafkah isteri dan anak. Jenayah: Rayuan tidak boleh dibuat ; Bagi kesalahan yg hukumannya adalah denda yang tidak melebihi RM25 Sekiranya tertuduh telah mengaku salah (kecuali terhadap berat atau sahnya hukuman yang dijatuhkan). SA’ODAH AHMAD/FEM3106/JPMPK/FEM

24 Jenayah: boleh menggunakan kuasa menyemak hukuman.
B/kuasa Menyemak MT berkuasa menyemak keputusan Mahkamah Rendah dlm kes-kes Sivil dan jenayah. Jenayah: boleh menggunakan kuasa menyemak hukuman. Sivil: meminta dan mengkaji rekod sesuatu perbicaraan di hadapan MR untuk; memuaskan hatinya tentang betul, sah atau patutnya sesuatu keputusan dibuat tentang betul atau tidak perjalanan perbicaraan SA’ODAH AHMAD/FEM3106/JPMPK/FEM

25 MAHKAMAH SESYEN B/kuasa Jenayah
Membicarakan semua kesalahan selain drpd kesalahan yg membawa hukuman mati Kuasa menjatuhkan apa-apa hukuman yg dibenarkan oleh undang-undang selain hukuman mati B/kuasa Sivil Membicarakan kes-kes yang melibatkan jumlah wang atau nilai perkara tidak melebihi RM250000 SA’ODAH AHMAD/FEM3106/JPMPK/FEM

26 membicarakan kemalangan kenderaan bermotor
Kuasa tidak terhad untuk mendengar dan memutuskan perkara-perkara berikut ; mendapatkan semula harta tak alih dan mengeluarkan perintah kepada pegawai mahkamah supaya mengembalikan harta itu kpd pemiliknya yang sah (boleh disertai tuntutan sewa, keuntungan, tuntutan gantirugi) membicarakan kemalangan kenderaan bermotor berkenaan tuan tanah dan penyewa tanah mengeluarkan writ atau waran dan saman SA’ODAH AHMAD/FEM3106/JPMPK/FEM

27 MAHKAMAH MAJISTRET (Kelas 1)
B/kuasa Jenayah membicarakan kesalahan yang hukumannya tidak melebihi 10 tahun penjara atau denda Menyelenggarakan siasatan permulaan atas tuduhan-tuduhan berat sebelum dibawa ke MT B/kuasa Sivil - nilai jumlah pertikaian tidak melebihi RM25000 SA’ODAH AHMAD/FEM3106/JPMPK/FEM

28 MAHKAMAH MAJISTRET (Prosidur Tuntutan Kecil)
Diwujudkan bertujuan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai untuk membuat tuntutan tidak melebihi RM5, Membicarakan kes yang melibatkan pihak menuntut dan pihak kena tuntut sahaja tanpa menggunakan peguam - dapat mengurangkan kos perbicaraan. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/JPMPK/FEM

29 Perkara-Perkara Yang Boleh Dituntut
Mendapatkan semula hutang.                     Tuntutan barangan melibatkan nilai wang tidak lebih RM5,000.00                               Upah sesuatu perkhidmatan yang tidak dibayar.        Sewa menyewa                                            Tuntutan atas barangan yang rosak.                      Tuntutan persembahan yang tidak dilaksanakan.     SA’ODAH AHMAD/FEM3106/JPMPK/FEM

30 HAKIM-HAKIM MT YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum PSM, SPSK, SSAP, SIMP, SPDK, PGDK YAA Tan Sri Arifin bin Zakaria (Dato' Lela Negara) PSM, SPSK, SPMP, DPCM, DPMK

31 MAHKAMAH KHAS RAJA-RAJA
Ditubuhkan bertujuan membicarakan kesalahan-kesalahan yang dilakukan YDPA atau Sultan/Raja mana-mana negeri atas sifat peribadinya Dipengerusikan Ketua Hakim Negara. Dianggotai Hakim-hakim Besar MT serta 2 orang yang memegang atau pernah memegang jawatan Hakim MP atau MT yang dilantik oleh Raja-raja. Keputusan muktamad – tidak boleh dicabar dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan Semua perbicaraan perlu mendapat persetujuan Peguam Negara. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/JPMPK/FEM

32 MAHKAMAH BAGI KANAK2 Membicarakan individu berusia 10-18 thn
Mendengar dan memutuskan apa-apa pertuduhan terhadap seorang kanak-kanak kecuali kesalahan yang boleh membawa kepada hukuman mati (di MT) Hukuman mati tidak boleh direkodkan, sbg ganti, ditahan di penjara selama yg diperkenankan oleh YDPA/ Raja/YDP Negeri (Lembaga Hakim Pelawat mengkaji kes sekurang-kurangnya sekali setahun, dan boleh mengesyorkan kepada YDPA/Raja/YDPN supaya dilepaskan awal/ditahan lanjut) Keahlian mahkamah -terdiri dari seorang majistret kelas pertama dengan dibantu oleh dua orang penasihat –seorang daripadanya wanita. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/JPMPK/FEM

33 Perkataan ‘sabitan’ atau ‘hukuman’ tidak boleh digunakan
Mahkamah dikendalikan secara tertutup dengan kehadiran Majistret, penasihat, kanak-kanak, keluarganya, Pegawai Kebajikan Masyarakat, Pegawai Pendakwa, peguam jika ada, saksi-saksi dan mana-mana pihak yang dibenarkan. Laporan dan penyiaran media tentang pendedahan identiti kanak-kanak adalah dilarang sama sekali kecuali di atas permintaan Pegawai Pelindung dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Apa-apa perintah yang dibuat oleh mahkamah ini tidak akan dicatitkan sebagai rekod jenayah. Perkataan ‘sabitan’ atau ‘hukuman’ tidak boleh digunakan SA’ODAH AHMAD/FEM3106/JPMPK/FEM

34 Bila kesalahan dibuktikan, mahkamah mempunyai kuasa, antaranya untuk:
memberikan amaran dan melepaskan kanak-kanak. melepaskan kanak-kanak selepas dia menyempurnakan bon untuk berkelakuan baik. meletakkan kanak-kanak dlm pemeliharaan seorang saudara atau orang yang layak. memerintah kanak-kanak membayar denda di hantar ke suatu sekolah diluluskan/Henry Gurney. jika lelaki, disebat tidak lebih 10 kali sebatan ringan – di premis mahkamah – di hadapan ibu bapa atau penjaga (sekiranya mereka ingin hadir). jika 14 tahun keatas, boleh dipenjara, tetapi tidak boleh dibenarkan bergaul dgn banduan dewasa SA’ODAH AHMAD/FEM3106/JPMPK/FEM

35 MAHKAMAH SYARIAH Ditubuhkan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri di Malaysia bagi mengadili kesalahan sivil dan jenayah yang dilakukan oleh umat Islam Membicarakan kes-kes yang melibatkan pentadbiran dan Undang-undang Keluarga Islam seperti nikah kahwin, nafkah, perceraian, zakat, warisan harta SA’ODAH AHMAD/FEM3106/JPMPK/FEM

36 MAHKAMAH TENTERA Untk mengendalikan masalah disiplin dalam Angkatan Tentera Malaysia Tidak mempunyai kuasa untuk mengadili kes jenayah atau sivil yang melibatkan para pegawai tentera. Antara b/kuasa – kesalahan mengingkari perintah pihak atasan, tidak hadir bekerja, salahguna kuasa Mahkamah Tinggi Tentera – kes para pegawai yang berpangkat Staf Sarjan dan ke atas – diadili oleh YDP berpangkat Leftenan Kolonel ke atas – dibantu 2 orang berpangkat Kapten/ Mejar Mahkamah Rendah Tentera – anggota berpangkat lebih rendah drpd Staf Sarjan – diadili seorang YDP berpangkat Mejar – dibantu 2 orang ahli berpangkat Kapten. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/JPMPK/FEM

37 MAHKAMAH BUMIPUTERA Juga dikenali sebagai Mahkamah Anak Negeri – mentadbir Undang-undang Adat di Sabah & Sarawak. B/kuasa- mengendalikan kes-kes perlanggaran adat – keagamaan, pemilikan tanah dan perkahwinan Sabah - Mahkamah Rayuan Bumiputera Mahkamah Pegawai Daerah Mahkamah Bumiputera Sarawak – Mahkamah Rayuan Bumiputera Mahkamah Bumiputera Residen Mahkamah Daerah Bumiputera Mahkamah Pegawai/ Ketua Bumiputera Mahkamah Ketua Kampung SA’ODAH AHMAD/FEM3106/JPMPK/FEM

38 MAHKAMAH PERUSAHAAN Bkuasa – terhad kepada pertikaian perusahaan antara pihak majikan dgn pekerja – melibatkan syarat-syarat pekerjaan, keadaan pekerjaan dan pembuangan pekerja Dianggotai seorang Presiden yang dilantik YDPA dan sebuah panel dilantik Menteri Sumber Manusia – satu mewakili majikan dan satu mewakili pekerja Keputusan perbicaraan berdasarkan suara majoriti – dianggap muktamad SA’ODAH AHMAD/FEM3106/JPMPK/FEM

39 HIRAKI MAHKAMAH


Download ppt "FEM3106 T5 – SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA"

Similar presentations


Ads by Google