Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Salam Pengenalan pelajar KOM3305 (PJJ)

Similar presentations


Presentation on theme: "Salam Pengenalan pelajar KOM3305 (PJJ)"— Presentation transcript:

1 Salam Pengenalan pelajar KOM3305 (PJJ)
Prof Madya Dr. Siti Zobidah Omar Jabatan Komunikasi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia Semester Kedua (Disember), Sesi 2010/2011

2 Kod Kursus: KOM3305 (3+0) Nama Kursus: MEDIA, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT Semester: Kedua (Disember), Sesi 2010/2011 Pengajar: Prof Madya Dr Siti Zobidah Omar

3 Pensyarah KOM3305 Nama: Prof Madya Dr Siti Zobidah Omar
Tal: – (Pejabat) Fax:

4 Pensyarah KOM 3305 (samb…) Alamat: Prof Madya Dr. Siti Zobidah Omar
Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor Darul Ehsan. Bidang: Media, komunikasi teknologi, Budaya Kepakaran.

5 Objektif Kursus Pada akhir kursus ini pelajar akan dapat:
menerangkan peranan dan konsep media dan teknologi dalam masyarakat menerangkan kepentingan media dan teknologi dalam masyarakat, dan membuat penilaian, perbandingan tentang kesan dan pengaruh media dan teknologi terhadap masyarakat.

6 Sinopsis Kursus Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada sejarah dan perkembangan media dan teknologi komunikasi; peranan, pengaruh dan kesan media dan teknologi komunikasi terhadap kehidupan masyarakat; teknologi komunikasi dan globalisasi, demokrasi, imperialisme dan kedaulatan negara; polisi dan undang media teknologi komunikasi.

7 Kandungan Kursus Konsep-konsep media, teknologi dan masyarakat
Sejarah dan perkembangan media dan teknologi komunikasi Peranan Media dan teknologi komunikasi terhadap masyarakat Media dan teknologi komunikasi dalam bidang pendidikan dan latihan

8 Kandungan Kursus (samb…)
5. Media dan teknologi komunikasi dalam kegiatan ekonomi dan alam pekerjaan 6. Media elektronik komunikasi dalam Kerajaan dan perhubungan antarabangsa 7. Isu-isu polisi, peraturan serta undang-undang media dan teknologi komunikasi 8. Strategi menanfaatkan media dan teknologi komunikasi dalam kehidupan untuk pembangunan.

9 Penilaian Kursus Tugasan satu (Individu) 20%
Tugasan dua (Kumpulan) 30% Ujian % Peperiksaan Akhir 30%

10 Ujian 20% Merangkumi unit 1 – 3 Soalan berbentuk objektif
Bilangan soalan 50 soalan. Masa menjawab 1 jam

11 Peperiksaan Akhir 30% Merangkumi unit 4 – 8 Soalan berbentuk objektif
Bilangan soalan 60 soalan. Masa menjawab 1 jam.

12 Tugasan Pertama (Individu) - 20%
Apakah yang dimaksudkan dengan media, teknologi komunikasi dan masyarakat. Berdasarkan contoh-contoh, sila bincangkan bagaimana teknologi komunikasi ini menyumbang kepada pembangunan keluarga. Tarikh penghantaran: Februari, 2011 (Khamis)

13 Tugasan Kedua (Kumpulan tidak melebih 5 orang) - 30%
Pilih satu satu projek komuniti elektronik (e-komuniti) di Malaysia. Sila nyatakan siapakah yang terlibat dalam perlaksanaan projek ini, tujuan, peranan dan kumpulan sasarannya. Pada pandangan anda sejauh manakah keberkesanan projek ini? Bincangkan. Tarikh penghantaran: Mac, 2010 (Khamis).

14 Syarat-syarat membuat Tugasan
Tugasan perlulah ditaip menggunakan komputer, menggunakan font Arial 11 pt, atau Times New Roman 12 pt., langkau dua baris (double spacing) 2. Rujukan perlulah mengikut gaya American Psychology Association (APA style). Boleh didapati dalam web/Internet. 3. Panjang tugasan adalah antara muka surat termasuk Rujukan bagi Tugasan Individu, dan muka surat bagi Tugasan Berkumpulan.

15 Syarat-syarat membuat Tugasan
4.Tugasan perlulah dihantar kepada pensyarah berkenaan. Markah akan dipotong jika lewat menghantar tugasan dari tarikh yang telah diberikan. 5.Penulisan tugasan perlulah berbentuk penulisan akademik iaitu mempunyai sumber rujukan, senarai rujukan, dan format penulisan yang telah ditetapkan.

16 Nasihat dan peringatan pada pelajar
Pelajar dinasihatkan membuat tugasan awal untuk mengelakkan masalah yang tidak dijangkakan. Bagi tugasan berkumpulan, pelajar perlulah bekerjasama dalam menyiapkan tugasan dan bukannya menjadi ‘passenger’ pada kumpulan tersebut.

17 Peringatan pelajar Tidak dibenarkan meniru
Tindakan akan diambil bagi pelajar yang melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat dalam melakukan apa-apa kesalahan akademik sama ada meniru dalam sesuatu kerja akademik, menggunakan maklumat atau pernyataan yang palsu atau yang diubah reka, menyerahkan tanpa kebenaran kerja akademik yang sebahagian besar kandungannya serupa dengan kerja sendiri yang telah diberi kredit, melakukan plagiat, menyalahgunakan mana-mana alat atau bahan akademik atau melakukan apa-apa yang boleh dianggap sebagai telah melanggar etika akademik pelajar.

18 Antara Senarai Jurnal Dalam Bidang Komunikasi

19 Journal of Communication
Media, Culture and Society Asian Journal of Communication Communication Studies Critical Studies in Media Communication Journalism Studies Communication Monographs Feminist Media Studies Information, Communication and Society

20 The Information Society
Communication Research European Journal of Communication Global Media and Communication Journal of Communication Inquiry Journalism New Media and Society Journal of Computer Mediated Communication Dan lain-lain lagi… sila cari sendiri

21 Publisher Routledge Publication / Taylor & Francis
( Sage Publication ( aspx) Asian Media Information and Communication Centre (AMIC)

22 Sekian, Selamat Maju Jaya

23 KOM3305: MEDIA, TEKONOLOGI DAN MASYARAKAT
UNIT 1: KONSEP-KONSEP MEDIA, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

24 Kandungan Pengenalan Kategori dan jenis media komunikasi
Memahami teknologi Teknologi komunikasi Mengenali masyarakat Perkaitan media, teknologi dan masyarakat Rumusan

25 1. Pengenalan - media komunikasi
Apa itu media komunikasi: Secara amnya – adalah apa-apa sahaja yang boleh membawa atau mempunyai maklumat, mesej ataupun ilmu pengetahuan. 1. Marshall McLuhan (1964) – media komunikasi adalah lanjutan dari diri manusia itu sendiri.

26 Beberapa takrifan media komunikasi: (samb…)
2. Sandman, Rubin dan Sachman (1976) – menerangkan bahawa konsep media yang diusulkan oleh McLuhan bermaksud media adalah lanjutan dari deria kita – lihat, dengar, sentuh, hidu dan rasa. 3. Wilbur Schramm (1977) – media komunikasi adalah teknologi yang membawa maklumat

27 Takrifan media komunikasi (samb…)
4. Heinich, Molenda dan Rusell (1989) – media komunikasi sebagai saluran komunikasi yang membawa maklumat di antara sumber dan penerima yang membantu komunikasi. 5. Inglis (1990) – media adalah apa-apa komunikasi yang membawa atau menjadi perantaraan (mediates) mesej.

28 Takrifan media komunikasi (samb…)
Musa Abu Hassan (2003) – alat, bahan atau produk yang mengandungi mesej, maklumat atau ilmu pengetahuan yang diterbitkan (dikeluarkan) oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan komunikasi.

29 Kategori dan jenis media Komunikasi
Media sejuk dan media panas (Marshall McLuhan) Media kecil dan media besar (Wilbur Schramm) Kategori Heinich, Molenda dan Russell. Kategori ‘Academy for Educational Development’ (AED) Kategori ikut deria Media pengajaran/pembelajaran dan media kempen/pemberitahuan Mengikut produk hasil dan teknologi

30 3. Memahami teknologi Apa itu teknologi?
Teknologi (Latin) – Texere (membentuk, menubuhkan) Hasil ciptaan manusia/masyarakat * utk hidup lebih selesa dan selamat * penciptaan dipengaruhi oleh 2 faktor: i) budaya setempat ii) alam sekitar

31 Apa itu teknologi (samb…)
Secara amnya - teknologi adalah cara, peralatan, bahan atau perisian untuk melakukan, membuat atau membina sesuatu. Adalah corak utk satu-satu tindakan yang bertujuan mengurangkan ketidakpastian dalam hubungan sebab dan akibat dalam usaha mencapai matlamat yang diingini. (Everett M. Rogers, 1991).

32 4. Teknologi Komunikasi Cantuman konsep teknologi dan komunikasi
Kaedah, cara dan peralatan yang membuat proses atau aktiviti komunikasi itu lebih cepat, efisyen dan kurang kesilapan. Everett M. Rogers (1991) – adalah perkakasan, struktur organisasi dan nilai-nilai sosial yang dialami oleh individu semasa mengumpul, memproses dan bertukar-tukar informasi dengan individu-individu yang lain.

33 Mengenali Masyarakat (samb…)
3. Musa Abu Hassan (2002) Kelompok manusia yang mempunyai cara gaya hidup, norma, nilai, budaya, bahasa dan sistem komunikasi dan struktur tertentu yang mana setiap ahlinya mempunyai peranan serta fungsi untuk meneruskan kewujudan kelompok tersebut dan ciri-ciri ini berbeza dari kelompok ke kelompok yang lain. cth: masyarakat Barat, Kaum Melayu, Cina, India dll.

34 6. Perkaitan media, teknologi dan masyarakat
Komunikasi merupakan satu aktiviti keperluan asas untuk manusia terus hidup Teknologi dicipta untuk membantu manusia berkomunikasi dengan lebih berkesan, cekap, pantas, efisyen dan ekonomik. Perkembangan TK memberi ruang kpd seseorang utk interaksi sosial, dpt luaskan hubungan merentasi jarak dan waktu.

35 7. Rumusan Telah mempelajari konsep media, teknologi komunikasi dan masyarakat Pelbagai pendefinisian konsep MTM mengikut bidang kajian oleh pakar komunikasi.

36 KOM3305: MEDIA, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT
UNIT 2: SEJARAH DAN PERKEMBANGAN MEDIA DAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI

37 Kandungan Pengenalan Sejarah dan perkembangan media cetak
Sejarah dan perkembangan media elektronik – talipon, radio dan television. Sejarah dan perkembangan media baru Sejarah dan perkembangan media komunikasi di Malaysia Pengaruh teknologi terhadap media komunikasi Rumusan

38 1. Pengenalan Beberapa pendekatan oleh sarjana komunikasi utk merekodkan penciptaan dan perkembangan setiap media TK. Boleh didapati dalam laman web, cth: ‘time-line’ Maklumat perkembangan teknologi komunikasi

39 Pengenalan (samb…) Everett M. Rogers (1991) tlh membahagikan sejarah dan perkembangan media TK kpd empat era utama: i) Era penulisan ii) Era percetakan iii) Era telekomunikasi iv) Era komunikasi saling tindak atau interaktif

40 2. Sejarah dan perkembangan media cetak.
Merujuk kepada kertas yang telah dicetak huruf, angka atau gambar di atasnya. Huruf, angka dan gambar merupakan mesej atau maklumat yang penguna media perlu melihat dan membacanya untuk mendapatkan mesej.

41 3. Sejarah dan perkembangan media elektronik.
3 media elektronik utama iaitu radio, telefon dan television. Media lain yang muncul ekoran perkembangan dari media tiga di atas, cth: vcr, fax dll.

42 Media elektronik (samb…)
Telefon Perkembangan telefon bermula dgn telegraf Sistem yang mampu membawa suara dan kini gambar Terikat dengan talian Kini wujud sistem tanpa ‘wire’ Perkembangan kini, TK baru, cth: Internet dll.

43 4. Sejarah dan perkembangan media baru
Ciri-ciri teknologi baru (Rogers,1991): Interaktif atau saling tindak Memperkecilkan khalayak Darjah kawalan yang tinggi Tidak segerak atau serentak Capaian rawak dan tidak ‘linear’

44 5. Sejarah dan perkembangan media komunikasi di Malaysia
Komputer – bermula di Lembaga Lektrik Negara Talipon Radio Televisyen

45 6. Pengaruh teknologi terhadap media komunikasi
Dua pengaruh utama: Convergence/Pengabungan Peralihan dari sistem analog kepada sistem digital

46 2. Percantuman teknologi atau convergence
Perkara asas membuatkan kemajuan dan perkembangan ICT menjadi pesat dan menyeluruh: Teknologi digital 2. Percantuman teknologi atau convergence - meluaskan teknologi tanpa wire. 3. Teknologi pemampatan atau compression

47 Untuk menjayakan sesuatu proses komunikasi bersemuka seseorang itu perlulah tahu:
Emosi dan perasaan Siapa audien Pengetahuan tentang maklumat atau topik Tempat atau lokasi komunikasi Tujuan komunikasi

48 Untuk menjayakan komunikasi menggunakan media:
Keadaan peralatan Kemahiran menggunakan peralatan

49 7. Rumusan Telah mengetahui sejarah dan perkembangan media teknologi.
Perkembangan media dipengaruhi oleh tiga perkara iaitu pengabungan, teknologi digital dan pemampatan. Untuk menjayakan komunikasi menggunakan media, seseorang itu perlulah mengetahui keadaan peralatan dan mahir menggunakannya.

50 KOM3305: MEDIA, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT
UNIT 3: PERANAN DAN KESAN MEDIA DAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI TERHADAP MASYARAKAT

51 Kandungan Pengenalan Jenis-jenis media komunikasi yang digunakan di Malaysia Peranan media komunikasi terhadap ahli masyarakat. Kesan positif penggunaan media komunikasi Kesan negatif penggunaan media komunikasi Implikasi terhadap masyarakat Rumusan

52 Pengenalan (samb…) Mereka yang paling banyak mendapat keuntungan adalah: i) pengilang, ii) pembekal, iii) peniaga, dan iv) mereka yang terlibat dalam penghasilan kandungan/bahan media.

53 2. Jenis-jenis media komunikasi yang digunakan di Malaysia
Media Cetak * Akhbar * Majallah * Buku Menggunakan pelbagai bahasa Untuk pelbagai golongan Diterbitkan oleh pelbagai sektor/parti

54 Jenis-jenis (samb…) 2. Media Elektronik * telefon * radio * television
3. Media baru * komputer * telefon selular * Internet

55 Teknologi Baru (samb…)
Teknologi elektronik: i) membolehkan kita membentuk apa juga alat komunikasi yang diingini tetapi pada harga yang ditetapkan ii) Digunakan untuk pertukaran informasi

56 3. Peranan media komunikasi terhadap ahli masyarakat
Antara peranannya: Menjadi agen sosialisasi Penggalak pendidikan Pemberi atau penyebar maklumat Menyokong kegiatan ekonomi Menerapkan persefahaman dan kerjasama Pembekal maklumat pembangunan Sebagai penghibur

57 4. Kesan positif penggunaan media komunikasi
Antara kesan-kesan positif: Memudahkan komunikasi 2. Meluaskan pandangan dan pengetahuan 3. Memudahkan proses pendidikan 4. Memudahkan aktiviti perdagangan 5. Membentuk masyarakat yang peka kepada keadaan semasa.

58 5. Kesan negatif penggunaan media komunikasi
Antara kesan-kesan negatif: Pengaruh budaya asing Menerapkan sifat dan amalan kebendaan Mempercepatkan proses kedewasaan kanak-kanak Menjejaskan kesihatan Salah guna oleh pihak tertentu Melebarkan jurang maklumat

59 6. Implikasi terhadap masyarakat
Wujudnya ketidakseimbangan di antara perhubungan komunikasi manusia dengan perantaraan (mediated) teknologi komunikasi Menjauhkan jurang hubungan personal/ kemanusiaan di antara individu kerana menggunakan alat perantaraan. Wujudnya pemikiran yang stereotype Ketidakseimbangan sosio ekonomi yang lebih besar bila berlakunya jurang informasi di antara informasi miskin dan informasi yang lebih luas

60 7. Rumusan Terdapat pelbagai jenis media komunikasi yang digunakan oleh ahli masyarkat dan setiap media komunikasi ini mempunyai peranannya tersendiri. Setiap media komunikasi mempunyai kesan positif dan negatif penggunaan terhadap masyarakat

61 Terima Kasih ...


Download ppt "Salam Pengenalan pelajar KOM3305 (PJJ)"

Similar presentations


Ads by Google