Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
1
HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
2
Nama : Norfazilah binti Abdol
No Matrik: A144490 Kos: Audiologi/1 Fakulti: Sains Kesihatan Jawatan : Exco Program
3
Pendahuluan MALAM INSPIRASI SENI SISWI (MISS) TARIKH ::19 APRIL HINGGA 15 MEI 2014 TEMPAT :: KOLEJ TUN SYED NASIR ANJURAN :: KELAB SRIKANDI No Kelulusan Aktiviti :: DN 00285/2014
4
:: Breast Cancer Welfare Association Malaysia
Dengan Kerjasama :: Breast Cancer Welfare Association Malaysia :: Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) :: Badan Dakwah Dan Rohani (BADAR) :: Kelab Kesenian Islam :: Kelab Muzikal :: Kelab Kebudayaan
5
Pengenalan Program Malam Inspirasi Seni Siswi (MISS) dianjurkan oleh Kelab Srikandi dengan kerjasama Breast Cancer Welfare Association Malaysia, Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) KTSN serta beberapa kelab lain seperti Badan Agama Dakwah dan Rohani (BADAR), Kelab Kesenian Islam, Kelab Kebudayaan dan Kelab Muzikal. Malam Inspirasi Seni Siswi (MISS) merupakanhasil idea daripada gabungan pelbagai aktiviti anjuran setiap kelab dan persatuan dalam kolej bagi memupuk semangat kerjasama antara kelab dan persatuan supaya dapat menjayakan sesuatu program dengan lebih efisien.Program ini yang bertemakan “Semarak Kasih Budaya Siswi”, bertujuan melahirkan mahasiswi holistik yang tidak hanya kompeten di dalam akademik tetapi juga dalam aspek kemahiran sosial lain seperti kesenian serta kebudayaan.
6
Program ini adalah satu cara untuk memberi peluang dan ruang kepada mahasiswi di Kolej Tun Syed Nasir mempamerkan bakat serta kreativiti masing-masing dalam melahirkan mahasiswi yang lebih proaktif, kompetitif dan pada masa yang sama berilmu. Di samping itu juga, semangat kerjasama dan ukhuwah antara siswi juga dapat dikukuh dan dipereratkan melalui program ini dan dapat menghubungkan pelbagai kaum dan mengenali kebudayaan masing-masing. Program ini juga bertujuan memberi kesedaran kepada mahasiswi Kolej Tun Syed Nasir tentang penyakit barah payudara dan kepentingan menjaga kesihatan dengan mengadakan pameran serta sumbangan bagi membantu pusat barah payudara yang terlibat.Tambahanpula, program ini dirancang bagi memenuhi keperluan subjek kokurikulum serta mencapai kesemua lapan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan di dalam kontrak pembelajaran.
7
OBJEKTIF PROGRAM 1. Memantapkan kemahiran kepimpinan mahasiswiKTSN dalam mengendalikan sesuatu program. 2. Menghubungkan pelbagai kaum dan mengenali kebudayaan masing-masing serta merapatkan hubungan silaturrahim antara mahasiswi Kolej Tun Syed Nasir. 3. Menanam semangat perpaduan, saling bekerjasama, bertoleransi, berdisiplin, dan semangat kekitaan antara mahasiswi KTSN. 4. Mencungkil bakat yang terpendam dalam kalangan mahasiswi KTSN. 5. Untuk memenuhi kesemua lapan aspek hasil pembelajaran yang telah digariskan untuk semua mahasiswa-mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia 6. Memberi kesedaran tentang penyakit barah payudara dan kepentingan menjaga kesihatan dengan mengadakan pameran. 7. Mengumpulkan sumbangan untuk pusat barah payudara yang terlibat sebagai satu bentuk bantuan dan sokongan terhadap mereka.
8
Peranan Pada program Malam Inspirasi Seni Siswi(MISS) yang lepas ,saya telah dipilih sebagai Exco Program bersama dengan seorang lagi rakan yang lain. Tugas utama saya adalah untuk merancang perjalanan program . Oleh kerana, program ini mengandungi beberapa sub program yang lain tentatif program setiap aktiviti perlu dirancang dengan teliti dan tersusun. Pada waktu yang sama, pemilihan tarikh untuk setiap sub program juga penting kerana terlalu banyak program lain yang dijalankan di Kolej. Selaku Exco Program komunikasi yang baik amat diperlukan untuk saya memastikan setiap maklumat dapat disampaikan dan diterima dengan tepat dan mengelakkan sebarang salah faham. Memandangkan Miss ini diadakan dengan kerjasama beberapa kelab besar yang lain , tidak dinafikan sememangnya komunikasi yang berkesan membantu saya dalam berurusan dengan wakil setiap kelab tersebut. Walaupun, ini merupakan program kedua saya sertai sebagai organisasi sepanjang menjadi pelajar tahun satu,komunikasi yang baik terutamanya dengan senior-senior yang lain telah mewujudkan kerjasama yang erat antara kami semua sebagai sebuah organisasi. Bukan itu sahaja,komunikasi dua hala antara saya dan exco-exco yang lain juga telah memudahkan perjalanan setiap aktiviti yang dianjurkan.
9
Selain itu, saya juga telah dilantik untuk mengutip derma bagi pihak Breast Cancer Welfare di sekitar kolej dan kampus yang melibatkan para pensyarah dan para pelajar. Memandangkan kutipan derma ini turut melibatkan para pensyarah terutamanya, cara berkomunikasi, bahasa badan dan ekspresi muka amat perlu untuk dijaga kerana ianya mampu mengundang pandangan yang baik terhadap diri dan apa yang sedang saya lakukan. Apabila menjalankan kutipan derma dalam kalangan pensyarah khususnya, saya tidak boleh misalnya,berinteraksi menggunakan bahasa slanga atau bahasa rojak sewaktu bercakap atau berbual. Hal ini kerana, kesemua aspek komunikasi ini akan mencerminkan kematangan sikap seseorang pelajar tersebut. Di samping itu, kemahiran komunikasi tersebut akan mampu untuk meyakinkan mereka bagi memberi derma.
10
Perancangan Pada 23 Disember 2014 bertempat di Bilik Oren,Kolej Tun Syed Nasir,UKM. mesyuarat pertama telah diadakan. Pada mesyuarat ini , setiap Exco dikehendaki memperkenalkan diri masing-masing serta penerangan skop kerja daripada pengarah program. Oleh itu,aspek komunikasi sangat berperanan ketika ini, iaitu perkara-perkara tersebut haruslah disampaikan dengan jelas dan dan padat agar maklumat yang hendak disampaikan dapat difahami dengan baik seterusnya memudahkan gerak kerja antara ahli organisasi. Hal ini kerana,setiap ahli organisasi program perlu memainkan peranan dan amanah yang mereka terima memberikan nilai yang sangat penting. Kejayaan peranan yang mereka mainkan menyumbangkan kepada kejayaan operasi organisasi. Selain itu,apabila ahli organisasi dapat memahami dan meyakini sesuatu matlamat, maka mudahlah membina kesepakatan dan seterusnya mengekalkan sinergi dalam kumpulan. Kualitii kerjasama ahli akan lebih terserlah dengan penerangan tentang matlamat program melalui komunikasi atas bawah antara pengarah dan ahli organisasi.
11
Mesyuarat kedua telah diadakan setelah cuti semester satu iaitu pada 18 Febuari bertempat di Surau D,KTSN. Agenda mesyuarat kali ini adalah untuk memilih tempat yang sesuai bagi menganjurkan MISS kerana program ini lebih tertumpu kepada golongan Mahasiswi sahaja. Terdapat beberapa cadangan yang dikemukan oleh exco-exco, namun tidak semua dipersetujui atas sebab-sebab tertentu. Oleh itu, telah wujudnya komunikasi interaksional di mana kesemua exco telah memberi maklum balas terhadap perbincangan sama ada dalam bentuk verbal,bukan verbal atau kedua-duanya sekali.
12
Bertempat di Surau G, KTSN telah diadakan mesyuarat seterusnya iaitu pada tarikh 27 Febuari jam PM. Kali ini,antara perkara yang dibincangkan ialah pengarah membentangkan tarikh sub-sub program MISS. Tarikh 6 Mei telah dipilih sebagai malam kemuncak MISS. Setiap exco juga telah diminta untuk mencari beberapa orang ajk bagi memudahkan gerak kerja. Sewaktu mesyuarat ini berlangsung,kemahiran mendengar amat diperlukan. Sebagai salah seorang exco organisasi, saya perlu untuk memberikan tumpuan bagi memahami apa yang cuba diterangkan melalui maksud verbal dan bukan verbal. Ketika ini,juga selaku Exco Program kami perlu untuk mengedit kembali tentatif program kerana adanya penambahan slot Breast Cancer Talk.
13
Bertempat di Bilik Oren,KTSN sekali lagi pada 11 Mac 2014 jam 9. 20-11
Bertempat di Bilik Oren,KTSN sekali lagi pada 11 Mac jam p.m telah diadakan mesyuarat seterusnya. Perbincangan kali ini melibatkan pengemaskinian gerak kerja setiap exco. Bagi pihak exco program tentatif bagi setiap sub program Miss telah berjaya disiapkan tetapi perlu dibaiki atas beberapa aspek. Perbincangan yang telah dijalankan dengan Pengarah Program telah banyak membantu saya dalam menyiapkannya kerana melalui komunikasi verbal dan bertulis telah melancarkan proses pertukaran pendapat antara kami dan juga memudahkan cara penyampaian maklumat.
14
Mesyuarat kelima sehingga ke sembilan telah dijalankan bagi mengemaskini gerak kerja setiap exco sehingga ke Malam Kemuncak MISS. Selaku Exco Program yang juga ditugaskan untuk mengutip derma ,pada 10 April perbincangan bersama ajk telah dijalankan,yang mana kami mendapatkan surat kelulusan untuk mengutip derma dan membahagikan tugas antara exco dan ajk. Interaksi antara kami melibatkan beberapa proses seperti perundingan,membahagikan tugas,berkongsi maklumat,berbincang,membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Manakala bertarikh 16 April 2014 kami telah berjaya mendapatkan surat kelulusan mengutip derma dan sekaligus kutipan dijalankan sehingga ke tarikh akhir 14 Mei 2014.
15
Perlaksanaan Sub program pertama MISS iaitu pertandingan Nasyid dan Tilawah telah dijalankan pada 19 April bertempat di Surau G,KTSN. Memandangkan tempat pertandingan adalah terhad,kami terpaksa untuk menggabungkan kedua-dua program tersebut ditempat yang sama. Bertukaran tempat pada saat-saat akhir ini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap saya selaku exco program. Oleh itu, tentatif program perlu diubah dan diperbaharui bagi memastikan kelangsungan program pada malam tersebut. Melalui komunikasi lisan,bahasa yang digunakan semasa proses perbincangan dengan wakil setiap kelab juga amat penting seperti elak menggunakan jargon,agar objektif perbincangan tercapai. Akhirnya, dengan perbincangan tersebut tentatif program untuk aktiviti malam tersebut dapat disiapkan dengan mudah terutamanya apabila maklumat tentang bilangan peserta diperoleh.
16
Sebelum kedua-dua pertandingan berlangsung pada petang sekitar jam 5 petang,semua exco dan ajk dikehendaki bersama-sama untuk membuat persediaan tempat seperti membersihkan surau dan menghias latar belakang pertandingan. Bagi mendapatkan kerjasama kesemua ahli organisasi link mesej telah dihantar oleh pengarah program. Komunikasi secara bertulis melalui sistem pesanan ringkas (SMS) ini amat membantu dalam penyebaran maklumat dengan cepat dan berkesan. Hasilnya,kesemua ahli organisasi turun padang dalam menjayakan proses persediaan ini.
24
Pertandingan memasak telah diadakan pada 20 April 2014 bertempat di hadapan K-shop,KTSN. Pada masa yang sama Pameran daripada Breast Cancer Welfare Association juga turut diadakan serentak. Strategi kami mengadakan kedua-dua program ini secara serentak adalah untuk menarik minat para mahasiswi KTSN untuk berkunjung ke pameran serta turut menjadi penonton kepada pertandingan memasak yang dijalankan. Bagi memastikan perjalanan program pada hari tersebut berjalan lancar saya telah memberikan sedikit penerangan kepada wakil daripada breast cancer tersebut berkenaan tentatif program di samping penerangan kepada peserta pertandingan memasak itu sendiri. Untuk program memasak ini juga tempat terpaksa diubah kerana terdapat satu program masakan yang sama telah berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa pada waktu tersebut. Ekoran perubahan tempat tersebut,kami sebagai Exco Program terlebih dahulu telah memaklumkan kepada setiap peserta dan wakil Breast Cancer agar tidak berlaku salah maklumat disini yang boleh menrencatkan perjalanan pertandingan dan pameran.
38
Seterusnya, pada 26 April 2014 telah diadakan sub program ketiga iaitu pertandingan nyanyian. Oleh kerana berlaku pertindihan dengan program lain tempat yang dicadangkan pada awalnya tidak dapat digunakan pada malam tersebut. Namun atas budi bicara bersama pengetua kolej dan felo pemantau kami telah diberi tempat baru. Iaitu Bilik Mesyuarat Blok 6. Walaupun tempat tersebut saiznya agak kecil daripada tempat yang asal pertandingan tetap diteruskan seperti biasa. Selaku Exco Program saya telah berbincang dengan wakil daripada Kelab Muzikal berkaitan kehadiran juri kerana sebelum ini hanya dua orang juri yang memberi respond untuk hadir. Tetapi pada malam tersebut tiga orang juri telah menghadirkan diri.. Komunikasi secara mendatar telah digunakan lebih berbentuk pengecilan jurang antara kami yang mana dapat mengelakkan salah faham. Komunikasi bentuk ini adalah usaha memupuk semangat kesatuan yang mendorong keselesaan psikologi serta membentuk suatu sokongan sosial dalam kalangan ahli organisasi.
44
Setelah selesainya kesemua sub-sub program yang dirancang telah diadakan, pada 16 Mei 2014 yang lalu telah diadakan malam kemuncak Malam Inspirasi Seni Siswi (MISS). Di mana kesemua pemenang sub program akan diumumkan pada malam tersebut. Persembahan daripda Juara Pertandingan Tilawah Al-quran,Pertandingan Nasyid dan Pertandingan Nyanyian telah membuat persembahan. MISS ini telah diadakan di Dewan Kuliah 4, UKM. MISS juga telah dirasmikan oleh Puan Nina Atiqah Binti Mat Supri selaku Felo pemantau Kelab Srikandi KTSN. Jika dilihat perubahan tempat untuk malam penutup ini juga berubah daripada Dewan Serbaguna,KTSN kepada Dewan Kuliah 4. Hal ini kerana, kami memerlukan tempat khas bagi mahasiswi untuk membuat persembahan dan bagi mengelakkan ianya ditonton oleh mahasiswa dalam menjaga adab-adab tertentu. Pemilihan Dewan Kuliah 4 telah disarankan oleh Timbalan Pengetua 11 KTSN iaitu Dr . Qodriyah Binti Mohd Saad dan setelah berbincang dengan kesemua ahli organisasi kami mencapai kata sepakat untuk mengadakannya di sana. Memandangkan pengakutan(bas) juga turut disediakan.
51
Pada malam penutup MISS ini juga persatuan silat KTSN telah dijemput untuk membuat persembahan. Sememangnya tidak dinafikan persembahan silat mereka telah berjaya mendapat tepukan gemuruh penonton kerana para mahasiswi ini sangat beryakinan dan bersemangat dalam membuat persembahan.
52
Penyerahan replika cek kepada wakil Breast Cancer juga telah diadakan pada malam tersebut. Sebanyak rm 500 telah berjaya diperolehi dalam kalangan pensyarah dan para pelajar UKM. Replika ini telah diserahkan oleh Pengarah Program iaitu Saudari Amiera Afieqah Binti Mohd Ithnin kepada wakil Breast Cancer atas kerjasama yang dijalankan.
55
Hasil Pembelajaran Berdasarkan segala pengalaman lepas sepanjang saya menjadi Exco Program Malam Inspirasi Seni (MISS) ini banyak perkara-perkara baru yang telah saya pelajari terutamanya dalam menguruskan sesuatu program. Daripada tidak ada langsung pengetahuan tentang skop kerja dan tugas yang perlu dijalankan saya mula menimba ilmu sedikit demi sedikit. Iainya tidak mudah sebenarnya, di mana aspek komunikasi sangat memainkan peranan dalam setiap perkara yang hendak dijalankan. Hal ini kerana,komunikasi tidak terhad hanya melalui lisan sahaja , bahasa badan, ekspres muka juga turut mempengaruhi proses komunikasi. Komunikasi kerap kali wujud apabila banyak persoalan yang ditimbulkan sepanjang menjayakan program ini. Perkara yang saya pelajari adalah bagaimana cara untuk menggunakan suara,intonasi dan bahasa yang betul ketika menyampaikan sesuatu maklumat dalam proses perbincangan.
56
Sebagai Exco Program saya sering kali mengadakan perbincangan dengan wakil setiap kelab,memandangkan kebanyakkan mereka merupakan golongan senior dan orang yang berpengalaman dalam berorganisasi adalah perlu untuk saya menggunakan komunikasi yang betul dalam memberi pendapat mahupun menolak pendapat bagi mengelakkan sebarang salah faham antara satu sama lain. Bukan itu sahaja,malahan komunikasi antara ahli organisasi itu sendiri menuntut saya untuk berkomunikasi dengan berkesan. Contohnya, Exco Perhubungan adalah antara orang yang saya kerap berurusan. Oleh sebab, Exco Perhubungan adalah Chinese saya hendaklah memastikan bahasa yang digunakan ketika berkomunikasi mudah difahami tanpa ada unsur-unsur jargon. Secara tidak langsung, mampu memudahkan urusan dan menjadikan gerak kerja lebih teratur dan tersusun. Saya juga telah memahami arah aliran komunikasi yang mana ketiga-tiga arah digunakan. Pertama adalah komunikasi atas bawah. Melibatkan pemakluman arahan, pengumuman serta tunjuk ajar daripada pihak pengarah kepada ahli organisasi yang lain. Komunikasi ini melibatkan penyebaran maklumat secara verbal atau betulis agar semua ahli organisasi memahami apa yang cuba disampaikan.
57
Seterusnya, komunikasi bawah atas
Seterusnya, komunikasi bawah atas. Komunikasi begini melibatkan maklum balas,aduan dan perbincangan daripada ahli organisasi kepada pengarah. Hal ini memboleh pengarah mengenal pasti sama ada ahli organisasi benar-benar faham terhadap skop kerja masing-masing. Selain itu, komunikasi mendatar. Contohnya,komunikasi yang berlaku antara saya dan exco-exco yang lain,serta ajk masing-masing. Melalui komunikasi ini mampu memupuk semangat kesatuan yang mendorong keselesaan psikologi serta membentuk suatu sokongan sosial antara ahli organisasi. Di samping itu, saya juga telah mempelajari bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam skop kerja dalam masa yang singkat. Jika dilihat hampir kesetiap aktiviti terpaksa bertukar tempat. Apabila bertukar tempat,ramai pihak perlu dimaklumkan terutamanya tetamu jemputan dan juga peserta. Oleh itu,saya telah cuba menggunakan komunikasi maya seperti menyebarkannya melalui Laman Muka Buku MISS,dan juga melalui SMS. Seperti sedia maklum skop kerja utama saya adalah untuk menyediakan tentatif program setiap aktiviti termasuklah untuk malam penutup MISS itu sendiri. Oleh hal yang demikian, saya belajar bagaimana untuk menjadikan tentatif tersebut tidak terlalu padat dengan menganggarkan masa setiap aktiviti itu berlangsung.
58
Begitu juga dalam memastikan perjalanan program selari dengan tentatif yang telah disediakan. Oleh itu,saya telah memperoleh pengetahuan bagaimana untuk sentiasa memastikan ketibaan para peserta tepat pada waktunya, serta para Vip jemputan. Saya juga telah ditugaskan untuk mengutip derma bagi Breast Cancer Welfare dalam kalangan pensyarah dan pelajar UKM. Jika sebelum ini saya malu dan segan untuk berkomunikasi dengan orang yang lebih tinggi jawatannnya secara professional namun melalui tugas ini telah melatih saya untuk berani kehadapan dan membina keyakinan diri semasa berkomunikasi kerana komunikasi yang baik mampu meyakinkan mereka daalm menghulurkan sumbangan. Akhirnya, penglibatan dalam menjadi organisasi setiap kelab memerlukan masa yang banyak dan lama. Oleh itu,saya telah belajar bagaimana untuk menguruskan masa dengan baik tanpa menjejaskan pelajaran. Pembahagian masa amatlah penting bagi seorang pelajar seperti saya. Terlalu banyak perkara baru yang telah saya pelajari sepanjang menjadi ahli organisasi MISS ini dan segala pengetahuan baru akan dapat terus digunakan pada masa akan datang. Sekian Terima Kasih.
Similar presentations
© 2025 SlidePlayer.com. Inc.
All rights reserved.