Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Kepelbagaian Pendekatan Linguistik (Modul 2, 4 dan 5)

Similar presentations


Presentation on theme: "Kepelbagaian Pendekatan Linguistik (Modul 2, 4 dan 5)"— Presentation transcript:

1 Kepelbagaian Pendekatan Linguistik (Modul 2, 4 dan 5)
Nota 4: Pertemuan Bersemuka ke-3 BBM5201 Pembangunan Bahasa Melayu Prof. Madya Dr. Adi Yasran Abdul Aziz

2 Kandungan Pengenalan Transformasi generatif Nahu Kasus Nahu Relasional
Penerapan Teori dalam Pembangunan Nahu Melayu

3 Pengenalan Dunia ilmu, termasuk linguistik merupakan kegiatan yang dinamik; berkembang terus sesuai dengan falsafah ilmu itu sendiri yang selalu ingin mencari kebenaran yang hakiki. Perubahan total terjadi dengan lahirnya linguistik transformasi yang mempunyai pendekatan dan cara yang berbeza dengan linguistik struktural.

4 Nahu Transformasi Generatif
Transformasi bermaksud mengubah atau menukar atau menuliskan semula. Generatif bermaksud menerbitkan, iaitu bermula daripada unsur-unsur yang terhad dan kemudian akan bertambah dan berkembang untuk menerbitkan unsur yang lebih besar melalui beberapa proses menurut rumus-rumus tertentu. Dalam konteks ini, menulis semula bentuk struktur ayat asas atau ayat yang asal kepada bentuk struktur yang lain tanpa mengubah atau menghilangkan makna asalnya.

5 Nahu Transformasi Generatif
Mula diperkenalkan pada tahun 1957 oleh pelopornya NoamChomsky melalui bukunya Syntactic Structures. Nahu terdiri daripada set rumus untuk menghasilkan ayat yang tidak terhad jumlahnya. Nahu dibahagikan kepada 3 komponen: sintaksis; semantik; dan fonologi.

6 Nahu Transformasi Generatif
Teori yang dipelopori oleh Noam Chomsky ini bersetuju bahawa manusia dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk berbahasa. Penutur natif berkebolehan untuk membentuk dan memahami pertuturan yang baharu. Daripada kebolehan ini, akan terbentuklah rumus-rumus bahasa secara transformasi yang lengkap berdasarkan bahasa pertama terlebih dahulu. Binaan ayat biasanya mempunyai hubungan erat antara elemen dan menggunakan simbol atau rumus untuk menganalisis nahu. Sesuatu binaan ayat dapat dihuraikan dengan memahami struktur luaran dan struktur dalaman.

7 Nahu Transformasi Generatif
Setiap nahu dari suatu bahasa menurut Noam Chomsky adalah merupakan teori dari bahasa itu sendiri dan nahu itu harus memenuhi dua syarat, iaitu: (1) Ayat yang dihasilkan harus dapat diterima oleh pemakai bahasa tersebut. (2) Nahunya harus dibentuk dengan tidak berdasarkan pada gejala bahasa tertentu saja dan harus sejajar dengan teori linguistik.

8 Nahu Transformasi Generatif
Chomsky membezakan adanya kemampuan (competence) dan perbuatan berbahasa (performance). Kemampuan merupakan pengetahuan yang dimiliki pemakai bahasa mengenai bahasanya sedangkan perbuatan bahasa adalah pemakaian bahasa itu sendiri dalam keadaan yang sebenarnya. Selain sintaksis, nahu transformasi generatif ini boleh dipecahkan lagi kepada fonologi dan semantik generatif.

9 Fonologi Generatif Fonologi generatif adalah sebahagian daripada teori transformasi generatif. Dipopularkan pada tahun 1968 oleh Chomsky dan Halle melalui karya the Sound Pattern of English (SPE). Menganggap struktur bunyi sebagai satu sistem rumus yang mencerminkan kecekapan fonologi penutur natif yang ideal. Tujuan FG ialah menformalisasikan kecekapan fonologi intrinsik seseorang penutur sebagai satu sistem rumus yang bertanggungjawab melahirkan representasi fonetik daripada struktur permukaan sintaksis.

10 Representasi Fonetik Terbahagi kepada 2:
Bersifat idiosinkratik (kebiasaan) senarai representasi leksikal dalam leksikon – representasi dalaman; mengandungi maklumat idiosinkratik tentang sebutan morfem dalam ujaran Ketetapan yang sistematik rumus fonologi dalam komponen fonologi – representasi permukaan; Mengandungi maklumat idiosinkratik serta maklumat yang boleh diramal.

11 Peranan Rumus Fonologi
Menukarkan bentuk dasar dalam representasi dalaman ke bentuk fonetik dalam representasi permukaan. Rumus fonologi bukan sahaja dinyatakan dalam bentuk segmen, tetapi diformalisasikan dalam bentuk fitur distingtif. Proses fonologi terlaksana ke atas sekumpulan segmen yang berada dalam satu kelas alamiah. Misalnya [m, n, , ] berada dalam kelas alamiah [+nasal] Rumus dilaksanakan mengikut aturan rumus.

12 Semantik Generatif Antara tokoh yang mendukung teori ini ialah Lakoff, Postal, McCawly, dan Kiparsky. Mengikut semantik generatif, sudah seharusnya semantik dan sintaksis diselidiki bersama sekali gus kerana kedua-duanya adalah saling berkaitan. Struktur semantik sama seperti struktur logika, iaitu berupa ikatan tidak berkala antara predikat dan seperangkat argumen dalam suatu proposisi (ungkapan yg dapat dipercaya, disangsikan, disangkal, atau dibuktikan benar atau salah).

13 Semantik Generatif Menurut teori semantik generatif, argumen predikat adalah segala sesuatu yang dibicarakan, sedangkan predikat itu semua yang menunjukkan hubungan, perbuatan, sifat,dan keanggotaan. Dalam usaha menjelaskan predikatnya, teori ini berusaha untuk menguraikan lebih jauh sampai diperoleh predikat yang tidak dapat diuraikan lagi, yang disebut predikat inti.

14 Tata Bahasa Kasus Tata bahasa kasus pertama kali dikenalkan oleh Charles J. Fillmore dalam karangannya berjudul “ The Case for Case ” tahun 1968. Dalam karangannya Fillmore membahagi ayat atas (1) modus, yang berupa unsur penafian (tidak/bukan), kala (sedang/belum/sudah), aspek, dan adverba; dan (2) proposisi, yang terdiri dari sebuah kata kerja disertai dengan sejumlah kasus. Yang dimaksud dengan kasus dalam teori ini adalah hubungan antara kata kerja dengan kata nama. Kata kerja sama dengan predikat, sedangkan kata nama sama dengan argumen dalam teori semantik generatif.

15 Tata Bahasa Kasus Maka sebuah kalimat dalam teori ini dirumuskan dalam bentuk: + [--- X,Y,Z ] Tanda --- dipakai untuk menandai posisi kata kerja dalam struktur semantik, sedangkan X,Y,Z adalah argumen yang berkaitan dengan kata kerja / predikat itu yang biasanya diberi label kasus.

16 Tata Bahasa Relasional
Antara tokoh-tokoh aliran ini ialah David M. Perlmutter dan Paul M. Postal yang mengarang Lectures on Relational Grammar (1974), dan “Relational Grammar” dalam Syntax and Semantics Vol.13 (1980). Sama halnya dengan tata bahasa transformasi generatif, tata bahasa relasional juga berusaha mencari kaedah kesemestaan bahasa. Dalam hal ini tata bahasa relasional (TR) menganggap teori-teori nahu transformasi generatif (TG) itu tidak dapat diterapkan pada bahasa-bahasa lain selain bahasa Inggeris.

17 Tata Bahasa Relasional
Menurut teori bahasa relasional, setiap struktur klausa melibatkan tiga macam maujud (entity), iaitu : (a) Seperangkat simpai (nodes ) yang menampilkan elemen-elemen dalam struktur. (b) Seperangkat tanda relasional (relational sign) (c) Seperangkat “coordinates” yang dipakai untuk menunjukkan pada tataran manakah elemen itu menyandang relasi gramatikal.

18 Penerapan Teori dalam Pembangunan Bahasa Melayu
Kebanyakan nahu Melayu ditulis untuk kegunaan umum dan kegunaan di peringkat sekolah. Justeru kajian yang mendalam tentang nahu dengan menggunakan teori-teori tertentu selalunya terhad kepada bidang-bidang yang lebih khusus seperti morfologi, fonologi, sintaksis dan semantik. Secara umumnya, penerapan teori dalam Pembangunan bahasa Melayu ini terbahagi kepada 2 iaitu nahu penuh dan nahu separa.

19 Nahu Penuh Nahu penuh bermaksud huraian nahu yang diperihalkan merangkumi semua aspek kenahuan termasuk fonologi (termasuk morfofonemik), morfologi dan sintaksis. Antara kajian nahu bahasa Melayu yang tergolong dalam nahu penuh termasuklah hasil kajian berikut: 1. Asmah Haji Omar. (2009). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Nik Safiah Karim, Farid Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2008). Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

20 Nahu Penuh 3. Arbak Othman Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise 4. Liaw Yock Fang, Nahu Melayu Moden. Singapura: Pustaka Nasional. 5. Asraf, Petunjuk Bahasa Malaysia Baku KBSM. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

21 Nahu Separa: Fonologi Nahu separa bermaksud huraian nahu yang diperihalkan hanya menyentuh satu aspek kenahuan sahaja. Fonologi: 1. Yunus Maris. 1980, The Malay sound system. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. 2. Farid M. Onn, Aspects of Malay phonology and morphology: A Generatif approach. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 3. Teoh Boon Seong The sound system of Malay revisited. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Zaharani Ahmad. (2005). Phonology-morphology interface in Malay: An Optimality theoretic account. Australian National University:Pacific Linguistics.

22 Nahu Separa: Morfologi
1. Abdullah Hassan, The morphology of Malay. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Abdullah Hassan, Morfologi. Batu Caves: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd  3. Hashim Haji Musa Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu: Suatu Huraian dari Sudut Tatabahasa Generatif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Syed Zainal Ariff Syed Jamaluddin, The Evolution of Malay Affixes. Penang: Penerbit USM. 

23 Nahu Separa: Sintaksis
1. Nik Safiah Karim, The Major Syntactics Structures of Bahasa Malaysia and Their Implications on the Standardisation of the Language. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Mashudi Kadir, The Syntax of Malay Interrogatives. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Ramli Salleh, Fronted Constituent in Malay: Base Structure and Move Alpha in a Configurational non-Indo-European Language. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Rogayah Abdul Razak, The Syntax and Semantics of Quantification in Malay: A Government and Binding Aproach. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

24 Kesimpulan Selain struktural terdapat pelbagai pendekatan dan teori linguistik digunakan bagi menjelaskan fenomena yang berlaku dalam sesuatu bahasa seperti teori transformasi generatif, nahu kasus dan nahu relasional. Namun, berdasarkan kajian yang dilakukan dalam bahasa Melayu, didapati kajian mereka lebih banyak menggunakan kerangka teori sktruktural secara umum dan transformasi generatif.

25 Peperiksaan Akhir Jawab 2 daripada 4 soalan (40 markah). Soalan merangkumi modul 2, 4 dan 5. Skop: Tradisional vs moden Preskriptif vs Deskriptif Pendekatan Struktural Pendekatan Transformasi Generatif Tips: Baca nota dan modul Kaitkan pendekatan di atas dengan pembangunan bahasa Melayu.

26 Semoga berjaya dan mendapat hidayah. Wallahua’lam.
Maaf Zahir Batin. Sekian, terima kasih.


Download ppt "Kepelbagaian Pendekatan Linguistik (Modul 2, 4 dan 5)"

Similar presentations


Ads by Google