Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

PERKENALAN KENDIRI (self-presentation)

Similar presentations


Presentation on theme: "PERKENALAN KENDIRI (self-presentation)"— Presentation transcript:

1 PERKENALAN KENDIRI (self-presentation)
PROF MADYA DR MA’ROF REDZUAN Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan Fakulti Ekologi Manusia, UPM

2 Manusia cuba mengawal impresi orang lain terhadap diri mereka
PERKENALAN KENDIRI Manusia cuba mengawal impresi orang lain terhadap diri mereka

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19 PENGENALAN Manusia ingin kelihatan menarik di mata orang lain.
Manusia bertingkah laku agar dirinya diterima oleh orang lain. Manusia bertindak seperti sumpah-sumpah, mengubah warna dirinya bersesuaian dengan persekitaran. Mengapa demikian: Untuk diterima Menyenangkan hati orang lain Memperolehi ganjaran Memperolehi impresi yang baik daripada orang lain Perkenalan kendiri: tingkah laku seseorang yang bertujuan untuk mempengaruhi impresi orang lain terhadap dirinya. Contoh: semasa temuduga; gagal peperiksaan

20

21

22

23 Face Book: Pengenalan kendiri

24 HIDUP INI SEBAGAI LAKONAN
Pelakon cuba menunjukkan lakonan yang baik kepada penonton – untuk mendapat ganjran Manusia adalah sebagai pelakon – untuk mengawal interaksi dengan orang lain. Manusia cuba mengawal impresi orang lain terhadap dirinya. Manusia cuba memperkenalkan pelbagai identiti kepada orang lain, bersesuaian dengan “skrip”. Pelakon terbaik akan mendapat anugerah

25 Hidup seperti di atas pentas
Erving Goffman: The presentation of self in everyday life. Manusia adalah seperti pelakon drama yang cuba mengembirakan penonton Manusia ingin kelihatan menarik di mata orang lain dengan cara mengemukakan pelbagai identiti (watak) Untuk tujuan itu manusia sanggup menipu, berpura-pura, memanipulasi etc. untuk kelihatan menarik Kesemua ini bertujuan untuk memperolehi impresi yang positif daripada orang lain.

26

27

28 Penerimaan kendiri yang diperkenalkan
Manusia mendakwa sesuatu kendiri yang cuba diperkenalkan seharusnya diterima oleh orang lain Kendiri yang diperkenalkan harus dipersetujui oleh orang lain (adanya konsensus/sepersetujuan) Namun tidak semestinya begitu – kadang kala ditolak (tiadanya persetujuan) Kadang kala kendiri tersebut dicabar. Sekiranya tidak dapat mempertahankan cabaran, kemungkinan seseorang itu akan merasa malu. Ini membawa kepada tindakan penyelamatan air muka.

29

30 Perundingan untuk identiti
Identiti yang diperkenalkan tidak semestinya terus diterima (ditolak), malahan orang lain cuba memberikan identiti lain (tertentu) kepada kita. Di sini berlaku “perundingan” untuk identiti yang diperkenalkan itu. Sehingga identiti yang diperkenalkan itu diterima/dipersetujui maka barulah interaksi berjalan lancar. Sekiranya “rundingan” gagal maka interaksi mengalami masalah.

31

32 KLASIFIKASI TINGKAH LAKU PERKENALAN KENDIRI
Pelbagai cara/kaedah manusia cuba memperkenalkan kendirinya. Apa yang kita laku/ucapkan, pakaian kita, kawan, pemilikan kita adalah mengkomunikasikan tentang siapa kita (verbal dan nonverbal). Kaedah digunakan bergantung kepada keperluan manusia. Kategori: Asertif: memperkenalkan secara aktif Defensif: melindungi kendiri yang negatif Berktaktik: untuk jangka pendek Berstrategik: untuk jangka panjang

33 A. TAKTIK PERKENALAN KENDIRI ASERTIF
Perkenalkan kendiri secara tegas, untuk tujuan jangka pendek. Bertujuan memperolehi ganjaran segera. Untuk membangkitkan emosi orang lain – supaya disukai, dihormati, diberi simpati.

34 i. Taktik bermuka-muka Cuba menonjolkan kendiri dengan cara memberikan gambaran yang baik tentang dirinya sendiri dan/atau orang lain. Tujuannya: memperolehi ganjaran (naik pangkat, dapat kerja etc.) Bahaya: kemungkinan disedari oleh orang lain tentang gambaran itu tidak benar.

35 a. Melebih-lebihkan diri sendiri
Mengemuka/menunjukkan sifat-sifat diri (rajin, pandai etc) yang boleh menarik orang lain. Bermuka-muka dengan bakal ibu mertua, bos etc. Beza dengan tingkah laku membesar-besarkan diri (cakap besar, sombong dengan kendirinya).

36

37 b. Melebih-lebihkan diri orang lain
Dengan cara memuji orang lain – menyebut nama orang lain. Menyokong kendiri orang lain Tetapi jika pujian dipersepsi sebagai tidak benar, boleh menimbulkan kesan sebaliknya

38 c. Pengakuran terhadap pendapat orang lain
Bersetuju dengan sikap, nilai, dan pendapat orang lain. Yes Man. Berpura-pura akur. Digunakan oleh seseorang yang bergantung kepada orang lain (untuk naik pangkat, tidak dihukum etc.)

39 d. Berbuat baik Membantu orang lain
Berdasarkan kepada prinsip “pertukaran sosial” Digunakan untuk mempengaruhi tindakan orang lain. Contoh: digunakan oleh ahli politik untuk meraih undi pengundi.

40

41 ii. Ugutan Pada Orang Lain
Menggambarkan dirinya kepada orang lain sebagai orang yang digeruni/berbahaya. Disertai dengan ancaman fizikal dan lisan.

42

43 iii. Rayuan Terhadap Orang Lain
Menggambarkan diri sebagai seorang yang lemah; bertujuan mendapatkan belas kasihan daripada orang lain. Orang yang lemah boleh memperolehi faedah. Rayuan yang berjaya: kegagalan/masalah yang dihadapi bukan akibat diri sendiri (dalaman), tetapi di luar kawalan (luaran)

44 iv. Promosi Diri Sendiri
Menggambarkan diri sebagai mempunyai identiti yang cekap. Beza dengan tindakan bermuka-muka (melebihkan kendiri). Promosi diri – mahukan penghormatan pada kebolehan mereka Melebih-lebihkan diri – mahukan orang lain menyukai dirinya. Promosi diri – mencapai objektif segera.

45

46 a. Mendapatkan hak Mendakwa nama baik yang telah diperolehi.
Contoh: mendakwa penemuan Lebih berkesan sekiranya orang lain yang mendakwa untuknya.

47 b. Melebih-lebihkan diri sendiri
Memperlihatkan bahawa dirinya adalah lebih berkesan, berkemahiran etc apabila berjaya melepasi cabaran. Apabila berjaya dalam ujian, menyatakan bahawa ujian tersebut betul, sukar, payah sah – tujuan untuk meningkatkan kendirinya. Kalau tidak berjaya – kata sebaliknya

48 c. Mengidentifikasikan diri
Cuba mengaitkan diri dengan sesuatu nama baik (kelompok, gelaran etc) Menggunakan prinsip “perkaitan” Untuk memberikan impresi positif kepada orang lain. Tujuan: untuk dihormati, disukai, memperolehi ganjaran.

49

50 d. Memburuk-burukkan orang lain
Melebihkan indentiti diri dengan memburukan orang lain. Penilaian negatif pada kelompok lawan. Ahli politik memburukan parti lawan di mata pengundi.

51 Percontohan Mendapatkan sanjungan dan penghormatan dengan menggambarkan ciri-ciri positif yang boleh dijadikan contoh. Peranan-peranan sosial membawa bersamanya percontohan; peranan ibu-bapa positif menjadi contoh kepada anak-anak.

52 TAKTIK PERKENALAN KENDIRI DEFENSIF
Mempertahankan kendirinya sekiranya dinafikan atau dipersoalkan oleh orang lain Bertujuan mengembalikan identiti yang rosak. Identiti yang rosak boleh menyebabkan seseorang itu merasa malu – fakta-fakta mengancam/merendahkan kendiri Dengan cuba menyelamatkan air muka yang telah rosak itu.

53 Alasan Sigmund Freud: mekanisma bela diri
Alasan: penerangan yang digunakan untuk menyakinkan orang lain bahwa dirinya tidak bertanggung jawab pada apa yang telah berlaku atau yang dilakukan. Gagal periksa: soalan yang tidak diajar keluar. Dua jenis alasan: Menafikan niat secara sengaja menimbulkan kesan negatif Mendakwa kurangnya kuasa kawalan terhadap tingkah laku tertentu. Bentuk alasan: hilang kuasa kawalan fizikal dan psikologikal Manusia memberi alasan untuk lari daripada memikul tanggung jawab.

54 Justifikasi Memberikan wajaran ke atas apa yang dilakukan sehingga menyebabkan identitinya rosak. Wajaran / alasan diberikan untuk menutupi/memperbaiki kendirinya yang rosak itu. Tujuan menggurangkan kejanggalan dan kurangkan reaksi negatif orang lain terhadap diri. Kerjaaan naikkan cukai – justifikasinya untuk memperbaiki kemudahan awam.

55 Penyangkalan Alasan dan justifikasi yang diberikan terlebih dahulu sebelum sesuatu kejanggalan berlaku. Memberi tahu terlebih dahulu bahawa sesuatu yang negatif boleh berlaku sebelum sesuatu dilakukan; dan apabila ianya berlaku dirinya tidak boleh dipersalahkan. Sebelum belajar program A, beritahu ibubapa program A sukar. Agar kalau gagal nanti ianya tidak dipersalahkan. Membendung impresi negatif sebelum ianya dialami.

56 Tingkah laku penghalang kendiri
Ada manusia yang sengaja menjadikan matlamat sukar untuk dicapai. Manusia sengaja mewujudkan halangan-halangan dalam mencapai kejayaan. Mengapa? Khuatir tidak mampu capai kejayaan. Dengan mewujudkan halangan, maka kalau gagal, akan menyalahkan halangan tersebut yang menyebabkan kegagalan. Kalau berjaya, kendiri akan semakin bertambah tinggi kerana berjaya dengan adanya halangan.

57 Permintaan maaf Apabila manusia tidak mampu lari daripada tingkah laku yang tidak diingini. Tujuan untuk mengurankan reaksi negatif orang lain. Bentuk: Penerimaan ke atas tanggungjawab dan kesalahan yang tekah dilakukan Satu tawaran untuk memperbaiki tindakan salah yang telah dilakukan Satu janji untuk bertingkah laku baik di masa akan datang.

58 STRATEGI PERKENALAN KENDIRI ASERTIF
Taktif perkenalan kendiri asertif adalah untuk kegunaan jangka pendek. Untuk perkenalan kendiri jangka panjang, gunakan strategi perkenalan kendiri. Ia melibatkan “pembinaan kendiri”. Memberikan fokus kepada pembinaan sesuatu nama baik untuk identiti yang tahan lama. Strategi ini ialah dengan membina ciri-ciri positif pada diri seseorang- ciri-ciri tahan lama, yang dikenali oleh orang lain sepanjang waktu.

59 Jenis-jenis Kebolehan: kemukakan kebolehan dalam pelbagai aspek yang positif. Daya tarikan: kelihatan menarik dari segi fizikal, sosial pada orang lain Pendedahan kendiri: maklumat diri yang diberitahu kepada orang lain Status dan martabat: memperkenalkan status dan martabat kepada orang lain demi memperolehi penghormatan.

60 STRATEGI PERKENALAN KENDIRI DEFENSIF
Cuba melindungi kendiri yang negatif daripada dibenci oleh orang lain. Agar orang lain tidak memandang negatif terhadap kendirinya.

61

62 Penggunaan alasan patologi
Patologi – penyakit Alasan patologi – penggunaan strategi untuk mengelakkan diri daripada dianggap sebagai bertanggungjawab pada tingkah laku negatif. Tanda-tanda alasan patologi: Kekerapan alasan Alasan diberikan keterlaluan Alasan itu akhirnya boleh menyebabkan seseorang membentuk skema kendiri selari dengan alasan itu.

63 Penghalangan kendiri strategik
Seseorang secara sengaja menghalang kendirinya untuk melakukan sesuatu tanggungjawab. Agar kendirinya dapat dipertahankan akibat tidak melakukan tangungjawab itu . Di antara penghalangan kendiri: Penagihan alkohol dan dadah Kebimbangan ujian Hipokondrias.

64 PERBEZAAN INDIVIDU DALAM PERKENALAN KENDIRI
Manusia berbeza-beza dalam cara dan keperluan dalam perkenalan kendiri. Keperluan dan cara adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor: Keperluan bergabung dan diterima Pengawasan kendiri Machiavellianisme Kesedaran kendiri awam

65 RUMUSAN Manusia adalah seperti haiwan sumpah-sumpah.
Hidup manusia adalah berdasarkan “skrip”, berlakun mengikut situasi dan keadaan. Manusia cuba mengawal impresi orang lain terhadap dirinya. Manusia ingin kelihatan menarik di mata orang lain. Manusia menggunakan berbagai-bagai kaedah dalam memperlihatkan diri mereka pada mata orang lain untuk tujuan-tujuan tertentu.


Download ppt "PERKENALAN KENDIRI (self-presentation)"

Similar presentations


Ads by Google