Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

EDU 5814 abma@educ.upm.edu.my Etika Pengurusan Pendidikan Dr.Abdul Rahman Md Aroff Profesor Emeritus.

Similar presentations


Presentation on theme: "EDU 5814 abma@educ.upm.edu.my Etika Pengurusan Pendidikan Dr.Abdul Rahman Md Aroff Profesor Emeritus."— Presentation transcript:

1 EDU 5814 abma@educ.upm.edu.my
Etika Pengurusan Pendidikan Dr.Abdul Rahman Md Aroff Profesor Emeritus

2 Kandungan Kursus 15 Sep : Memprofesionalkan dan profesionalisme pentadbir pendidikan (pp) 22 Sep : Mengapa etika penting dalam pentadbiran pendidikan 29 Sep : Tatasusila profesion dan undang-undang 6 Okt : Tanggungjawab moral sekolah dan akauntabiliti pp 13 Okt : Agensi moral pp 20 Okt : Peperiksaan Pertengahan Sem 3 Nov : Kemoralan sosial, keperibadian mulia dan gaya kepemimpinan pp 10 Nov : Utilitarianisme, egoisme dan gaya kepemimpinan pp 17 Nov : Eksistentialisme, Kantianisme dan gaya kepemimpinan pp 24 Nov : Pp yang matang dari segi moral 1 Dis : Penyelesaian konflik moral 8 Dis : Kajian kes 12 Dis : Kajian kes 22 Dis : Peperiksaan Akhir

3 tugasan Perihalkan 5 situasi (berkaitan peraturan, undang-undang, dasar, arahan, atau keputusan atau tindak tanduk pengurus pendidikan) di dalam sekolah yang nampaknya boleh dipertikaikan dari sudut etika. Mengapakah anda berpendapat sedemikian? ~ Tugasan ini boleh dibuat secara individu atau dalam kumpulan yang tidak melebihi tiga (3) orang ~ Tugasan ini terdiri daripada 1,500 – 2,000 perkataan ~Tugasan ini hendaklah diserahkan kepada saya pada atau sebelum 1 Disember 2012.

4 Mempertingkatkan ketrampilan pengetahuan dan kepakaran teknikal serta penghasilan teknologi baru
Kebolehan akademik yang tinggi dan jangka waktu pendidikan dan latihan yang mencukupi Autonomous, bebas dan berautoriti atau berwibawa dalam membuat keputusan dan melaksanakan kerja Sosioekonomi berstatus elit Atribut Profesion Kewujudan prinsip perkhidmatan berasaskan keuggulan tertentu Penyelenggaraan piawai untuk memastikan proses tugas dan kerja yang bermutu Kewujudan pengakuan awam dan legal tentang status profesional Kewujudan organisasi atau agensi bagi mewakili profesion

5 “attributes concept” of a “profession”
Elite socio-economic status The existence of high academic ability and a long period of education and training The existence of a corpus of theoretical and specialized knowledge The autonomy to conduct its affairs The promotion and maintenance of standards to ensure quality The existence of an organized professional association Legal and public recognition of its professional status The existence of a service principle based on the ideal of collective altruism

6 the MORAL PRAISEWORTHINESS of the occupation

7 The ethical basis of educational management

8 Pemberian status profesion kepada sesuatu pekerjaan boleh diluluskan jika terdapat moral praiseworthiness pada pekerjaan itu; dan sesungguhnya munasabah ditegaskan bahawa mendidik itu suatu pekerjaan yang patut dipuji dari segi moral. Ini kerana: Adalah amanah dan obligasi pendidik memastikan pelajar diberi equal treatment setelah penjaga mematuhi equal surrender Terdapat kepercayaan bahawa, di bawah jagaan pendidiknya, pelajar akan selamat daripada kemudaratan fizikal dan mental Character is destiny - pendidik berpengaruh dalam membentuk karakter anak didik mereka

9 The quality of practice describing
PROFESSIONALISM The quality of practice describing PROFESSIONALIZATION conduct within an occupation -how The process by which an members integrate their obligations occupation becomes a with their knowledge and skill in a profession and the changes context of collegiality and contractual in status that are implicit in that and ethical relation with client process Is the professional (in the status sense) behaving as a professional should (in the sense of practice and its standards)?

10 Tema Hari Guru 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan 2001
Memertabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama

11 Mengapa Etika Penting? Institusi pendidikan adalah institusi moral, dan pendidikan tidak boleh dipisahkan daripada pertimbangan nilai yang terdapat dalam hampir setiap tindakan dan keputusan pentadbiran serta dasar pendidikan dan organisasi. Pendidikan bermatlamat menyediakan murid untuk mengambil peranan dan tanggungjawab kewarganegaraan dalam masyarakat demokratik.

12 Mengapa Etika Penting? Conceptual Analysis: Education cannot be separated from judgments of values; Schooling is moral education. Moral considerations are imbedded in practically every administrative action, decision, and in organizational and education policies within the institution. Goal: To prepare students to assume the roles and responsibilities of citizenship in a democratic society

13 Mengapa Etika Penting? Kanak-kanak mempunyai sedikit pilihan tentang sama ada mahu belajar atau di mana mereka belajar, dan mempunyai suara yang kecil dalam menentukan kualiti, kandungan atau objektif kurikulum yang mereka mengalami sebagai murid. Aktiviti pendidikan ada kesannya ke atas masyarakat, oleh itu pendidik, kerana bertanggungjawab terhadap proses dan hasil persekolahan, mempunyai obligasi moral terhadap masyarakat.

14 Mengapa Etika Penting? The Students: Most have little choice about whether or where they learn and have small voice in determining either the quality, content or purpose of the curriculum they experience in their role as students. Society: The activities of educational institutions have consequences for society, therefore, educators being responsible for the processes and outcomes of schooling is also obliged to the larger community.

15 Rata-rata, pendidik mengalami dilema (isu atau konflik) moral setiap hari semasa mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing; dan kerap kali mereka berasa hampa apabila berhadapan dengan dilema itu

16 Moral considerations are embedded in practically every administrative action and decision, as well as in organizational and education policies within the institution Educational administrators experience ethical dilemmas on a daily basis as they perform the duties and responsibilities of their office, and that they often experience frustration and conflict in resolving and managing these dilemmas

17 “…the ‘roots’ of academic leadership is about connecting people morally to each other and to teir work” (Sergiovanni, 1994)

18 Individuals will ignore ethics if “they see major breaches” of, for example, codes of conduct “routinely ignored by the management” (Whitton, 2001) “Leaders must be the center of gravity in developing and sustaining a culture of integrity (ethics)… Leaders must be the first to step up and serve as the personal exemplar of integrity… from which subordinates learn” (Jacocks & Bowman, 2012)

19 Dilemmas of choice rooted in fundamental ethical principles of conduct
School principals experience ethical dilemmas on a daily basis as they perform their duties and responsibilities, and they often experience frustration and conflict in resolving and managing these dilemmas. Types of Ethical Dilemmas Experienced by School Principals Dilemmas of choice among competing standards of good practice rooted within the profession of education Dilemmas associated with the implementation or consequences of decisions attendant to an ethically preferred choice among alternative courses of action Dilemmas of choice associated with conflicts between system-level organizational rules or policies and consideration at the institution-level Dilemmas which stem from idiosyncratic beliefs or concerns of individual educators regarding the consequences of their actions and decisions Dilemmas of choice rooted in fundamental ethical principles of conduct Other dilemmas – matters related to teachers’ work; morality of pupils’ behaviour regarding school and work; common rules in school; and rights of minority groups

20 Agen Moral ~ is a moral exemplar ~ is devoted to standards of best practice and conditions of competence to be maintained and promoted

21 Agen Moral ~ has a special responsibility to be a conscientious moral actor, to deliberately make decisions and take actions in a distinctly moral manner ~ reflects upon and considers the moral consequences of his decisions, actions, as well as the policies and practices of his institution

22 Agen Moral ~ has the capacity to reflect successfully on conflicting matters (problem-setter), i.e. developed informed and responsible judgments, and choose the best among defensible options (problem- solver)

23 Undang-undang dan Kemoralan Pendidik
~Legal issues about teacher morality centre on two statutes: * the denial or withdrawal of certificates from individuals who are deemed not to be persons of good character * teachers may be discharged for immorality ~Two crucial points about the enforcement of the above statutes * teachers may not be discharged for exercising their constitutional rights (privacy, civil liberties) * teachers may have significant rights of due process that must be respected in attempts to pursue a charge of immorality (extensive hearing on the matter)

24 The law deals mainly with:
Sexual misconduct involving students Physical abuse of students Habitual public drunkenness and drug use Felony convictions

25 the LAW fails to deal with all matters pertaining to teaching, namely:
Standards that are to govern the characteristic activities of teaching ~ intellectual activity or freedom ~ intellectual honesty, tolerance or respect for appropriate diversity ~ due process in such matters as discipline and grading, fairness in punishment and equity in the distribution of educational resources such as the teacher’s time Ways that respect the values and mores internal to subject matter Connect the characteristics and behaviour of educators with the aims and objectives of education

26 Menjunjung nilai terbatin dalam isi pelajaran
Tindakan UNDANG-UNDANG sukar diambil ke atas perkara berkaitan dengan pengajaran. Menjunjung nilai terbatin dalam isi pelajaran Hubungan antara watak dan tingkah laku pendidik dengan matlamat pendidikan Standard yang mengawal aktiviti- aktiviti pengajaran

27 Model Tanggungjawab Moral Sekolah
Bureaucratic : guru hendaklah menangani tujuan dan matlamat yang ditentukan oleh kepentingan-kepentingan agensi (khususnya pihak kerajaan dan industri) di luar sekolah, iaitu sekolah diwujudkan untuk memberi perkhidmatan kepada keperluan industri, dan mungkin lebih utama adalah untuk perkembangan dan kemajuan negara serta keutuhan pihak pemerintah. Professional : guru mesti memiliki kepakaran pada tahap yang tinggi yang berasaskan pengetahuan khusus. Untuk memperoleh pengetahuan itu guru perlu dididik dan dilatih secara rigorous. Guru itu juga adalah seorang yang cerdas dan sanggup berkorban. Justeru, guru patut diberi status dan ganjaran seperti profesional lain. Fairness : guru hendaklah mengenal pasti serta mengembangkan bakat murid, dan sekolah membantu dalam memastikan bahawa pendapatan dan status diagihkan (dalam kalangan lepasan sekolah) atas asas kebolehan dan motivasi. Dengan jaminan kesaksamaan peluang, kepincangan pasaran kapitalisme dapat diperbetulkan.

28 hakikat tentang tanggungjawab moral sekolah
birokrasi > profesional/fairness

29 ETIKA KERJA KPM PENDAHULUAN: Matlamat mewujudkan sisitem pendidikan bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini ialah tanggungjawab semua warga KPM. Justeru, satu etika kerja yang mantap perlu diamalkan untuk memastikan warga KPM mempunyai sifat-sifat luhur, bertanggungjawab dan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing masing. TAKRIF ETIKA KERJA Etika kerja ialah panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap keluarga KPM berlandaskan nilai-nilai akhlak mulia. PENUTUP Etika kerja KPM hendaklah diamalkan oleh semua lapisan warga KPM dengan diterajui oleh pihak pemimpin. Setiap warga KPM hendaklah bertekad dan berusaha mempertingkatkan kualiti peribadi dan profesion. Mudah-mudahan setiap kerja yang dilaksanakan mendapat keredaan Allah Subhanahu Wa Ta’aala dan diterima sebagai ibadah.

30 OBJEKTIK ETIKA KERJA KPM
Menanamkan sikap positif dan menghapuskan sikap negatif dalam melaksanakan tugas- tugas yang diamalkan bagi mempertingkatkan kualiti kerja; Meningkatkan disiplin diri bagi menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan organisasi; dan Memberikan sumbangan positif yang berterusan kepada negara.

31 PRINSIP ETIKA KERJA KPM
Niat Yang Betul: Melaksanakan pekerjaan dengan niat yang betul adalah penting dan dituntut oleh agama, selari dengan landasan berikut: * memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara, misi, matlamat dan objektif KPM; * ikhlas menyempurnakan tanggungjawab terhadap agama dan negara; * memberikan sumbangan bermutu; dan * sentiasa memperbaharui niat untuk kebaikan.

32 PRINSIP ETIKA KERJA KPM
Perlakuan Yang Baik: Melakukan tugas dengan sempurna merupakan tanggungjawab warga pendidikan ke arah mencapai hasil yang berkualiti di samping memperbaiki imej organisasi. Oleh itu, warga KPM perlu: * menunjukkan penampilan diri, pertuturan dan perbuatan yang terbaik sepanjang masa; * memberikan kepuasan kepada pelanggan; dan * menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi.

33 PRINSIP ETIKA KERJA KPM
Penggerak Ke Arah Kebaikan: Setiap warga KPM hendaklah menjadi penggerak ke arah kebaikan. Justeru, seluruh warga KPM hendaklah: * menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, maju berdaya saing dan dapat mendorong seseorang melakukan kebaikan; * berusaha agar hasil kerja dan amalan dapat menonjolkan ciri-ciri kecemerlangan dan ketinggian kualiti yang boleh menjadi sumber inspirasi kepada rakan sejawat; dan * sentiasa berusaha menjadi pekerja yang terbaik.

34 PRINSIP ETIKA KERJA KPM
Memperkotakan Apa Yang Dikatakan: Kita hendaklah sentiasa berusaha melaksanakan apa yang dikatakan. Justeru, setiap warga KPM hendaklah: * sentiasa menunjukkan ketekalan dalam tanggapan, pengucapan dan tindakan, sama ada terhadap diri sendiri atau orang lain; * apa yang dibuat mesti sesuai dengan apa yang diucapkan; dan * sentiasa menepati apa yang dinyatakan dalam piagam pelanggan.

35 PRINSIP ETIKA KERJA KPM
Berdisiplin Dan Beradab: Aktiviti yang berperaturan, mulia, berdisiplin dan beradab adalah penting ke arah melahirkan warga KPM yang cemerlang. Justeru, setiap warga KPM hendaklah sentiasa: * menjaga adab sopan seperti yang terdapat dalam ajaran agama; * mematuhi peraturan dan arahan perkhidmatan; dan * berpandukan prosedur dan kaedah yang sesuai dan betul.

36 NILAI UTAMA DALAM ETIKA KERJA KPM
Walaupun terdapat banyak nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika Kerja KPM. Nilai-nilai itu adalah: Amanah Benar Bijaksana Bersyukur Dedikasi Ikhlas Penyayang

37 AMANAH Sifat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. Antara amalan “amanah” adalah: Sentiasa menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab, tanpa menyeleweng dan cuai; Bersikap jujur dan setia kepada organisasi tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan; Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dan menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan dan tidak menggunakan masa pejabat untuk urusan peribadi; Berdisiplin dan mengawal diri dan tidak melakukan sesuatu yang boleh menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap dirinya; dan Bertanggungjawab melaporkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

38 BENAR Benar pada niat dan perbuatan, contohnya:
Mempunyai niat yang baik dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan, tanpa niat yang tersembunyi ataupun mengharapkan balasan: Bercakap benar dan menepati janji, tidak bercakap bohong dan mungkir janji; Bersedia untuk mempelajari atau menerima nasihat orang lain dengan tidak bersikap sombong atau angkuh; Memberikan atau menerima arahan yang jelas dan tepat dan tidak mengelirukan; dan Rela berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran untuk kejayaan bersama.

39 BIJAKSANA Menggunakan pemikiran dengan bijaksana dalam membuat keputusan dan tindakan sesuai dengan masa serta keadaan, seperti: Menggunakan seluruh potensi, keupayaan dan kepakaran untuk menjayakan sesuatu tugas dengan cemerlang dan tidak mengambil jalan mudah; Sentiasa berusaha menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti; Mempunyai fikiran yang rasional dan pertimbangan yang saksama dalam meyelesaikan sesuatu masalah tanpa mengikut perasaan dan emosi; dan Sentiasa mempertingkatkan ilmu, kepakaran dan profesionalisme.

40 BERSYUKUR Perasaan dan perlakuan yang menghargai nikmat dan pemberian yang diterima, antaranya: Sentiasa menghargai anugerah dan nikmat yang diterima tanpa menganggap kejayaan sebagai hak; Bersedia memberikan pengiktirafan kepada mereka yang berjaya tanpa sebarang prasangka, berdendam atau menabur fitnah; Tenang menghadapi masalah dan reda menerima ketetapan, kegagalan dan ujian serta tidak boleh putus asa; dan Berpuas hati dengan nikmat yang diperoleh seperti ganjaran yang diterima dan kemudahan yang disediakan.

41 DEDIKASI Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga secara berterusan dalam menghasilkan kerja yang berkualiti, contohnya: Bekerja tanpa rasa jemu dan bosan serta bersedia untuk menerima tugas dengan tidak mencari helah; Sanggup berkorban masa dan tenaga demi kepentingan perkhidmatan; Tekun dan rajin serta bersikap positif dalam melaksanakan tugas dan memastikan hasil kerja sentiasa berkualiti; Menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sabar, teliti dan ceria, tidak cuai atau merungut; dan Cergas dan pantas bekerja dan hasilnya menepati kehendak organisasi.

42 IKHLAS Berhati suci dalam menunaikan tanggungjawab untuk menghasilkan kerja yang terbaik tanpa mengharapkan ganjaran, antaranya: Menerima tanggungjawab dengan rela dan hati yang suci, tidak berpura-pura atau mengelak daripada tanggungjawab; Menjalankan tugas semata-mata untuk mencapai matlamat organisasi, bukan kerana pangkat, kedudukan atau mendapat perhatian orang lain; Memberikan layanan yang baik, tanpa mengira pangkat, status atau kedudukan dan tidak bersikap pilih kasih; bersedia menerima teguran dan kritikan dengan hati dan fikiran yang terbuka; dan Saling hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa sebarang kepentingan.

43 PENYAYANG Perasaan dan perlakuan yang menunjukkan sikap memahami, menghargai dan mengambil berat, seperti: Bersifat pemaaf dan penyayang, tidak berdendam, sombong dan suka meninggi diri; Menganggap setiap orang mempunyai harga diri yang perlu dihormati tanpa sebarang prasangka buruk; Bersifat bertimbang rasa dan suka mengambil berat dalam melaksanakan tugas; Menjadikan organisasi sebagai sebuah keluarga besar yang penuh kemesraan; dan Bersifat simpati dan empati dalam menjalankan tugas seharian.

44 Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia
Catitan: Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila ini ialah orang yang menyibarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan.

45 Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia
Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-Prinsip Rukunegara. Melaui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima Tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya.

46 Tanggungjawab Terhadap Pelajar
Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam matapelajaran- matapelajaran yang diajar dibilik darjah tanpa sebarang bayaran. Menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat meberikan contoh yang baik kepada pelajar. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadhiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

47 Tanggungjawab Terhadap Ibubapa
1. Menghormati tanggungjawab utama ibubapa terhadap anak-anak mereka. 2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat diantara institusi pendidikan dengan rumahtangga. 3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibubapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Memberikan maklumat kepada ibubapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibubapa secara teliti dan bijaksana. 5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibubapa pelajar. 6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibubapa atau penjaga mereka.

48 Tanggungjawab Terhadapa Masyarakat Dan Negara
Mengelakkan diri dari menyibarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, atau pun yang bertentangan dengan Rukunegara. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibubapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan, dan kecendikiawanan masyarakat. Berpegang kepada tingkahlaku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

49 Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat Dan Profesion Perguruan
Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibubapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh- sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharu dalam profesion perguruan. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

50 IPT


Download ppt "EDU 5814 abma@educ.upm.edu.my Etika Pengurusan Pendidikan Dr.Abdul Rahman Md Aroff Profesor Emeritus."

Similar presentations


Ads by Google