Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
1
TARIKAN ANTARA PERSEORANGAN
PROF MADYA DR. MA’ROF REDZUAN Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia
2
PENGENALAN Manusia adalah haiwan sosial – ingin berdampingan dengan orang lain. Perhubungan antara manusia didasari oleh daya tarikan. Apakah tarikan yang menyebabkan kita berdampingan dengan orang lain (menjadi kekasih, kawan etc). Faktor-faktornya datang daripada diri orang yang kita tertarik, dan juga dari diri kita sendiri
3
Apakah faktor yang menyebabkan seseorang itu
Tertarik terhadap orang lain?
4
PERINGKAT PERHUBUNGAN
Bagaimanakah sebelum terjadinya perhubungan yang intim? Levinger menyatakan terdapat tiga peringkat Pertama: peringkat kesedaran Kedua: peringkat kontak permukaan Ketiga: peringkat saling membalas.
5
Peringkat ini diperkembangkan:
Peringkat saling tarikan Peringkat pembentukan hubungan Peringkat penerusan Peringkat pemburukan Peringkat penamatan RUJUK RAJAH 9.1
7
KONSEP TARIKAN SOSIAL Penilaian cara yang positif pada orang lain (tertarik terhadap orang lain). Merupakan penilaian, dan penilaian ini dalam bentuk positif (menyukai) Lihat Rajah 9.2 Faktor tarikan antara perseorangan: Faktor persekitaran Faktor diri sendiri Faktor orang lain
9
FAKTOR KEDEKATAN FIZIKAL
Faktor di luar daripada diri individu. Tarikan diasaskan oleh kedekatan fizikal. Kedekatan fizikal membolehkan antara manusia bertemu. Kedekatan fizikal membolehkan kekerapan kontak/pendedahan berlaku. Kekerapan pendedahan menyebabkan tarikan positif.
10
Kedekatan penentu tarikan awal
Kedekatan menyebabkan interaksi menjadi kerap – dan kekerapan interaksi boleh mempengaruhi pengetahuan dan perasaan kita. Sebab itu orang yang menjadi kawan rapat ialah mereka yag dekat dengan kita – kawan sekerja etc Kedekatan ada kaitan dengan jarak fungsional – jarak yang punyai fungsi untuk membolehkan kita berkontak dengan seseorang (secara bersemuka). Dengan demikian persekitaran memainkan peranan penting dalam membawa kontak bersemuka – taman permainan, rekabentuk rumah pangsa, tempat pejalan kaki etc.
11
Kedekatan fizikal dan pendedahan berulang-ulang
Kedekatan fizikal membolehkan pendedahan berulang-ulang. Pendedahan yang berulang-ulang terhadap rangsangan menyebab seseorang menyukai rangsangan. Ini dikenali sebagai hanya kesan pendedahan. Contoh: pelakon yang sering didedahkan; calon pilihan raya menampal banyak poster;iklan tv etc.
12
PERASAAN DAN TARIKAN ANTARA PERSEORANGAN
Emosi boleh membawa kepada perasaan tarikan terhadap orang lain. Emosi gembira menyebabkan kita lebih tertarik kepada orang lain berbanding apabila emosi negatif. Kajian: suhu panas menyebabkan responden tidak menyukai orang disekelilingnya, berbanding apabila suhu bilik nyaman. Orang yang gembira (mendapat gred baik etc) cenderung menyukai orang lain.
14
KEPERLUAN BERDAMPING Manusia adalah berbeza-beza dari segi keperluan untuk berdamping (bersama dengan orang lain). Begitu juga seseorang itu berbeza-beza masa dalam memerlukan orang lain bersamannya.
16
Perbezaan individu dan keperluan berdamping
Berbeza mengikut manusia – apabila keperluan berdamping tinggi,ini bermakna keperluan untuk kebebasan (autonomi) terpaksa dikorbankan (keduanya mungkin berkonfik). Mereka yang mempunyai keperluan berdamping tinggi cuba mengekalkan hubungan dengan orang lain.
17
Penentu situasi keperluan berdamping
Keadaan bagaimana manusia memerlukan orang lain? Dalam keadaan takut/sedih - kerana memberi peluang untuk meluahkan perasaan – cuba membuat perbandingan sosial dengan orang lain, dan untuk mencari jalan penyelesaian melalui orang lain. Kes kemalangan. Apabila keadaan memalukan, manusia lebih suka bersendirian.
19
Kesunyian Kesunyian tidak bermaksud seseorang tidak bersama dengan orang lain. Manusia boleh berasa sunyi ketika berada dalam kumpulan orang ramai. Bezakan konsep kesunyian dengan konsep bersendirian. Bersendirian – tanpa orang lain hadir bersama. Kesunyian – perasaan tidak puas hati dengan kualiti perhubungan dengan orang lain – perbezaan antara hubungan yang diharapkan dengan apa yang sebenarnya berlaku (kualiti). Kesunyian sosial – merasa kawannya sedikit, so ingin ramai kawan. Kesunyian emosi – merasa hubungan antara kawan tidak mendalam (kualiti hubungan) Perasaan sunyi dikaitkan dengan unsur psikologi seperti malu, bosan, murung, keperluan berdampingan yang rendah etc.
26
FAKTOR DARIPADA ORANG LAIN
Sifat dan ciri orang lain yang menyebabkan seseorang itu tertarik. Di antaranya – ciri-ciri fizikal, persamaan sikap etc.
27
Daya Tarikan Fizikal Di antara faktor terpenting – ciri-ciri fizikal orang lain yang menarik. Kes: adakah anda suka pada kawan, kekasih anda kerana paras wajahnya? Pernahkah anda ke Muzium Kecantikan di Melaka? Piawaian kecantikan berbeza ikut masyarakat dan juga ikut masa. Apakah ciri-ciri fizikal yang dianggap menarik dalam masyarakat kita – bagi perempuan dan bagi lelaki? Bagaimana fenomena ini telah dieksploit oleh pengeluar alat/makanan untuk kencantikan.
28
Manakah yang paling menarik?
29
Why men dress women’s dress
30
Is beauty subjective?
31
The subjective of beauty
35
The effects of physical attractiveness on the reactions of others
Benefits of being attractive Costs of being unattractive Get more dates Perceived as successful Seen as emotionally stable Receive better grdes in school Receive higher starting salary Less likely to be found guilty in jury trials Believed to be happier that=n otherr people Beieved as childreb to be more intelligent than other children Believed to have more socially desirable personalities Has fewer dates Has fewer friends Seen as more maladjusted Seen as more responsible for accidents Perceived as less suitable for high status job Receive less sympathy from others after a misfortune Perceived as more depressed than other people
36
Adakah daya tarikan penting?
Mengapa manusia bersolek, menguruskan/mengemukkan badan, jaga pemakanan? Hasil kajian: semakin merasa dirinya cantik semakin kerap meghias diri; pasangan yang cantik adalah yang diingini. Mana yang lebih sensitif tentang kecantikan: lelaki atau perempuan? Hasil kajian: pandangan bahawa kecantikan tidak penting dalam pengaruhi hubungan romantik, yang penting ciri personaliti.
38
Memilih teman: fizikalnya atau kerana kesamaan ciri?
Adakah memilih teman/pasangan berdasarkan kecantikannya atau ciri-ciri personaliti yang sama dengan kita? Hipotesis kesamaan - manusia cenderung mendapatkan teman yang punyai trait personaliti yang sama (kajian Berscheid, Dion, dan Walster) Idealnya, manusia suka teman yang menarik, tetapi sekiranya memilih pasangan hidup mereka milih pasangan yang sepadan. Kajian White: seseorang yang menarik daripada pasangannya lebih cenderung punyai teman-teman yang lain (tidak jujur); pasangan yang tidak sepadan tarikannya lebih cenderung berpisah. Dalam banyak perkara, kesamaan ciri merupakan faktor utama, walaupun pada sama jantina (se negeri, seprogram, sama sikap etc.)
41
Apakah kesan daya tarikan fizikal pada diri seseorang?
Umumnya, mereka yang menarik mendapat layanan positif berbanding dengan mereka yang tidak menarik. Kajian: dalam pekerjaan – perempuan cantik mendapat upah/gaki yang tinggi; sesuai dengan pekerjaan berstatus tinggi. Kanak-kanak cantik dikenakan hukuman yang ringan. Tetapi: aktiviti yang kejayaannya bergantung kepada kecantikan (pelacuran, penipuan) yang cantik lebih tinggi hukumannya. Stereotaip – yang cantik lebih berkemahiran sosial, berkeyakinan sosial, dan introvert; tetapi kurang cerdas. Hubungan kecantikan dengan keyakinan diri etc. diterangkan oleh teori nujuman penyempurnaan kendiri dan kesan pigmalion. Kecantikan bukan boleh menjamim hubungan yang kekal dan intim berbanding dengan faktor kesamaan.
42
Kesamaan Sikap Kedekatan fizikal penting untuk menemukan dua manusia,
Namun, faktor yang mendorong mereka memulakan hubungan (eg perbualan) ialah kesamaan (sikap etc). Kita bertindak balas positif pada orang yang punyai persamaan sikap dengan kita. Kajian menunjukkan kedakatan fizikal sebagai asas, dan penerusan hubungan bergantung kepada persamaan sikap. Kajian: semakin tinggi darjah kesamaan sikap antara suami isteri semakin mereka merasa puas dengan hubungan mereka – dlaam jangka panjang.
43
Bagaimana kesamaan sikap mempengaruhi tarikan?
Diterangkan oleh beberapa teori. Teori keseimbangan Heider – kita lebih selesa/seimbang apabila orang yang kita suka adalah juga menyukai apa yang kita suka (persamaan sikap). Model kesan-peneguhan – kita akan merasa seronok (ganjaran) apabila meenemui orang yang mempunyai sikap yang sama dengan kita.
46
Kesamaan
48
Kesamaan
49
Kesamaan atau perbezaan trait yang pengaruhi tarikan?
Adakah benar kesamaan personaliti menyebabkan orang tetarik antara satu dengan lain. Biasanya manusia cuba mencari pasangan/kawan yang punyai ciri-ciri yang disukai, tidak kira sama atau berbeza dengannya. Terdapat manusia yang cenderung mendapatkan pasangan yang berbeza/berlawanan dengannya. Dua hipotesis: Hipotesis keperluan penyesuaian – mencari pasangan yang sama ciri (mudah untuk menyesuaikan) Hipotesis keperluan perlengkapa – mencari pasangan yang punyai ciri berlawanan dengannya (untuk tujuan melengkapi/memperkukuh cirinya) – dibuktikan oleh kajian Robert Winch
50
Perlengkapan
51
Perlengkapan
52
Perlengkapan
53
Perlengkapan?
54
Penilaian Peribadi Adakah anda menyukai/tertarik dengan dengan orang yang memuji/”mengampu anda? Apa reaksi anda terhadap seseorang yang menyatakan diri anda kacak, pandai etc (positif)? Tetapi – apa reaksinya sekiranya kita ketahui pujian itu palsu dan pura-pura?
55
TEORI TARIKAN ANTARA PERSEORANGAN
Mengapa manusia tertarik kepada orang lain? Beberapa teori cuba menjelaskannya: Teori peneguhan Teori pertukaran Teori keuntangan - kerugian
56
Teori Peneguhan Berdasarkan teori pelaziman operan – sistem peneguhan.
Manusia berasa gembira apabila memperolehi ganjaran, dan kegembiraan ini membawa kepada perasaan tertarik kepada orang lain. Manusia tertarik dengan orang yang boleh memberikan ganjaran (keseronokan, kegembiraan) kepada dirinya. Mengapa manusia tertarik kepada pasanganya yang cantik? Kerana kecantikan kawannya itu memberikan ganjaran kepadanya (bangga, seronok etc.), dan sebaliknya.
57
Teori Pertukaran Manusia adalah bersifat saling tukar menukar, sama ada pertukaran dalam bentuk ekonomi mahu pun dalam bentuk sosial. Lelaki tua kaya, berstatus datuk “menukar” kekayaannya dengan perempuan muda yang cantik.
58
Teori Keuntungan dan Kerugian
Manusia akan menyukai seseorang yang memberikan penilaian yanng positif sekiranya sebelum ini memberikan penilaian yang negatif. Anda menyukai kekasih anda yang sekarang ini memuji anda kerana sebelum ini beliau hanya/sering mengutuk anda.
59
RUMUSAN Tarikan antara perseorangan penting dalam membentuk hubungan antara manusia. Tarikan antara perseorang ini dipengaruhi oleh faktor persekitaran, faktor diri sendiri dan faktor orang lain.
Similar presentations
© 2025 SlidePlayer.com. Inc.
All rights reserved.