Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Unit 2 Kuliah 1 Teori Semantik

Similar presentations


Presentation on theme: "Unit 2 Kuliah 1 Teori Semantik"— Presentation transcript:

1 Unit 2 Kuliah 1 Teori Semantik
Prof.Madya Dr Zaitul Azma binti Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM.

2 Teori semantik - teori tanda, teori segi tiga semiotik, teori imej, teori behaviurisme, teori analisis komponen dan teori logik simbolik. - Teori pragmatik Prinsip kerjasama Lakuan Pertuturan

3 Pengenalan Terdapat pelbagai teori yang digunakan untuk menghuraikan makna seobjektif yang mungkin. Antara teori yang pernah dikemukakan ialah teori tanda, teori segi tiga semiotik, teori imej, teori behaviurisme, teori analisis komponen dan teori logik simbolik.

4 Teori Tanda de Saussure (1916
Konsep semiotik diperkenalkan oleh Ferdinand de Saussure melalui dikotomi sistem tanda: signified dan signifier atau signifie dan significant . Petanda (signifie) adalah gambaran mental, fikiran, atau konsep. Penanda (signifiant) adalah “bunyi yang bermakna” atau “coretan yang bermakna”. Konsep ini melihat bahawa makna muncul ketika ada hubungan yang bersifat asosiasi antara ‘yang ditandai’ (signified) dan ‘yang menandai’ (signifier). Tanda adalah kesatuan daripada suatu bentuk penanda (signifier) dengan sebuah ide atau petanda (signified). Dengan kata lain, penanda adalah aspek material daripada bahasa iaitu apa-apa yang dikatakan atau didengar dan apa yang ditulis atau dibaca. Jadi, petanda adalah aspek mental daripada bahasa  (Bertens, 2001:180).

5 TEORI SEGITIGA SEMIOTIK
Salah satu teori yang terkenal ialah Teori Segitiga Semiotik yang dipelopori oleh Richard & Ogden. Berdasarkan kepada teori ini, satu leksikal itu telah dipecahkan kepada tiga unsur atau entiti yang berhubungan antara satu dengan yang lain. Ketiga-tiga unsur tersebut ialah lambang atau bentuk kata, rujukan, dan konsep, seperti dalam rajah di bawah:

6 Konsep atau fikiran mempunyai hubungan secara langsung (direct relationship) dengan kedua-dua unsur yang lain iaitu bentuk kata (lambang) dan benda (referen). Bentuk kata iaitu lambang dan benda atau dengan kata lain ialah referen mempunyai hubungan yang tidak langsung (indirect relationship iaitu antara hubungan bahasa dan hubungan dunia sebenar (Palmer, 1981: 24). Justeru itu, perhubungan antara keduanya ditandai dengan garis yang putus.

7 Teori ‘Segi tiga semiotik’ Ogden dan Richards (1949)
Fikiran __ __ __ __ __ _ Simbol (Perkataan) Rujukan (Benda atau Perkara)

8 Pendapat Sarjana Pengertian makna Wittgenstein dalam bukunya, ‘Philosophical Investigations’(1953): Sesuatu kata dilihat dengan memerhatikan sesuatu yang dilakukan oleh manusia dengan kata itu: bukan apa yang dikatakan oleh manusia tentang perkara itu (the true meaning of a word is to be found by observing what a man does with it: not what he says about it).

9 Teori Imej TEORI IMEJ Mengikut teori ini makna dapat dihuraikan berdasarkan gambaran atau imej yang ada dalam fikiran seseorang. apabila sesuatu perkataan itu disebut, didengar atau dibaca oleh seseorang maka mental atau fikirannya akan menggambarkan sesuatu yang berkaitan dengan makna atau maksud perkataan ini. Tegasnya, fikiran akan memberikan tafsiran tertentu (secara abstrak) terhadap perkataan tadi. Teori ini merupakan pendekatan saintifik dalam penghuraian makna yang digunakan secara meluas oleh pengkaji linguistik tradisional.

10 Kelemahan teori apabila kita menggunakan teori ini dalam mentafsir makna perkataan ialah kita tidak dapat mengetahui dan menentukan apakah bentuk imej yang ada dalam gambaran atau pemikiran seseorang. Tiada sesiapa yang dapat menerokai otak manusia dan dapat meneropong dengan jelas gambaran dan imaginasi yang wujud dalam alam pemikiran seseorang semasa ia mentafsir makna bagi sesuatu perkataan. Tegasnya, imej yang muncul dalam otak seseorang itu tidak dapat ditunjukkan oleh gambar atau lambang yang nyata dan objektif.

11 Contoh gambaran yang berbagai-bagai bentuk, terlalu abstrak dan relatif pula keadaannya.
Satu contoh yang umum ialah rajah segi tiga. Sukar bagi kita menentukan imej rajah segi tiga yang ada pada otak seseorang itu benar-benar menggambarkan rajah segi tiga yang ideal kerana rajah segi tiga itu sendiri berbagai-bagai bentuknya. Bagi A mungkin rajah segi tiga itu berupa , bagi B pula mungkin berupa , bagi C, bentuk segi tiga itu mungkin ialah , bagi D pula bentuk itu berupa  dan sebagainya. Dengan demikian, tidak ada satu penyelesaian yang khusus yang dapat kita buat mengenai gambaran sebenar yang wujud dalam fikiran seseorang mengenai makna sesuatu perkataan yang digambarkannya.

12 Satu lagi contoh, adalah mengenai tafsiran atau imej yang berlainan terhadap gambaran sesuatu keadaan, misalnya keadaan "seorang kanak-kanak yang lapar". Keadaan ini menimbulkan imej yang berlainan bagi orang yang berlainan. Salah satu imej yang mungkin ditimbulkan ialah "keadaan kanak-kanak yang sedang menangis" (menangis merupakan cara menyatakan rasa lapar). satu lagi imej mungkin menunjukkan "keadaan kanak-kanak itu menyuapkan sesuatu ke dalam mulutnya". Kedua-dua imej ini berlainan tetapi ditujukan kepada satu keadaan sama, iaitu yang dimanifestasikan oleh gabungan perkataan "seorang kanak-kanak yang lapar".

13 Kesimpulan Bentuk imej yang wujud dalam fikiran seseorang apabila dia mentafsir makna sesuatu perkataan itu biasanya ada hubungan dengan pengalamannya. Seseorang yang pernah mengalami pengalaman yang pahit dengan gurunya mungkin mengimaginasikan "guru" sebagai seorang yang bengis, garang, tidak bertimbang rasa, dan sebagainya tetapi bagi seorang yang lain, yang pernah mengalami peristiwa manis yang tidak dapat dilupakan bersama-sama gurunya mungkin membayangkan "guru" sebagai seorang yang lembut, penyayang dan pengajar yang baik. Jadi, perkataan 'guru' membawa imej yang berbeza sama sekali kepada dua orang yang berlainan.

14 TEORI BEHAVIURISME Mengikut teori behaviurisme, makna bagi sesuatu perkataan atau ayat mestilah ditinjau berdasarkan rangsangan dan gerak balas yang menyebabkan timbulnya sesuatu ujaran itu. merangkumi aspek-aspek biologis yang dialami oleh penutur semasa dia mengujarkan sesuatu ayat atau perkataan. Golongan behaviuris mengemukakan teori ini kerana mereka beranggapan bahawa bahasa wujud hasil daripada operasi rangsangan dan gerak balas sebagaimana juga dengan perlakuan manusia lain, seperti makan, berjalan, tidur, senyum, dan sebagainya. Setiap rangsangan dan gerak balas serta proses biologi yang dialami oleh seseorang semasa bercakap mestilah dianalisis secara saintifik supaya makna ujarannya dapat ditaksirkan dengan jelas, tepat dan menyeluruh.

15 Sebagai contoh, ujaran "Perut saya lapar" merupakan gerak balas kepada suatu rangsangan yang wujud secara proses biologi di dalam perut penutur. Penutur berkemungkinan, telah agak lama tidak mengambil sebarang makanan untuk dimakannya, menyebabkan keluarnya enzim di dalam perutnya dan akibatnya timbullah rasa lapar. Rasa lapar ini menjadi rangsangan baginya untuk mengujarkan ayat "Perut saya lapar".

16 Kelemahan teori behaviurisme.
Teori ini tidak dapat menghuraikan setiap ujaran dengan begitu lengkap, menyeluruh dan saintifik oleh sebab mekanisme yang mengolah sesuatu ujaran itu terlalu kompleks dan kita tidak berupaya membuat penghuraian yang tepat mengenainya. Apa-apa yang berlaku dalam pemikiran dan sistem saraf otak penutur tidak dapat dilihat dengan jelas dan tidak ada mesin yang dapat merakamkan seluruh proses yang berlaku pada otak dan proses biologi seseorang semasa dia bertutur. Dengan demikian teori ini amat sukar untuk dipraktikkan.

17 Satu lagi kelemahan ialah teori ini tidak dapat menghuraikan makna bagi perkataan-perkataan yang mempunyai fungsi tertentu dalam tatabahasa, misalnya tidak dapat menjelaskan makna kata hubung seperti "dan", "tetapi", "kerana", dan lain-lain. Selain itu, disebabkan teori ini membuat huraian makna berdasarkan kepada konteks rangsangan dan gerak balas, justeru makna perkataan-perkataan yang berupa konsep seperti "ketuhanan", “kecantikan", “kelembutan", “kebiadapan", "rumah idaman", dan lain-lain yang pada dasarnya boleh ditakrifkan secara tersendiri, tidak dapat diaplikasikan huraian maknanya mengikut teori ini.

18 TEORI ANALISIS KOMPONEN
Teori ini ditimbulkan berdasarkan kaedah yang digunakan oleh ahli-ahli antropologi dalam menentukan istilah-istilah yang menunjukkan hubungan kekeluargaan. Misalnya istilah "bapa" dan "datuk" dapat dijelaskan dengan menganalisis dan mempertentangkan komponen yang berkaitan dengannya misalnya "bapa" adalah "lelaki", "anak kepada ..." dan "ayah kepada..." manakala "datuk" adalah juga "lelaki", "ayah kepada ..." dan juga "anak kepada …”.

19 Kaedah ini kemudiannya disedari boleh diaplikasikan untuk menghuraikan atau menjelaskan makna perkataan. Dalam bahasa Inggeris misalnya, perkataan murder dan kill dapat dibezakan melalui cara ini. komponen yang dapat menjelaskan makna murder ialah intension, causation dan death, manakala maksud "kill" hanyalah causation dan death. Dalam bahasa Melayu konsep "sengaja" dan "tidak sengaja" seperti yang nyata daripada contoh perkataan di atas dapat dibezakan oleh penggunaan imbuhan, iaitu imbuhan "ter-" dan "me-". Dengan demikian konsep ini dapat difahami dengan lebih mudah.

20 Daripada contoh-contoh di atas, nyata bahawa mengikut teori analisis komponen, makna bagi sesuatu perkataan bukan dianalisis secara unitary atau sebagai satu unit tetapi sebagai suatu hubungan komponen-komponen yang kompleks. Komponen itu dinamakan sebagai komponen semantik yang terdiri daripada kosa kata atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa yang diikat secara logik dan tetap (logical constant). Teori ini cuba menghuraikan makna sesuatu perkataan secara terperinci dan memasukkan sama unsur-unsur pertentangannya.

21 Contoh Perkataan 'teruna' dapat dijelaskan maknanya dengan memperlihatkan komponen-komponen semantiknya, iaitu "manusia", "dewasa", "lelaki", "belum berkahwin". ‘Kanak-kanak’ pula ditakrifkan sebagai "manusia", "lelaki" atau "perempuan", "bukan dewasa". ‘ibu’ pula diberi pengertian berdasarkan komponen, "manusia", "perempuan", "berkahwin" dan "mempunyai anak". Demikianlah caranya perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa ditakrifkan mengikut teori ini.

22 Kelemahan Teori Hanya menganalisis makna pada peringkat perkataan, tidak menganalisis makna pada peringkat ayat. Contoh a. Mereka sedang bergaduh. Mereka tidak berkelahi Sukar untuk memilih dan menentukan komponen-komponen semantik yang khusus dan tepat untuk menghuraikan makna sesuatu perkataan. Misalnya makna "teruna", "dara", "kanak-kanak" dan "ibu", satu daripada komponennya ialah manusia dan perkataan "manusia" ini merangkumi "benda-benda" yang disebutkan sebagai teruna, dara, kanak-kanak dan ibu.

23 Kesimpulan Satu masalah yang timbul di sini adalah bahawa perkataan yang merupakan komponen semantik bagi menghuraikan makna sesuatu perkataan itu mempunyai makna yang tersendiri yang perlu pula dihuraikan.

24 TEORI LOGIK SIMBOLIK Menghuraikan makna bukan sahaja pada peringkat perkataan malah juga pada peringkat ayat dan perlakuan manusia, sebagai reaksi kepada tanggapan yang diterima oleh mereka mengenai sesuatu perkataan. Teori logik simbolik ini membahagikan kajian makna kepada tiga bahagian iaitu semantik, sintaktik dan pragmatik.

25 Semantik dalam teori ini dimaksudkan kepada kajian mengenai hubungan antara simbol dengan rujukan (reference) atau boleh juga dikatakan hubungan antara perkataan dengan benda. Rujukan atau benda tidak terhad banyaknya dalam sesuatu bahasa dan sesuatu simbol pula biasanya dirujuk kepada kumpulan benda-benda yang ada persamaannya. Sebagai contoh, perkataan "manusia" dirujuk kepada makhluk yang bernyawa, mempunyai akal dan sifat-sifat yang berbeza daripada binatang. "Manusia" juga meliputi golongan orang lelaki, perempuan, kanak-kanak, tua, dan muda. Mereka dikelompokkan sebagai manusia kerana sifat mereka yang mempunyai persamaan.

26 Sintaktik Mengkaji hubungan antara satu perkataan dengan perkataan lainnya yang boleh menentukan makna. Hubungan itu dapat dilihat pada konteks yang lebih besar, misalnya dalam ayat atau frasa. Sebagai contoh, perkataan "orang" dan "besar" apabila wujud berurutan boleh menghasilkan dua makna, iaitu "orang besar" " orang yang saiznya besar " dan "orang yang berpangkat tinggi".

27 Begitu juga dengan urutan kata "makan" dan "hati", boleh membawa pengertian "makan hati" (makan hati lembu, ayam, dan lain-lain) atau "makan hati" dengan maksud "merana". Ayat "anak abang saya yang sulung" pula boleh bermaksud "anak sulung abang saya" atau "anak kepada abang sulung saya". Ayat "adik cikgu yang comel" boleh membawa maksud "adik cikgu itu yang comel" atau "adik kepada cikgu yang comel". Makna yang agak kabur ini boleh dijelaskan melalui kajian sintaktik. Penentuan yang mana satukah makna yang mahu diterima bergantung kepada konteks.

28 Terima Kasih...


Download ppt "Unit 2 Kuliah 1 Teori Semantik"

Similar presentations


Ads by Google