Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
Published bySusanto Rachman Modified over 6 years ago
1
GGGB 6843 PROGRAM TRANSISI UNTUK PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS
ULASAN ARTIKEL JURNAL COMPARING THE TRANSITION PLANNING, POSTSECONDARY EDUCATION AND EMPLOYMENT OUTCOMES OF STUDENTS WITH INTELLECTUAL AND OTHERS DISABILITIES (Meg Grigal, Debra hart, Alberto Migliore. 2011) Career Development for Exceptional Individuals 34 (1). Hammil Institude on Disabilities and Sage Publications. OLEH: NOR FIDA BINTI ABDUL HAMID (GP 02647) PENSYARAH: DR. ALIZA ALIAS PROF MADYA DR MOHD HANAFI MOHD YASIN
2
ABSTRAK Tujuan kajian adalah melihat perbandingan pelajar kurang upaya intelek (ID) berbanding pelajar kurang upaya yang lain mengenai program transisi seperti disasarkan dalam pelan Pendidikan Individu (IEPs). Rujukan dibuat kepada agensi-agensi luar yang terlibat dalam perancangan program transisi dalam perancangan peralihan yang melibatkan pelajar lepasan menengah dan skop pekerjaan yang telah dilaksanakan. Pelajar kurang upaya intelek (ID) mendapat pendidikan lepasan menengah atau peluang pekerjaan luar yang terhad berbanding pelajar kurang upaya yang lain. Penglibatan dan penyertaan pihak profesional luar dalam program transisi juga berbeza antara kumpulan dua pelajar ini.
3
KANDUNGAN DAN TUJUAN Perbandingan yang dijalankan merujuk kepada 3 perkara utama iaitu: Program Transisi- Matlamat transisi sekolah tinggi Contact made dalam program transisi Penglibatan dalam program transisi Pendidikan Lepasan Menengah Education and employment outcomes Skop Pekerjaan Ramalan pekerjaan
4
METODOLOGI DAN SAMPEL METODOLOGI SAMPEL
Menggunakan data sekunder menggunakan NLTS2 (National Longitudinal Transition Survey -2) Maklumat diperoleh daripada pelbagai sumber. Ibu bapa (5 kali setiap 2 tahun) Remaja (4 kali setiap 2 tahun) Staf dan guru (2 kali semasa implementasi fasa pertama) Pelajar (fasa pertama kajian) SAMPEL Melebihi 520 pelajar kurang upaya intelek (ID). Kumpulan perbandingan merupakan kurang upaya yang lain seperti autisme, pekak, buta, gangguan emosi, masalah tingkah laku dan lain-lain.
5
PROGRAM TRANSISI (Transition Planning)
Bagi transisi lepasan sekolah tinggi, terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar kurang upaya yang lain dan kurang upaya intelek (ID). Ia melibatkan 3 perkara iaitu Post Secondary Education (PSE), pekerjaan yang disokong dan pekerjaan lain (sheltered employment). Bagi pekerjaan yang disokong ia menunjukkan perkara positif bagi pelajar kurang upaya intelek (ID) yang mana matlamat utama perlu ditetapkan. Walau bagaimanapun hasil daripada pekerjaan yang disokong ini kurang ditekankan kepada pekerjaan yang berdaya saing dan dengan kadar gaji. Bagi penglibatan dalam transisi pula, tiada perbezaan yang signifikan antara 2 kumpulan pelajar ini berdasarkan kepada penglibatan Vocational Rehabilitation (VR) . Penglibatan VR menunjukkan kepentingan kolaborasi dan penekanan terhadap perancangan transisi dapat membantu individu dalam bermasyarakt dan sebagai suatu sumber kerjaya.
6
PENDIDIKAN LEPASAN MENENGAH (Education and Employment Outcomes)
Secara keseluruhan, pelajar kurang upaya yang lain mempunyai hasil positif berbanding pelajar kurang upaya intelek (ID). Ini disebabkan oleh pelajar kurang upaya intelek (ID) jarang mengikuti pelajar di peringkat menengah. Oleh itu program transisi bagi mereka juga adalah kurang dijalankan. Mereka sering dianggap tidak mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk mengikuti pengajian di peringkat kolej dan sebagainya. Pelajar kurang upaya intelek (ID) kurang terdedah kepada peluang pekerjaan berbanding pelajar kurang upaya yang lain. Walau bagaimanapun, data ini berdasarkan sebarang bayaran yang diperoleh merangkumi tempoh 2 tahun termasuk pengalaman kerja sebelumnya. Tetapi dapatan positif yang diperoleh dari pelajar kurang upaya intelek (ID) yang kini bekerja menerima gaji melebihi kadar gaji minimum.
7
SKOP PEKERJAAN (Predictors of Employment)
Pelajar kurang upaya intelek (ID) yang mengikuti transisi lepasan sekolah tinggi sahaja yang dapat mengikuti 2-4 tahun pengajian di peringkat kolej dan diramalkan mendapat peluang pekerjaan. Ini menunjukkan perkaitan antara lepasan sekolah menengah dan peluang kerja. Pelajar kurang intelek (ID) yang mengikuti PSE dan 2-4 kolej mempunyai peluang yang lebih baik untuk mendapat pekerjaan. Ini menunjukkan kepercayaan yang lebih baik bagi populasi pelajar kurang upaya intelek (ID). Walau bagaimanapun ia melibatkan peperiksaan yang memberi kesan kehadiran mereka di kolej (kemahiran akademik dan persediaan), budaya dan kualiti kepada kerjaya. Bagi pelajar kurang upaya yang lain ramalan pekerjaan juga dipengaruhi oleh faktor bangsa dan etnik.
8
KESIMPULAN/ PENUTUP Perbandingan pelajar kurang upaya intelek adalah kurang positif dan mempunyai jangkaan yang lebih rendah bagi mengikuti pengajian yang lebih tinggi seperti di kolej dan bidang pekerjaan yang lebih kompetitif berbanding pelajar kurang upaya yang lain. Pelajar kurang daya intelek juga kurang sesuai dalam skop pekerjaan melalui maklumat program transisi yang dijalankan. Oleh demikian refleksi dalam pelbagai aspek perlu dilaksanakan untuk mencapai matlamat yang disasarkan.
9
CREATED BY: ADIBAH & FIDA 2014
SEKIAN, TERIMA KASIH CREATED BY: ADIBAH & FIDA 2014
Similar presentations
© 2025 SlidePlayer.com. Inc.
All rights reserved.