Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Seminar Memperkasakan Sektor Pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan

Similar presentations


Presentation on theme: "Seminar Memperkasakan Sektor Pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan"— Presentation transcript:

1 Seminar Memperkasakan Sektor Pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan
Teks Ucapan Yang Berbahagia Datuk Haji Alimudin bin Dom Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sempena Seminar Memperkasakan Sektor Pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan 1

2 Assalamualaikum w.b.t Yang dihormati Y.Bhg. Dato/Datin Pengarah Bahagian Sekolah Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah Pengarah Pelajaran Negeri Pegawai-Pegawai Bahagian Sekolah Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Semua para peserta seminar.

3 Tuan-tuan dan puan-puan.
Bersyukur ke hadrat Ilahi yang telah memberikan kekuatan, kesihatan dan keselamatan kepada kita untuk dapat berkampung seketika di sini demi menambah ilmu dan meningkatkan kemahiran. 3

4 Tahniah diucapkan kepada Bahagian Sekolah Menengah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah berjaya menghimpunkan semua pegawai yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal pengurusan sekolah menengah di peringkat Kementerian Pelajaran, 4

5 Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah seluruh negara
Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah seluruh negara. Sesungguhnya, melalui seminar seperti ini diharapkan semua peserta mendapat ilmu dan kemahiran tambahan berkaitan seni pengurusan terkini.

6 Input semasa berkaitan pengurusan sekolah amat penting kerana tunjang kecemerlangan pendidikan negara bergantung pada kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan di semua peringkat baik di JPN mahupun di PPD.

7 Selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Seminar Memperkasakan Sektor Pengurusan Menengah merupakan aktiviti yang amat relevan untuk dilaksanakan.

8 Cadangan melaksanakan seminar ini seiring dengan teras kelima strategi pelaksanaan PIPP iaitu Memartabatkan Profesion Keguruan. Aktiviti seperti ini memberi peluang kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri dan Bahagian-Bahagian di Kementerian mengambil bahagian dalam melaksanakan teras tersebut.

9 Pengurusan pendidikan masa kini sedang berhadapan dengan cabaran utama memenuhi keperluan pelanggan. Kelemahan kita mengurus keperluan pelanggan yang berkaitan dengan pendidikan telah menimbulkan pelbagai aduan awam yang diterima di semua peringkat.

10 Jika aduan awam ini tidak diurus dengan segera, akan menjadi satu isu dan seterusnya menjadi krisis yang boleh menggugat keharmonian sistem pendidikan negara.

11 Kita harus sedar dan mengakui bahawa peningkatan aduan awam berpunca daripada kelemahan sistem penyampaian yang diamalkan dalam mengendalikan soal-soal pengurusan dan pentadbiran pendidikan negara.

12 Dalam dunia perniagaan global masa kini, keperluan dan kepusasan pelanggan menjadi fokus utama mereka.

13 Keutamaan meletakkan usaha memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan dalam dunia perniagaan telah dapat meningkatkan matlamat keuntungan syarikat dalam jangka masa panjang.

14 Oleh yang demikian, dalam soal pengurusan dan pentadbiran sistem pendidikan negara, kita perlu juga meletakkan keperluan dan kepuasan pelanggan sebagai fokus utama dalam amalan kerja seharian.

15 Saya percaya jika kualiti perkhidmatan pengurusan dan pentadbiran pendidikan dapat dikecapi oleh semua pelanggan yang berurusan dengan kita, serta keberkesanan kaedah sistem penyampaian dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan di semua peringkat akan dapat mengurangkan aduan yang diterima.

16 Justeru itu, saya mengharapkan tuan-tuan dan puan-puan sekalian, yang berada di barisan hadapan dalam sistem pengurusan dan pentadbiran pendidikan di peringkat JPN mahupun PPD,

17 akan sentiasa menunjukkan komitmen serta tanggungjawab yang tinggi dalam melaksanakan semua dasar pendidikan dengan tepat dan pantas supaya pelanggan kita mendapat perkhidmatan berkualiti yang mereka harapkan.

18 Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.
Banyak faktor yang boleh disandarkan untuk menentukan kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan dan pentadbiran pendidikan yang telah kita laksanakan selama ini.

19 Pendekatan dan amalan sistem pengurusan berkualiti seperti MS ISO 9001:2008, amalan budaya kerja cemerlang dan berintegriti merupakan sebahagian daripada pendekatan tersebut.

20 Namun demikian, walau apapun pendekatan terkini berkaitan sistem pengurusan berkualiti yang dicadangkan, jika amalan budaya kerja cemerlang dan berintegriti di kalangan warga pendidikan masih tidak mantap dan kukuh,

21 saya percaya selagi itulah akan ada aduan-aduan awam yang bakal diterima. Memandangkan tuan-tuan dan puan-puan berada di barisan hadapan sebagai pelaksana dasar-dasar Kementerian,

22 kepimpinan berintegriti yang tuan-tuan dan puan-puan amalkan akan menentukan kejayaan dasar-dasar tersebut, terutamanya dasar yang berkaitan dengan perlaksanaan PIPP. Saya percaya dengan adanya kepimpinan tuan-tuan dan puan-puandalam menjalankan tugas dengan penuh komitmen

23 dan tanggungjawab, dapat membantu merealisasikan visi dan misi organisasi masing-masing.
Jadikanlah kepimpinan tuan-tuan dan puan-puan sebagai kepimpinan organisasi masa depan seperti yang gambarkan oleh

24 Kouzes dan Posner: “The domain of a leader is the future. The leader’s unique legacy is the creation of valued institutions that survive over time. The most significant contribution of a leaders made is not simply to today’s bottom line;

25 it is to the long-term development of people and institutions so that they can adapt, change, prosper and grown” Keupayaan tuan-tuan dan puan-puan menjangka keperluan pelanggan melangkau masa dengan sendirinya akan menjadikan kepimpinan pendidikan kita hari dihormati dan disegani.

26 Keupayaan tuan-tuan dan puan-puan menjangka keperluan pelanggan melangkau masa dengan sendirinya akan menjadikan kepimpinan pendidikan kita hari dihormati dan disegani.

27 misalnya dengan menggunakan pendekatan “Blue Ocean Strategic”
misalnya dengan menggunakan pendekatan “Blue Ocean Strategic”. Kebijaksanaan dalam mengenal pasti kekuatan dan keterbatasan diri akan dapat mempelbagai gaya dan kaedah penyelesaian masalah bagi memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan tadi.

28 Inovasi dalam pengurusan pendidikan telah menjadi sangat penting terutamanya pengurusan maklumat berkaitan pendidikan. Sesuatu keputusan yang dibuat berasaskan maklumat yang tepat akan memberi impak yang besar dalam usaha mencapai matlamat organisasi.

29 Justeru itu, maklumat yang berkaitan perancangan dan keperluan guru semakin lama semakin kompleks dan perlu diurus dengan lebih berkesan.

30 Keperluan kepada sistem pengkalan data operasi guru yang lebih mantap dan berkesan perlu diwujudkan untuk tujuan perancangan dan pembangunan pendidikan masa depan.

31 Oleh itu, saya berpendapat aplikasi OPMEN yang dibangunkan oleh Bahagian Sekolah Harian KPM merupakan satu contoh inovasi pengurusan pendidikan yang sangat berguna dan membantu untuk tujuan perancangan dan pembangunan pendidikan.

32 Saya juga yakin apabila semua agensi Kementerian Pelajaran mampu menguruskan data operasi mereka dengan cekap, pencapaian matlamat perancangan pengurusan dan pembangunan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM akan menjadi lebih mantap dan berkesan.

33 Satu lagi faktor terpenting dalam menentukan kualiti perkhidmatan pendidikan pada masa kini ialah nilai dan amalan intergriti individu dan organisasi. Saya percaya dan penuh berharap agar tuan-tuan dan puan-puan sentiasa berada dalam kondisi “towering personality”.

34 Kalau di sekolah kita mahukan agar guru cemerlang umpama “super teacher”; begitu juga tuan-tuan dan puan-puan mampu menjadi “super officer” jika mempunyai pegangan nilai yang betul. Selain individu, organisasi juga mesti berintergriti.

35 Intergriti organisasi sebenarnya tercermin dalam perumusan dan pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik anggotanya. Kod etika organisasi ditegaskan,

36 diulangi dan dihayati oleh warga organisasi sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya membentuk budaya organisasi. Lantaran itulah, tuan-tuan dan puan-puan merupakan pemangkin utama terhadap alaman intergriti dalam organisasi ini.

37 Hadirin sekalian. Ingin saya tegaskan bahawa amanat utama Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kepada semua penjawat awam ialah 1 Malaysia, rakyat didahulukan – pencapaian diutamakan.

38 Berdasarkan slogan tersebut, terdapat 3 saranan utama beliau kepada semua penjawat awam iaitu:
i Kepentingan rakyat adalah aspek yang perlu diutamakan dalam mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) anggota pentadbiran kerajaan dan penjawat awam.

39 Perlaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk penjawat awam.
iii Setiap pemimpin sektor perkhidmatan awam perlu turun selalu menjenguk masalah rakyat (pelangan) serta menyelesaikan segera masalah mereka.

40 Amatlah jelas amanat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita kepada semua pegawai di KPM/JPN/PPD memberi fokas kepada KPI. Keperluan rakyat menjadi KPI utama bagi semua penjawat awam termasuk semua pegawai di KPM, JPN dan PPD.

41 Ini bererti bahawa semua aduan awam yang diterima serta karenah birokrasi yang sedia ada hendaklah ditangani dan diselesaikan dengan segera.

42 Para pegawai, tuan-tuan, puan-puan, hadirin sekalian.
Saya menyeru kepada semua peserta seminar supaya dapat menmafaatkan semua input yang diperolehi daripada seminar ini. Semua input berkenaan perlu dicairkan ke peringkat bawahan.

43 Sungguhpun begitu, saya juga mengharapkan agar semua peserta seminar sentiasa mencari dan terus mencari serta mempelajari inovasi dan idea pengurusan & pentadbiran terkini. Seperti yang saya nyatakan terdahulu bahawa pemimpin masa depan sentiasa mencari perubahan dan pembaharuan dalam organisasinya.

44 Akhir kata saya ingin merakamkan penghargaan jutaan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur seminar ini dan para peserta seminar semua. Dengan lafaz bismilah saya menutup rasmi Seminar Memperkasakan Pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan 2009.

45 Terima kasih.


Download ppt "Seminar Memperkasakan Sektor Pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan"

Similar presentations


Ads by Google