Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

KULIAH 2 - CUKAI PENDAPATAN : BIDANG PENGENAAN DAN TARAF HIDUP

Similar presentations


Presentation on theme: "KULIAH 2 - CUKAI PENDAPATAN : BIDANG PENGENAAN DAN TARAF HIDUP"— Presentation transcript:

1 KULIAH 2 - CUKAI PENDAPATAN : BIDANG PENGENAAN DAN TARAF HIDUP
CG3513 KULIAH 2 - CUKAI PENDAPATAN : BIDANG PENGENAAN DAN TARAF HIDUP

2 PENGENAAN CUKAI PENDAPATAN (SCOPE OF CHARGE)
Seksyen 3, ACP 1967: Tertakluk kepada dan mengikut Akta ini, suatu cukai yang dikenali sebagai cukai pendapatan hendaklah dikenakan bagi setiap tahun taksiran atas pendapatan mana-mana orang mengakru dalam atau diterbitkan dari Malaysia atau diterima dalam Malaysia dari luar Malaysia.

3 Maksud Pendapatan Definisi tidak dinyatakan dalam Sek 2, Akta ini
Hanya pendapatan hasil tertakluk kepada Akta ini, bukan pendapatan modal (sila rujuk muka surat 2, CKF). pendapatan (income)> untung (profit)/ laba (gain) Kelas-kelas pendapatan Sek 4 dan Sek 4A

4 Seksyen 4, ACP 1967 Perolehan atau keuntungan daripada suatu perniagaan, Perolehan atau keuntungan daripada suatu pekerjaan, Dividen, faedah atau diskaun, Sewaan, royalti atau premium, Pencen, anuiti atau lain-lain bayaran berkala yg tidak terjatuh di mana-mana perenggan terdahulu, Perolehan atau keuntungan yg tidak terjatuh di bawah mana-mana perenggan terdahulu.

5 Seksyen 4A, ACP 1967 Bayaran yang diberikan atas perkhidmatan orang tersebut atau pekerjanya berkaitan penggunaan harta atau hak, pemasangan atau pengendalian apa-apa logi, mesin atau alat-alat yang dibeli daripada orang tersebut, Bayaran bagi nasihat teknikal, bantuan atau perkhidmatan berkaitan pengurusan teknik atau pentadbiran pelaburan, projek, dll, Sewaan atau bayaran lain di bawah perjanjian untuk menggunakan apa-apa harta alih.

6 Penerimaan dari luara Malaysia
Mulai TT 2004, terimaan dari luar Malaysia tidak lagi dikenakan cukai kecuali ke atas: Syarikat bermastautin yang beroperasi di dalam perniagaan perbankan, insurans, dan pengangkutan air atau udara. (pere 28, Jadual 6, ACP 1967)

7 ACP 1967 tidak terpakai kepada:
Sek 3, ACP 1967 tidak terpakai ke atas pendapatan dari luar pesisir dan pendapatan petroleum. Tertakluk di bawah Akta Syarikat Luar Pesisir 1990 dan Akta Cukai Pendapatan (Petroleum), 1967.

8 PENENTUAN TARAF MASTAUTIN INDIVIDU (Sek 7)
Terdapat EMPAT keadaan di mana individu dianggap bermastautin di Malaysia:- 1.  Seksyen 7(1)(a) Berada di Malaysia selama 182 hari atau lebih. (sila rujuk CKF)

9 Contoh 1 Encik Van Den Berg, warganegara Netherland, pertama kali datang ke Malaysia pada 15/01/2006 atas urusan kerja dengan Sebuah anak syarikat China yang beroperasi di Malaysia. Berikut adalah corak kediaman beliau sepanjang berada di Malaysia : Jumlah Hari – –

10  Tempoh Encik Rahman berada di Malaysia adalah seperti berikut:
01/01/2000 – 28/02/ (59 hari) 01/04/ /05/ (61 hari) 01/08/ /9/ (61 hari) (181 hari) Oleh kerana Encik Rahman berada di Malaysia kurang daripada 182 hari, beliau tidak ditakrifkan bermastautin untuk tahun asas 2000. TETAPI..... SEKIRANYA Encik Rahman meninggalkan Malaysia pada 1/10/2000, jam 7.00 pagi. Ulasan: Jumlah hari Encik Rahman berada di Malaysia ialah : = 182 hari. Ini bermakna beliau telah bermastautin dalam tahun asas Menurut Seksyen 7(1A), apabila seseorang individu berada di Malaysia untuk sebahagian hari, maka hari berkenaan ditakrifkan sebagai satu hari.

11 Seksyen 7(1)(b) Berada Malaysia kurang dari 182 hari dalam tahun tertentu, tetapi bersambungan dengan tempoh tinggal di Malaysia yang lebih dari 182 hari dalam tahun berikutnya, sama ada sebelumnya atau selepasnya, secara berterusan, dari tempoh tinggalnya di Malaysia dalam tahun tertentu tersebut.

12 Lebih dari 182 hari secara berterusan termasuklah ketiadaan sementara atas seba-sebab berikut:
i)  Individu perlu menghadiri persidangan, seminar atau kursus di luar negera berkaitan dengan perkhidmatannya di Malaysia, atau ii)  Sebab keuzuran individu atau ahli keluarganya yang terdekat, atau iii) Lawatan sosial ke luar Negara yang tidak melebihi 14 hari secara agregat. Mulai tahun taksiran 2002: i) Bersambung tidak perlu ada secara fizikal pada 31/12 dan 1/1. ii)Tempoh 14 hari lawatan sosial meliputi dua tempoh yang bersambung.

13  Encik Firdaus datang dari Mesir dan berada di Malaysia mulai 010/7/98 sehingga 31/03/99. Bagi tempoh 21/12/98 hingga 23/12/98 beliau pulang ke Mesir untuk melawat ayahnya yang sakit. Tempoh beliau berada di Malaysia adalah seperti berikut: 01/07/98 – 20/12/98 = hari 21/12/98 – 23/12/98 = melawat ayah di Mesir 24/12/9 - 31/12/ = hari 181 hari TIDAK MASTAUTIN 01/01/99 – 31/03/ = hari - Bermastautin - Sek. 7(1)(b) Bagi tahun asas 1999, Encik Firdaus bermastautin menurut Seksyen 7(1)(b) kerana ketidakhadiran sementara (21/12/98–23/12/98) di Malaysia berkaitan dengan keuzuran saudara mara yang terdekat diambil kira sebagai sebahagian daripada tempoh itu(kelonggaran sementara – Seksyen 7(1)(b)(ii)).

14 3. Seksyen 7(1)(c) Berada di Malaysia pada tahun asas tidak kurang dari 90 hari, dan Dalam 3 daripada 4 tahun sebaik sahaja sebelum tahun asas individu sama ada: a) bermastautin, atau b) berada di Malaysia tidak kurang 90 hari.

15 SITUASI 1 Encik Wirda berada di Malaysia untuk tempoh-tempoh berikut: 01/01/ /12/97 = hari – Bermastautin Sek. 7(1) (a) 01/01/ /01/98 = hari – Bermastautin Sek. 7(1) (b) 01/01/ /08/99 = hari - Bermastautin Sek. 7(1) (a) 01/02/ /05/00 = hari - Bermastautin Sek. 7(1) (c) SITUASI 2 Encik John berada di Malaysia bagi tempoh-tempoh berikut: 01/6/ /08/98 = hari - Tidak Bermastautin 01/01/ /04/ = hari - Tidak Bermastautin 01/08/00 – 29/10/00 = hari Tidak Bermastautin 01/3/ /06/01 = hari - Bermastautin Sek. 7(1)(c)

16 4. Seksyen 7(1)(d) Individu adalah pemastautin pada tahun asas jika beliau pemastautin: i) pada tahun sebaik selepas tahun asas, dan ii) pada 3 tahun sebaik sebelum tahun asas.

17 Contoh Encik Raziq berada di Malaysia untuk tempoh-tempoh berikut;   01/01/ /12/96 01/01/ /01/97 01/01/ /12/98 01/01/ /12/00  Penyelesaian   01/01/ /12/96 = 366 hari – Bermastautin - Sek. 7(1)(a) 01/01/ /01/97 = 31 hari - Bermastautin - Sek. 7(1)(b) 01/01/ /12/98 = 365 hari - Bermastautin - Sek. 7(1)(a) = hari - Bermastautin - Sek. 7(1)(d) 01/01/ /12/00 = hari - Bermastautin - Sek. 7(1)(a)

18 PEMASTAUTIN vs BUKAN PEMASTAUTIN (INDIVIDU)
Skop percukaian Pendapatan diperolehi dari M’sia dan yang diperolehi di M’sia dari luar M’sia dikenakan cukai Hanya pendapatan diperolehi di M’sia saja dicukai. Kadar cukai Kadar berperingkat Kadar tetap Perlepasan diri Diberi Hanya diberi dalam kes tertentu Pendapatan penggajian Dicukai Dikecuali jika penuhi ujian 60 hari Rebat Tidak diberi Pendapatan pencen Dikecuali Tidak dikecuali Dividen dari unit amanah

19 PEMASTAUTIN vs BUKAN PEMASTAUTIN (SYARIKAT)
Skop percukaian Syarikat biasa Pendapatan diperolehi M’sia. Syarikat perbankan, insuran, perkapalan dan penerbangan: Pendapatan diperolehi dan yang dibawa masuk ke M’sia. Pendapatan diperolehi M’sia Kemudahan pengecualian cukai Syarikat selain perbankan, insuran, perkapalan, dan penerbangan, jika terima pendapatan dari luar dikecuali. Tiada pengecualian Akaun Sek. 108 Terdapat Tidak terdapat Pendapatan perniagaan Dicukai jika diperolehi di M’sia Hanya dicukai jika melalui ‘Permnent Establishment’ Insentif Diberi Tidak diberi Cukai pegangan Tidak tertakluk Tertakluk Pelepasan cukai dua kali Kadar cukai Tetap 28%

20 PENENTUAN TARAF MASTAUTIN SYARIKAT (SEK 8 ACP 1967)
Seksyen 8(1)(a): Bagi Kumpulan Gabungan Hindu, dianggap mastautin jika pengurusnya atau kartanya adalah pemastautin pada tahun taksiran tersebut.

21 PENENTUAN TARAF MASTAUTIN SYARIKAT (SEK 8 ACP 1967)
Seksyen 8(1)(b): Sesebuah syarikat ataupun perbadanan adalah pemastautin di Malaysia jika pengurusan dan kawalan perniagaannya di jalankan di Malaysia

22 PENENTUAN TARAF MASTAUTIN SYARIKAT (SEK 8 ACP 1967)
Seksyen 8(1)(c): Bagi syarikat, jika telah bermastautin bagi sesuatu tahun asas, maka diandaikan syarikat itu akan bermastautin bagi tahun- tahun berikut sehingga syarikat tersebut tidak lagi bermastautin di Malaysia.

23 Makna pengurusan dan kawalan
Directors meeting, where decisions are taken to direct and control the company Not ‘central management and control’ One occasion is enough Not location of operation or trading M&A (memorandum and articles of association) is not enough


Download ppt "KULIAH 2 - CUKAI PENDAPATAN : BIDANG PENGENAAN DAN TARAF HIDUP"

Similar presentations


Ads by Google