Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
1
E4161 SISTEM KOMPUTER DAN APLIKASI
UNIT 9 dan UNIT 10 – REKABENTUK MODEL PANGKALAN DATA HUBUNGAN
2
MODEL PANGKALAN DATA HUBUNGAN
Jenis model: Hierarki Rangkaian Hubungan – diperkenalkan oleh E. F. CODD. Contoh DBMS yang menggunakan model Hubungan adalah Microsoft Access, FoxPro, Paradox dan lain-lain. Definisi model hubungan – model yang menyimpan data dalam bentuk jadual hubungan. Setiap hubungan dibina oleh beberapa rekod / tupel.
3
MODEL PANGKALAN DATA HUBUNGAN
4
MODEL PANGKALAN DATA HUBUNGAN
Ciri-ciri Rekod yang disimpan tidak perlu di dalam susunan yang tetap. Nilai di dalam rekod tersusun. Nilai atribut yang komposit tidak dibenarkan. Nilai null digunakan untuk mengisi nilai atribut yang tidak diketahui. Atribut kekunci – Nilai atribut untuk setiap rekod / tupel adalah berbeza. Atribut kekunci dipilih untuk mengenalpasti satu rekod /tupel tertentu di dalam hubungan. Hubungan = jadual yang dilengkapi oleh baris dan jalur.
5
MODEL PANGKALAN DATA HUBUNGAN
Hubungan di antara dua jadual dihasilkan oleh dua atribut yang mempunyai domain yang sama. Hubungan ini juga dipanggil hubungan logik. Setiap hubungan ini adalah berbeza di antara satu dengan yang lain. Rekod / tupel disimpan tanpa mengikut susunan tetapi strukturnya ditetapkan oleh pengguna. Model ini membenarkan pengguna menetapkan indeks (rekod), atribut secara dinamik.
6
MODEL PANGKALAN DATA HUBUNGAN
Menggunakan konsep algebra hubungan untuk mengolah data. Algebra hubungan – sekumpulan operasi untuk memanipulasi keseluruhan hubungan. Operasi – pilih rekod / tupel dan menggabungkan tupel yang berhubungan dari beberapa hubungan untuk memenuhi permintaan (mencapai data) atau membuat pertanyaan. Contoh : SELECT, PROJECT, JOIN Operasi set – menggunakan teori set matematik. UNION, INTERSECTION, DIFFERENCE, CARTESION PRODUCT
7
MODEL PANGKALAN DATA HUBUNGAN
SELECT – mengeluarkan rekod yang memenuhi syarat yang ditetapkan dari satu hubungan (jadual) tertentu. Sinteks : < syarat pemilihan > ( < nama hubungan>) Soalan : Dapatkan rekod PEMBEKAL dari KUANTAN yang mempunyai nilai STATUS >15 STATUS > 15 AND PBANDAR = KUANTAN (PEMBEKAL) Dapatkan rekod dari BAHAGIAN yang mempunyai BERAT < 15 dari bandar KUANTAN atau BERAT <19 dari bandar TAPAH ( BERAT < 15 AND BBANDAR = KUANTAN ) OR ( BERAT < 19 AND BBANDAR = TAPAH) (BAHAGIAN)
8
MODEL PANGKALA DATA HUBUNGAN
PROJECT – Operasi untuk mengeluarkan atribut tertentu dari hubungan tertentu. Sinteks : < senarai atribut > (<syarat>) (< nama hubungan >) Soalan : Dapatkan nilai BERAT dan BANDAR bagi BAHAGIAN yang dibekalkan di mana nama BAHAGIAN ialah skru BERAT, BBANDAR ( BNAMA = SKRU )(BAHAGIAN) Hubungan merupakan subset bagi hubungan asas dimana akan menakrif satu hubungan baru yang terdiri dari jalur BERAT dan PBANDAR yang dipilih dari hubungan BAHAGIAN.
9
MODEL PANGKALAN DATA HUBUNGAN
JOIN – Operasi yang menggabungkan rekod dari dua hubungan untuk menjadi satu rekod / tupel jika syarat tertentu dipenuhi. Sinteks - R S < syarat > = < Syarat > Contoh : P B PBANDAR = BBANDAR
10
Dapatkan rekod projek terminal dari Alor Setar.
Dapatkan nombor dan status pembekal dari Tapah. Dapatkan rekod pembekal berstatus 30 dari Alor Setar dan Kuantan. Dapatkan nombor bagi projek console. Dapatkan rekod bahagian bernombor B1075. Dapatkan nama dan nombor bahagian yang mempunyai berat 17.
11
MODEL PANGKALAN DATA HUBUNGAN
Union compatible (gabung padan) – dua hubungan yang mempunyai bilangan atribut yang sama dan setiap atribut mempunyai domain yang sama. Operasi Set (UNION,INTERSECTION dan DIFFERENCE) hanya boleh dijalankan pada dua hubungan yang gabung padan.
12
MODEL PANGKALAN DATA HUBUNGAN
UNION (Kesatuan) Simbol bagi operasi UNION ialah ‘ ’. Keputusan operasi A B ialah satu hubungan yang mengandungi semua rekod dalam A atau B dalam kedua-dua hubungan A dan B. Rekod-rekod yang berulang akan dihapuskan.
13
MODEL PANGKALAN DATA HUBUNGAN
INTERSECTION (Tindanan) Simbol bagi operasi bagi INTERSECT ialah ‘ ‘. Keputusan operasi bagi A B ialah satu hubungan yang mengandungi semua rekod yang terdapat dalam hubungan A dan B. DIFFERENCE (Perbezaan) Simbol bagi operasi DIFFERENCE ialah ‘ – ‘. Keputusan bagi operasi A-B ialah satu hubungan yang mengandungi semua rekod dalam A tetapi tiada dalam B.
14
MODEL PANGKALAN DATA HUBUNGAN
CARTESIAN PRODUCT (Hasil Darab Cartesian) Simbol bagi operasi CARTESIAN PRODUCT ialah ‘ ‘. Operasi CARTESIAN PRODUCT ialah operasi yang menghasilkan satu hubungan yang mengandungi semua atribut dalam hubungan R1 dan R2 dan mempunyai semua rekod yang mungkin dari R1 dan R2.
15
MODEL PANGKALAN DATA HUBUNGAN
16
BAHASA PERTANYAAN SQL Definisi SQL (Structured Query Language)
Bahasa pangkalan data yang komprehensif iaitu mempunyai pertanyaan untuk definisi data, pertanyaan dan kemaskini. Kelebihan SQL Bahasa tidak bertatacara. Pengguna hanya perlu nyatakan maklumat yang dikehendaki sahaja. Tiada format tertentu. Boleh digunakan oleh semua pihak. Mudah dipelajari kerana hampir sama dengan bahasa English. Tidak case-sensitive.
17
BAHASA MANIPULASI DATA (DML) SQL
DML digunakan untuk menakrif struktur data, membina, mengubahsuai dan menghapuskan objek. SELECT – menyenaraikan lajur yang hendak diperolehi dan dihasilkan. Contoh: Dapatkan rekod bagi Pembekal. SELECT * FROM PEMBEKAL; Dapatkan nama Pembekal. SELECT BNAMA
18
BAHASA MANIPULASI DATA (DML) SQL
DISTINCT – menghapuskan tupel yang berulang apabila projection dilakukan ke atas lajur. Contoh: Dapatkan senarai nama semua bandar yang dibekalkan oleh Pembekal. SELECT DISTINCT PBANDAR FROM PEMBEKAL;
19
BAHASA MANIPULASI DATA (DML) SQL
WHERE – menyatakan syarat yang tertentu supaya hanya tupel yang memenuhi syarat sahaja yang dihasilkan. Operator: Perbandingan - =, <, >, <=, >= Julat – BETWEEN, NOT BETWEEN Ahli kepada set – IN, NOT IN Padanan mengikut pattern – LIKE, NOT LIKE, Contoh : Dapatkan nombor dan status pembekal dari KUANTAN. SELECT PNO, STATUS WHERE PBANDAR=KUANTAN;
20
BAHASA MANIPULASI DATA (DML) SQL
Senaraikan nombor dan nama bahagian yang mempunyai berat antara 12 hingga 17 SELECT BNO, BNAMA FROM BAHAGIAN WHERE BERAT BETWEEN 12 AND 17; Dapatkan nombor dan nama pembekal dari bandar KUANTAN dan ALOR SETAR SELECT PNO, PNAMA FROM PEMBEKAL WHERE PBANDAR IN (‘KUANTAN’, ‘ALOR SETAR’); Senaraikan nombor dan nama pembekal yang bermula dengan huruf A. FROM PEMBEKAL WHERE PNAMA LIKE ‘A%’;
21
BAHASA MANIPULASI DATA (DML) SQL
ORDER BY – mengisih tupel yang diperolehi berdasarkan lajur yang dinyatakan secara ASC atau DESC. Contoh: Dapatkan senarai nombor dan nama pembekal dari ALOR SETAR dalam susunan menaik SELECT PNO, PNAMA FROM PEMBEKAL WHERE PBANDAR = ALOR SETAR ORDER BY PNO; Dapatkan senarai nombor dan nama pembekal dari ALOR SETAR dalam susunan menurun ORDER BY PNO DESC;
22
BAHASA MANIPULASI DATA (DML) SQL
INSERT – menambah data ke dalam jadual Contoh: Masukkan nama pembekal Amin dari bandar Kangar dengan status 25 dan bernombor P3523 ke dalam jadual PEMBEKAL. INSERT INTO PEMBEKAL VALUES (‘P3523’, ‘AMIN’, ‘25’, ‘KANGAR’); UPDATE – mengubah sesuatu jadual Tambahkan berat bagi semua bahagian dari bandar Alor Setar sebanyak 5. UPDATE BAHAGIAN SET BERAT=BERAT+5 WHERE BBANDAR=ALOR SETAR;
23
BAHASA MANIPULASI DATA (DML) SQL
DELETE – menghapuskan baris rekod Contoh: Hapuskan semua rekod yang terdapat dalam jadual PROJEK DELETE FROM PROJEK;
24
BAHASA DEFINISI DATA (DDL) SQL
DDL SQL – menakrif struktur data iaitu membina, mengubahsuai dan menghapuskan objek. Membina jadual CREATE TABLE PEMBEKAL (PNO CHAR(2) NOT NULL, PNAMA VARCHAR(15) NOT NULL, STATUS INTEGER NOT NULL, PBANDAR VARCHAR(15) NOT NULL); Mengubah struktur jadual ALTER TABLE PEMBEKAL ADD (PTEL NUM(10) NOT NULL); MODIFY (PTEL NUM(12) NOT NULL); DROP PRIMARY KEY; DROP CONSTRAINT NOT NULL; Menghapuskan jadual DROP TABLE PEMBEKAL;
Similar presentations
© 2025 SlidePlayer.com. Inc.
All rights reserved.