Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
1
KEADILAN SOSIAL DI SEKOLAH
By: SITI SURIA SALIM DEPARTMENT OF BASIC EDUCATION FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Lecture 7 - Equality in Education
2
Keadilan sosial Keadilan sosial di sekolah - memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengira faktor lain. Keadilan sosial perlu wujud di sekolah terututamanya di bilik darjah melalui proses P&P, layanan guru, dan pengasingan pelajar mengikut aliran. Adalah menjadi hasrat KPM untuk membasmi murid yang tercicir daripada alam persekolahan akibat kemiskinan disamping memberikan golongan ini akses pendidikan yang sama rata dalam menjana kecemerlangan negara. Melalui keadilan sosial - pencapaian akademik murid akan meningkat. -Jurang pencapaian antara murid daripada keluarga miskin dan kaya akan berkurangan. - Kadar penyertaan murid daripada keluarga miskin pada peringkat pendidikan yang lebih tinggi akan meningkat Lecture 7 - Equality in Education
3
KEADILAN SOSIAL DI SEKOLAH
ABILITY AND INTELLIGENCE PENGASINGAN MURID (STREAMS) GENDER LATAR BELAKANG DAN KELAS SOSIAL PELAJAR GOLONGAN MINORITI Lecture 7 - Equality in Education
4
Pengasingan Murid Sekolah biasanya mengasingkan murid mengikut pencapaian pelajar. Pelajar mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza antara satu sama lain. Maka pencapaian akedemik pelajar berbeza antara satu sama lain. Melalui pengasingan murid, pengasingan murid guru dapat memberikan latihan dan aktiviti yang lebih mencabar kepada pelajar pandai dan memberikan tunjuk ajar dan masa yang lebih kepada pelajar pencapaian sederhana. Pengasingan murid adalah berdasarkan keputusan peperiksaan. Kebiasaanya, pelajar pandai akan menduduki kelas pertama dan pelajar lemah menduduki kelas hujung. Pihak sekolah perlu adil dalam mengasingkan pelajar mengikut kecerdasan dan keupayaan. Rasional pengasingan murid ini ialah bagi memberikan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik berdasarkan keupayaan dan kecerdasan pelajar. Ini dapat membantu pelajar lemah memahami P&P dan tidak pula bais kepada pelajar yang pandai. Lecture 7 - Equality in Education
5
Peluang Pendidikan Yang Sama kepada Semua Pelajar
Kita mengamalkan keadilan sosial di sekolah berdasarkan keupayaan dan kecerdasan pelajar. Pelajar kurang upaya Pelajar pintar cerdas Pelajar berkeperluan khas Pelajar berisiko Pelajar bermasalah dari segi pembelajaran Lecture 7 - Equality in Education
6
Murid Berkeperluan khas
Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk murid berkeperluan khas yang mempunyai : masalah penglihatan pendengaran dan pembelajaran, dan murid pemulihan khas. Pendidikan berkualiti bagi kanak-kanak istimewa sememangnya merupakan agenda kesamarataan dan keadilan sosial yang dituntut oleh masyarakat. Lecture 7 - Equality in Education
7
Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui:
Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran dan pembelajaran (menengah). Program ini diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Lecture 7 - Equality in Education
8
Lecture 7 - Equality in Education
Pendidikan pelajar kurang upaya -mendapat pendidikan di sekolah atau kelas khas yang khusus. Pengasingan ini tidak wajar bagi Pelajar yang mempunyai kecatatan pada peringkat sederhana dan meraka perlu diberi peluang mengalami suasana pembelajaran yang normal.(program Inklusif). Pelajar pintar cerdas – golongan pelajar yang mempunyai tahap intelektual yang tinggi, berbakat, dan kreatif. Pelajar pintar cerdas perlu mengukuhkan kebolehan khusus mereka dan memupuk beberapa bakat yang ada pada mereka. Guru perlu menyediakan kursus untuk memupuk bakat mereka, tetapi pada masa yang sama perlu berinteraksi dengan pelajar lain. Lecture 7 - Equality in Education
9
Pendidikan bagi pelajar berisiko
Pelajar yang mempunyai prsetasi akedemik yang rendah dan sebahagianya terlibat dalam maslah disiplin. Guru perlu memberikan perhatian yang sama kepada golongan ini supaya mereka tidak tercicir. Proses P&P perlu merangkumi kecerdasan pelbagai. Meningkatkan penglibatan pelajar berisiko dalam aktiviti sekolah. Guru perlu berfikiran semua pelajar mampu belajar dan mempunyai hak yang sama mendapat pendidikan yang berkualiti. Lecture 7 - Equality in Education
10
KEADILAN BERASASKAN GENDER
Keadilan perlu wujud di sekolah tanpa mengira jantina. Terdapat subjek yang mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan seperti pendidikan jasmani dan kesihatan. Ini bersesuaian dengan sifat semulajadi , perbezaan fisiologi kedua-dua jantina. Memberikan perhatian yang sama kepada semua pelajar. Antara perkara yang perlu di beri perhatian oleh guru ialah - Menghargai pelajar dan pelajar lelaki dengan sama. - Memberi peluang yang sama kepada pelajar lelaki dan perempuan untuk sesi menjawab. - Tidak memberi fokus yang banyak kepada satu jantina sahaja. Lecture 7 - Equality in Education
11
LATAR BELAKANG DAN KELAS SOSIAL PELAJAR
Terdapat pelajar yang mempunyai latar belakang keluarganya yang miskin, bilangan anak yang ramai, dan pendapatan keluarganya rendah(miskin & miskin Tegar). KPM telah memberikan pelbagai jenis bantuan kepada pelajar yang tidak dapat menampung kos perbelanjuaan pendidikan. Melalui bantuan ini, kita dapat menyamaratakan peluang pendidikan kepada semua pihak. Lecture 7 - Equality in Education
12
Bantuan kerajaan kepada pelajar miskin
SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) Program Susu Sekolah. RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT Skim Bantuan Tuisyen BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN Lecture 7 - Equality in Education
13
Lecture 7 - Equality in Education
SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) Matlamat Pemberian SPBT - Meringankan beban yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu. - Memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan mereka. Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) objektif utama penubuhannya adalah untuk membantu golongan ibu bapa murid yang berpendapatan rendah yang tidak berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke sekolah dengan harapan berupaya mengurangkan jurang peluang pendidikan di antara bandar dan luar bandar. Adalah menjadi hasrat KPM untuk membasmi murid yang tercicir daripada alam persekolahan akibat kemiskinan disamping memberikan golongan ini akses pendidikan yang sama rata dalam menjana kecemerlangan negara. Lecture 7 - Equality in Education
14
Lecture 7 - Equality in Education
Antara jenis bantuan berikan ialah Bantuan Am Persekolahan Diagihkan dalam bentuk wang tunai ataupun barangan yang meliputi bantuan Pakaian Seragam, Bantuan Yuran Persekolahan/ Peperiksaan dan Peralatan Persekolahan. Bantuan Bulanan Wang saku untuk murid. Lecture 7 - Equality in Education
15
Lecture 7 - Equality in Education
SKIM BAUCER TUISYEN SBT adalah bertujuan untuk memberi peluang bimbingan tambahan atau tuisyen secara berstruktur dan terancang kepada murid miskin Tahun 4, 5 dan 6 yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Ini bagi membolehkan murid tersebut menguasai pengetahuan dan kemahiran asas dalam mata pelajaran berkenaan. Tuisyen yang dilaksanakan di bawah skim ini adalah merupakan usaha tambahan dalam memulihkan kelemahan murid di samping usaha yang dilaksanakan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam kelas. RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) Program ini bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf pemakanan murid yang terlibat supaya golongan ini dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam usaha pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Program ini diharap dapat memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah bertambah baik selain membantu murid mendapat makanan yang seimbang. Murid sekolah rendah terutama dari luar Bandar dan keluarga yang berpendapatan bulanan RM 400 dan kurang, iaitu RM 800 per kapita. Lecture 7 - Equality in Education
16
Golongan Minoriti Kumpulan minoriti merupakan kumpulan etnik dalam sesebuah masyarakat yang mempunayi jumlah ahli yang kecil. Contohnya- pelajar daripada kaum asli, kadazan, murut. Kumpulan ini perlu di berikan perhatian yang adil supaya tidak tercicir dalam arus pendidikan. Mereka perlu diberikan – kemudahan infrastruktur, bahan rujukan, kemudahan ICT. Pihak sekolah perlu memastikan kumpulan minoriti ini tidak diskriminasi oleh kumpulan lain. Lecture 7 - Equality in Education
17
Kesimpulan Semua pelajar perlu mendapat peluang pendidkan yang sama tanpa mengira kaum , agama, jantina, keupayaan, dan juga latar belakang. Penyamarataan peluang pendidikan dapat mewujudkan masyarakat yang berpendidikan. Lecture 7 - Equality in Education
Similar presentations
© 2025 SlidePlayer.com. Inc.
All rights reserved.