Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
1
BAB 1 PENGENALAN
2
PENGENALAN Pekerja binaan adalah komponen dan aset penting dalam pengeluaran output industri pembinaan. Keselamatan pekerja mesti diambil perhatian dan tindakan oleh penggubal polisi, pihak penguatkuasaan dan tidak hanya tertumpu pada klien, kontraktor dan konsultan sahaja.
3
DOSH, CIDB dan Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kerjaraya berperanan memastikan agensi penguatkuasaan masing-masing, menggunakan sepenuhnya kuasa berhubung dengan tapak pembinaan dan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Pihak berkuasa berkenaan perlu memaju dan melaksanakan standard mandatori untuk mengaudit serta menilai pencapaian keselamatan tapak pembinaan serta membawa pemaju dan pemilik bangunan ke muka pengadilan apabila tapak yang tidak selamat menyebabkan kecederaan dan kematian di kalangan orang awam.
4
“Hentikan sikap melindungi pemaju dan pemilik tapak yang sedang dibangunkan. Undang-undang sepatutnya menghukum pemilik dan pemaju dan bukannya mencari kambing hitam,” - Presiden Persatuan Pengguna Standard Malaysia, Datuk N Marimuthu, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).
5
”Meletakkan tanggungjawab ke atas pemaju dan pemilik tapak yang sedang dalam pembinaan akan memastikan insiden lampau seperti insiden yang menyebabkan kematian Dr Liew Boon Horng pada awal 2006 di Plaza Damas dan dua pekerja di Pavilion Kuala Lumpur pada 2007, tidak berulang,” tegas Marimuthu. Marimuthu juga berpendapat bahawa CIDB yang banyak melaksanakan program membangun keupayaan untuk pemaju dan pekerja perlu memasukkan sama isu kesedaran dan penghargaan keselamatan awam ke dalam program berkenaan.
6
CIDB dan DOSH, katanya perlu bekerjasama dengan pertubuhan, lazimnya bukan kerajaan yang mempunyai rangkaian jaringan yang baik dengan orang awam. “Kedua-dua pihak ini boleh menekankan betapa pentingnya untuk mengenal pasti isu keselamatan serta menepati standard keselamatan bukan saja untuk tapak pembinaan malah juga tempat kerja lain seperti hospital dan stesen minyak,” katanya. - Bernama
7
Kesedaran di peringkat antarabangsa – pekerja di tapak pembinaan perlu dilindungi dengan sempurna – WTO (World Trade Organization), dalam negeri NGO spt MTUC. Kesedaran semua pihak (kerajaan & swasta) semakin meningkat dalam hal keselamatan pekerja di tapak pembinaan. Membawa kepada tindakan perlaksanaan keselamatan diambil-penguatkuasaan undang-undang.
8
Wajibkan Aspek Keselamatan Di Tempat Kerja - MTUC Sinar Harian Nasional: 22/06/2010 PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan agar mewajibkan peraturan keselamatan dan kesihatan pekerja di semua industri untuk mencapai tahap sifar kemalangan industri negara. Naib Presidennya, A. Balasubramaniam berkata, undang-undang keselamatan dan kesihatan ketika ini hanyalah peraturan dalaman dan oleh kerana itu banyak syarikat tidak mengambil berat untuk memberikan perhatian terhadap aspek tersebut. Sebagai contoh, katanya, sesetengah pekerja tidak dibekalkan dengan topi keledar keselamatan atau tidak memasang tali pinggang bagi pekerja yang bekerja di bangunan tinggi.
9
Pekerja juga tidak diajar tentang langkah berjaga-jaga yang harus diambil apabila bekerja di tempat berbahaya, yang boleh mengakibatkan kemalangan, katanya. Statistik yang dikeluarkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menunjukkan sebanyak 56,339 kes dilaporkan pada 2007, katanya dan menambah jumlah itu adalah tinggi jika dibandingkan dengan bilangan pekerja di negara ini. Sehubungan itu, beliau meminta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (DOSH) untuk meningkatkan penguatkuasaan dan pendidikan kepada majikan dan pekerja untuk mengelakkan kemalangan. - BERNAMA
10
KESEDARAN TERHADAP KESELAMATAN
Kesedaran tentang keselamatan pekerja daripada bencana kecederaan, kematian/kerosakan tubuh badan. Aspek kesedaran-perspektif undang-undang (pihak berkuasa, majikan-kontraktor, sub-kontraktor, klien dan konsultan) dan kesedaran pekerja binaan sendiri.
11
Skop kesedaran dan menyedarkan merangkumi semua pihak yang dinyatakan.
Termasuk mengimplementasikan kesedaran itu sendiri. Pekerja binaan perlu diberikan latihan dan pembangunan diri.
12
Aktiviti latihan & pembangunan diri penting dalam aspek perancangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Ianya bermula dengan: Orientasi Pekerja Baru: 1. Penyebaran maklumat am – corak dan komunikasi semasa kecemasan dan tugasan harian.
13
2. Aktiviti latihan diserapkan ke dalam mesyuarat mingguan.
3. Latihan kemahiran khusus-cth: Memasang scaffolding dan tatacara pembinaan dalam konteks struktur dan sivil. Kursus ini disediakan oleh CIDB, NIOSH, MLVK, UTM dan MARA. 4. Program memeriksa sendiri spt. mengenalpasti, mencegah suasana tidak selamat dan tindakan yang boleh diambil jika perlu.
14
Penguatkuasaan melibatkan semua peringkat organisasi melalui :
1. Dasar 2. Kaunseling 3. Tunjuk ajar
15
Pihak pekerja hendaklah:
1. Mengambil langkah berhati-hati-menjaga keselamatan, kesejahteraan dan kesihatan mereka sendiri semasa bekerja. 2. Pekerja baru dan lama perlu memberi kerjasama kepada majikan dalam pengimplementasian seksyen 15 (1).
16
Tanggungjawab Majikan di Bawah Seksyen 15 & 17 AKKP 1994 1
Tanggungjawab Majikan di Bawah Seksyen 15 & 17 AKKP Kewajipan majikan di bawah Seksyen 15 Seksyen 15 adalah seksyen yang penting di dalam AKKP di mana ia memperuntukkan kewajipan am majikan dan orang yang bekerja sendiri terhadap pekerja-pekerjanya. Seksyen 15 memperuntukkan : (1) Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk memastikan, setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya.
17
3. Pekerja perlu sentiasa memakai/menggunakan peralatan perlindungan/kepakaran keselamatan yang disediakan majikan semasa bekerja. 4. Mematuhi sebarang arahan/langkah-langkah keselamatan yang diberikan oleh majikan.
18
Malaysia Scenario Case 1: ‘An 18 years old machine operator, Mohamad Azhar Zainal Abidin died when his hands got caught in a roller machine in a textile factory at Kamunting Industrial Estate on July 15, 1999 in Taiping.’ Source: News Straits Time, 8/6/2000-Titled-Workplace Accidents Alarming – Steady Rise Since 1998 Due to Poor Enforcement.
19
Case 2: ‘On Jan 16, a project manager, 55 was killed and three people were injured when a granty crane toppled off its 10-metre high railing at the site of the Butterworth Outer Ring Road project in Bukit Mertajam.’ Source: News Straits Time, 8/6/2000-Titled-Workplace Accidents Alarming – Steady Rise Since 1998 Due to Poor Enforcement.
20
In Malaysia, many lives are lost annually due to workplace accidents and work; related health hazards such as cancer, chemical burns, hearing loss, and partial loss of eyesight. Based on the SOCSO annual report in 2000, a total of 75, 386 industrial accidents reported.
21
Loss of human lives, loss of limbs, bodily handicaps, damaged properties due to accidents and fire, ill health and diseases contracted at workplace leads to loss income, huge economical and productivity loss to the country in billions of ringgit.
22
In years 2005, SOCSO paid out RM 890 millions in compensations for industrial accidents and occupational diseases, and this figure is expected to keep increasing. This effects the whole nation in particular, the employers, the employees and family dependents and the Government.
23
STATISTIK KEMALANGAN INDUSTRI
Amerika Syarikat juta (swasta – kemalangan di tempat kerja) United Kingdom – 1.9 juta bersamaan dengan 5.1 kes kemalangan bagi setiap 1000 orang pekerja. Malaysia- 68, 579 kes 1998 kepada 73, 765 kes 1999 – peningkatan sebanyak 7.6%. (New Straits Times, 25 March 2001)
24
Tahun Pampasan yang dibayar (RM)
, 354, 256 , 181, 836 , 357, 214 , 340, 509
25
Perkara yang menjadi kebimbangan besar ialah hakikat ramainya bilangan pekerja asing yang diambil bekerja oleh industri pembinaan di mana kecederaan yang dialami mereka tidak dimasukkan ke dalam statistik yang disediakan oleh DOSH. Keadaan itu tidak memberikan gambaran tepat mengenai tahap keselamatan dalam industri pembinaan di negara ini. “Negara kita semakin bergantung kepada pekerja asing dan pengecualian data itu mungkin memberikan kita gambaran palsu bahawa semuanya selamat dan tidak perlu mengambil sebarang tindakan segera,”- Presiden Persatuan Pengguna Standard Malaysia, Datuk N Marimuthu, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).
26
Industri Binaan: Aspek Keselamatan dan Kesihatan melibatkan bahaya bunyi bising, tekanan kerja, jentera dan mesin yang berbahaya, objek jatuh dari atas dll. Industri Perkilangan: Aspek Keselamatan dan Kesihatan melibatkan bahaya cahaya, tekanan kerja, kebakaran, kejutan elektrik, bahan-bahan toksid, radiasi, bunyi bising dan mesin berbahaya.
27
‘Kemalangan yang berlaku di tapak binaan di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur kelmarin membabitkan dua pekerja binaan maut, manakala 10 lagi cedera berikutan lif yang mereka naiki jatuh dari paras 15 meter perlu diberi perhatian serius.’ Sumber: Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan – 10 Jun 2008.
28
Apa yang diperlukan ialah:
1. Perlaksanaan langkah keselamatan di tapak pembinaan oleh kontraktor yang peka kepada keselamatan dan bertanggungjawab. 2. Disokong oleh kakitangan yang terlatih dan berpengalaman. Untuk mengelakkan kemalangan di tempat kerja, perhatian dan keutamaan perlu diberikan kepada isu keselamatan pada peringkat awal perancangan projek itu lagi.
29
Kontraktor yang ingin mengambil bahagian dalam kontrak pembinaan perlu:
1. Menyediakan satu polisi keselamatan, 2. Pelan mengenalpasti hazad 3. Penilaian risiko dan program pengawalan risiko serta maklumat mengenai pengalaman 4. Latihan keselamatan yang diberikan kepada pekerja mereka.
30
Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah dipraktikkan pada setiap fasa industri pembinaan pada peringkat pengurusan tertinggi sehingga ke peringkat pekerja binaan. Merujuk kepada industri pembinaan, pihak pemaju perlu memikul tanggungjawab untuk memilih kontraktor yang berkelayakan dan berhemah dari segi keselamatan pekerjaan.
31
Ketika mengeluarkan tender, pihak pemaju hendaklah menekankan bahawa penerimaan penender yang terendah bukanlah bermakna mereka boleh mengetepikan tanggungjawab keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
32
Walaupun kerajaan menggubal undang-undang dan menguatkuasakannya, melaksanakan sistem pengurusan keselamatan di tapak pembinaan adalah tanggungjawab kontraktor utama dan sub-kontraktor. Kontraktor perlu memastikan tempat kerja yang selamat dan sihat.
33
Latihan dan pendidikan juga sebahagian daripada pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kerana ia membantu meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Majikan perlu bersedia melabur di dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan sementara pekerja mempraktikkannya di tempat kerja.
34
Pihak syarikat perlu memperuntukkan bajet latihan keselamatan dan kesihatan tahunan untuk mengelakkan kemalangan di tempat kerja. Keselamatan pekerjaan tidak sepatutnya dilihat sebagai faktor yang melenyapkan keuntungan di dalam pengurusan industri, sebaliknya ia hendaklah dianggap sebagai pemangkin produktiviti, terutama dalm industri pembinaan di mana rekod keselamatan yang menunjukkan peningkatan tahap keselamatan diperlukan.
35
NIOSH sebagai institut latihan sentiasa bersedia untuk memainkan peranannya:
1. Melatih dan menyediakan khidmat nasihat kepada industri pembinaan. 2. Membangunkan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkesan. 3. Mengelakkan kemalangan di tempat binaan.
Similar presentations
© 2025 SlidePlayer.com. Inc.
All rights reserved.