Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Disediakan Oleh: Dr Mohd Daud Awang

Similar presentations


Presentation on theme: "Disediakan Oleh: Dr Mohd Daud Awang"— Presentation transcript:

1 Disediakan Oleh: Dr Mohd Daud Awang
PENGENALAN TAMADUN Disediakan Oleh: Dr Mohd Daud Awang

2 Penjelasan mengenai ilmu ketamadunan
- Ia sebagai suatu bidang ilmu yang membicarakan teori konsep-konsep asas, ciri serta sifat tamadun secara konseptual, teoritikal & abstrak. - Ia merupakan suatu konsep yang sarat dengan prinsip, nilai & cirinya. - Ia merupakan semua disiplin ilmu yang menghuraikan tentang manusia dan kehidupan serta persekitarannya Membina pandangan dan kerangka rujukan apabila membicarakan tentang isu-isu ketamadunan dan peradaban secara khusus. Latar belakang agama, budaya, idelogi dan mitos dimana ia dibina

3 ILMU KETAMADUNAN KOMPONEN ILMU KETAMADUNAN
Sejarah (Sejarah Tamadun merujuk kepada pengalaman yang dilalui oleh sesuatu tamadun dari segi pencapaian, jatuhbangun, kamajuan dan kemunduran) Agama Falsafah Kebudayaan Kajian bandar sosiologi antropologi Sains Teknologi Seni & kesusateraan Dan sebagainya

4 Perbezaan Antara Pengajian Ketamadunan dan Sejarah Tamadun
Membicarakan tentang teori, konsep, asas, ciri serta sifat tamadun secara konseptual, teoetikal dan abstrak. Pengalaman yang dilalui oleh sesuatu tamadun dari segi pencapaian, jatuh bangun, kemajuan dan kemunduran. Tidak terikat kepada batasan masa atau zaman. Dibatasi oleh faktor masa

5 KONSEP TAMADUN Memahami dan mengkaji asal usul istilah atau lebih dikenali dengan kajian etimologi. Pemahaman yang baik terhadap asal usul bahasa.

6 DEFINISI TAMADUN

7 DEFINISI & TAKRIF TAMADUN

8 Umran Hadharah Madaniyyah Tamadun Civilization Peradaban PERISTILAHAN TAMADUN

9 BAHASA ARAB Membangun dan memakmurkan bandar Umran -
Hadharah Tamaddun - Madianah Madaniyyah - Sebuah wilayah, daerah atau ibu kota atau bandar atau kampung dan kawasan tanah yang ditanami. Dari perkataan madana (maddana) bermaksud membina dan membangunkan bandar. Bandar-bandar atau nama kepada Yathrib yang kemudiaannya diberi nama oleh Rasulullah SAW dengan Madinah-al-Munawwarah Bandar dam kehidupan bandar

10 Pengertian Tamadun dari Sudut Bahasa
BAHASA MELAYU Tamadun - Peradaban - Beradab Tamadun: kebudayaan, kemajuan atau peradaban. Peradaban: merujuk kepada tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan). Beradab: telah maju tingkat kehidupan (jasmani dan rohani )

11 TAMADUN PELOPOR JURJI ZAYDAN MAKSUD
MAKSUD YANG SAMA DENGAN CIVILIZATION KEADAAN HIDUP SESEORANG BERMASYARAKAT YANG BERTAMBAH MAJU KE HADAPAN. PELOPOR JURJI ZAYDAN

12 TAMADUN DAN PELOPORNYA
Antara istilah –istilah Tamadun Ialah : ‘hadharah’ ‘madaniyyah’ ‘’umran’ ‘thaqafah’ ‘nahdah’. 1) Jurji Zaydan( ) Al-Tarikh al-Tamaddun al-Islami & Muhammad Farid Wajdi ( ) istilah Tamadun 2) Muhammad Abduh guna istilah Madaniyyah 3) Ibnu Khaldun (1332 – 1406) istilah ‘’umran’ bagi menjelaskan makna dan maksud tamadun yang merangkumi organisasi, sosial, budaya.

13 TAMADUN MENURUT IBNU KHALDUN DAN TAMADUN
* Umran’ - menjelaskan makna dan maksud tamadun yang merangkumi organisasi, sosial, budaya. * Umran Hadari ialah masyarakat yang maju, manakala umran badawi ialah masyarakat yang mundur * Model & Teori Ibnu Khaldun: Model keseeimbangan Jasmani & Rohani/ Teori kitaran sejarah/ Teori jaringan sosial = Ta;awun

14 Tamadun menurut Islam * Tamadun Islam merujuk kepada bentuk kemajuan
yang berjalan serentak dengan rohani dan meterial. Ia merangkumi kebudayaan, peradaban, Kemajuan dan sopan santun. * Tamadun Islam meletakkan al-Din sebagai asas yang membentuk tamadun

15 CIRI ASAS TAMADUN

16 Penempatan membentuk kota Peningkatan kualiti kehidupan
CIRI-CIRI TAMADUN Penempatan membentuk kota Peningkatan kualiti kehidupan Sistem organisasi & institusi sosial yang teratur Bahasa serumpun & sistem tulisan tersendiri Sistem perundangan & sistem nilai Peningkatan daya reka cipta Perkembangan daya kreativiti

17 Sistem kenegaraan yang tersusun Sistem tulisan yang tinggi
CIRI-CIRI ASAS TAMADUN (IBN KHALDUN) Agama yang kuat Sistem kenegaraan yang tersusun Kehidupan bandar Sistem tulisan yang tinggi Kepakaran dalam seni  

18 1. Wujud penempatan masyarakat manusia di kawasan tertentu (Kota, bandar, kepolisan…)
2. Peningkatan kualiti kehidupan dan jangka hayat. 3. Wujud sistem organisasi dan institusi sosial dlm bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang sempurna. 4. Muncul satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun dengan satu sistem tulisan tersendiri untuk berkomunikasi.

19 5. Wujud sistem perundangan dan sistem nilai/moral yang berkuatkuasa.
6. Peningkatan daya reka cipta dlm bidang teknologi & pembinaan. 7. Perkembangan daya kreativiti dalam bidang falsafah, kesenian, kesusteraan dan nilai estitika yang tersendiri.

20 KEPERCAYAAN, AGAMA DAN TAMADUN
Agama berperanan penting dalam kehidupan manusia. Pembinaan pekerti mulia dan bermoral berkait rapat dengan kepercayaan beragama dan ianya penting dalam kehidupan bertamadun. Peninggalan tamadun-tamadun silam menggambarkan penghayatan yang tinggi terhadap kehidupan berasaskan kepercayaan dan beragama. Namun tamadun Barat kontemporari memperlihatkan memisahkan nilai keagamaan dlm kehidupan. Umumnya, terdapat 2 pandangan: Agama mempunyai pengaruh dan peranan terhadap tamadun Sangsi tentang peranan agama terhadap tamadun

21 Muhamad Abduh & Ali Shariati (1977) mengatakan bahawa tamadun dibangun dgn asas agama. Nilai-nilai agama menjadikan masyarakat bertamadun Menurut Arnod Toynbee: “ in the course if its evolution, a civilisation produced, among other things, a universal state and higher form of religion “ Maksudnya : Tamadun yang terhasil, antara lainnya ialah mewujudkan negara sejagat dan menjadi agama perkara yang terpenting. Menurut Thomas Berry: “Tamadun ketimuran (oriental civilization) seperti China dan India tidak dapat difahami sepenuhnya kecuali dengan merujuk kepada agama-agama besar Asia”. Menurut Edward Sullivan : “Muslim civilization was the product of Muslim relegion”. Kesimpulan : Tamadun Barat memisahkan nilai-nilai agama daripada tamadun.

22 HUBUNGAN TAMADUN DENGAN KEPERCAYAAN / AGAMA
Kehidupan bertamadun Budi pekerti mulia & moral tinggi Kepercayaan / agama Membentuk sistem, cara hidup & pandangan semesta individu / masyarakat

23 Pengaruh Agama Terhadap Tamadun
Islam menolak pandangan sekular - agama dibentuk oleh pembaharuan / tamadun Pembaharuan dalam Islam dicorak oleh agama Perkara yang tetap: Aqidah Ibadat khusus Prinsip2 mu’amalat Perkara yang boleh berubah: Tamadun (akal + agama)

24 HUBUNGAN TAMADUN DENGAN BUDAYA
Budaya – tatacara bertindak ke atas persekitarannya dalam mengurus kehidupan bermasyarakat. Tamadun berbeza daripada budaya apabila: 1. Pengaruh dan natijah tamadun berkekalan berbanding pengaruh dan natijah budaya. Contoh: kesetiaan kpd maharaja (natijah tamadun) berbeza dgn cara berpakaian dan pemilihan jenis makanan yang berubah (natijah budaya) 2. Tamadun melampaui batas kenegaraan dan wilayah sedangkan budaya dikaitkan dengan negara/wilayah. Cth: tamadun Islam mengandungi beberapa budaya mengikut negara

25 HUBUNGAN TAMADUN DENGAN BUDAYA
Tamadun adalah natijah penghayatan masyarakat terhadap budaya yang tinggi Tatacara manusia bertindak ke atas persekitaran Tingkah laku yang dipelajari manusia yang biasanya dianggap sebagai tradisi & diperturunkan secara tidak langsung Budaya

26 HUBUNGAN TAMADUN DENGAN BUDAYA
Masyarakat berbudaya tinggi Kehalusan budi & kesempurnaan moral Budaya masyarakat tinggi & terpuji Kehidupan bertamadun Bentuk budaya yang diwarisi sesuatu masyarakat / bangsa Adat, pakaian, tingkah laku, nilai, dsb.

27 PERBEZAAN ANTARA TAMADUN DAN BUDAYA
UNSUR KEKAL, CTH: SISTEM SOSIAL – INDIA. UNSUR BERUBAH, CTH: PAKAIAN – CINA. MELAMPAUI BATAS NEGARA DAN WILAYAH, CTH: KONSEP AGAMA. LAZIMNYA DIKAITKAN DENGAN NEGARA ATAU WILAYAH, CTH: PAKAIAN – MUSLIM.

28 HUBUNGAN TAMADUN DAN BANGSA
Suatu bangsa lazimnya ada pertalian dengan sejarah, tradisi dan budaya kawasan geografi tertentu. Tamadun pula bersifat universal merentasi sempadan geografi dan melampui bangsa dan kebangsaan. Terdapat tamadun yg dimiliki oleh lebih drpd satu bangsa spt tamadun Barat di Eropah dan Amerika. Tamadun Islam berkembang dgn pelbagai budaya dan bangsa. Teorinya, tamadun dan bangsa adalah berkaitan dan tamadun akan melampui batas kebangsaan. Namun imej tamadun itu banyak ditentukan oleh bangsa peneraju. Contoh: tamadun Islam yg berkembang di Alam Melayu – memperlihatkan imej kemelayuan dan pd masa yg sama Islam sebagai asas nilai.

29 HUBUNGAN TAMADUN DENGAN BANGSA
Perbezaan antara tamadun dan bangsa: Tamadun melangkaui batas kebangsaan / geografi Tamadun Islam Tamadun Barat Tamadun India & Tamadun China dikaitkan dengan bangsa masing2 Bangsa berkait rapat dengan sejarah, tradisi & budaya kawasan geografi tertentu Bangsa Arab memiliki adat & budaya tersendiri Tamadun Melayu dipengaruhi imej Melayu

30 KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

31 Tamadun awal bermula di lembah-lembah sungai kerana manusia berhijrah dan membina petempatan serta menjalankan aktiviti pertanian. Aktiviti ini membawa kepada lebihan penghasilan makanan yang mampu menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah. Walaubagaimanapun, terdapat kawasan petempatan yang tidak menghasilkan bahan mentah.

32 Barangan seperti logam, kayu-kayan, emas dan perak dibawa masuk dari luar untuk ditukar dengan hasil pertanian yang diusahakan oleh penduduk lembangan sungai. Perubahan kehidupan sebuah masyarakat yang tidak bertamadun kepadan kehidupan bertamadun boleh berlaku secara beransur-ansur atau secara drastik. Bentuk muka bumi pada masa itu kebanyakannya terdiri daripada tanah yang rata dan mempunyai tanih yang subur kerana amat sesuai untuk pertumbuhan tumbuhan.

33 Dengan adanya iklim yang sesuai, alam sekitar dapat menghasilkan sumber makanan khususnya pertumbuhan tumbuhan. Iklim yang sesuai menggalakkan tumbuhan dapat bertumbuh dengan subur dan haiwan juga dapat melakukan pembiakan dalam keadaan yang baik.

34 Faktor Kelahiran & Perkembangan Tamadun
Lokasi strategik Kestabilan pemerintahan Rangsangan keagamaan & kerohanian Kemantapan ekonomi Keteguhan sosial. Toleransi terhadap tamadun lain Penghijrahan

35 Kestabilan Pemerintahan
Lokasi Strategik Lokasi yang memungkinkan penempatan masyarakat mendapat sumber-sumber semula jadi untuk kelangsungan kehidupan. Merujuk kepada faktor geografi. Cth: Sg. Hwang-He, Sg. Ganges, Sg. Tigris & Euphrates, Sg. Nil & Selat Melaka Pemerintahan yang stabil, sistem pentadbiran yang tersusun dan sistematik serta kedudukan strategik. Kestabilan Pemerintahan

36 Rangsangan Agama & Kerohanian
Ajaran agama dan amalan rohani mendorong penghayatan nilai murni dan suci seterusnya kehidupan bertamadun. Masyarakat yang menghayati kehidupan beragama akan berusaha untuk menuju kepada kesempurnaan kemanusiaan dan ketinggian budaya. Penghayatan tinggi terhadapmoral dan nilai terpuji melahirkan masyarakat yang cintakan ilmu dan nilai murni

37 Kemantapan Ekonomi Berkembang di kawasan lembah sungai. Wujud revolusi pertanian dan aktiviti perikanan serta perdagangan. Tamadun Mesir Kuno - Rahmat Sg. Nil capai tamadun dari segi pentadbiran, ekonomi dan sosial. Tamadun Melayu – Melaka, kedudukan strategik, pelabuhan terlindung – aktiviti perdagangan pesat.

38 Keteguhan Sosial Masyarakat yang mempunyai nilai positif seperti:
Kecintaan kepada ilmu. Kreativiti, ketekunan dan kerajinan. merupakan faktor yang meneguhkan sesebuah tamadun

39 Toleransi Terhadap Tamadun Lain
Toleransi terhadap tamadun lain mewujudkan interaksi yang merangsang pemupukan nilai kehidupan bertamadun. Sikap terbuka untuk menerima tamadun yang baik → bentuk tamadun baharu. Sikap pemimpin memainkan peranan penting.

40 Penghijrahan Penghijrahan bertujuan membina tamadun: Mencari ilmu
Meningkatkan kualiti kehidupan Membina strategi Dengan berlakunya penghijrahan ini, akan melengkapkan manusia bertamadun.

41 Faktor Kemunculan & Kemerosotan Tamadun

42 Faktor Kemunculan Tamadun
Kedudukan yang strategik Ransangan keagamaan dan kerohanian Pembangunan ilmu dan Penghayatan nilai Peningkatan kemahiran dan penghasilan teknologi Persaingan dengan tamadun lain

43 Keagamaan & Kerohanian
Penduduk memperoleh sumber semulajadi T. China (Lembah Huang-He) T. India (Lembah Ganges) Kedudukan strategik Ajaran agama mendorong manusia menghayati nilai kehidupan Berusaha mencapai kesempurnaan kemanusiaan Keagamaan & Kerohanian

44 Penghayatan nilai moral menggalakkan kepada kecintaan ilmu
Pembangunan ilmu dan Penghayatan nilai “Necessity is the mother of invention” Peningkatan Kemahiran dan Penghasilan Teknologi

45 Persaingan Tamadun Lain
Mengamalkan sikap keterbukaan Saling berhubung antara tamadun-tamadun yang lain Persaingan Tamadun Lain

46 Faktor Kemerosotan Tamadun
Jurang sosial Kezaliman Keruntuhan moral Jumud Bencana alam

47 Jurang Sosial Kezaliman Wujud golongan kaya dan golongan miskin
Penghujung tamadun Romawi kurun ketiga dan keempat Jurang Sosial Hak kemanusiaan diketepikan Perundangan tidak dihormati dan diceroboh Wilayah2 kolonial dari Tamadun Barat Kezaliman

48 Jumud Keruntuhan Moral Musnahnya penghayatan budi pekerti
Tamadun Yunani, Islam dan Romawi Keruntuhan Moral Tidak mahu menerima perubahan Dari segi teknologi, politik, ekonomi sosial Kekal di takuk yang lama Jumud

49 Bencana Alam Kesannya, berlaku kerosakan secara besar-besaran.
Faktor ini, luar kawalan manusia Bencana Alam


Download ppt "Disediakan Oleh: Dr Mohd Daud Awang"

Similar presentations


Ads by Google