Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

TAKLIMAT PROJEK TAHUN AKHIR

Similar presentations


Presentation on theme: "TAKLIMAT PROJEK TAHUN AKHIR"— Presentation transcript:

1 TAKLIMAT PROJEK TAHUN AKHIR
SESSI 2006/07

2 Definisi PTA Projek Tahun Akhir (PTA) ini merupakan satu kajian ilmiah yang berkaitan dengan pengkhususan di Pusat Pengajian yang WAJIB diambil dan disediakan oleh pelajar tahun akhir sebagai memenuhi salah satu daripada kriteria/syarat untuk memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan.

3 Objektif Keupayaan mengolah dan menggunakan pengetahuan akademik serta pengalaman praktikal dalam menjalankan projek akademik. Kebolehan berfikir secara objektif, analitik dan kritikal dalam mengenalpasti dan mempersembahkan penyelesaian masalah dalam bentuk yang sistematik. Kebolehan berdikari dalam menjalankan dan menghasilkan projek akademik. Kebolehan menyampaikan hasil kerja projek akademik secara lisan dan bertulis.

4 Jawatankuasa PTA Menangani masalah berbangkit yang berkaitan dengan perlaksanaan PTA. Mengumpul, meneliti, dan meluluskan tajuk-tajuk PTA. Mengeluarkan senarai tajuk-tajuk PTA yang telah diluluskan kepada pelajar. Menyediakan Kalender Penyelengaraan PTA pada awal semester pengajian.

5 Jawatankuasa PTA Memberi taklimat khusus kepada pelajar tahun akhir berkaitan perlaksanaan dan bidang PTA. Menyediakan surat lantikan penyelia untuk simpanan penyelia dan Pusat Pengajian. Menyediakan jadual pembentangan projek dan memastikan proses tersebut berjalan lancar. Mengumpul dan menganalisis markah penilaian pelajar daripada penyelia dan penilai.

6 Pertukaran Tajuk Projek
Pelajar yang telah selesai dan lulus PTA tetapi ingin menukar tajuk projek, perlu mendapat kelulusan daripada JKPTA. Permohonan pertukaran tajuk perlu diselesaikan sebelum PTA bermula. Prosedur bagi pertukaran tajuk projek adalah seperti berikut: Pelajar berbincang dengan penyelia dan mendapatkan surat sokongan daripada penyelia. Pelajar perlu mengisi semula borang pendaftaran PTA dan menghantar borang tersebut kepada JKPTA. JKPTA akan membuat penilaian kepada tajuk projek yang baru. Kelulusan permohonan akan diputuskan oleh JKPTA.

7 Peranan Penyelia Peranan dan tanggungjawab penyelia adalah seperti berikut: Memberi bimbingan dan nasihat kepada pelajar berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan PTA ke arah mencapai objektif dan skop yang telah ditetapkan. Membimbing pelajar dalam mengenalpasti tajuk, objektif dan skop kerja yang bersesuaian dengan projek mereka. Membantu pelajar dalam membuat perancangan projek bersesuaian dengan jenis projek yang mereka laksanakan. Mengawasi segala perkembangan projek dan menilai hasil projek yang dijalankan oleh pelajar dari semasa ke semasa, sehinggalah penyerahan laporan berjilid.

8 Peranan Penyelia Mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pelajar serta menyemak dan mengesahkan rumusan kemajuan projek pelajar (menandatangani pada ruang yang disediakan) sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Membimbing dan menasihati pelajar cara-cara penulisan laporan bersesuaian dengan bentuk projek yang dilaksanakan oleh pelajar tersebut. Penulisan laporan perlu berdasarkan format dan piawaian penulisan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti. Membuat penilaian terhadap pelajar berdasarkan laporan kemajuan projek, pembentanga dan laporan projek pada tarikh/masa yang telah ditetapkan. Menghadiri pembentangan projek pelajar. Menyemak laporan sebelum penjilidan dan memastikan pelajar telah membuat pembetulan seperti yang dikehendaki. Mematuhi tarikh penyelenggaraan projek seperti yang telah ditetapkan

9 Tanggungjawab Penilai
Membaca laporan dan membuat penilaian terhadap hasil projek pelajar. Menghadiri dan menilai pembentangan projek pelajar. Memberi komen dan cadangan pembaikan projek pelajar untuk dicatat oleh pengerusi sebaik sahaja selesai sesi pembentangan pelajar tersebut. Menyerahkan Borang Markah Pembentangan kepada pengerusi sebaik sahaja selesai pembentangan pelajar tersebut. Memastikan pelajar melakukan pembetulan laporan selepas sesi pembentangan projek berdasarkan cadangan yang diberikan oleh panel penilai.

10 Pendaftaran PTA PTA dilaksanakan dalam tempoh dua semester di mana pelajar mendaftar kod kursus PTA pada semester pertama sebanyak 6 kredit dan akan di bawa ke semester kedua untuk pengiraan PNG. Status projek semester pertama adalah ‘Tidak Lengkap’ (TL) dan penilaian keseluruhan diadakan pada akhir semester kedua.

11 Perlaksanaan PTA Diselia oleh sekurang-kurangnya seorang pensyarah dan dibantu oleh PLV. 1 minggu 3 jam perjumpaan. Projek cross-disipline dibenarkan.

12 Cadangan Tajuk PTA Setiap pelajar 1 tajuk.
Lihat senarai pada Portal KUKUM. Boleh mengemukakan tajuk sendiri tetapi pastikan KUKUM ada kemudahan jalankan projek tersebut. Isi borang pendaftaran projek seperti diberi.

13 Sistem Penilaian PTA Assessment Overall Marks 100 % Project Management
30 % Report 50 % Viva 20 %

14 Project Management PROJECT MANAGEMENT 30 % Management 20 % Performance
10 % Project Proposal Work Plan Log book Effort Initiative Creativity

15 Report Assessment REPORT 50 %
Theoretical Content 5 % Methodology 20 % Finale Clarify and use of language Referenced identified Report objective Literature review Concept/design Testing Structure & Presentation * Contribution from supervisor (60%) & internal examiner (40%)

16 Viva Assessment Viva 20 % Q & A 10% Presentation Structure
Logical Flow Motivation of Study * Contribution from supervisor (60%) & internal examiner (40%)

17 Laporan Kemajuan Projek
Pelajar perlu berjumpa supervisor 3 jam seminggu. Wajib membawa buku log. Lihat buku panduan. Perkara dalam buku log Pencapaian pelajar berdasarkan carta gantt Prestasi perlaksanaan projek Perkembangan intelek/sahsiah pelajar

18 Format Penulisan Laporan
Seperti di dalam panduan. En Shaiful akan beri taklimat khas mengenai format laporan.

19 Pembetulan Laporan/Hasil Projek
Pembetulan dibuat seperti dikehendaki oleh penyelia. Pelajar dikehendaki menyerahkan laporan yang dibaiki dalam tarikh ditetapkan. Sekiranya ada perubahan besar, tempoh 1 bulan diberi. Ada penilaian semula. Namun markah maksimum ialah Gred C.

20 Penyerahan Laporan 3 laporan berjilid.
Syarat mendapat kredit hendaklah memenuhi: Semua elemen penilaian mesti dijalani sepenuhnya oleh pelajar. Pelajar perlu membetulkan laporan projek dan juga perisian (jika berkenaan) sebagaimana dikehendaki oleh penyelia dan penilai. Pelajar bertanggungjawab sepenuhnya ke atas projek masing-masing. Laporan akhir berjilid serta hasilnya adalah milik KUKUM.

21 Hak Cipta Segala penemuan baru, rekabentuk atau paten adalah hak milik Universiti. Walau bagaimanapun Universiti boleh menimbangkan permohonan untuk berkongsi hak milik dari penyelidik dan atau penganjur luar. Hak cipta penulisan laporan adalah kepunyaan penulis. Segala hal yang berkaitan dengan hak cipta adalah mengikut peraturan hak cipta yang telah ditetapkan oleh universiti.

22 Tarikh-tarikh Penting


Download ppt "TAKLIMAT PROJEK TAHUN AKHIR"

Similar presentations


Ads by Google