Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Penyatuan Syarikat Bersekutu

Similar presentations


Presentation on theme: "Penyatuan Syarikat Bersekutu"— Presentation transcript:

1 Penyatuan Syarikat Bersekutu
Kuliah 8 Penyatuan Syarikat Bersekutu

2 Syarikat Bersekutu Syarikat dimana pelabur mempunyai pengaruh yang signifikan tetapi bukan anak sy atau usaha sama (FRS Investments in Associates). Pengaruh Signifikan: Kuasa untuk terlibat dalam membuat keputusan polisi kewangan & operasi sy yang dilabur tetapi bukan mengawal atau berkongsi kawalan ke atas polisi (FRS 128.2).

3 Syarikat Bersekutu Kepentingan 20% atau lebih kuasa mengundi (FRS128.6) Pengaruh yang signifikan dibuktikan melalui (FRS ): Wakil dalam BOD Keterlibatan dalam keputusan UN yang material antara syarikat Pertukaran k/tgn peringkat pengurusan Pemberian maklumat teknikal

4 Kaedah Perakaunan Tiada peruntukan dalam Akta Sy 1965.
Pelaburan dalam Sy Bersekutu diambilkira menggunakan Kaedah Ekuiti (FRS128.13) PK pelabur disediakan menggunakan Kaedah Ekuiti, bila mana akaun kumpulan disediakan (FRS128.3)

5 Kaedah Ekuiti Pelaburan dalam sy. bersekutu pada asalnya direkodkan pada kos. Nilai bawaannya akan bertambah atau berkurang dengan keuntungan atau kerugian serta pengagihan dari syarikat bersekutu (FRS128.11). Justifikasi- ia menunjukkan kepentingan atau pengaruh pelabur ke atas aset bersih dan prestasi syarikat bersekutu (FRS128.17). Oleh itu nilai aset bersih dan prestasi semasa harus digambarkan dalam nilai pelaburan.

6 Penggunaan Kaedah Ekuiti
Pelaburan dalam sy bersekutu diambilkira menggunakan kaedah ekuiti kecuali (FRS128.13): Pelaburan dikelaskan sebagai sedia untuk dijual menurut FRS5 Non-current Assets Held for Sale and Discontinued Operations; Kekecualian di bawah para 10 FRS127, membenarkan induk yang turut melabur dalam sy bersekutu untuk tidak mempersembahkan PK disatukan, digunapakai; atau

7 Penggunaan Kaedah Ekuiti
Semua perkara di bawah terpakai: Pelabur adalah anak syarikat milik penuh, atau subsidiari yang dikawal sebahagiannya oleh entiti lain dan pemilik yang lain, yang telah dimaklumkan tentang yang pelabur tidak menggunakan Kaedah Ekuiti; Hutang atau instrumen ekuiti pelabur tidak diperdagangkan dalam pasaran umum; Pelabur tidak memfailkan atau tidak dalam proses menyerahkan PKnya kepada suruhanjaya sekuriti atau lain- lain organisasi bagi tujuan menerbitkan apa-apa kelas instrumen kepada pasaran awam; dan Induk utama atau yang terhampir dengan pelabur diperbadankan di Malaysia dan menghasilkan PK disatukan.

8 Kaedah Perakaunan Penggunaan Kaedah Ekuiti diberhentikan apabila pelabur sudah tiada kawalan yang signifikan ke atas sy bersekutu (FRS128.18). Tatacara penggunaan Kaedah Ekuiti adalah sama dengan tatacara penggabungan yang dinyatakan dalam FRS127 (FRS128.20). Perkongsian kumpulan dalam sy bersekutu adalah jumlah pegangan dalam bersekutu oleh induk dan anak syarikatnya (FRS128.21).

9 Kaedah Perakaunan Pada tarikh perolehan pelaburan, apa-apa perbezaan antara kos pelaburan dan perkongsian pelabur dalam nilai saksama bersih aset, liabiliti dan liabiliti kontingen bersekutu diambili kira berdasarkan FRS3 Business Combinations. Oleh itu (FRS128.23): Muhibah berkaitan sy bersekutu termasuk dalam amaun bawaan pelaburan. Pelunasan muhibah tidak diambilkira dalam menentukan perkongsian pelabur dalam UR bersekutu. Lebihan perkongsian pelabur dalam NS bersih aset, liab dan liab kontingen bersekutu atas kos pelaburan ditolak dari amaun bawaan pelaburan dan dimasukkan sebagai pendapatan dalam menentukan perkongsian pelabur dalam UR bersekutu. Contoh 1

10 Urusniaga dengan Syarikat Bersekutu
Dalam kes urusniaga dengan subsidiari, hapuskira penuh dilakukan kerana ia dipandang sebagai satu entiti. Dalam kes sy bersekutu, hapuskira terhad kepada kepentingan induk dalam sy bersekutu (FRS ). Urusniaga induk dengan sy bersekutu terbahagi kepada u/n dengan bersekutu dan pihak luar.

11 Urusniaga - konsep Jika jualan antara pelabur dan syarikat bersekutu berlaku, dan barangan telah dijual kepada pihak ke 3, maka tiada untung belum realis. Tiada pelarasan. Perlu diingat bahawa jualan syarikat bersekutu tidak pernah ambilkira dalam akaun gabungan.

12 Untung Belum Realis Keadaan ini berlaku jika ada urusniaga antara pelabur dan sy bersekutu dan barangan tersebut belum terjual kepada pihak lain (masih berada dalam kumpulan). URBR bagi u/n antara sy yang lain seperti perpindahan aset tetap juga perlu dihapuskan.

13 Untung Belum Realis Pelarasan yang dilakukan:
Hanya URBR bagi u/n antara sy dan sy bersekutu sahaja diselaras. URBR bagi u/n antara sy dan sy bersekutu dihapuskan sebahagian (bergantung kepada kepentingan).

14 Untung Belum Realis Untung atau rugi dari urusniaga upstream dan downstream antara pelabur (termasuk sub yang digabungkan) dan sy bersekutu diiktiraf dalam PK pelabur setakat kepentingan pelabur yang tak berkaitan dalam sy bersekutu. Perkongsian pelabur dalam UR bersekutu hasil dari urusniaga ini dihapuskan (FRS128.22). Catatan pelarasan berbeza bagi urusniaga downstream dan upstream.

15 Lain-lain baki dengan sy bersekutu
Tidak dihapuskan kerana item-item KKK sy bersekutu tidak digabungkan. Ia ditunjukkan sebagai item berasingan dalam penyata kewangan. Contoh: Pinjaman kepada/daripada syarikat bersekutu (termasuk faedahnya) Baki tertunggak dari atau kepada syarikat bersekutu (dari urusniaga biasa) Dividen BT dari bersekutu 15


Download ppt "Penyatuan Syarikat Bersekutu"

Similar presentations


Ads by Google