Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

CPE3201 Bimbingan dan Kaunseling untuk Pengamal Sumber Manusia

Similar presentations


Presentation on theme: "CPE3201 Bimbingan dan Kaunseling untuk Pengamal Sumber Manusia"— Presentation transcript:

1 CPE3201 Bimbingan dan Kaunseling untuk Pengamal Sumber Manusia
Semester Pertama 2015/16

2 Prof. Madya Dr Rusnani Abdul Kadir
(KB00008; PA00985) Jab. Pendidikan Kaunselor & Psikologi Kaunseling Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM

3 Sinopsis kursus Kursus ini merangkumi definisi, falsafah dan prinsip bimbingan dan kaunseling, teori, teknik dan proses kaunseling, etika kaunseling, kaunseling individu, bimbingan kelompok, perkembangan kerjaya, dan peranan kaunselor dalam pembangunan sumber manusia.

4 Pada akhir perjumpaan ini pelajar dapat:
Menjelaskan beberapa konsep asas berkaitan bimbimbingan dan kaunseling Menghuraikan perbezaan antara bimbingan, kaunseling dan psikoterapi Menghuraikan teori/pendekatan kaunseling kognitif, afektif, dan tingkah laku

5 Bimbingan & Kaunseling
Dua konsep berkembar… wujud dalam dunia pendidikan Tidak mempunyai makna yang sama

6 Bimbingan menunjuk arah, memaklum, memberitahu, membimbing ke arah

7 Bimbingan Menyampaikan maklumat Menjelaskan sesuatu
Unsur memberi nasihat / pandangan Berorientasikan pendidikan

8 Kaunseling Proses interaksi bersemuka di antara kaunselor dan klien, bertujuan untuk membantu klien mengurus isunya.

9 Bimbingan - Kaunseling - Psikoterapi

10 Psikoterapi (terapi) BUKAN Terapi bekam Terapi urutan Terapi aroma

11 Terapi Psychotherapy Physical therapy Physiotherapy
Occupational therapy Speech therapy Aroma therapy Psychotherapy

12 Komponen Kaunseling Kaunselor Klien Tujuan/matlamat Hubungan

13 1. Kaunselor Ilmu Kemahiran Sikap TERLATIH
Berdaftar dan ada Perakuan Amalan (Akta Kaunselor (860))

14 2. KLIEN Individu yang… Menghadapi halangan dalam hidupnya
Berkonflik untuk mengambil keputusan Keliru dengan beberapa pilihan BUKAN individu yang menghadapi masalah mental atau jiwa Setiap dari kita berpotensi menjadi klien

15 …menghadapi halangan dlm hidup
Tabiat tidak sihat Perasaan negatif terhadap diri (harga diri rendah) Emosi bercelaru / negatif (spt perasaan sedih, marah, bersalah) Tiada / tidak cukup maklumat Tidak pandai membuat keputusan

16 3. TUJUAN/MATLAMAT Kaunseling
Membantu klien mengurus isunya. ISU  pelajaran/akademik pekerjaan/kerjaya hubungan interpersonal keluarga Peribadi (contoh: penagihan)

17 4. Interaksi (hubungan) Bersemuka
Berlandaskan hormat menghormati, kepercayaan, komunikasi berkesan, penerimaan Hubungan interpersonal untuk klien berkongsi pengalaman dan pemikiran, serta menyatakan perasaan Sukarela dan terbuka

18 Hubungan Kaunseling Menolong Profesional
Teraputik (diterima, tidak dihakimi, dipercayai, rasa selamat, rasa dirawat) Bersemuka “ecounseling ; tele kaunseling”

19 Kaunseling BUKANLAH…. Sesi sembang-sembang
Memberi nasihat atau cadangan Memberi maklumat sahaja Proses interogasi / temuduga Semata-mata menyelesaikan masalah … tetapi juga melibatkan perkembangan diri

20 Bentuk pengendalian kaunseling
Individu Kelompok Berdua, berpasangan Beberapa ahli keluarga

21 Proses Memakan masa Ada urutan aktiviti dari mula hingga akhir mula 2
3 4 akhir

22 Kitaran proses kaunseling
Bina hubungan Penerokaan Kenal pasti isu (masalah ) Bina Matlamat Memilih alternatif Mengambil tindakan Tamat hubungan dan membuat susulan

23 Ilmu Kemahiran Sikap KAUNSELOR

24 Ilmu seorang kaunselor
Psikologi Komunikasi Agama Undang-undang Perubatan ……

25 Sikap/Personaliti Kaunselor
Suka menolong Sukakan manusia Prihatin kepada kesusahan orang lain (simpati) Empati Mudah didampingi Berpegang kepada prinsip dan etika kaunseling

26 EMPATI Daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain – DBP online Keupayaan memahami atau merasai apa yang dirasai oleh orang lain menurut perspektifnya; i.e., the capacity to place oneself in another's shoes. Empathy is known to increase prosocial (helping) behaviors. 

27

28 Adakah anda memiliki personaliti mudah didampingi?

29 Personaliti ‘mudah didampingi’
Mesra Senyum Berhemah Tidak garang Tidak cerewet Tidak hurried (sibuk, tidak tergesa-gesa) Sabar

30 Kemahiran Asas Kaunseling

31 Kemahiran Kaunseling Kemahiran mendekati Kemahiran melayan
Kemahiran mendengar Kemahiran memberi respon Kemahiran merujuk

32 1. Kemahiran mendekati Personaliti mudah didekati
Prihatin/cakne/ambil peduli Ikhlas hendak menolong Berkemahiran bertegur sapa

33 2. Kemahiran Melayan Pengunaan pergerakan bukan lisan untuk melayan
SOLER Sitting at angle Open posture Leaning forward Eye contact Relax

34 Memahami perlakuan bukan lisan
Ekspresi wajah Kualiti suara Pergerakan kaki Pergerakan tangan Penampilan Keselarasan antara lisan dengan bukan lisan

35 3. Kemahiran mendengar Active listening Reflective listening
Listening with the ‘third ear’ Mendengar kepada isi & perasaan Mendengar kepada bahasa badan

36 Mendengar Ditunjukkan melalui
Tindak balas secara tanpa lisan: Mengangguk, Pandangan mata yang selesa, Kedudukan tubuh badan (SOLER) Tindak balas secara lisan Mendengar dengan sabar

37 Mendengar dengan sabar
Jangan mencelah Jangan beri perkataan Beri tumpuan penuh

38 4. Kemahiran memberi respon
Dorongan minima Parafrasa Meminta penjelasan Menyoal Refleksi

39 i. Memberi Dorongan minima
Tanpa lisan: Mengangguk; “Hmm Hmm”; pandangan yang selesa Secara lisan: “Ya”; “Oh, begitu”; “Ah..ha…”

40 i. Memberi Dorongan minima
TUJUAN: Mengalakkan klien untuk terus bercerita Menunjukkan kaunselor sedang mendengar Menunjukkan kaunselor faham dan mengikuti apa yang sedang diceritakan oleh klien

41 ii. Paraprasa ~ Penyataan semula kenyataan atau mesej yang dibawa klien; dan kaunselor mengulangnya untuk mendapatkan kepastian daripada klien (biasanya ringkas dan mengguna perkataan lain)

42 Paraprasa CONTOH: Klien: Penyelia kata saya tidak buat kerja dengan betul. Dia selalu tegur saya dengan kasar di hadapan pekerja lain. Macam sengaja nak malukan saya. Tulah yang saya naik angin ni…. Kaunselor: Penyelia marah awak di depan pekerja lain.

43 iii. Meminta penjelasan
~Digunakan sekiranya terdapat kekeliruan atau perubahan pada percakapan, tingkah laku atau emosi klien. Untuk memastikan kaunselor benar-benar memahami cerita klien atau perasaan yang sedang dialami klien

44 Meminta penjelasan Contoh:
“Boleh terangkan maksud gagal dalam cerita awak tadi.” “Cuba beritahu saya apa yang awak tidak faham tentang arahan tu”

45 iv. Kemahiran Menyoal (soalan yg relevan)
Soalan tertutup Tujuan: mendapatkan data; jawapan khusus. Dijawab menggunakan satu atau dua perkataan; menyekat respon Contoh:

46 iv. Kemahiran Menyoal (soalan yg relevan)
Soalan terbuka Tujuan: perbincangan, meminta penjelasan dan huraian. Tiada jawapan khusus; jawapan pelbagai Contoh:

47 Kenal pasti … Berapa Bila Bagaimana Siapa Apa Di mana Kenapa

48 Refleksi isi & Refleksi perasaan
v. Refleksi Memahami makna sesuatu peristiwa yang cuba disampaikan klien dengan menggunakan perkataan yang ringkas, padat dan tepat. Refleksi isi & Refleksi perasaan

49 Refleksi isi Klien: Penyelia kata saya tidak buat kerja dengan betul. Dia selalu tegur saya dengan kasar di hadapan pekerja lain. Macam sengaja nak malukan saya. Tulah yang saya naik angin ni…. Kaunselor: Penyelia kata awak tak buat kerja betul

50 Refleksi perasaan Klien: Penyelia kata saya tidak buat kerja dengan betul. Dia selalu tegur saya dengan kasar di hadapan pekerja lain. Macam sengaja nak malukan saya. Tulah yang saya naik angin ni…. Kaunselor: Awak rasa malu bila penyelia tegur macam tu.

51 vi. Merumus Mengumpulkan semula faktor / isu penting yang disebutkan klien, meringkaskannya dan dikemukakan semula kepada kien. Tujuan: Memberi struktur atau panduan tentang perkembangan sesi. Rumusan kecil – beberapa kali dalam sesi Rumusan besar – sekali, pada akhir sesi

52 Rumusan kecil: “Tadi awak telah ceritakan apa yang berlaku ditempat kerja dan bagaimana kejadian itu telah menyebabkan awak kecewa dan sekarang awak sedang berfikir untuk berhenti bekerja.”

53 Rumusan besar: “Sudah 40 minit kita berbincang, sebelum kita berhenti saya ingin merumuskan perbincangan dan keputusan yang kita setuju bersama. Pertama awak telah ceritakan masalah yang awak hadapi, yang telah menyebabkan awak kecewa dan nak berhenti bekerja. Kemudian kita berbincang baik buruk pilihan awak. Dan tadi kita bersetuju yang awak akan balik berbincang dengan isteri dahulu. Dan minggu depan kita berjumpa untuk melihat kembali hasilnya. Betul?..... Ada apa-apa yang awak nak tambah?”

54 5. Kemahiran merujuk ….. menyerah kepada profesional lain KERANA…
Tiada kepakaran Bercanggah pendapat/nilai (tiada rasa hormat)

55 Etika (asas) Kaunseling
Kerahsiaan Pertalian emosi Pertalian darah Batasan kerahsiaan SULIT (CONFIDENTIAL)

56 Prinsip Kaunseling Setiap individu itu unik Setiap individu berpotensi
Setiap individu mahu dihargai Setiap individu mahu dihormati Setiap individu ingin berubah kepada yang lebih baik

57 Akhir kata ….. Pra syarat menolong ialah mengenali individu yang hendak ditolong Pra syarat mengenali orang lain adalah mengenali diri sendiri Know yourself before you know others

58 RUMUSAN Definisi B&K Falsafah & prinsip B&K Proses kaunseling
Kemahiran asas kaunseling Etika kaunseling Teori kaunseling Bimbingan kelompok Perkembangan kerjaya Peranan kaunselor dalam pembangunan sumber manusia

59 TERIMA KASIH


Download ppt "CPE3201 Bimbingan dan Kaunseling untuk Pengamal Sumber Manusia"

Similar presentations


Ads by Google