Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

M1 PENGENALAN KEPADA BAHASA

Similar presentations


Presentation on theme: "M1 PENGENALAN KEPADA BAHASA"— Presentation transcript:

1 M1 PENGENALAN KEPADA BAHASA
BBM5401 MINGGU 1 PENGENALAN BAHASA

2 M1 PENGENALAN KEPADA BAHASA
BBM5401 Bahasa mempunyai peranan penting dalam kehidupan manusia Bahasa merupakan alat komunikasi bagi melahirkan fikiran Bahasa adalah sebahagian daripada kebudayaan sesuatu masyarakat Bahasa lahir kerana timbul keperluan dan keinginan manusia untuk berkomunikasi sesama ahli masyarakat lain. Bahasa menjadi keperluan asas terpenting kepada manusia

3 M1 PENGENALAN KEPADA BAHASA
BBM5401 TAKRIF BAHASA Kebanyakan orang mendefinisikan bahasa sebagai semua perkataan dan ayat yang kita gunakan dalam percakapan dengan orang lain. Orang ramai sering mengaitkan bahasa sebagai percakapan yang kita keluarkan. Ada juga pendapat yang mengatakan bahasa sebagai kata-kata yang kita lafazkan dan juga kata-kata yang kita tulis. Segala definisi tersebut boleh dianggap sebagai tidak salah.

4 M1 PENGENALAN KEPADA BAHASA
BBM5401 Mengikut kamus “Third New International Dictionary” bahasa itu sebagai “audible, articulate human speech as adjacent vocal organs”. Definisi bahasa yang keduadiberi oleh kamus tersbut menyebut bahasa sebagai “any means,vocal or other, of expressing or communicating teaching or thought” Definisi pertama menghadkan bahasa kepada aktiviti manusia dan bunyi suara. Definisi kedua lebih tertumpu kepada sebutan atau pengajaran komunikasi.

5 M1 PENGENALAN KEPADA BAHASA
BBM5401 Kamus Dewan mentakrifkan bahasa sebagai sistem lambang, bunyi dan suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Bahasa digunakan sebagai alat perhubungan antara seorang individu dengan individu lain dan hubungan antara ahli di dalam suatu kelompok manusia. Edward Sapir telah mendefinisikan bahasa sebagai, “Language is a Purdy human and moniustinctive method of communicating ideas,emotions and desires by means of a system of voluntary produced symbol. These symbols are in the first instance auditory and they are produced by the so-called organs of speech”

6 M1 PENGENALAN KEPADA BAHASA
BBM5401 Orustein dan Gage pula memberikan takrif bahasa sebagai “a language is a structured system of vocal symbols by wich a social group cooperates” Mengikut definisi bahasa yang diberikan oleh Bloch dan Trager bahasa ialah bentuk yang dituturkan atau bentuk percakapan. Kebanyakan bentuk bahasa yang digunakan oleh manusia terdapat dalam bentuk pertuturan. Tulisan adalah bentuk bahasa yang berfungsi merakamkan bahasa berbentuk pertuturan.

7 M1 PENGENALAN KEPADA BAHASA
BBM5401 Sebagai kesimpulan, definisi bahasa dapat dibahagikan kepada dua jenis. Bahasa dapat dilihat dari segi fungsi dan bentuk. Definisi bahasa dari segi fungsi dapat dilihat tentang peranan bahasa sebagai alat komunikasi. Dari segi bentuknya,bahasa terdiri daripada kalimat-kalimat.

8 M1 PENGENALAN KEPADA BAHASA
BBM5401 CIRI-CIRI BAHASA 1. Bahasa itu simbol 2. Bahasa mempunyai sistem 3. Bahasa kepunyaan manusia 4. Bahasa sebagai alat bermasyarakat 5. Bahasa perlu dipelajari 6. Pertembungan kebudayaan boleh menyebabkan sesuatu bahasa itu berubah

9 CIRI-CIRI BAHASA MANUSIA
M1 PENGENALAN KEPADA BAHASA BBM5401 CIRI-CIRI BAHASA MANUSIA 1. Penggunaan saluran auditori-pertuturan 2. Arbitrari 3. Mempunyai makna 4. Pancaran budaya atau Tradisi 5. Penggunaan secara spontan 6. Mengikut giliran 7. Duaan atau artikulasi berganda 8. Pemindahan maklumat 9. Bergantung pada struktur 10 kreativiti

10 KONSEP PEMEROLEHAN BAHASA
M1 PENGENALAN KEPADA BAHASA BBM5401 KONSEP PEMEROLEHAN BAHASA Perkataan pemerolehan bahasa membawa maksud usaha atau kegiatan memperoleh bahasa. Kanak-kanak dilahirkan dan dibesarkan di dalam keluarga. Bahasa pertama yang diperolehi kanak-kanak ialah bahasa yang dituturkan oleh setiap ahli keluarga. Bahasa ini dirujuk sebagai bahasa ibunda. Pemerolehan bahasa ibunda terdiri daripada dua jenis iaitu pemahaman dan penerbitan. Pemahaman melibatkan kebolehan mengamati ayat-ayat yang didengar. Proses penerbitan pula, melibatkan kebolehan menghasilkan ayat-ayat sendiri. Apabila kedua-dua proses ini telah dikuasai barulah pemerolehan bahasa dikatakan berlaku secara sempurna.

11 KONSEP PEMBELAJARAN BAHASA
M1 PENGENALAN KEPADA BAHASA BBM5401 KONSEP PEMBELAJARAN BAHASA Dalam pembelajaran bahasa, seseorang membentuk semula di dalam pemikirannya erti yang diterbitkan dalam bentuk tulisan. Proses ini merangkumi kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambang-lambang itu semula kepada bunyi suara (bahasa) dan memahami makna atau tanggapan disampaikan melalui tulisan itu.

12 KONSEP PENGAJARAN BAHASA
M1 PENGENALAN KEPADA BAHASA BBM5401 KONSEP PENGAJARAN BAHASA Arbak Othman (1985:1) Pada dasarnya, pengajaran ialah “suatu organisasi aktiviti yang dirancang dan diolah oleh guru untuk menyampaikan pemahamantentang maklumat atau pengetahuan tertentu kepada pelajarnya dalam satu suasana yang dipanggil Bilik Darjah”

13 M1 PENGENALAN KEPADA BAHASA
BBM5401 (Koh Boh Boon. 1985) Pengajaran merupakan suatu proses kompleks yang dipengaruhi oleh pelbagai unsur termasuk kualiti pengajar, kecerdasan, bakat dan minat pelajar serta pengaurh motivasi, persekitaran sekolah, rumah dan dorongan ibu Pengajaran bahasa boleh didefinisikan sebagai keadah atau cara-cara guru menyampaikan maklumat kepada pelajarnya tentang cara sesuatu bahasa digunakan. bapa terhadap pelajar itu.

14 M1 PENGENALAN KEPADA BAHASA
BBM5401 Dalam usaha menyampaikan pengetahuan itu, seseorang guru menggunakan berbagai-bagai kaedah bagi membolehkan pelajar memahami dan menggunakan bahasa yang diajarkan itu dengan betul berdasarkan rumus-rumus tatabahasanya


Download ppt "M1 PENGENALAN KEPADA BAHASA"

Similar presentations


Ads by Google