Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
Published byHamdani Tanudjaja Modified over 6 years ago
1
AKTA PENILAI, PENTAKSIR DAN EJEN HARTA TANAH, 1981
Kerajaan meluluskan pindaan Akta Penilai dan Pentaksir, 1981 pada tahun 1984 untuk memasukkan amalan ejensi harta tanah. Akat baru yang dikenali sebagai Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (pindaan) 1984 dikuatkuasakan pada 7 September 1984. Menerangkan maksud ejen harta tanah berdaftar (Sek. 22A) Menggariskan syarat-syarat untuk menjadi ejen harta tanah berdaftar (Sek. 22D) Menetapkan syarat-syarat untuk membuka firma perejenan harta tanah [Sek. 14 (1)(c)(iii)] Menerangkan kesalahan-kesalahan (Sek. 30) beserta penalti yang akan dikenakan terhadap ejen harta tanah berdaftar (Sek. 31) Pihak Lembaga telah memberikan tempoh selama setahun kepada broker-broker untuk mendaftarkan diri dengan Lembaga.
2
PROSEDUR PENDAFTARAN EJEN HARTA TANAH
Menurut Sek. 22A, Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah, 1981, seseorang yang ingin menjalankan amalan ejensi harta tanah hendaklah terlebih dahulu mendaftarkan diri mereka dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia. Sek. 16, Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah, 1981 menyatakan bahawa mereka yang telah berdaftar akan diberikan kuasa untuk menjalankan amalan oleh Lembaga dan mereka dikenali sebagai Ejen Harta Tanah Berdaftar (Registered Estate Agents)
3
Syarat-syarat Pendaftaran:
Seksyen 22A, Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah, 1981 memperuntukkan syarat-syarat untuk mendaftarkan diri sebagai ejen harta tanah berdaftar sebagaimana berikut: a. Seseorang itu hendaklah mencapai umur 21 tahun, sempurna akal, berkelakuan baik dan tidak pernah disabitkan dengan sesuatu kesalahan yang melibatkan penipuan (fraud) atau kecurangan atau keburukan akhlak dalam tempoh 5 tahun sebelum permohonan dibuat. b. Lulus di dalam peperiksaan yang ditetapkan oleh Lembaga atau telah mendapat kelulusan yang diiktiraf oleh Lembaga sebagai setaraf dengan peperiksaan tersebut. c. Telah menamatkan tempoh latihan serta pengalaman amali yang telah ditetapkan oleh Lembaga.
4
Pendaftaran untuk menjadi Ejen Harta Tanah:
2 Januari -2 Mei setiap tahun Mengisi Borang B Kelayakan minimum: Perlu mempunyai SPM dengan tidak kurang 5 mata pelajaran lulus dengan sekurang-kurangnya 3 mata pelajaran perlu lulus dengan kredit dan sekurang-kurangnya 1 mata pelajaran perlu lulus dengan kredit iaitu Matematik/Sains/Akaun/Perdagangan. Pengecualian : Penilai berdaftar Diploma dan Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Lembaga
5
Peperiksaan Bertulis Ejen Harta Tanah (Bhgn I & Bhgn II):
Mestilah seorang warganegara Malaysia atau pemastautin tetap negara. Tarikh peperiksaan : Kebiasaannya setiap bulan Jun/Julai (bergantung pada persiapan dewan peperiksaan) Yuran : RM50 bagi pendaftaran peperiksaan RM50 bagi setiap subjek Setiap bahagian mengandungi enam (6) matapelajaran Pengecualian Peperiksaan Bertulis Ejen Harta Tanah (Bhgn I & Bhgn II): Calon yang mempunyai pengalaman/pengetahuan yang diiktiraf di dalam bidang harta tanah
6
Bahagian I 1. Principles of Accounting 2. Introduction to Law 3. Principles of Economic 4. Property Taxation 5. Principle and Practice of Marketing 6. Building Technology 1 Bahagian II 1. Land Economics 2. Estate Agency Law 3. Principles of Valuation 4. Laws Relating to Property 5. Real Estate Agency Practice 6. Building Technology 11 (perlu diselesaikan dalam masa 3 tahun).
7
Latihan Industri Selepas lulus peperiksaan bertulis Bhgn I & Bhgn II, calon hendaklah mendaftar sebagai seorang ejen harta tanah percubaan [Sek. 22D(2)] Menjalani latihan industri dan memperoleh pengalaman di Malaysia selama 2 tahun dengan pemantauan ejen harta tanah berdaftar Pengecualian Sekiranya mempunyai pengalaman kerja di dalam bidang harta tanah tidak kurang dari tempoh 10 tahun. Perlu mengemukakan Borang TPC EA 2/96, bayaran RM100 serta rekod pengalaman kerja (4 salinan) beserta Lampiran B Penghantaran Diari Kerja (Work Diary) Selepas tamat tempoh latihan pada tahun pertama, calon dikehendaki untuk menghantar laporan kerja, diulangi pada tahun kedua perkara yang sama.
8
Temuduga Profesional (Ujian Kecekapan Profesional):
Setelah selesai menjalani praktikal selama 2 tahun, calon boleh menghadiri Temuduga Perofesional (Ujian Kecekapan Profesional) [Sek. 22D(3)] Enam (6) kali setahun iaitu pada Febuari, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember. Perlu mengisi Borang B1 dan TPC EA 1/96 Yuran : RM100 untuk mendaftaran (Borang B1) RM50 untuk porses Boran TPC EA 1/96 Hanya setelah calon lulus Ujian Kecekapan Profesional barulah calon layak untuk mandapat lesen Ejen Harta Tanah Berdaftar.
Similar presentations
© 2024 SlidePlayer.com. Inc.
All rights reserved.