Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran Berubah Resource Management in Changing Environment HUSNIYAH BT. ABD. RAHIM BILIK A2-14 Email:

Similar presentations


Presentation on theme: "FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran Berubah Resource Management in Changing Environment HUSNIYAH BT. ABD. RAHIM BILIK A2-14 Email:"— Presentation transcript:

1 FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran Berubah Resource Management in Changing Environment HUSNIYAH BT. ABD. RAHIM BILIK A2-14 Jabatan Pengurusan Sumber & Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia

2 Objektif kursus Pada akhir kursus pelajar dapat:
Memahami pendekatan dan teori perubahan Mengenalpasti faktor-faktor yang membawa perubahan dan kesan terhadap pengurusan sumber Menganalisis perubahan dalam kehidupan Mengaplikasi pelbagai pendekatan perubahan ke arah pengurusan sumber yang cekap dan berkesan

3 SINOPSIS Kursus ini memberi tumpuan kepada faktor-faktor yang menyumbang kepada perubahan dan kesannya ke atas individu, keluarga, organisasi dan masyarakat. Perbincangan pelbagai teori perubahan. Aplikasi pelbagai pendekatan perubahan ke arah pengurusan sumber yang cekap dan berkesan. (This course emphasises on factors that cause change and impacts to individual, families, organisation and society. Discussion on various theories of change. Application of various approaches of changed towards effective and efficient management of resources).

4 Kuliah Tajuk Jam 1. Pengenalan Konsep Pengurusan Sumber Aspek-aspek Pengurusan Sumber 2. Faktor-faktor Perubahan Dalaman dan Luaran 4 Nilai, moral dan etika Alam sekitar Globalisasi Migrasi penduduk Teknologi komunikasi dan pengangkutan Identifikasi supranasional

5 Kuliah Tajuk Jam 3. Prinsip dan Teori Perubahan 8 Teori perubahan organisasi Teori Kurt Lewin Tahap perubahan 4. Kesan Persekitaran Berubah 6 Individu dan keluarga Organisasi Masyarakat

6 Kuliah Tajuk Jam 5. Pengurusan Perubahan 10 Organisasi Sumber Keselamatan dan kesihatan persekitaran kerja 6. Keselamatan dan kesihatan Persekitaran Kehidupan Penggunaan lestari Polisi dan perundangan

7 Jumlah jam 42 Kuliah Tajuk Jam 7. Pengurusan Alam Sekitar 4
Pembangunan lestari Pengurusan sumber semulajadi 8. Cabaran-cabaran Jumlah jam

8 Penilaian Kerja kursus 60% Peperiksaan Akhir 40% Jumlah 100%
Tugasan Individu 30% Ujian 30% Peperiksaan Akhir 40% Jumlah %

9 Rujukan Burke, W. W. (2002). Organisation Change: Theory and Practices. California: Sage Publication. French, W. L. (1999). Organisation Development and Transformation: Managing Effective Change. New York: McGraw Hill. Goldsmith, E. B. (2005). Resource Management for Individuals and Families. 3rd Ed. Belmont, C. A. : Thomson/ Wadsworth. Morris, D. (2003). Changing Environments (Ed.). Chichester: John Wiley. Mumtazah, O. (2002). Pengenalan Pengurusan Sumber Individu dan Isirumah: Pendekatan Sistem. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

10 Konsep Pengurusan Sumber Aspek-aspek Pengurusan Sumber
Tajuk 1 Pengenalan Konsep Pengurusan Sumber Aspek-aspek Pengurusan Sumber

11 Konsep Pengurusan Sumber
Definisi pengurusan : Cara untuk mendapatkan sesuatu, atau membuat penentuan ke atas pengagihan sumber Proses menggunakan sumber-sumber untuk mencapai matlamat

12 Konsep Pengurusan Sumber
Segala punca atau cara-cara tersedia ada pada diri individu, keluarga dan di dalam persekitaran yang disedari atas potensinya atau kebolehannya memenuhi sesuatu permintaan. Jenis-jenis sumber: Sumber manusia: individu dalam keluarga, kakitangan organisasi Sumber bukan manusia: kewangan organisasi, masa (jadual dan jenis aktiviti organisasi)

13 Konsep Pengurusan Sumber
Proses pengurusan melibatkan beberapa aktiviti: Memikir, merancang, menyelaras, mengambil tindakan, mengawal dan menilai tindakan yang telah dilakukan sepanjang masa. Ringkasnya, pengurusan melibatkan aktiviti mental (berfikir-kognitif) dan fizikal (tindakan)

14 Konsep Pengurusan Sumber
Definisi Pengurusan Sumber: Satu proses merancang penggunaan sumber-sumber dengan berlandaskan nilai-nilai, dan melaksanakan rancangan itu supaya matlamat dapat dicapai. Ia melibatkan rangkaian membuat keputusan, menilai, mengawal dan mengubahsuai. Dengan sumber terhad dan pilihan yang tidak terbatas, proses pengurusan sumber menjadi agak rumit.

15 Konsep Pengurusan Sumber
Pendekatan sistem dalam pengurusan sumber: Pengurusan sumber merupakan proses dinamik yang memerlukan individu, isi rumah ataupun organisasi berinteraksi dengan persekitarannya bagi mengurus. Pendekatan bagi menjelaskan proses dinamik ini adalah melalui pendekatan ekosistem

16 Konsep Pengurusan Sumber
Pendekatan Ekosistem Menggabungkan perspektif sistem dan ekologi yang diperkenalkan oleh Deacon dan Firebaugh (1988) Pendekatan ini memudahkan proses pengurusan sesebuah sistem dan interaksi serta saling hubungan antara sistem dan unit dalam persekitaran yang dikaji dapat dibincangkan dengan lebih sistematik dan jelas

17 Konsep Pengurusan Sumber
Sistem: Kumpulan unit atau individu yang saling berkoodinasi, berinteraksi, saling bergantung, mempengaruhi dan bekerjasama bagi mencapai matlamat. Contoh: isirumah, masyarakat, organisasi, kenderaan Ekologi: Kajian mengenai bagaimana unit-unit kehidupan berinteraksi dengan persekitaran. (ekologi manusia – interaksi antara manusia dengan persekitaran. Persekitaran - fizikal, sosiobudaya, biologi dan lain)

18 Konsep Pengurusan Sumber
Ekosistem: Sistem dalam persekitaran yang saling berhubung dan berinteraksi yang memberi kesan terhadap kehidupan individu, isirumah, masyarakat, atau organisasi. Terdapat 3 unsur utama ekosistem keluarga: Organisma atau unit kehidupan – individu, ahli keluarga Persekitaran iaitu samada semulajadi atau rekaan manusia Organisasi yang berperanan sebagai sistem pengurusan yang mengubah bahan, tenaga, maklumat untuk keluarga membuat keputusan atau tindakan

19 Aspek-aspek Pengurusan Sumber
Persekitaran: Segala bentuk bahan yang mengelilingi unit kehidupan Ia menyediakan pelbagai sumber yang diperlukan individu bagi kehidupan khususnya mengurus Dikelaskan kepada persekitaran mikro dan makro

20 Aspek-aspek Pengurusan Sumber
Persekitaran mikro: Persekitaran terdekat yang terdiri dari keadaan fizikal dan sosial yang mengelilingi kehidupan individu atau isi rumah atau organisasi Termasuk sistem semulajadi terdekat seperti peralatan, pakaian, makanan; sistem biologi seperti manusia, tumbuhan, haiwan, kehidupan lain; sistem sosial terdekat seperti jiran, saudara-mara

21 Aspek-aspek Pengurusan Sumber
Persekitaran makro: Persekitaran luas yang mengelilingi persekitaran mikro Termasuk sistem sosial iaitu sistem teknologi, sistem ekonomi, sistem politik, sistem sosiobudaya, sistem semulajadi, sistem rekaan manusia

22 Aspek-aspek Pengurusan Sumber
Kepentingan pengetahuan dan kemahiran pengurusan sumber: Perubahan gaya hidup merupakan antara faktor yang menyebabkan pentingnya pengetahuan mengenai pengurusan sumber perlu ditingkatkan Sumber kewangan dalam hal ini terhad sedangkan berlakunya peningkatan permintaan barangan dan perkhidmatan akibat dari gaya hidup yang berubah

23 Aspek-aspek Pengurusan Sumber
Kepentingan pengetahuan dan kemahiran pengurusan sumber (samb.): Bagi aktiviti pengurusan yang mudah seperti kerja rutin dalam kehidupan harian seperti menguruskan diri, kemahiran pengurusan yang khusus mungkin tidak diperlukan Pengurusan sumber lain seperti kewangan adalah kritikal untuk memperoleh pengetahuan yang khusus.

24 Aspek-aspek Pengurusan Sumber
Pengurusan sumber dan persekitaran berubah Dalam persekitaran berubah seperti kecanggihan teknologi, perubahan sosiobudaya seperti supranasional (budaya nasional), perubahan sistem politik dan lain-lain, pengurusan sumber yang diamalkan oleh individu menghadapi cabaran yang perlu ditangani oleh mereka Pengurusan sumber hendaklah seiring dengan perubahan pada persekitaran untuk menghasilkan output yang optima dari pengurusan berkenaan


Download ppt "FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran Berubah Resource Management in Changing Environment HUSNIYAH BT. ABD. RAHIM BILIK A2-14 Email:"

Similar presentations


Ads by Google