Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

Similar presentations


Presentation on theme: "OPEN UNIVERSITY MALAYSIA"— Presentation transcript:

1 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
Topik 8: Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) Tutor: Dr. Hj. Sajap Maswan Faculty of Information Technology & Multimedia Communication OPEN UNIVERSITY MALAYSIA Tel: Website:

2 Apakah yang dimaksudkan
Soalan 1 Apakah yang dimaksudkan dengan PPBK??

3 Pengajaran dan pembelajaran berbantukankomputer (PPBK) ialah pengajaran atau pembelajaran yang dilakukan dengan menggunakan perisian kursus yang dihasilkan untuk disampaikan melalui komputer. PPBK juga dikenali sebagai: (a) Computer Assisted Instruction (CAI) di Amerika; atau (b) Computer Aided Learning (CAL) di United Kingdom

4

5 Kebaikan PPBK; Meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran; Meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran; Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar; Melaksanakan eksperimen yang sukar, mahal, mustahil dan bahaya untuk dibuat; dan Membentuk pembelajaran koperatif serta memberi peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum serta masa interaksi dapat dijimatkan.

6 Menggunakan pelbagai media yang dapat merangsang deria-deria mereka;
Mengulangi pembelajaran sekerap yang diperlukan; Mengawal perjalanan perisian kursus dan memilih bahagian-bahagian yang difikirkan perlu; dan Memberi maklum balas serta merta terutama dalam PPBK latih tubi atau penilaian.

7 Fikirkan satu konsep yang sukar disampaikan kepada pelajar dan sesuai
disampaikan melalui komputer. Kenapa anda fikir komputer sesuai digunakan dalam situasi ini?

8 Model Pengajaran Gagne dalam Pembangunan Perisian Kursus
Langkah PembelajaranGagne; Mendapatkan perhatian Memaklumkan objektif kepada pelajar Mengingat kembali pengetahuan sedia ada Menyampaikan maklumat

9 Membantu pembelajaran
Memberikan latihan Memberi maklum balas Menilai pencapaian Mengingat kembali

10

11

12 Jenis Pengajaran PPBK;

13 Latih-tubi

14 Tutorial; Langkah-langkah pembelajaranTutorial - (Alessi & Trollip, 1985)

15 Permainan; Permainan komputer adalah PPBK yang semakin popular masa kini. Permainan menggunakan pendekatan belajar sambil bermain untuk menarik minat pelajar dan untuk menjadikan pembelajaran suatu yang menyeronokkan. Menurut MacFarlane & Sparrowhawk (2002), dalam melaksanakan permainan dalam pengajaran, guru perlu berhati-hati agar objektif permainan adalah sesuai dengan objektif pengajaran

16 Simulasi; Thomas & Milligan (2004)mendefinisikan simulasi sebagai keadaan atau sistem yang dimodelkan melalui komputer yang mengandungi maklumat tentang bagaimana keadaan atau sistem itu berfungsi.

17 Tunjukcara; Tunjuk cara adalah kaedah PPBK yang digunakan untuk menunjukkan kepada pelajar suatu prosedur. Kaedah ini digunakan untuk membolehkan pelajar memahami suatu prosedur sebelum melakukannya dalam keadaan sebenar.

18 Ujian; PPBK jenis ujian membolehkan guru mengukur dan menilai pencapaian pelajar dengan cepat. Soalan-soalan jenis objektif, isi tempat kosong, padanan, benar salah dan sebagainya sesuai digunakan bagi PPBK jenis ini. Jawapan berbentuk ayat atau karangan jarang digunakan

19 Refleksi.. 1. Terangkan berbezaan dan persamaan perisian kursus PPBK jenis tutorial dan latih tubi. 2. Salah satu jenis perisian kursus yang popular ialah latih tubi.Terangkan tiga jenis susun atur soalan-soalan dalam perisian kursus jenis latih tubi. 3. Jelaskan empat jenis perisian kursus PPBK.

20 Pembangunan Perisian Kursus PPBK
Model-model Rekabentuk Instruksi boleh digunakansebagai panduan. Contohnya model model ADDIE (Analysis, Design, Development, Implementation and Evaluation) (Alessi &Trollip, 1991). :

21 Model ADDIE ini mempunyai lima langkah;

22 1. Terangkan langkah-langkah pembangunan perisian kursus PPBK.
2. Fikirkan satu topik dan cara ianya boleh disampaikan dengan menggunakan perisian kursus PPBK yang mengandungi animasi, video, audio atau teks. 3. Apakah kelebihan menggunakan perisian kursus yang anda fikirkan dalam soalan (2) di atas terhadap kaedah penyampaian biasa?

23 SEKIAN Terima Kasih


Download ppt "OPEN UNIVERSITY MALAYSIA"

Similar presentations


Ads by Google