Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
Published byIndra Rachman Modified over 6 years ago
1
KOH 3363: KOMUNIKASI DAN PERUNDINGAN (COMMUNICATION AND NEGOTIATION)
DR. JULIA WIRZA MOHD ZAWAWI BLOK C (BS03) FBMK
2
PENILAIAN 40 % = FINAL EXAM 60 % = TUGASAN a. Tugasan Individu = 20 %
b. Tugasan Berpasangan= 30 % c. Online Kuiz= 10 % *Butiran berkaitan tugasan akan di emelkan kemudian melalui vod.
3
Tugasan individu (ulasan artikel) Minggu 1-7
Dapatkan 5 artikel jurnal yang berkaitan dengan komunikasi dan perundingan Ulaskan 5 artikel jurnal berkenaan dalam 3 muka surat. Ulasan artikel berkenaan hendaklah mengandungi elemen-elemen seperti sinopsis 5 artikel yang dibincangkan, isu yang dibincangkan kelima-lima artikel, cadangan dan penambahbaikan. Kelima-lima jurnal berkenaan hendaklah dirujuk kepada pensyarah untuk diteliti dan diluluskan. Tugasan pertama di hantar melalui emel pada minggu ke-5(PADA 21 SEPTEMBER 2018)
4
KUIZ ONLINE (minggu 8-12) Kuiz online akan diadakan pada minggu ke-10, 26 Oktober 2018 (Masa kuiz akan dimaklumkan kemudian)
5
Tugasan berpasangan (ANALISIS KES)-penilaian berterusan
Pilih satu isu yang berkaitan dengan perundingan Analisis isu berkenaan berdasarkan 5 taktik dan strategi perundingan yang dibincangkan dalam kelas. Kenal pasti bentuk strategi yang digunakan ke atas perundingan isu berkenaan. Penulisan mestilah berbentuk kritikal. (menggunakan sokongan bahan sokongan ilmiah yang lain, laman web tidak dibenarkan sebagai rujukan melainkan untuk pemilihan isu) Laporan mestilah disediakan dalam 10 muka surat (tidak termasuk rujukan) Tugasan kedua hendaklah dihantar pada minggu ke 13 (16 November 2018)
6
PENGENALAN KEPADA KOMUNIKASI & PERUNDANGAN
DEFINISI: “Perundingan merupakan aplikasi strategi dan taktik untuk mengendalikan konflik secara produktif”
7
Apa itu komunikasi? Dan apa itu perundingan?
Komunikasi perundingan dapat ditakrifkan sebagai satu interaksi yang melibatkan proses tawar-menawar oleh individu dan akhirnya satu persetujuan bersama dicapai iaitu matlamat antara mereka yang berunding
8
CIRI-CIRI PERUNDINGAN
1. Melibatkan dua pihak atau lebih. 2. Kedua-dua pihak mempunyai pendapat atau kemahuan yang berbeza (conflict of interest) 3. Semua pihak mahukan ganjaran atau sesuatu yang lebih baik atau lebih menguntungkan daripada menerima sahaja apa yang ditawarkan oleh pihak lawan.
9
4. Kedua-dua pihak buat seketika bercadang mencapai suatu persetujuan bersama tanpa perlu bergaduh, berpisah atau menggunakan orang tengah (pihak autoriti). 5. Terdapat tolak ansur (give and take). 6. Melibatkan pengurusan “intangibles” dan juga “tangibles”. 7. Tidak terdapat suatu sistem atau kaedah yang tetap sebagai jalan penyelesaian
10
Kepentingan Komunikasi & Perundingan
Usaha untuk mengurangkan perbezaan atau mencapai satu penyelesaian masalah. Mendapatkan SATU keputusan JITU. Bertukar-tukar maklumat. Melalui komunikasi- membantu perunding dalam menentukan strategi, matlamat, tindakan dan taktik yang sesuai. Komunikasi boleh mengubah persepsi dan jangkaan perunding- perundingmengenai situasi, hubungan, proses dan hasil perundingan
11
HUBUNGAN SALING BERGANTUNG
Semua perunding adalah saling memerlukan. Sangat kompleks dan mencabar. Kedua pihak mempunyai matlamat yang saling berkait. Melibatkan matlamat peribadi dan kumpulan. Saling bergantung tidak bermakna kedua pihak mempunyai matlamat yang sama eg. permainan badminton.
12
Samb… Struktur hubungan kedua pihak menentukan hasil-hasil rundingan.
Memerlukan strategi dan taktik. Situasi “menang-kalah” memerlukan penetapan agihan hasil rundingan. Dalam situasi “menang-menang” penyelesaian yang baik boleh dicapai (seperti penentuan jenis hubungan dalam rakan kongsi)
13
Samb… Situasi “menang-kalah” atau distributive merupakan situasi persaingan (competitive) yang mempunyai hubungan atau korelasi yang negatif. Situasi “Menang-menang” atau integrative ialah situasi di mana kejayaan satu pihak juga merupakan kejayaan satu pihak yang lain iaitu mempunyai korelasi yang positif. Sifat saling bergantung memberikan impak kepada jenis hubungan, kaedah mengendalikan perundingan dan hasil-hasil rundingan.
14
PIAWAIAN DALAM PENENTUAN HASIL HUBUNGAN
Hasil yang dijangkakan, (Anticipated Outcome, O): Apa yang diharapkan daripada hubungan. Paras Bandingan (Comparison level, CL): Piawaian yang digunakan oleh seseroang dalam menilai hubungan – apa yang boleh didapati daripada hubungan yang lain. Paras Bandingan Alternatif (Comparison Level for Alternative, Clalt): Paras terendah suatu hasil yang boleh diterima sebelum menukar kepada hubungan lain. Contoh?
15
KONFLIK & PERUNDINGAN KONFLIK :Konflik merupakan warisan kehidupan sosial yang bolehberlaku dalam berbagai keadaan akibat daripada berlakunya atau wujudnya ketidaksetujuan, kontroversi dan penentangan di antara dua pihak atau lebih secara berterusan. Bagaimana mengatasi konflik? Apabila berlaku konflik, ia lebih baik dileraikan semasa kedua-dua pihak masih boleh bercakap antara satu sama lain. (Abdullah Hassan & Ainon Mohd)
16
LANGKAH MENGATASI KONFLIK
Jangan marah-marah Mengalah sedikit Jangan libatkan hal peribadi Tumpukan pada titik persamaan
17
Semasa Berbincang… Apabila orang sedang bercakap, diam. Ambil giliran untuk bercakap Apabila bercakap, jangan menuduh Jangan mengungkit Jangan tinggikan suara Kalau tak setuju, TUTUP MULUT! Ingat! Hasil perundingan adalah lebih penting daripada menang dalam pertengkaran
18
5 STRATEGI BERUNDING Bersaing Kerjasama Mengelak Mengalah Kompromi
19
STRATEGI CIRI-CIRI HASIL Strategi Bersaing Menjaga hubungan kurang penting Aku untung, kamu rugi Menang sekarang, kalah kemudian Tabiat persaingan menimbulkan kesan negatif pada kejayaan. Menang-Kalah Strategi Kerjasama Sebaik-baik strategi Selesaikan masalah, kukuhkan hubungan Saling mempercayai dan terbuka Paling sesuai untuk menyelesaikan konflik dalam organisasi Menang-Menang
20
Samb… STRATEGI CIRI-CIRI HASIL Strategi Mengelak Tidak berbuat apa-apa
Masanya tidak kena untuk berunding,atau keadaan kita lemah, atau ada cara lain untuk menang, atau ada risiko lain. Kalah-Kalah Strategi Mengalah Sangat mementingkan hubungan baik. Mengalah untuk menang Tidak boleh digunakan selalu. Kalah-Menang Strategi Kompromi Tidak dapat mencapai objektif secara keseluruhan. Berbahagi hasil yang dirunding Selesai konflik dengan cepat Menang-Menang
21
PROSES DAN PERANCANGAN PERUNDINGAN
Proses Perundingan Strategi Perundingan Perancangan dan Persiapan Perundingan Sebenar Taktik Perundingan
22
Peringkat Awal Dalam Memilih Strategi Perundingan
Keyakinan Persekitaran Kandungan Pilihan Pendekatan (Strategi) Perundingan Prinsip dan piawaian Hasil Andaian-andaian berepisod Proses Hubungan Matlamat-matlamat
23
STRATEGI &TAKTIK PERUNDINGAN DISTRIBUTIF
Membuat penawaran hampir kepada titik rintangan pihak lawan dengan membuat tawaran yang ekstrim dan konsesi yang kecil. Mendesak pihak lawan mengubah titik rintangannya dengan mempengaruhinya melalui isu kos dan faedah penawaran.
24
STRATEGI DALAM MENANG-KALAH
Mendesak titik rintangan pihak lawan menurut kehendak seseorang. Mendesak pihak lawan supaya beranggapan bahawa penyelesaian atau tawaran yang dicadangkan adalah yang terbaik.
25
Faktor Mempengaruhi Persetujuan Perundingan
KOMITMEN ALTERNATIF KEKERASAN
26
Komitmen Membuat perjanjian untuk tindakan masa depan mengenai persetujuan yang dicapai, misalnya jika gaji tidak dinaikkan pekerja akan mogok. Boleh mengurangkan kesamaran (ambiguity) Boleh disalahanggap sebagai ugutan (threat) Perlu dilaksanakan jika telah dinyatakan. Sangat kuat untuk mempengaruhi pihak lawan.
27
Merupakan kuasa untuk memenangi sebarang perundingan.
Alternatif Merupakan kuasa untuk memenangi sebarang perundingan. Jika terdapat lebih banyak alternatif, kita boleh menentukan matlamat yang lebih tinggi dan memberikan konsesi yang kurang. Perunding harus mengenali alternatif-alternatif lain sebelum berunding.
28
Kekerasan Orang baik/Orang Jahat (Good Guy/ Bad Guy) Highball/Lowball
Pura-pura (Bogey/Decoy) The Nibble (konsesi kecil) Gertak (Chicken) Intimidasi (Menakut-nakutkan) Perlakuan Agresif
29
PENYELESAIAN INTEGRATIF
Expand the Pie atau menambah sumber yang direbut. Gantirugi tidak spesifik atau compensation kerana bertolak ansur. Logrolling atau penentuan keutamaan dalam objektif dengan membuat pertukaran atau trade off isu-isu tertentu.
30
Cont.. Cost Cutting Bridging: Kedua pihak memahami tuntututan masing-masing dan bersetuju mewujudkan pilihan lain untuk faedah bersama.
31
Ketegasan dan fleksibiliti dalam perundingan integratif
Nyatakan dengan jelas apa yang kita mahu capai. Nyatakan sifat fleksibel kita dalam usaha menyelesaikan masalah pihak lawan. Nyatakan kita sanggup mengubah proposal kita jika ia boleh menghubungkan kedua pihak.
32
Kenapa Gagal? Isu prinsip – Nilai, etika.
Isu sukar dipecah-pecahkan kepada isu yang lebih kecil Saiz tangible atau intangible –besar atau kecil Sifat konflik dalam situasi “zero-sum” (menang-kalah) Hubungan yang lemah sebelum atau selepas perundingan. Struktur kedua-dua pihak – Tidak teratur, integrasi dan kepimpinan yang lemah Bilangan pihak yang berunding bertambah Mediator berat sebelah
33
Kenapa Berjaya? Perunding-perunding mempunyai objektif atau matlamat yang sama, mempunyai keyakinan pada pihak lawan masing-masing mengenai kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah Perunding-perunding mempunyai keyakinan tentang kesahihan (validity) posisi pihak lawan. Mereka tidak boleh mengsyaki bahawa pihak lawan mempunyai lebih atau kurang kuasa daripadanya. Semua pihak mesti mempunyai motivasi dan komitmen dalam melakukan kerja bersama.
34
Semua pihak mesti berkomunikasi dengan jelas dan tepat.
Cont.. Perunding-perunding mempunyai keyakinan dan saling mempercayai di antara satu dengan lain (bersifat telus). Semua pihak mesti berkomunikasi dengan jelas dan tepat.
35
BERSAMBUNG…
Similar presentations
© 2025 SlidePlayer.com. Inc.
All rights reserved.