Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Budaya Organisasi dan Perubahan

Similar presentations


Presentation on theme: "Budaya Organisasi dan Perubahan"— Presentation transcript:

1 Budaya Organisasi dan Perubahan
UNIT 7 Budaya Organisasi dan Perubahan

2 Budaya Organisasi atau Korporat dan Perubahan
Prof. Madya Dr. Jegak Uli

3 Objektif: Selepas membaca unit ini pelajar akan dapat:
Memahami konsep budaya korporat atau organisasi. Memahami elemen budaya organisasi. Memahami kepentingan kelarasan budaya organisasi dengan perubahan. Memahami kaedah menentukan Kesedaran budaya organisasi di kalangan pasukan kerja. Memahami proses perubahan budaya korporat.

4 Definisi Budaya Organisasi atau Korporat
Menurut Schein (1985), budaya organisasi merupakan andaian dan kepercayaan asas yang dikongsi oleh ahli dalam organisasi.

5 Definisi Budaya Organisasi atau Korporat
Menurut Hofstede (1991), budaya didefinisikan sebagai suatu pemikiran kolektif yang telah diprogramkan (collective programming) yang mana pemikiran ini akan membezakan ahli-ahli dalam satu kelompok dengan kelompok yang lain.

6 Definisi Budaya Organisasi atau Korporat
Budaya korporat adalah satu set corak andaian asas yang direkacipta, ditemui dan dibangunkan oleh sesebuah organisasi semasa menghadapi masalah pengubahsuaian luaran (external adaptation) dan integrasi dalaman (internal integration). Dan andaian asas ini beransur-ansur menjadi nilai, artifek dan norma (Schein, Martin dan Meyerson, 1986)

7 Definisi Budaya Organisasi atau Korporat
Secara umumnya, budaya boleh didefinisikan sebagai nilai, perlakuan, kepercayaan, pegangan, sikap dan adat yang sama-sama diamalkan oleh sesebuah kelompok ahli dalam organisasi. la juga merupakan cara konvensional bagaimana seseorang individu itu berfikir dan bertindak, cara memahami realiti, mengenal pasti dan menyelesaikan masalah dalam sesebuah organisasi.

8 Elemen Budaya Korporat
Empat elemen budaya korporat atau budaya organisasi termasuk:

9 Gambarajah 2: Elemen Utama Budaya Organisasi

10 Andaian Asas Ia merupakan andaian, anggapan, kepercayaan yang mencirikan sebuah organisasi dari segi, apa organisasi itu sebenarnya, apakah yang dilambangkannya. Ia juga merupkan apa yang menggerakkan organisasi dan menentukan bagaimana ahli dalam organisasi melihat, merasa, berfikir dan berkelakuan.

11 Andaian Asas Ia menjadi asas pelbagai aspek aktiviti organisasi dan mewakili ideologi teras organisasi. Contohnya: Mementingkan kualiti Berorientasikan pelanggan Berorientasikan pasaran Mementingkan innovasi & berani mengambil risiko Penglibatan Kakitangan Komunikasi terbuka dan keselamatan Pemikiran pemajuan berterusan

12 Nilai Ia merupakan prinsip sosial, matlamat, standard atau piawai yang dipegang oleh ahli dalam organisasi secara individu atau kolektif. Nilai dibentuk beransur-ansur daripada andaian asas dan menjadi teras budaya organisasi atau korporat. Ia menentukan apa yang penting dalam organisasi dan bagaimana rupa organsasi itu sepatutnya (ethos/personaliti organisasi).

13 Misalannya; Syarikat Boeing menjadikan keselematan produknya sebagai nilai terasnya dengan memberi keutamaan kepada piawai keselamatan, ujian dan analisis yang sangat ketat kepada semua kapalterbang komersialnya. Nilai mungkin tidak dapat dilihat secara langsung tetapi boleh dirumuskan melalui permerhatian tingkah laku atau kelakuan kakitangan organisasi.

14 Norma Elemen persekitaran sosial organisasi yang penting yang dihasilkan daripada nilai-nilai organisasi. Ia merupakan kelakuan berbentuk peraturan-peraturan yang tak bertulis (unwritten rules of behavior) – peraturan tidak formal yang menetapkan apakah kakitangan patut sebut, percaya, buat dan apa yang betul dan salah.

15 Misalanya Norma IBM menetapkan bahawa kakitangannya harus mendengar secara aktif dan bertindak untuk memenuhi permintaan dan mengatasi aduan pelanggannya. Umumnya, norma diturunkan kpd kakitangan baru secara lisan dan dikuatkuasakan melalui kebenaran sosial (social approval) atau ketidak persetujuan kelakuan seseorang kakitangan dari segi kesesuaian atau tidak kesesuaian dengan norma organisasi semasa. (Norms are generally passed on to new employees by word of mouth and enforced by the social approval or disapproval of one’s behavior in terms of its congruence or incongruence with prevalent norms).

16 Artifak Bahagian fizikal dan persekitaran sosial budaya korporat yang dapat dilihat dengan jelas.


Download ppt "Budaya Organisasi dan Perubahan"

Similar presentations


Ads by Google