Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
Published byAgus Budiaman Modified over 6 years ago
1
Komunikasi sentuhan. Menunjukkan hubungan rapat seseorang individu dengan yang individu yang berkomunikasi. Penggunaan jarak sangat penting diberikan perhatian agar tidak timbul salah tanggapan oleh orang lain. Jarak intim hingga 1.5 kaki antara komunikator dan pasangan.
2
Jarak intim Contohnya, suami isteri, semasa memujuk atau melindungi seseorang. Ungkapan-ungkapan hanya berperanan kecil. Suara diubah suai kepada nada rendah. Sentuhan dan belaian lebih penting. Guru tidak harus berada dalam jarak intim apabila berkomunikasi dalam kelas.
3
Jarak peribadi – 4 kaki. Melibatkan ahli keluarga atau rakan-rakan rapat. Pergerakan badan berperanan untuk menyampaikan mesej. Contoh : i. guru mengajar murid membina ayat yang betul. ii. Guru memberi arahan kepada murid.
4
Melibatkan urusan harian di pejabat.
Jarak sosial - 4 – 12 kaki. Melibatkan urusan harian di pejabat. Perbualan di kafetaria. Temu bual wartawan. Perbincangan dengan ketua pejabat. Deria pendengaran dan penglihatan memainkan peranan penting. Guru mengajar murid sebutan yang betul. Menilai ujian lisan.
5
Jarak awam – 25 kaki. Komunikasi bersemuka yang berkesan. Sesuai untuk kuliah atau ucapan awam. Komunikasi bukan lisan turut memainkan peranan, melibatkan gestures atau gaya tangan serta gerak badan. Lazimnya turut menggunakan peralatan visual. Guru sedang mengajarkan konsep sesuatu perkara.
6
TULISAN DAN ISYARAT Mesej juga dapat disalurkan melalui tulisan.
Perkataan dan istilah dipilih untuk mewakili idea yang terjana dalam minda. Karakter atau huruf kemudian dibaca oleh penerima bagi memperoleh mesej. Contoh – surat, sms, papan tanda, buku, rencana, laman sesawang, e-mel, dll. Boleh juga dalam bentuk isyarat yang difahami oleh penerima.
7
Kemahiran menggunakan papan tulis
Tulisan hendaklah jelas dan dapat dilihat oleh semua murid. Elakkan daripada tulisan yang ‘fancy’. Gunakan ruang papan tulis secara kemas dan teratur. Gunakan ‘marker’ yang berkualiti. Padam sehingga bersih sebelum menulis pengajaran semula.
8
Kemahiran menggunakan papan tulis
Tulis dengan lengkap. Elakkan daripada menggunakan singkatan. Elakkan kaedah penulisan sms. Buat lajur bagi papan putih yang besar.
9
Bahasa singkatan keterlaluan
AWK,SYE NA AWK TAW,SYE SYG AWK SGT2 AWK,ARY2,SYE RNDUKN AWK,AWK JE YG TA TAWU, AWK,SYE GLBAH BLE SYE TA NMPAK AWK, AWK,SYE JELES N SKET ATY KLW NMPK AWK NGN PMPUAN LAEN..! AWK,SYE NA AWK PHM SUME TUH ! SBB >>> ♥ DLM HATI SYE ,ADE AWK SORNG JE. ♥ MCM YG SYE CKP >> ♥ AWK BNTANG HATI SYE ♥ DAN TAK ADE GLANG GNTINYA.
10
Visual Penyaluran mesej menggunakan media tampak.
Contohnya, alat bantuan seperti poster, gambar bersiri, lukisan, Paparan ditonton dan difahami oleh penerima. Maksud disampaikan melalui garis, warna, bentuk, dan sebagainya.
11
Bahan visual Gunakan bahan yang dapat membantu proses dan P & P.
Pastikan bahan visual selamat digunakan. Elakkan bahan yang dapat mencetuskan kontroversi. Elakkan bahan yang menyentuh sensitiviti mana-mana pihak/murid. Gunakan bahan yang mudah dibawa.
12
Bahan autentik Bahan autentik ialah bahan sebenar yang ditunjukkan kepada murid dalam sesi P & P. Disebut juga sebagai realia. Dapat membantu pemahaman sesuatu konsep dengan lebih baik. Murid mendapat gambaran sebenar tentang sesuatu konsep. Contoh : kelopak jantung,
13
Bahan autentik Elakkan daripada bahan yang berbahaya.
Contoh : senjata, api, bahan letupan, racun/kimia, Pastikan bahan yang ditunjukkan sesuatu yang luar biasa. Elakkan bahan yang terlalu besar atau terlalu kecil.
14
Prinsip komunikasi Saville-Troike
Menurut Saville-Troike (2003) sesuatu proses komunikasi melibatkan sebelas komponen yang telah dikenal pasti. Komponen-komponen tersebut termasuklah: i. Genre atau jenis acara interaksi (contohnya jenaka, cerita, syarahan, alu-aluan, perbualan). ii. Topik atau fokus referens. iii. Tujuan atau fungsi iaitu matlamat interaksi.
15
iv. Latar iaitu lokasi, masa, musim, dan aspek-aspek fizikal sesuatu situasi (contohnya susunan kedudukan, saiz bilik). v. Ragam iaitu tona emosi sesuatu interaksi (contohnya serius, sinis, hiburan). vi. Peserta iaitu hal yang melibatkan usia, etnik, status sosial, hubungan.
16
vii. Bentuk mesej iaitu hal yang melibatkan bunyi bersuara atau lakuan tanpa suara, termasuk juga bahasa dan kepelbagaian bahasa yang digunakan. viii. Kandungan mesej iaitu makna luaran atau rujukan denotasi, perkara yang dikomunikasikan.
17
ix. Urutan lakuan iaitu susunan proses interaksi, lakuan pertuturan, termasuk ambil giliran dan fenomena pertindihan. x. Peraturan interaksi iaitu aspek kesesuaian ujaran, kesopanan, dan peraturan pertuturan. xi. Norma-norma interpretasi iaitu hal yang melibatkan pengetahuan yang dikongsi, nilai-nilai budaya yang relevan, kesefahaman bersama.
18
Halangan-halangan komunikasi
Kebisingan fizikal. Kecacatan fisiologi. Masalah semantik. Masalah sintaksis. Masalah psikologi.
19
Kebisingan fizikal Pelbagai bunyi bising. Contohnya orang bercakap dengan kuat, bunyi hon kereta, deruan enjin kenderaan, jentera pembinaan, dan lain-lain. Penerima mesej tidak dapat mendengar atau tidak jelas pendengaran. Tumpuan terhadap topik juga berkurangan (sumber dan penerima)
20
Kecacatan fisiologi Kecacatan anggota/deria.
Orang pekak, bisu, buta, akan menghadapi masalah komunikasi. Orang bisu menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi. Perlakuan bukan lisan menjadi wahana komunikasi yang utama.
21
Masalah semantik Pemilihan perkataan yang tidak menepati konsep.
Perbezaan makna perkataan mengikut konteks dan latar budaya. Kewujudan makna denotatif dan makna konotatif. Contohnya, kata ‘selalu’ dalam dialek Kelantan membawa maksud serta merta atau segera.
22
Masalah sintaksis Penyusunan atau struktur ayat yang kabur.
Ayat sukar difahami. Komunikator perlu guna ayat-ayat yang pendek dan tepat maksudnya. Semakin panjang ayat semakin kabur maknanya dan semakin sukar difahami.
23
Masalah psikologi Dipengaruhi pengalaman dan latar belakang komunikator. Perasaan takut, sedih, membuatkan seseorang lebih suka mendiamkan diri/membisu. Tidak mahu memberikan maklum balas. Mungkin disebabkan adat, budaya sesuatu kelompok. Contohnya, kanak-kanak perlu menundukkan muka apabila bercakap dengan orang tua.
24
I WANT TO CUT CONNECTION US. I have think about this very cook-cook
I WANT TO CUT CONNECTION US. I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only. Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she. You always ask for apology back-back. I don't trust you again! You are really crocodile land. My friend speak you play wood three. First-first I think my friend lie me. But now I know you correct-correct play wood three. So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know this result I pick is very correct, because you love she very high from me. So, I cut this connection to go far from here. I don't want you to play-play with my liver. I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times. Safe walk.. Tijah
Similar presentations
© 2025 SlidePlayer.com. Inc.
All rights reserved.