Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

2. Berita TV Berita yang disampaikan dalam bentuk suara dan juga gambar yang dapat meningkatkan pemahaman penonton. Berita TV mengutamakan berita yang.

Similar presentations


Presentation on theme: "2. Berita TV Berita yang disampaikan dalam bentuk suara dan juga gambar yang dapat meningkatkan pemahaman penonton. Berita TV mengutamakan berita yang."— Presentation transcript:

1 2. Berita TV Berita yang disampaikan dalam bentuk suara dan juga gambar yang dapat meningkatkan pemahaman penonton. Berita TV mengutamakan berita yang mempunyai kesan audio atau visual.

2 Ciri-ciri Berita TV Menurut Nordin Sulaiman (2012), ada 4 ciri Berita TV: 1. Ketepatan / Correctness Semua berita yang ditulis mesti tepat Jika fakta tidak tepat ia bakal mengundang masalah kepada pemberita dan menjejaskan kredibiliti pemilik organisasi berita terbabit.

3 2. Jelas/ Clarity Ini bermaksud mudah difahami pendengar dan tidak mengelirukan. Kenapa ciri ini perlu? Sebabnya, pendengar hanya dengar sekali lalu sahaja dan penyampai tidak akan mengulang ayat yang dibaca. Jadi, gunakan bahasa mudah dan senang difahami.

4 3. Ayat yang pendek, mudah dan terus kepada persoalan/ Conciseness
Ini juga ciri penting berita penyiaran. Berbeza dengan media cetak yang menggunakan ayat yang panjang dan kompleks media penyiaran mengutamakan ayat yang senang difahami.

5 4. Warna/ color Ia merujuk kepelbagaian penulisan yang membolehkan pendengar mendapat gambaran tentang cerita atau peristiwa yang dilaporkan.

6 1. Judul 2. Lead 3. Tubuh berita
PENULISAN BERITA TV 1. Judul 2. Lead 3. Tubuh berita

7 1. Judul Eye catching Tidak terlalu panjang Terus ke inti persoalan

8 2. Lead Bahagian terpenting dalam berita TV
Lead menentukan keseluruhan isi berita TV Lead harus dapat menarik perhatian penonton TV. Lead harus mengandung elemen berita 5W dan 1H

9 Jenis-jenis Lead Berita TV
1. Traditional leads (hard-news leads, main-point leads atau Direct Leads. Intro begini mengandungi fakta utama yang akan disusuli dengan penjelasan kenapa seseorang membuat keputusan itu, rancangan selanjutnya dan beberapa perkara lain. Contoh: Ahli Parlimen Marang/ Datuk Rahman Bakar mengumumkan/ beliau tidak akan bertanding kerusi parlimen berkenaan pada pilihanraya akan datang//

10 Intro begini juga menjelaskan maklumat penting dan segera dan digunakan dalam “breaking news”
Contoh: Sekurang-kurang 50 maut dalam kejadian tanah runtuh di Dungun/ Terengganu//

11 2. Angle leads Intro begini digunakan bagi menarik perhatian pembaca. Contoh: Adakah anda memiliki duit syiling 5 sen tahun 1951//Jika ada, anda seorang yang bertuah// Seorang pengumpul duit syiling lama sanggup membelinya pada harga tinggi///

12 3. Umbrella lead atau shotgun lead
Intro ini selalunya mengandungi banyak berita kompleks dan menyeluruh. Intro sebegini juga digunakan bagi menyambung dua atau lebih berita yang sama bentuk. Contoh: Banjir di Pahang dan Terengganu makin pulih tetapi di Kelantan makin buruk dengan ramai lagi penduduk dipindahkan.

13 Contoh: Berita baik untuk kakitangan awam//
4. Throwaway leads Intro ini tidak memberikan banyak maklumat tetapi ia cukup berkesan untuk menarik perhatian pembaca. Contoh: Berita baik untuk kakitangan awam// Intro sebegini cukup berkesan untuk “mengikat” kakitangan awam terus mengikuti apakah berita seterusnya. Mereka ingin tahu apa berita gembira itu. Gaji naikkah? atau elaun ditambahkah?

14 5. Soft leads Intro ini memberi gambaran awal kepada pendengar tentang isi cerita yang akan dibawa. Pendekatan sebegini kadangkala sebagai “warming up” kepada pendengar/penonton. Contoh: Kemalangan komuter di Sentul/ Kuala Lumpur// 30 penumpang dilaporkan cedera//

15 6. The Quote Lead Intro ini mengandungi pernyataan seseorang yang mempunyai nilai berita. Contoh: Panglima tentera darat menyatakan kepada para wartawan / pihaknya akan memperketat kawalan di sempadan Malaysia-Thailand/ akibat meletusnya pergolakan di negara itu// Menurut Panglima/ tentera tidak akan ragu-ragu menahan mereka yang memasuki sempadan negara//

16 7. The Suspense Lead/ Delayed Lead
Intro ini menunda memberikan maklumat penting hingga ke akhir cerita. Tujuannya membuat penonton tetap tertarik hingga akhir kisah. Contoh: Warga emas kreatif cipta basikal berenjin/nantikan berita sepenuhnya selepas ini//

17 8. Negative Lead Sebaiknya intro ini tidak digunakan kerana penonton tidak dapat tidak mendengar adanya perkataan “tidak” . Contoh: Para pengunjung konsert menyatakan tidak mahu pulang selagi tidak bertemu dengan Charles// LEBIH BAIK Para pengunjng konsert menyatakan akan setia menunggu kemunculan Charles//

18 Tubuh Berita Laporan berita harus bersifat menyeluruh.
Ketertiban dan keteraturan mengikuti gaya menulis berita. Tepat di dalam penggunaan bahasa dan tatabahasa. Gaya penulisan harus hidup, punya makna, warna, dan imaginasi.


Download ppt "2. Berita TV Berita yang disampaikan dalam bentuk suara dan juga gambar yang dapat meningkatkan pemahaman penonton. Berita TV mengutamakan berita yang."

Similar presentations


Ads by Google