Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

BAB 1 PENGENALAN Objektif:

Similar presentations


Presentation on theme: "BAB 1 PENGENALAN Objektif:"— Presentation transcript:

1 BAB 1 PENGENALAN Objektif:
Menerangkan kepentingan analisis dan reka bentuk sistem Menerangkan tugas utama juruanalisa sistem. Menerangkan jenis sistem yang mungkin dikendalikan oleh seorang juruanalisa Menerangkan konsep-konsep sistem Menerangkan orang-orang di sebalik sistem maklumat. Menerangkan kitaran hayat pembangunan sebuah sistem maklumat. Menerangkan penggunaan CASE tool bagi membangunkan sistem maklumat.

2 PENGENALAN Sistem maklumat sangat penting untuk kejayaan dalam organisasi perniagaan moden. Kewujudan sistem maklumat memberikan kelebihan bersaing dalam dunia perniagaan. Peningkatan produktiviti dan keuntungan melalui IT dan orang yang membangunkan sistem maklumat. Kunci kejayaan pembangunan sistem merupakan analisis dan reka bentuk yang terperinci dalam memahami apa yang diperlukan oleh sebuah bisness dari sistem maklumat yang akan dibina.

3 ANALISIS SISTEM REKA BENTUK SISTEM
Analisis sistem merupakan proses memahami dan memperincikan apa yang perlu dilakukan oleh sistem maklumat. Kajian tentang masalah bisnes untuk mencadangkan peningkatan dan menentukan keperluan bisnes REKA BENTUK SISTEM Reka bentuk sistem merupakan proses yang memerihalkan secara terperinci bagaimana komponen-komponen sistem maklumat dilaksanakan secara fizikal. Spesifikasi penyelesaian teknikal dan berasaskan komputer bagi keperluan bisnes yang ditakrifkan dalam analisis sistem.

4 JURUANALISA SISTEM Maka,
Siapakah Juruanalisa Sistem? Individu yg memahami bisnes dan pengkomputeran. Merupakan orang tengah antara pengguna dan orang teknikal. Merupakan orang yang akan menjalankan analisis dan reka bentuk sistem Maka, Juruanalisa merupakan seorang bisnes profesional yang menggunakan teknik analisis dan reka bentuk untuk menyelesaikan masalah bisnes menggunakan teknologi maklumat

5 Juruanalisa Sistem sebagai Fasilitator

6 Juruanalisa sistem merupakan orang yang menyelesaikan masalah bisnes TETAPI apakah penyelesaian yang akan biasanya ditawarkan oleh seorang juruanalisa sistem???

7 Konsep Sistem Sistem adalah satu koleksi komponen2 berkaitan dan saling berinteraksi untuk mencapai tujuan tertentu. Ciri-ciri bagi suatu sistem adalah: Tujuan – matlamat yang hendak dicapai. Sepakat dalam mencapai satu tujuan. Komponen – terbina dari beberapa komponen atau elemen yg juga dikenali sebagai sub-sistem Berinteraksi - Setiap komponen berinteraksi dan berkerjasama utk mencapai tujuan. Sempadan - garis pemisah antara sistem dan persekitaran

8 Konsep Sistem(samb.) Persekitaran - sebarang elemen luar yang tetapi berinteraksi dengan sistem samada membekalkan input atau menerima output dari sistem. Antaramuka – laluan di sempadan di mana input dari persekitaran masuk ke dlm sistem dan output dari sistem keluar ke persekitaran. Input – sebarang objek atau elemen yang masuk dari persekitaran ke dalam sistem. Input membolehkan komponen subsistem berfungsi Output – Input yang dimasukkan menghasilkan output dan di keluarkan ke persekitaran. Kekangan - batas yang menghalang sistem mencapai tujuan. Boleh datang dari sistem itu sendiri atau dari persekitaran.

9 Sub Sistem Input daripada Persekitaran Masuk melalui antaramuka Sempadan Antaramuka Output keluar dari Sistem ke persekitaran Melalui antaramuka PERSEKITARAN CIRI-CIRI BAGI SISTEM UMUM Adaptasi: Mohamad Noorman Masrek et.al

10 SISTEM MAKLUMAT Terdiri gabungan manusia, data, proses, antaramuka, rangkaian dan teknologi yg berinteraksi utk menyokong dan meningkatkan operasi harian bisnes serta menyokong penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan bagi pihak pengurusan.

11 Asas Sistem Maklumat Apakah perbezaan di antara Data & Maklumat?
Data – fakta mentah yang tidak bermakna yang berkaitan dengan organisasi dan transaksi bisnes yang dijalankan. Maklumat – data yang telah diproses dan mempunyai makna. Sistem Maklumat menukarkan data kepada maklumat yang berguna. Teknologi maklumat meningkatkan kuasa dan potensi sesebuah Sistem Maklumat Teknologi maklumat merupakan gabungan teknologi komputer (perkakasan dan perisisan) dan teknologi komunikasi (rangkaian)

12 Jenis-jenis Sistem Maklumat
Sistem Pemprosesan Transaksi (TPS) SM yg mengumpul dan memproses data yg dijana dari urusniaga harian sebuah organisasi. Juga dikenali sebg sistem pemprosesan data. Sistem Maklumat Pengurusan (MIS) SM yg berupaya memenuhi keperluan pengurus dalam sebuah organisasi seperti menjana laporan dalam format yang ditentukan. Laporan dalam bentuk berkala dan atas permintaan. Sistem Sokongan Keputusan (DSS) SM yg berorientasikan keputusan di mana situasi yang memerlukan keputusan dibuat. DSS hanya menyokong dalam proses pembuatan keputusan bukan penentu keputusan.

13 Jenis-jenis Sistem Maklumat (samb..)
Sistem Pakar (ES) SM yg berupaya meniru cara manusia berfikir dan membuat pertimbangan utk membuat keputusan. Ia merupakan cabang bidang Kecerdasan Buatan Sistem Automasi Pejabat (OA) Aplikasi yg menyokong aktiviti pejabat utk memperbaiki aliran kerja dan komunikasi antara pekerja tanpa mengira masa dan lokasi dalam persekitaran pejabat secara fizikal mahupun secara maya (virtual)

14 Prinsip Pembangunan Sistem Maklumat
Libatkan pengguna dan pemilik sistem Gunakan pendekatan penyelesaian masalah Wujudkan fasa dan aktiviti Wujudkan keseragaman supaya konsisten dlm pembangunan dan dokumentasi Justifikasikan sistem sbg pelaburan kapital Jangan ragu utk batal dan semak semula skop sistem Agih dan kawal Pastikan sistem direka bentuk untuk berkembang dan bertukar

15 Persediaan Profesion Juruanalisa Sistem
Kemahiran & Berpengetahuan Teknikal Mahir dan berpengalaman dalam pengaturcaraan komputer Kemahiran Analisis dan Reka bentuk Sistem Berpengetahuan dalam kerja-kerja dan maklumat terkini IT Tool dan Teknik yang digunakan Kemahiran dan Berpengetahuan Bisnes Apakah fungsi bisness yang dilaksanakan oleh organisasi Bagaimana struktur organisasi Bagaimana organisasi diuruskan Pengetahuan tentang organisasi Apa yang dilakukan Apa yang menyebabkan ia berjaya Apa strategi dan perancangan yang ada Apa tradisi dan nilai yang ada

16 Persediaan Profesion Juruanalisa Sistem
Kemahiran dan Berpengetahuan Personel Mempunyai kemahiran penyelesaian masalah. Kemahiran komunikasi Kemahiran interpersonel relation Flexibility dan adaptability Keperibadian dan etika (kejujuran & Kepercayaan) Berpengetahuan untuk memahami bagaimana seseorang itu: Berfikir Belajar Bertindak kepada perubahan Berkomunikasi Berkerja (dalam pelbagai jenis kerja dan peringkat)

17 Individu di sebalik SM Individu yang terlibat dalam kerja2 mencipta, mengumpul, memproses, mengagih dan menggunakan maklumat. Mereka terdiri daripada:- Pemilik Sistem - Penaja dan ketua SM. Biasanya membuat anggaran wang & masa utk membangun, mengguna dan menyelenggara SM. Bertanggungjawab menerima & mengesah SM Juruanalisa sistem - Bertanggungjawab dalam keseluruhan aktiviti2 pembangunan dan sistem maklumat bermula dari permohonan sistem sehinggalah kepada perlaksanaan dan penyelenggaraan.

18 Individu di sebalik SM (samb.)
Jurureka bentuk pangkalan data Bertanggungjawab mereka bentuk pangkalan data bagi kegunaan SM yang akan dibangunkan. Pentadbir Pangkalan Data (DBA) Bertanggungjawab mengurus & mengawasi kandungan pangkalan data Jurutera Rangkaian Terlibat dalam mereka bentuk dan membangunkan rangkaian bagi kegunaan SM yang akan dibangunkan. Pengaturcara Komputer Membina komponen SM berdasarkan spesifikasi reka bentuk dari pereka bentuk sistem. Menulis aturcara menggunakan bahasa pengaturcaraan yang telah dipilih.

19 Individu di sebalik SM (samb.)
Vendor perkakasan dan perisian Membekal segala perkakasan dan perisian utk kegunaan SM Juruteknik Membantu menyelenggara SM Pengguna Juga dikenali sebagai pengguna akhir dan merupakan orang yang menggunakan sistem dan mendapat faedah secara terus dari SM. Operator Juga merupakan pengguna akhir sistem dan terlibat dalam operasi harian seperti memulakan dan menamatkan pengunaan sistem, membuat salinan pendua dan membuat pertanyaan status.

20 Kitaran Hayat Pembangunan Sistem(SDLC)
SDLC merupakan kaedah/metodologi tradisional bagi pembangunan sebuah sistem. Setiap aktiviti projek dikelas kepada 5 fasa iaitu: Perancangan Analisis Reka Bentuk Implementasi Sokongan Merupakan proses logikal di mana beberapa individu terlibat sepenuhnya seperti Juruanalisa Sistem, Pengatur Program Komputer dan Pengguna.

21 Fasa SDLC Perancangan Analisis Mengenalpasti permasalahan
Menghasilkan jadual projek Memastikan kebolehlaksanaan projek Menentukan kakitangan projek Memulakan projek Analisis Mengumpul maklumat Menentukan keperluan Menentukan keutamaan keperluan Menjana dan menilai alternatif Review cadangan dengan pihak pengurusan

22 Fasa SDLC (samb…) Reka Bentuk Pembangunan & Implementasi Sokongan
Reka Bentuk Aplikasi Reka Bentuk Pangkalan Data Reka Bentuk Input dan Output Pembangunan & Implementasi Bina komponen perisian Menyemak dan menguji Penukaran data Melatih pengguna dan mendokumen sistem Memasang(install) sistem Sokongan Penyelenggaraan sistem Memperbaiki sistem Menyokong pengguna

23 Kitaran Hayat Pembangunan Sistem (SDLC)
1.Planning 2. Analysis 3. Design 5. Support Problem to be solved Problem analysis and Solution requirements Acceptable solution Obsolete solution 4. Implemen tation Implemented Related problem to be solved New solution to same problem Implementation error to be fixed

24 Kejuruteraan Sistem Berbantukan Komputer (CASE)
Satu aplikasi teknologi maklumat bagi aktiviti, teknik dan metodologi pembangunan sistem CASE Tools adalah perisian komputer yg menyokong dan mengautomasikan satu atau lebih fasa dalam SDLC. Teknologi CASE diguna utk mempercepatkan proses pembangunan sistem dan memperbaiki kualiti penghasilan sistem. CASE bukan satu metodologi atau alternatif kpd metodologi

25 Senibina CASE CASE terdiri dpd:
Satu pangkalan data (REPOSITORI) yg dikelilingi oleh satu koleksi tools atau kemudahan yang membolehkan pengguna membina atau membangunkan dokumentasi sistem. Maklumat yang dimasukkan ke repositori boleh digunakan oleh kumpulan pembangun sistem. Contoh pakej CASE – Power Builder, Delphi, Rational Rose, Oracle Designer 2000, Paradigm Plus, System Architecture & Accelerator.

26 KANDUNGAN REPOSITORI CASE TOOL
repository Design Generator Diagram Code Database Prototyping tool Query tool & Report generator Security & Version Control Error Checking Tool Reverse Engineering Tool Drawing

27 Senibina CASE CASE tool biasanya dikategorikan sebagai
Upper CASE – menyokong permodelan proses dan menghasilkan reka bentuk logikal bagi sebuah sistem maklumat. Lower CASE – mempercepatkan proses pembangunan melalui penjanaan kod sumber berdasarkan reka bentuk logikal. ICASE (Integrated CASE) – kombinasi Upper CASE dan Lower CASE

28 Kebaikan menggunakan CASE tool
Memperbaiki produktiviti Memperbaiki kualiti Dokumentasi yang baik Mengurangkan masa penyelenggaraan Mempunyai metodologi yang betul dan berkesan


Download ppt "BAB 1 PENGENALAN Objektif:"

Similar presentations


Ads by Google