Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

PUSAT TEKNOLOGI KOMUNIKASI & PEMBANGUNAN INSAN (PTKPI)

Similar presentations


Presentation on theme: "PUSAT TEKNOLOGI KOMUNIKASI & PEMBANGUNAN INSAN (PTKPI)"— Presentation transcript:

1 PUSAT TEKNOLOGI KOMUNIKASI & PEMBANGUNAN INSAN (PTKPI)
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DISEDIAKAN OLEH: puan AZIZAH BT. ABDULLAH

2 PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
BAB 1 PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

3 ISI KANDUNGAN: 1.Pengenalan 2.Pengajian Ketamadunan.
3.Definisi dan Ciri-ciri Tamadun. 4.Agama Asas kepada Pembinaan Tamadun. 5.Kelahiran, Perkembangan dan Kemerosotan Tamadun.

4 Pengenalan: -tujuan pengajian tamadun adalah utk memberi satu gambaran dan kepentingannya terhadap corak kehidupan manusia yang mempunyai kebudayaan yang tinggi. -berdasarkan kpd kefahaman ini maka ia menjd satu landasan utk membentuk kerangka pembinaan negara berdasarkan latar belakang masyarakat, sistem kepercayaan dan kepelbagaian budaya.

5 Samb… -Selain itu, faktor-faktor kelahiran, perkembangan dan kemerosotan juga perlu diberi perhatian kerana ia mempunyai nilai-nilai tertentu seperti teori, kriteria, ketahanan dan cabaran yg dihadapi. -Nilai-nilai ini mesti dipelihara dgn sebaik supaya ia tidak dipandang sbg bhn sejarah sahaja, tetapi mesti dihayati oleh masyarakat sekarang terutama sekali generasi muda yg byk terdedah dgn nilai & budaya kebaratan.

6 Pengajian Ketamadunan:
Secara umumnya pengajian ketamadunan lbh tertumpu kpd disiplin ilmu yg memfokuskan tentang teori, konsep, sifat dan ciri-ciri dlm sesebuah tamadun. Kajian ketamadunan ini jg byk berkisar tentang pencapaian kemajuan & pemupukan kelakuan manusia yg merangkumi cara hidup, berfikir & bertindak serta aspek-aspek kebudayaan & disiplin keilmuan yg lbh umum.

7 Samb… W/bagaimanapun, pengajian ketamadunan jg mengkaji tentang sejarah silam manusia, kedudukan masy.masa kini & perkembangan pd masa akan datang. Oleh itu, dpt disimpulkan bhw kajian ketamadunan bukanlah hanya berkisar kpd kajian sejarah shj, malah lbh dari itu seperti konsep dsbgnya.

8 Definisi & Ciri-ciri Tamadun:
Secara umumnya, tamadun bermaksud pencapaian kemajuan dlm aspek kerohanian dan jasmani. Dari perspektif semasa : merujuk kpd pencapaian yang tinggi dlm bdg sains & teknologi, ygmana ia lebih sinonim dgn tamadun Barat. Dr sudut etimologi: berasal drp perkataan arab iaitu maddana yg merujuk kpd perbuatan membuka bandar serta perbuatan memperhalus budi pekerti.

9 Samb... Hadharah: merujuk kpd perbuatan duduk dibandar & perilaku kehidupan yg tinggi. Civilization:menekankan penggabungan antara ketinggian budaya dgn kemajuan kebendaan. Syed Naquib Al-Attas: keadaan kehidupan insan bermasyarakat yg tlh mencapai taraf kehalusan tatasusila & kebudayaan yg luhur bg seluruh masyarakatnya.

10 Samb... Ibn Khaldun: menggunakan istilah Umran yg bermaksud kemajuan & kemakmuran. Apb digabungkan dgn perkataan madani maka ianya didefinisikan sbg masyarakat manusia yg maju & makmur sama ada di di desa. Ibn Khaldun jg mendefinisikan tamadun Islam sbg pencapaian manusia yg sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dpt membuka jln kearah pemikiran & penghasilan daya cipta yg halus & seni.

11 Samb... Sayyid Qutb: segala bentuk kemajuan yg dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sosial, pemerintahan, politik, ekonomi & kebudayaan yg berteraskan syariat Allah, serta bercirikan nilai-nilai moral Islam. Collingwood: tamadun ialah satu proses bg mencapai satu tahap kehidupan yg lebih sempurna ataupun satu proses kearah civil yg mana hasil drpd proses tersebut akan melahirkan ciri-ciri masyarakat bandar iaitu masyarakat yg mempunyai kehalusan budi.

12 Samb... Arnold Toynbee: tamadun merupakan suatu kehidupan yg unggul yg dipandukan oleh sistem perundangan, agama, politik & pentadbiran yg menjamin kemajuan & keselamatan masyarakat. Edward L. Farmer: tamadun sbg unit budaya yg besar yg mengandungi unsur-unsur sosial, tradisi & institut yg dikongsi bersama & diwarisi dr generasi ke generasi yg lain.

13 Samb… Ciri-ciri tamadun secara ringkas menurut (Samuel P. Huntington’s, 1996), (David Sansone, 2004) dan (Peter Baofu, 2006): i-Kemajuan dalam bidang pertanian. Ia dapat dilihat dengan penggunaan teknologi dan peralatan yang digunakan bersesuaian dengan taraf hidup masyarakat dan realiti semasa. ii-Pengkhususan pekerjaan berdasarkan kepada pembahagian pekerjaan dan kepakaran.

14 Samb… iii-Perkembangan negara kota dan kemajuannya dalam pelbagai bidang seperti sistem tulisan, sistem pengukuran (timbangan, kalendar dan sebagainya) dan sistem perbandaran. iv-Sistem perairan yang sistematik untuk kegunaan domestik bagi keperluan masyarakat. v-Sistem agama dan kepercayaan.

15 Samb… Masyarakat yg bertamadun bukan sahaja maju dlm aspek fizikal, tetapi masyarakat tersebut juga kaya dengan nilai-nilai kemanusiaan yg tinggi. Kesimpulannya, tamadun bermaksud kesemua apa yang dihasilkan di kawasan bandar, yang merangkumi hasil intelektual dan hasil perindustrian yang bersifat material.

16 Agama Asas Kepada Pembinaan Tamadun:
Agama merupakan tunjang kpd semua aktiviti manusia. Manusia memerlukan agama utk menyusun & mengorganisasikan cara kehidupan utk mencapai kebahagiaan dan ketenangan hakiki. Tanpa agama manusia akan hilang pedoman. Oleh itu, manusia sangat memerlukan agama supaya ia mengetahui matlamat hidupnya dan bagaimana untuk memenuhi objektif tersebut.

17 Kelahiran, Perkembangan & Kemerosotan Tamadun:
Proses kelahiran tamadun berlaku apb manusia berlumba-berlumba bertindak untuk mencari keselesaan dalam kehidupan. Manusia mula meneroka potensi yg ada pada diri mereka sendiri & mengadaptasi sgl sumber yg ada utk kelangsungan hidup & juga generasi mereka akan datang. Oleh itu mereka sentiasa memperbaiki tahap pencapaian & mencipta organisasi serta sistem pentadbiran yg baik & tersusun.

18 Samb… Peralihan zaman tlh memperbaiki bentuk penemuan, kaedah pemikiran & tatacara hidup yg lebih baik.

19 Faktor-Faktor Kelahiran Tamadun:
i-Kedudukan yang strategik: Keadaan muka bumi, sempadan geografi dan kedudukan yang strategik mendorong kepada manusia untuk mengasaskan penempatan dan akhirnya mewujudkan sesebuah tamadun. Cth: tamadun China, tamadun India & tamadun Mesir.

20 Samb… ii-Orientasi Keagamaan & Kerohanian: -elemen keagamaan & kerohanian merupakan kekuatan dalaman manusia utk mendokong nilai mulia & kebaikan dlm seluruh aspek kehidupan. -masyarakat yg berpegang teguh kpd ajaran agama akan sentiasa memelihara diri mereka drp perlakuan & budaya songsang yg menyalahi fitrah manusia. -natijah drp penghayatan keagamaan akan melahirkan individu & masyarakat yg bertanggungjawab, bersatu padu & menjadi rakyat yg menyumbang kpd kepentingan negara.

21 Samb… iii-Rangsangan Ilmu dan Pembudayaan Nilai-Nilai Murni: -ilmu pengetahuan merupakan sebahagian daripada makanan jiwa manusia. Menurut (Barry Allen, 2004) dalam penulisannya “Knowledge and Civilization” menyatakan bahawa tokoh ilmuan pada zaman silam Socrates, Plato dan Aristotle serta para sarjana dalam zaman pasca modernisme seperti Friedrich Nietzse, Michel Foucault dan Richard Rorty meletakkan ilmu pada kedudukan yang tinggi dalam sesebuah tamadun manusia

22 Samb… Ilmu menjadi penyuluh kpd manusia utk memahami kebenaran dan keluar drp unsur-unsur kejahilan. Oleh itu, penawar kpd kebodohan manusia adalah dgn meneroka cabang bidang ilmu yg ada. Di zaman kegemilangan tamadun Islam, tradisi keilmuan merupakan gelanggang utk para ilmuan dan cendekiawan meneroka sebanyak mungkin cabang ilmu yg ada.

23 Samb… Cth: kegemilangan peradaban umat Islam dahulu memperlihatkan bhw pusat-pusat kebudayaan seperti Baghdad, Cordova, Qairawan, Basrah dan Kufah telah mencipta dan mencapai tamadun yang unggul dalam bidang ilmu pengetahuan seperti ilmu falsafah, perubatan, seni bina, sains teknologi dan sebagainya. Masyarakat pada ketika itu dinaungi dalam lautan keilmuan dan ilmu disusun mengikut bidang disiplin yang tersendiri yang diiktiraf oleh masyarakat dunia.

24 Samb… iv-Pencapaian Dalam Bidang Teknologi dan Kemahiran: -kecanggihan bidang teknologi yg dicapai oleh masyarakat dahulu byk menyumbang kpd perkembangan ketamadunan pd ketika itu. -pencapaian itu dibuktikan melalui penciptaan tamadun terdahulu yang telah diiktiraf sebagai warisan kebudayaan dunia.

25 Samb… Cth: penciptaan 7 benda ajaib di dunia. Ia dikenang sebagai hadiah istimewa yang ditinggalkan oleh orang terdahulu untuk generasi pada masa kini.

26 Peta Kedudukan 7 Keajaiban Dunia

27 Piramid Giza

28 Taman Tergantung Babylon

29 Taj Mahal

30 Tembok Besar China

31 Candi Borobodur

32 Menara Pisa

33 Kuil Artemis Turki

34 Samb… v-Interaksi di antara Tamadun Dengan Tamadun Yang Lain: -Kegemilangan tamadun dahulu byk dipengaruhi oleh hubungan interaksi antara satu tamadun dgn tamadun yg lain. -Kebanyakkan tamadun dahulu bersifat anjal dan sentiasa bersedia untuk menerima asimilasi pengaruhv budaya asing utk diadaptasi dlm proses perkembangannya. -cth: tamadun Arab silam sebelum kedatangan Islam telah memperlihatkan sifat keterbukaannya yang bersedia untuk menerima pengaruh-pengaruh luar seperti Rom, Parsi dan Yunani.

35 Kemerosotan Tamadun: Para sarjana mempunyai pandangan tersendiri tentang faktor-faktor yang menyebabkan sesebuah tamadun itu runtuh. Cth: ibn Khaldun berpendapat kejatuhan sesebuah tamadun adalah disebabkan oleh keruntuhan nilai-nilai moral dlm kehidupan manusia yg terlalu taksub dgn kekayaan dsbgnya.

36 Samb… Wahbah Zuhayli (1998) melalui penulisannya “Al-Quran al-Karim, Bunyatuhu al-Tashri`iyyah wa Khasaisuhu al-Hadariyatuhu” mengemukakan pendapat bahawa keruntuhan sesuatu tamadun adalah disebabkan ketidakseimbangan di antara aturan fizikal dan spiritual.

37 Samb… Jared Diamond pada tahun 2005 bukunya "Collapse: How Societies Choose to Fail or Succeed” menerangkan punca-punca yang menyumbang kepada kejatuhan tamadun. Pada pendapat beliau antara puncanya seperti kerosakan alam sekitar yang melibatkan penebangan hutan yang berleluasa dan hakisan tanah. Selain itu, perubahan iklim seperti bencana juga boleh menyumbang kepada kejatuhan tamadun.

38 Samb… Secara keseluruhannya, kejatuhan sesebuah tamadun itu kebanyakkannya disebabkan oleh kegagalan manusia untuk berpegang teguh kepada agama, mengalami kemuflisan moral, ketidakadilan, tidak bersikap mesra dengan alam, bencana alam dan penindasan terhadap rakyat. Tidak dinafikan juga faktor-faktor lain seperti faktor kemunduran dari aspek keilmuan, kemiskinan, kejatuhan ekonomi dan faktor penyakit juga boleh menyumbang kepada kemerosotan tamadun.

39 SEKIAN TERIMA KASIH Selamat maju jaya..


Download ppt "PUSAT TEKNOLOGI KOMUNIKASI & PEMBANGUNAN INSAN (PTKPI)"

Similar presentations


Ads by Google