Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
Published bytajul hashim Modified over 6 years ago
1
ALOI
2
APAKAH MAKSUD ALOI ? Kebanyakan logam wujud dalam pepejal.Logam tulen terdiri daripada atom yang sama jenis dan saiz.Susunan atom di dalam logam menyebabkannya bersifat mulur dan boleh ditempa. Kebanyakan logam tulen adalah lembut dan tidak kuat.Sifat logam tulen ini dapat diperbaik dengan menjadikannya aloi. Aloi adalah campuran dua unsur atau lebih mengikut peratusan tertentu dengan unsur utamanya ialah logam. Tujuan pengaloian adalah untuk menambah kekuatan dan kekerasan logam tulen, mencegah kakisan logam, dan membaiki rupa bentuk logam supaya menjadi menarik dan berkilat.
3
Susunan atom di Aloi Aloi mengandungi campuran beberapa unsur logam dan bukan logam. Atom Tembaga Atom Timah Atom Besi
4
Justeru itu, kehadiran atom-atom lain yang berlainan jenis dan saiz di dalam atom induk menganggu susunan yang teratur dalam atom induk. Keadaan ini mengurangkan lapisan atom daripada tergelincir satu sama lain.Oleh itu, Aloi lebih keras dan kuat daripada logam tulen.
5
ALOI BESI ( IRON ALLOY ) Keluli ( Steel ) 99 % Besi, 1 % Karbon Keluli nirkarat ( Stainless Steel ) 73 % Besi, 1 % Karbon, 18 % Kromium, 8 % Nikel
6
ALOI TEMBAGA ( COPPER ALLOY ) Nikel Tembaga ( Cupro-nickel ) 75 % Tembaga, 25 % Nikel Tembaga ( Brass ) 70 % Tembaga, 30 % Zink Gangsa ( Bronze ) 90 % Tembaga, 10 % Timah
7
ALOI ALUMINIUM ( ALUMINIUM ALLOY ) Magnalium 95 % Aluminium, 5 % Magnesium Duralumin 93 % Aluminium, 3 % Tembaga, 3 % Magnesium, 1 % Mangan
8
ALOI PIUTER ( PEWTER ALLOY ) Piuter 96 % timah, 3 % Tembaga, 1 % Antimoni
9
Keluli - keras dan kuat. Nikel-Tembaga – kuat dan berkilau. Keluli nirkarat – kuat, berkilau, tidak boleh karat. Tembaga – kuat dan berkilau. Gangsa – keras, kuat, tahan kakisan. Magnalium – kuat, ringan, tahan kakisan. Duralumin – kuat, ringan, tahan kakisan. Piuter – kuat, berkilau, tahan kakisan. SIFAT-SIFAT ALOI
10
PENGALOIAN Tujuan pengaloian Untuk memperbaiki penampilan logam tulen. Logam tulen mempunyai permukaan berkilat.Apabila terdedah kepada udara dan air, ia akan kehilangan kilatan di permukaan.Atom-atom lain membantu mengurangkan pembentukan lapisan oksida di permukaan.
11
Untuk meningkatkan kekuatan dan kekerasan pada logam tulen. Logam tulen lebih lembut daripada aloi.Atom-atom lain mengganggu susunan yang teratur di logam tulen.Keadaan ini mengurangkan lapisan atom daripada tergelincir satu sama lain.Oleh itu, Aloi lebih keras dan kuat daripada logam tulen.
12
Untuk meningkatkan daya tahan kakisan pada logam tulen. Kebanyakan logam hakis apabila terdedah kepada udara dan air. Atom-atom lain membantu mengurangkan pembentukan lapisan oksida di permukaan.Jadi logam itu akan menjadi tahan hakisan daripada udara dan air.
13
KEGUNAAN ALOI DALAM BIDANG PERINDUSTRIAN keluli – untuk membina bangunan, jambatan, landasan keretapi, badan kenderaan, paku besi dan skrew. Keluli nirkarat – untuk menghasilkan bahagian automobil, alatan dapur seperti pisau, gunting, sudu, garpu, periuk dan alatan pembedahan.
14
Nikel-Tembaga – untuk menghasilkan duit syiling Tembaga – untuk menghasilkan alatan muzik, alatan perhiasan, kunci, nat, bolt dan bahagian elektrik. Gangsa – untuk menghasilkan duit syiling, pingat, monumen dan alatan perhiasan.
15
Magnalium – untuk menghasilkan alat penimbang dan intrumen yang ringan. Duralumin – untuk menghasilkan kapal terbang, kabel elektrik, periuk tekanan ( pressure cooker ), basikal lumba dan kereta api laju. Piuter – untuk menghasilkan alatan perhiasan, cenderahati, piala dan rantai kunci ( key chain ).
Similar presentations
© 2025 SlidePlayer.com. Inc.
All rights reserved.