Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
1
FALSAFAH PENDIDIKAN MATEMATIK KBSR
2
FPK Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
3
PERKEMBANGAN KBSR 1982 – Kajian rintis 1983 – KBaruSR 1988 – FPK
1994 – KBersepaduSR 2000 – Semakan 2003 – KBSR in English 2008 – Transformasi Kurikulum KSSR Tujuan pendidikan rendah Kemahiran asas Kemahiran berfikir Ilmu pengetahuan Nilai murni Sahsiah positif Kemahiran sosial Kewarganegaraan Kesihatan & kecergasan Sains & teknologi
4
PENDIDIKAN ASAS Pendidikan di peringkat sekolah rendah bercorak pendidikan asas. Perancangan kurikulum dilakukan untuk memberi peluang yang sama kepada setiap murid bagi mendapat kemahiran dan pengetahuan serta menghayati nilai yang diperlukan. Setiap murid diberi galakan dan bimbingan untuk menguasai kemahiran asas dengan kukuh. Peluang juga disediakan untuk membolehkan mereka mengembangkan bakat dan minat serta daya kreatif dalam bidang matematik.
5
PENEGASAN MT KBSR Kurikulum Matematik KBSR memberi penegasan terhadap pembentukan asas ilmu matematik supaya penyemaian dan penyuburan pengetahuan, minat, sikap dan nilai estetik berjaya melahirkan generasi yang berbudaya matematik. Kemahiran berfikir dan kemahiran belajar diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang menegaskan penguasaan konsep, proses dan bahasa matematik.
6
SUASANA BELAJAR Pengajaran dan pembelajaran matematik perlu memberi peluang kepada semua murid untuk mengalami pembelajaran yang seronok, bermakna, berguna dan mencabar. Bagi tujuan ini penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran dan latihan perlu berperingkat, bermakna dan sesuai dengan kebolehan, pengalaman serta minat murid.
7
PEMBELAJARAN AKTIF Pertimbangan juga perlu diberi kepada gaya pembelajaran yang berbeza di kalangan murid. Pendekatan inkuiri-penemuan berpusatkan murid digunakan secara meluas untuk menjadikan pengalaman matematik yang menyeronokkan, bermakna, berguna dan mencabar.
8
KONSTRUKTIVISME Pembinaan kefahaman tentang konsep dan kemahiran perlu dibentuk di peringkat awal melalui objek sebenar atau objek konkrit. Pemahaman konsep dan kemahiran ini disusuli pula dengan latihan secara lisan dan bertulis yang mencukupi. Latihan mencongak yang lebih kerap dan menghafal fakta yang berkaitan dengan empat operasi asas iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi perlu diberi tumpuan yang sewajarnya.
9
PENYELESAIAN MASALAH Penyelesaian masalah merupakan aspek yang terpenting dalam matematik dan perlu diterapkan dalam semua aktiviti p&p matematik untuk menjana cetusan pemikiran yang sistematik dan logik serta boleh dijadikan sebagai satu pendekatan. Pendekatan penyelesaian masalah memberi penekanan terhadap perkembangan pemikiran matematik dan keupayaan menaakul yang dilakukan melalui aktiviti yang konkrit dan berfikrah.
10
PENYELESAIAN MASALAH Penguasaan kemahiran penyelesaian masalah akan membolehkan murid mengaplikasikan dan mengadaptasikan berbagai strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah baru. Kejayaan murid dalam penyelesaian masalah bergantung kepada pengalaman, sikap, kepercayaan, kesediaan dan keyakinan murid. Justeru itu, semua aktiviti penyelesaian masalah perlu berasaskan kepada persekitaran dan pengalaman sebenar murid.
11
KESEIMBANGAN Nilai murni dan unsur kesepaduan seperti sains, patriotisme dan alam sekitar diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran secara berterusan dan terancang. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi digunakan supaya proses pengajaran dan pembelajaran matematik lebih menarik dan berkesan.
12
PENILAIAN KBSR Penilaian dilaksanakan secara berterusan bagi mengesan penguasaan hasil pembelajaran serta keberkesanan kaedah p&p. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan mesti mengandungi unsur diagnostik kendiri supaya murid dapat mengenal pasti tahap mereka memahami sesuatu konsep, menguasai hasil pembelajaran, dan mengamalkan nilai matematik sepanjang pembelajaran di sekolah rendah.
13
KBSR: UNSUR BARU ….. opportunities for pupils to acquire mathematical knowledge and skills and develop the higher order problem solving and decision making skills that they can apply in their everyday lives. Mathematics education in English makes use of ICT in its delivery. … greater opportunities for pupils to enhance their knowledge and skills because they are able to source the various repositories of knowledge
14
KBSR: UNSUR BARU The learning of mathematics at all levels involves more than just the basic acquisition of concepts and skills. It involves, more importantly, an understanding of the underlying mathematical thinking, general strategies of problem solving, communicating mathematically and inculcating positive attitudes towards an appreciation of mathematics as an important and powerful tool in everyday life.
15
PENEKANAN BARU Penekanan baru (semakan) Pendekatan konstruktivisme
Pembelajaran kontekstual Pembelajaran masteri Kemahiran berfikir Pelbagai kecerdasan
16
PERBINCANGAN Menurut pengalaman anda, sejauhmanakah falsafah pendidikan matematik direalisasikan dalam bilik darjah oleh guru anda?
Similar presentations
© 2024 SlidePlayer.com. Inc.
All rights reserved.