Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
1
BBM 3206 SEMANTIK 0LEH : PROF. MADYA DR
BBM 3206 SEMANTIK 0LEH : PROF. MADYA DR. AHMAD MAHMOOD BIN MUSANIF Sesi Bersemuka Pertama
2
Konsep Semantik Kajian tentang makna
Berasal daripada bahasa Yunani sema yang menerbitkan kata semainein yang bermaksud ‘menunjukkan’, ‘bererti’, dan ‘bermakna’
3
Sudut Pengertian Semantik
Makna luas: sintaksis, semantik, pragmatik Makna sempit: teori referensi, teori makna
4
KONSEP MAKNA Aristotle menyatakan bahawa unit terkecil yang bermakna atau the smallest significant unit of speech ialah perkataan. Dalam linguistik sekarang, unit tatabahasa terkecil yang bermakna adalah morfem. Menurut Ullmann (1962:55), ada dua aliran pemikiran tentang konsep makna: aliran referensial dan aliran kontekstual.
5
PENGERTIAN MAKNA SECARA ANATIKAL
Menurut de Saussure (1959:67),bahasa terdiri daripada bunyi atau penanda (signifiant) dan makna atau petanda (signifie). Penanda adalah bayangan akustik, misalnya urutan bunyi m+e+j+a. Petanda adalah gambaran atau makna yang melambangkan bunyi meja.
6
Oleh itu, kata atau lambang linguistik adalah bayangan akustik atau bunyi + gambaran atau makna.
7
Ogden dan Richards (1949:11) pula menerangkan makna dengan memecahkannya kepada tiga komponen melalui rajah tiga segi semiotik.
8
Ullmann (1962:57) telah mempermudah teori segi tiga semiotik dengan melihat makna sebagai hubungan resiprokal antara nama dengan pengertian.
9
Pada hakikatnya, satu nama boleh mempunyai lebih daripada satu pengertian dan juga sebaliknya.
10
PENGERTIAN MAKNA SECARA OPERASIONAL
Stuart Chase (1938:7) menerangkan makna secara ‘operasional’, iaitu The true meaning of word is to be found by observing what the man does with it, not what he says about it. Wittgenstein (1953) menegaskan bahawa makna perkataan adalah penggunaan perkataan dalam bahasa (the meaning of word is its use in the language).
11
TEORI SEMANTIK Teori adalah pendapat atau pandangan yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara. Ia merupakan prinsip atau dasar pembentukan sesuatu ilmu. Teori linguistik merupakan prinsip dan dasar untuk menganalisis dan menghuraikan data bahasa. Teori semantik adalah teori yang dapat meletakkan makna pada setiap perkataan dan ayat yang berkaitan dengannya dalam sesuatu bahasa.
12
TEORI SEMANTIK MESTI MEMENUHI 3 SYARAT:
Mesti mencerap setiap makna perkataan dan ayat, dan hubungan antara unsur tersebut. Mesti dapat meramalkan ketaksaan pada perkataan dan ayat.
13
Mesti mencirikan dan menjelaskan hubungan sistematis antara perkataan dan antara ayat, iaitu hubungan sinonim, perangkuman logis, penaabiran, pertentangan, dan sebagainya.
14
Teori Imej Makna Menurut teori ini makna diterangkan berdasarkan imej yang terbayang dalam akal pendengar. Dalam pengaplikasiannya, teori ini menghadapi beberapa masalah: Bentuk imej yang terbayang pada penutur dan pendengar.
15
Satu ungkapan mempunyai lebih dari satu imej.
Satu imej mempunyai lebih dari satu ungkapan. Imej bergantung kepada pengalaman.
16
Teori Analisis Komponen
Teori ini pada awalnya digunakan oleh ahli antropologi dalam menentukan istilah hubungan kekeluargaan. Teori ini diaplikasikan dalam linguistik untuk menjelaskan makna perkataan. Menurut teori ini, makna perkataan dianalisis bukan secara satu unit, tetapi dalam hubungan komponen yang kompleks.
17
Komponen tersebut dinamakan sebagai komponen semantik yang terdiri dari perbendaharaan kata sesuatu bahasa. Teori ini menghuraikan makna perkataan dengan memasukkan unsur pertentangan. Dalam pengaplikasiannya, teori ini juga menghadapi masalah:
18
Komponen semantik untuk sesuatu perkataan mempunyai makna tersendiri dan perlu dihuraikan.
Huraian makna dalam teori ini tertumpu pada perkataan dan tidak pada ayat. Makna yang tepat sukar diperolehi kerana terikat dengan ciri hiponim.
19
Makna Perkataan dan Faktor Perubahannya
Sinonim: Kata-kata yang mempunyai makna yang sama. Maksud ‘sama’ tidak perlu seratus peratus sama. Misalnya: jemput = undang kereta = motokar iktisad = ekonomi siasah = politik mangkat = mati biduan = penyanyi seniman = pelakon
20
Antonim: Perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan dengan perkataan yang lain. Misalnya:
malam lwn siang laut lwn darat menjual lwn membeli memberi lwn menerima tua lwn muda baru lwn lama
21
Antonim juga dapat dibentuk dengan cara pengimbuhan, misalnya:
progresif lwn regresif prasejarah lwn pascasejarah induktif lwn deduktif seniman lwn seniwati
22
Dari sudut ragamnya, antonim dapat digolongkan kepada beberapa jenis:
1. Antonim komplementar 2. Antonim gradabel 3. Antonim relasional 4. Antonim resiprokal
23
POLISEM, HOMONIM, DAN HIPONIM
Polisem: Satu frasa yg mempunyai lebih makna yg berbeza. Bunyi dan bentuk ejaan sama tetapi berbeza makna dalam konteks berbeza. Misalnya, badan yayasan), luka tersinggung), beradu tidur). Homonim: Kata-kata yang sama ejaan dan bunyi, tetapi berbeza makna, misalnya daki ‘memanjat’ dengan daki ‘kotoran’.
24
Dalam penyusunan kamus polisem dijelaskan di bawah satu kata masukan, misalnya berat 1. tekanan, 2. sukar, 3. sangat… Homonim dalam kamus dijelaskan sebagai dua kata masukan yang berasingan, misalnya daki I ‘kotoran’ dan daki II ‘memanjat’.
25
Homofon: Kata-kata yang sama bunyi, tetapi berbeza ejaan dan maknanya
Homofon: Kata-kata yang sama bunyi, tetapi berbeza ejaan dan maknanya. Misalnya, menonton dengan menuntun, dan golongan dengan gulungan. Homograf: Kata-kata yang sama ejaan, tetapi berbeza bunyi dan maknanya. Misalnya, semak ‘periksa’ dengan semak ‘belukar’ atau ‘kusut’.
26
Hiponim: Kata-kata yg mempunyai hubungan pengelompokan dalam satu himpunan golongan perkataan.
27
Ini menunjukkan kata bunga merupakan penggolong dan cempaka, melur merupakan anggota kepada penggolong tsbt. Dlm BI adalah katasheep.
28
Perubahan Makna Makna sesuatu perkataan atau ungkapan boleh berubah daripada yang asal kepada makna yang baharu. Namun antara unsur-unsur bahasa, maknalah yang paling kuat bertahan terhadap gejala perubahan (Hashim Musa, 1994:77).
29
Antara faktor-faktor perubahan makna adalah :
Perubahan makna kerana perkembangan bahasa itu sendiri. Perubahan makna kerana perubahan tanggapan penutur. Perubahan makna kerana perluasan maksud. Perubahan makna kerana pembatasan maksud. Perubahan makna kerana tujuan simbolik dan stilistik.
30
TERIMA KASIH
Similar presentations
© 2025 SlidePlayer.com. Inc.
All rights reserved.