Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

CADANGAN MENAIK TARAF DAN MENGUBAHSUAI KEMUDAHAN DI ANGIOGRAM SUITE DI JABATAN KARDIOLOGI HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN, KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR SECARA.

Similar presentations


Presentation on theme: "CADANGAN MENAIK TARAF DAN MENGUBAHSUAI KEMUDAHAN DI ANGIOGRAM SUITE DI JABATAN KARDIOLOGI HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN, KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR SECARA."— Presentation transcript:

1 CADANGAN MENAIK TARAF DAN MENGUBAHSUAI KEMUDAHAN DI ANGIOGRAM SUITE DI JABATAN KARDIOLOGI HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN, KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR SECARA REKA & BINA DI SEDIAKAN OLEH : JATI KENALI TRADING SDN.BHD A129, KAMPUNG TOK JIRING, 21060, KUALA TERENGGANU TERENGGANU DARUL IMAN TEL : FAX : JANUARI 2012

2 “ Anak Cina Main Gelombang, Nampak Dari Tanjung Jati,
Tun Razak menunggang motosikal. Tun Hajah Rahah memboncengnya. Dato ‘ Sri Najib menunggang motosikal. Datin Sri Rosmah memboncengnya.. “ Anak Cina Main Gelombang, Nampak Dari Tanjung Jati, Tuan Umpama Bunga Yang Kembang, Sentiasa Hidup Di Dalam Hati ” “ Teluk Mas Pantai Ketapang, Anak Ketam Berjari-jari, Hilang Emas Boleh Ku Tukang, Hilang Tun Razak Mana Nak Cari ” “ Berjalan-jalan Di Bukit Tinggi, Singgah Memetik Bunga Kemboja, Sungguhpun Jauh Tuan Pergi, Di Dalam Hati Terkenang Juga” “ Dua Tiga Si Kucing Belang, Hilang Seekor Di Atas Titi Mana Mungkin Tun Razak Hilang, Tun Razak Hidup Di Dalam Hati ”

3 KANDUNGAN A – RINGKASAN DAN MAKLUMAT PROJEK 1.0. Pengenalan
Ringkasan Mengenai Jabatan Kardiologi Fungsi Jabatan Polisi Operasi Kakitangan Beban Kerja Angiogram Suite Kelemahan kepada Kemudahan Yang Sedia Ada Objektif Am Projek Objektif Khas Projek Konsep Rekaan Unit Angiogram Workflow Ruang yang diperlukan Kawasan “Clinical Support” Kemudahan Untuk Kakitangan Keperluan Sistem Bangunan B – KAJIAN AWAL OLEH PERUNDING C – CADANGAN PEMBANGUNAN OLEH KONTRAKTOR

4 A- RINGKASAN DAN MAKLUMAT PROJEK

5 1.0 PENGENALAN. Penyakit Jantung adalah penyebab utama kematian di Malaysia. Satu pertiga kematian ini bersifat tiba-tiba atau tidak sempat sampai ke hospital. Mereka yang sampai ke hospital pulai tidak mendapat rawatan jantung yang sempurna kerana kebanyakan hospital tersebut tidak mempunyai kemudahan secukupnya untuk merawat kes-kes tersebut. Pesakit yang dirujuk pula, ada yang meninggal dalam perjalanan ke tempat yang mempunyai kemudahan perawatan jantung seperti IJN. Di Pahang, kita amat bertuah kerana wujudnya satu Jabatan Kardiologi di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan yang di tubuhkan sejak Jun Ianya hasil kerjasama dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), yang bersedia membeli satu mesin angiogram yang telah ditempatkan di dewan bedah lama berdekatan dengan Jabatan kecemasan. Sebanyak 305 kes-kes kecemasan jantung dan telah dirawat. Kes-kes serangan jantung bukan sekadar diberi ubat, tetapi terus dibuat angiogram atau di implan “stent” jika keadaan memerlukan. Hasil kebaikan dari rawatan ini adalah mampu mengurangkan kes-kes komplikasi serangan jantung seperti lemah jantung dan kegagalan perentak jantung. Keadaan ini ketara dapat meningkatkan kualiti hidup pesakit tersebut. Mengikut Jabatan Perangkaan Negara, jumlah penduduk di Bandar Kuantan terkini telah mencecah 427,525 orang. Kepesatan pembangunan dan pertambahan penduduk ini memerlukan pengwujudan perkhidmatan Kardiologi yang lebih komprenhensif, “reliable” dan bermutu. Oleh itu Kementerian kesihatan telah bercadang untuk mengwujudkan perkhidmatan Kardiotorasik yang komprenhensif di Kuantan. Ia dicadangkan untuk member perkhidmatan bagi seluruh Negeri Pahang , Selatan Terengganu dan Utara Johor. Perkhidmatan Pembedahan Kardiotorasik dan Kardiologi kanak-kanak pula telah dicadangkan beroperasi pada pertengahan tahun ini. Untuk menampung keperluan tersebut, penaiktarafan pada sistem yang sedia ada adalah amat diperlukan. Untuk memberi rawatan kecemasan jantung yang cekap dan bermutu, ianya semestilah bermula dari Jabatan kecemasan hinggalah ke Dewan angiogram dan seterusnya ke “Coronary Care Unit” (CCU). Oleh itu penambahbaikan kepada pasarana yang sediaada amatlah diperlukan. Adalah juga menjadi hasrat kementerian kesihatan Malaysia untuk mengwujudkan kemudahan perawatan jantung di semua ibu negeri di Malaysia pada masa hadapan.

6 2.0. RINGKASAN MENGENAI JABATAN KARDIOLOGI
Jabatan Kardiologi mula beroperasi di Jabatan perubatan di bangunan “Ambulatory Care Centre” pada Januari Pada awal Januari tahun lepas ia telah berpindah ke bangunannya sendiri, iaitu sebuah banglo lama yang digunakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. (LPKKN), Bangunan ini menempatkan klinik kardiologi dan Kardiotorasik yang mengandungi bilik-bilik Echocardiografi, Stress Echocardiografi, Holter dan “pump talk”. Jabatan ini juga mempunyai sebuah Makmal Angiogram yang dinamakan “angiografi Suite” yang diletakkan di bawah kelolaan Jabatan Radiologi. Makmal ini mengandungi sebuah mesin angiogram yang dibeli oleh Universiti Islam Antarabangsa di bawah pinjaman dari Islamic Developmemt Bank. Angiograrfi sute ini pada asalnya adalah sebuah komplek dewan bedah lama yang mempunyai dua dewan bedah kepunyaan Jabatan kecemasan. Ia telah diubahsuai kepada angiografi suite melalui pinjaman di atas. Pada masa ini Dewan Bedah Jantung,” Cardiothorasic Invasive Coronary Unit” (CICU) dan wad pembedahan kardiotorasik maih dalam pembinaan seperti dalam gambarajah di bawah.. Klinik Ruang menunggu di klinik kardiologi

7 Wad Kardiotorasik dalam
Kardiotorasik ICU dalam pembinaan Dewan Bedah Kardiotorasik dalam pembinaan

8 2.1. FUNGSI JABATAN 2.1.1.Jabatan Kardiologi HTAA akan mengadakan dan memberikan rawatan jantung yang komprehensif bagi kes-kes elektif dan kes-kes kecemasan termasuklah “primary percutaneous intervention”, pacemaker dan peripheral intervention. 2.1.2.Jabatan Kardiologi HTAA akan menjadi pusat rujukan primer bagi semua kes-kes jantung di seluruh Negeri Pahang dan termasuklah kawasan yang berdekatan dengannya seperti Kemaman dan Segamat. Jabatan Kardiologi HTAA akan merujuk ke Pusat Jantung lain-lain seperti Institute Jantung Negara sekiranya jabatan ini tidak mempunyai satu-satu Kemudahan atau kepakaran dalam merawat satu-satu kes jantung. Kes-kes yang memerlukan rawatan lebih rapi akan dimasukkan ke Cardiac Care Unit (CCU), Cardiac Rehabilitation Ward (CRW) atau Wad Am perubatan.

9 2.2. POLISI OPERASI Jabatan Kardiologi HTAA telah mengadakan kemudahan perawatan Kecemasan jantung secara 24 jam termasuklah kes-kes yang memerlukan Primary Percutaneous Intervention. Kes-kes jantung yang memerlukan rawatan invasif akan dilakukan di Angiogram Suite. 2.3.KAKITANGAN 2.3.1.Jabatan ini mempunyai akan mempunyai empat pakar kardiologi dan satu Pakar Klinikal Kardiologi (dalam latihan). Ia termasuklah satu pakar Kardiologi yang akan bertukar ke sini dari Hospital Kucing dan satu pakar Kardiologi dari UIAM. 2.3.1.Sekumpulan kakitangan sokongan yang akan ditambah mengikut keperluan dari masa ke semasa.

10 Unit Rawatan Jantung (CCU)
Jumlah kes keseluruhan “Acute Coronary Syndrome” yang dimasukkan ke HTAA bagi tahun 2010 ialah sebanyak 320 iaitu 69 kes (NSTEMI) ,32 kes Unstable Angina dan 219 kes acute myaocardial Infaction(AMI) .Kes kematian adalah sebanyak 34 kes bagi tahun 2010 dan 29 kes dari jumlahnya merupakan AMI Bagi tahun 2011,jumlah kes kemasukan ialah sebanyak 296 kes iaitu 57 kes (NSTEMI) , 32 kes Unstable Angina dan 207 kes acute myaocardial infaction.Manakala jumlah kematian adalah sebanyak 39 kes dan 31 kes merupakan AMI. Data 2011 menunjukkan jumlah keseluruhan yang lebih rendah berbanding 2010 kerana unit rawatan jantung (CCU) yang sebelumnya mempunyai enam katil dipindahkan ke HDW sementara kerja pengubaisuaian di jalankan di CCU lama dan katil yang disediakan hanya empat katil. Data kematian 2011 menunjukkan angka yang lebih tinggi berbanding 2010 iaitu sebanyak 39 kes berbanding 34kes bagi 2010 akibat penutupan perkhidmatan Angio suite pada hujung tahun 2011 ,terutama pada bulan November 2011. 2.4. BEBAN KERJA 2.4.1.

11 Angiography Suite Buat masa ini kami menggendalikan hampir 1608 kes sejak perkhidmatan angiography di adakan pada 19 Jun Iaitu 326 kes (2009),648 kes (2010) dan 634 kes (2011) .Data keseruluhan bagi tahun 2011 adalah lebih rendah sikit berbanding dengan tahun 2010 ini adalah kerana perkhidmatan di Angiography Suite terpaksa dihentikan sementara waktu akibat kerosakan penghawa dingin sebanyak dua kali di angio suite iaitu pada 21hb Mac 2011 sehingga 21hb April 2011dan kali kedua pada 4hb Oktober 2011 dan beroperasi semula pada 14hb Disember 2011 dengan kes kecemasan dan kes elektif hanya bermula balik pada 29hb Disember 2011. Dari jumlah kes yang diterima , sebanyak 1199 kes merupakan kes jantung iaitu 75% dari jumlah pesakit yang masuk ke Angio Suite,yang selebihnya terdiri daripada intervensi lain seperti kes peripheral.Manakala sebanyak 329 kes merupakan kes-kes kecemasan iaitu 24 kes ( 2009), 120 kes (2010) dan 185 ( 2011). Kes-kes intervensi jantung telah dimulakan pada bulan April tahun 2010 dengan kes kecemasan.Jumlah kes intervensi jantung yang telah dijalankan adalah sebanyak 124 kes (2010) dan 202 kes (2011 ). Kira-kira 158 kes-kes percutaneous coronary Intervention ( PCI) merupakan primary PCI, rescure PCI dan urgent PCI dimana saluran darah yang tersumbat dibuka sertamerta di Angio Suite dan puratanya dari 8 hingga 28 kes sebulan. Dari jumlah kes kecemasan yang diterima ,sebanyak 68 kes memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) dan sebanyak 31 kes memerlukan alat IABP (Intra Aortric Balloon Pump).

12 2.5. ANGIOGRAM SUITE Di Hospital ini (HTAA), kami mempunyai sebuah komplek Angiogram Suite yang terletak bersebelahan dengan Komplek Jabatan Kecemasan. Pada asalnya ia adalah sebuah Komplek Wad pembedahan mini yang diubahsuai menjadi Angiogram Suite. Pada masa dahulu wad ini mempunyai sistem penghawa dingin berpusat. Akan tetapi pada masa pengubahsuaian tersebut, sistem penyejukan ini telah ditukar kepada sistem split unit. Ini adalah kerana Unit Chiller penyejukan tidak dapat menampung beban penggunaan hawa dingin. Pada masa ini. Unit Chiller tersebut telah diperbaiki untuk menampung keperluan Perkhidmatan Kardiotorasik. Unit Angiogram Suite adalah tempat untuk mengendalikan kes-kes Kardiovascular yang memerlukan rawatan Invasif termasuk kes-kes jantung dan saluran darah periperi. Ia dilakukan melalui penggunaan mesin Angiogram. Mengikut saranan Ketua Perkhidmatan Kardiologi Malaysia, setiap Angiogran Suite yang di bawah kelolaan Jabatan Kardiologi seelok- eloknya mempunyai dua bilik angiogram. Ini membolehkan kes-kes elektif dan kecemasan dapat dirawat dengan lancar. Unit Angiogram Suite adalah daripada pengubahsuaian Wad pembedahan Mini Jabatan Kecemasan

13 2.5.4. Satu Mesin Angiogram yang ada sekarang adalah dibeli oleh Universiti
Islam Antarabangsa dan diletakkan di bawah kelolaan Jabatan Radiologi. Ia digunasama oleh Jabatan Radiologi, Jabatan Kardiologi dan Unit Paediatric Kardiologi. Keseluruhan projek ini bernilai 6 juta ringgit. Kemudahan yang sedia ada di Angiogram Suite adalah seperti berikut: Sebuah bilik Angiogram (asalnya sebuah dewan bedah di Jabatan kecemasan), Observation bay, tandas untuk kakitangan lelaki dan wanita dan bilik rehat kakitangan. Sebuah lagi dewan bedah lama yang berdekatan dengan bilik angiogram yang sediaada. Sebuah bilik rehat untuk kakitangan. Peralatan-peralatan untuk menggendalikan kes-kes jantung seperti mini heart-lung mesin dan perkakas untuk elektrofisisologi. Bilik Angiogram sediada di kiri dan dewan bedah untuk mesin angiogram kedua di kanan Mesin angiogram yang sediada

14 3.0 KELEMAHAN KEPADA KEMUDAHAN YANG SEDIA ADA.
3.1. Mengikut saranan ketua perkhidmatan kardiologi Malaysia setiap Pusat Jantung mempunyai 2 mesin angiogram terutama di Pusat yang mempunyai permintaan yang tingg.i. Hospital ini mempunyai hanya satu mesin angiogram 3.2. Di Hospital ini mesin angiogram tersebut adalah di bawah jabatan Radiologi yang diguna secara gunasama. Dua hari berkerja diperuntukkan untuk kes-kes radiologi, Satu hari akan diperuntukkan untuk Kardiologi kanak-kanak (Paediatric Kardiologi) dan cuma dua hari diperuntukkan untuk “Adult Cardiology”. Ini menyukarkan proses kerja terutamanya dalam menggendalikan kes-kes kecemasan. 3.3. Kami berhasrat untuk menjadikan Jabatan Kardiologi HTAA sebagai Pusat jantung terulung dalam menggendalikan kes-kes kecemasan secara 24 jam. Keadaan di atas boleh menyukarkan kami untuk memenuhi permintaan tersebut terutamanya selepas perkhidmatan Pembedahan Jantung yang dirancang dimulakan pada Mac 2012 3.4.Kemudahan “cardiac angiogram” kebelakangan ini selalu terhenti. Ini adalah kerana berlaku kerosakan pada sistem penghawa dingin (Split unit system). Sistem split unit yang sedia ada tidak mampu menampung beban yang diperlukan untuk sistem penyejukan mesin angiogram ini. Setakat ini sudah dua kali perkhidmatan ini dihentikan yang masanya berjumlah 3 bulan.

15 3.5. Alat-alat angiogram ini adalah di bawah pentadbiran Universiti Islam
Malaysia (UIA) melalui pinjaman Islamic Development bank. Segala pembaikannya terhadap kerosakan adalah di bawah kelolaan universiti tersebut Setakat ini sudah berjumlah RM 45,000 digunakan untuk membaiki sistem pemampat (Compressor system) yang rosak dalam tahun ini sahaja Dijangkakan akan lebih kerap berlakunya kerosakan jika tiada penambahbaikan kepada sistem yang sedia ada. 3.6.Tiadanya ruang menunggu, tiada bilik kaunselling atau tandas untuk keluarga pesakit atau waris pesakit di premis ini seperti disarankan dalam akreditasi hospital. Ini menyukarkan keluarga pesakit untuk berinteraksi dengan doctor di unit ini. 3.7. Tiada bilik atau stor untuk pemyimpanan barang-barang gunapakai (consumable items). 3.8. Keadaan Jabatan Kecemasan yang sesak dan tiada tempat khas untuk bilik permerhatian kes-kes jantung memburukkan lagi keadaan di atas. 3.9 Kebanyakan pesakit yang mendapat rawatan di sini adalah golongan miskin yang tidak mampu untuk pergi ke Kuala Lumpur mendapat rawatan jantung kerana kos perjalanan dan sara hidup di sana yang tinggi. Gambar Dewan Bedah lama/Cadangan bilik angiogram kedua yang dijadikan Stor Ruang menunggu untuk di Jabatan Kecemasan/ Angiography Suite

16 Invois pembaikan

17

18

19 4.0. OBJEKTIF AM: 4.1.Menaiktaraf kemudahan di Jabatan kecemasan HTAA serta Angiogram Suite seperti di dalam projek brief yang telah dikemukakan oleh Jabatan Kecemasan. 4.2.Menaiktaraf kemudahan di angiogram suite. 5.0. OBJEKTIF KHAS. Menaiktaraf kemudahan yang ada di angiogram suite seperti yang disarankan dalam plan. 5.1.Membesarkan unit angiogram suite dengan penambahan bangunan dua tingkat di belakang kepada bangunan yang sedia ada. Penambahan ini adalah perubahan fungsi kepada plan pembesaran Jabatan Kecemasan yang tidak diluluskan sepenuhnya. 5.2.Membaiki Angiogram Suite dari sistem hawa dingin split unit kepada sistem hawa dingin berpusat yang lebih sesuai dengan keperluan dewan bedah. 5.3.Mengubahsuai dewan bedah kedua (bersebelahan dengan bilik angiogram yang sediaada) kepada bilik angiogram kedua. 5.4.Membina, membeli dan memasang mesin angiogram biplane kedua di Angiogram Suite yang telah diubahsuaikan. 5.5.Membeli peralatan-peralatan yang berkaitan Lokasi tapak untuk pembesaran. Pandangan di belakang Angiography Suite

20 6.0. KONSEP REKAAN 6.1.Unit angiogram suite ini akan mempunyai Dua buah bilik angiogram b. Tempat Observation bay untuk pesakit selepas angiogram. c. Day care centre. d. Ruang menunggu untuk pesakit lengkap dengan tandas dan bilik kaunselling. e. Bilik persalinan kakitangan lengkap dengan tandas dan entry point. f. Reporting room dan film storage g. Stor-stor untuk barang “consumables” h. Meeting room –tingkat atas i. On-call room untuk Kardiologis dan paramedic (tingkat atas). j. Sistem “airlock” seperti di dewan bedah untuk tingkat bawah.

21 6.2. “WORKFLOW” 6.2.1.Perkara Am. Pembinaan dan pengubahsuaian komplek Angiogram Suite adalah mengambilkira perjalanan pesakit dari wad kecemasan di Jabatan kecemasan, perjalanan ahli keluarga yang mengiringi pesakit dan kakitangan Hospital yang memasuki komplek Angiogram Suite tersebut. Semua pembinaan tersebut mestilah mengambilkira supaya komplek ini adalah dalam keadaan steril seperti sebuah dewan bedah. Oleh itu perhubungan antara kawasan yang steril dan tidak steril mestilah mempunyai “airlock”. Bahan binaan yang digunakan mestilah mengambilkira kalis kulat. a.Pejalanan pesakit (Patient flow). Pesakit yang memasuki komplek ini mestilah melalui pintu yang mempunyai airlock. Garisan pemisah antara kawasan steril dan tidak steril adalah jelas ditanda dilantai. b.Pejalanan Waris. Waris pesakit akan ditempatkan di bilik menunggu di dalam komplek ini (Bilik tidak steril). Sebuah bilik kaunselling disediakan di dalam ruang menunggu yang pintunya di masuki oleh doktor dari ruang bersih (sterile zone) dan satu lagi pintu dimasuki oleh waris dari ruang tidak bersih (bilik menunggu). c.Pejalanan Kakitangan. Kakitangan yang memasuki komplek ini adalah melalui bilik pesalinan mengikut jantina masing-masing. Bilik ini mempunyai tanda yang jelas yang membahagikan ruang steril dan tidak steril. Bilik-bilik ini mempunyai tandas dan almari penyimpanan (telah ada). d.Pejalanan barang-barang. Barang-barang kotor dan bersih akan dihantar melalui pintu-pintu yang dikhaskan.

22 6.3.RUANG YANG DIPERLUKAN a.Ruang untuk pesakit “day care” Ruang untuk pesakit day care mestilah mempunyai sekurang- kurangnya tiga katil lengkap dengan Portable “vital sign” monitoring (telah disediakan) b.Ruang pemerhatian untuk pesakit selepas invasive prosedur. Ruangan ini adalah mempunyai sekurang-kurangnya tiga katil lengkap dengan “monitoring system, “service panels” untuk semicritical area” dan kauter permerhatian. c.Bilik angiogram Kedua. Mestilah berfungsi seperti dewan bedah yang mempunyai system airlock”, service panels untuk “critical care” dan sistem penghawa dingin bertapis dan “positive pressure”. Suhu bilik ini mestilah di sekitar 18 hingga 22 darjah celcius. Bilik ini mestilah diubahsuai supaya boleh menampung mesin angiogram pembedahan jantung kecemasan (hybrid OT) pada masa akan datang. d.Kaunter pemerhatian Kaunter ini mestilah mempunyai ketinggian yang tidak menghalang permerhatian oleh staff nurse yang bertugas. Ia mestilah mempunyai sistem pemerhatian berpusat dan lengkap dengan Telefon Komputer Printer Power Outlet X-ray viewing box (bergantung kepada kawasan) Writing and work station. e.Tandas Pesakit f. Bilik Menunggu g.Stor Am. Berada didalam kompleks ‘Angiogram Suite’ lengkap dengan rak-rak dan cabinet besi. Contoh daycare centre Kaunter pemerhatian

23 6.4. KAWASAN “CLINICAL SUPPORT”
a.Clean Utility. Mestilah saiznya sesuai untuk penyimpanan barang-barang yang steril dan ruang penyedian untuk “procedure tray dan peralatan. b.Disposal room/Dirty Utility 6.5. KEMUDAHAN UNTUK KAKITANGAN a.Bilik kakitangan Bilik rihat kakitangan untuk berihat dan makan yang mempunyai kemudahan sinki, meja dan kerusi serta alamari penyimpanan makanan. b.Bilik Sister (tingkat atas) c.Bilik pakar-pakar untuk tunggu atas panggilan(tingkat atas) d.Bilik untuk kakitangan sokongan untuk tunggu atas panggilan. (tingkat atas) e.Seminar room. (tingkat atas) Bilik ini digunakan untuk pembelajaran bagi kes-kes invasive yang akan digunakan untuk penceramah anatarabangsa dan tempatan. Mereka dijemput untuk membuat “live demonstration’bagi kes-kes komplek untuk teknik-teknik baru rawatan.Ia terletak ditingkat satu bangunan tambahan. Ia mempunyai: Kerusi dan meja untuk 20 orang Built in whiteboard, softboard, document racks dan screen projector 2 worlstations with computers and printers 2 talain telefon. VCD/DVD player 42 inch telivisyen Examinition couch Projection screen (power) Power outlet LCD projecter. Bilik kakitangan

24 6.6.KEPERLUAN SISTEM BANGUNAN
6.6.1.Saiz pintu Semua pintu mestilah boleh dilalui oleh katil hospital yang lengkap dengan peralatan. 6.6.2.Wall finishing Katil hospital yang lalulalang boleh merosakkan dinding. Oleh itu dinding yang berkenaan hendaklah dikukohkan dengan “buffer rail” atau yang sama dengannya. Electric supply. Mestilah “surge protected” supaya boleh menggelakkan kerosakkan kepada peralatan-peralatan. Emergency power. Emergency power mestilah disediakan di termpat-tempat seperti di bilik angiogram, observation bay dan daycare centre. 6.6.5.Provision of Cabling. Pendawaian mestilah menganbil kira pendawaian telefon, panggilan pesakit, panggialn kecemasan. Assess card disemua entry point, talian computer dan system telekomunikasi dan monitoring system. 6.6.6.Provision of medical gases Gas-gas perubatan mestilah melalui paip-paip dalaman kepada semua tempat yang telah dikenalpasti

25 6.6.7.Airconditioning Unit Angiogram Suite mempunyai system hawa dingin Berpusat yang mempunyai AHU yang berasingan untuk kedua-dua bilik angiogram. Bilik-bilik angiogram mempunyai system AHU bertapis (Hepar filter) 6.6.8.Information/Communication support. Unit ini memerlukan system telekominikasi yang terkini yang mampu menyalurkan data dari bilikmangiogram ke klinik-klini dan wad-wad. Penyedian ruangan untuk mestilah disediakan untuk penggunaan di masa akan datang. 6.6.9.Servise panels Mestillah secara minimanya dilenkapkan dengan Critical care area (Bilik Angiogram) 3 x oxygen outlets 2 x medical air outlets 2 x suction outlets 12 x Power outlets in at least two separate panels 1 x Nitrous Oxide outlet 1 x scavaging unit Semi-critical care area (Observation bay) 2 x oxygen outlets 1 x Industrial air outlets 8 x Power outlet in two separate panels.

26 B- KAJIAN AWAL OLEH PERUNDING

27 Pengenalan Cadangan projek ini adalah Cadangan Ubahsuai Dan Tambahan Kepada Jabatan Kardiologi Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang yang melibat pengubahsuaian kepada ruang medikal dalaman, tambahan kepada Bilik Angio Operation Theatre serta ruang sokongan medikal dan tambahan ruang pentadbiran untuk menampung pertambahan kes kes kecemasan berkaitan pemasalahan jantung

28 Justifikasi Cadangan Pemasalahan atau kegagalan fungsi jantung diantara kes-kes kecemasan yang amat kritikal dan perlu ditangani dengan segera dimana kes-kes kematian disebabkan kegagalan fungsi jantung semakin meningkat di masa kini. Kematian disebabkan penyakit kegagalan fungsi jantung mungkin dapat dikurangkan sekiranya ianya dapat ditangani dengan kadar segera oleh unit kecemasan dihospital-hospital. Pada masa sekarang, kes-kes kecemasan pemasalahan jantung yang kritikal tidak dapat ditangani di hospital dan pesakit perlu dibawa ke Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur. Kes-kes yang kritikal sebegini kemungkinan tidak boleh ditangguhkan dan boleh meyebabkan pesakit tidak dapat diselamatkan seperti kematian semasa dalam perjalanan. Kadar kematian sebegini mungkin dapat dielakkan sekiranya hospital-hospital sediada mempunyai perkakasan yang mengcukupi dan infrastruktur yang lengkap untuk menangani kes-kes sebegini. Cadangan pengubahsuaian dan tambahan kepada jabatan kecemasan Kardiologi ini adalah amat perlu berdasarkan peningkatan kepada kes-kes kecemasan dan kematian disebabkan kegagalan fungsi jantung dan kegagalan untuk menangani kes diesebabkan oleh kekurangan perkakasan serta kelengkapan medikal sediada.

29 Lokasi Tapak Cadangan Kajian Tapak TAPAK CADANGAN
Lokasi tapak untuk kerja ubahsuai dan tambahan ini adalah di ruang sediada Jabatan Kardiologi di bangunan unit Kecemasan dan Trauma Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan manakala untuk tambahan ruang bangunan baru untuk pentadbiran adalah ruang luar bangunan berhampiran dengan ruang tempat letak kereta sediada. Kajian Tapak Tapak cadangan adalah ruang lanskap sediada dimana ianya terdapat ruang pejalan kaki, lonkang dan pokok-pokok lanskap. Terdapat longkang bersaiz 450 mm di tapak cadangan dimana ianya perlu dilencongkan sebelum kerja-kerja dapat dimulakan. Tapak cadangan ini amat sesuai kerana ianya ruang kosong sediada bersebelahan dengan Unit Jabatan Kardiologi. Terdapat juga laluan servis sediada seperti laluan kabel elektrik dan pembentungan (sewerage) yang akan diambil kira dalam kerja-kerja merekabentuk dan pembinaan. TAPAK CADANGAN

30 Kajian Kepada Ruang Sediada.
Kajian kepada ruang medikal sediada telah dibuat yang melibatkan ruang bilik Angiogram serta ruang sokonganya, ruang patient recovery, day care unit, nurse station dan lain.lain ruang berkaitan. Diantara pemasalahan yang telah dikenalpasti kepada ruang sediada adalah sebagaimana berikut ; Ruang-ruang untuk bilik-bilik sokongan adalah kecil dan terhad seperti ruang rehat staff, ruang persalinan dan bilik store. Hanya satu bilik Angiogram boleh digunakan disebabkan satu bilik lagi untuk bilik Angiogram tidak dapat digunakan disebabkan tidak mempunyai keluasan yang mengcukupi dan bilik tersebut telah dijadikan ruang setor disebabkan ruang setor sediada yang terhad. Laluan kecemasan (strecher corridor) sediada adalah amat terhad. Ruang Patient Recovery yang terhad dan hanya dapat menempatkan 3 pesakit sahaja dan diletakkan diruang korridor dan ini jelas menghadkan ruang laluan korridor Sistem penghawa dingin sediada tidak memuaskan dan tidak menepati tahap kesesuaian untuk ruang medikal terutama di bilik Angiogram dimana AHU berkongsi dengan ruangan bilik yang lain. Ruang-ruang sokongan medikal sediada tidak mengcukupi seperti control & monitoring room, bilik scrub, dirty utility room, linen room,clean utility room dan sebagainya. Bilik Angiogram yang tidak boleh digunakan dan telah dijadikan ruang setor Patient Recovery Bay berada di ruang korridor

31 Cadangan Rekabentuk . Cadangan rekabentuk adalah kerja-kerja ubahsuai kepada ruang dalaman sediada seperti pengubahsuaian kepada laluan korridor ( strectcher) yang dilebarkan dan dipermudahkan. Pengubahsuaian juga dibuat untuk ruang-ruang seperti berikut seperti ; Ruang Patient Recovery dipindahkan dan dibesarkan dan dapat memuatkan 6 pesakit pada satu masa dan 2 pesakit diruang VIP Patient Recovery. Bilik persalinan staff diubahsuai dengan susunatur yang lebih strategik. Bilik Day Care Unit diubahsuai dan dibesarkan untuk dapat menempatkan lebih pesakit. Bilik Angiogram kedua ( sebelum ini tidak dapat digunakan) akan diubahsuai dan dibesarkan supaya dapat menempat perkakasan bedah Angio. Tambahan 2 tingkat pejabat pentadbiran yang menempatkan pejabat pentadbiran jabatan, bilik mesyuarat, bilik ketua jabatan, 3 bilik On Call Doctor dan ruang-ruang sokongan lain seperti tandas dan pantry. Ruang ubahsuai dan tambahan telah direkabentuk dengan mengambilkira operasi dan tatatur sepertimana dibincangkan bersama pihak kakitangan Jabatan Kardiologi hospital.

32 Cadangan Rekabentuk Ruang Servis Mekanikal dan Elektrikal
. Cadangan rekabentuk adalah kerja-kerja ubahsuai kepada ruang dalaman sediada seperti pengubahsuaian kepada laluan korridor (strecher) yang dilebarkan dan dipermudahkan. Pengubahsuaian juga dibuat untuk ruang-ruang seperti berikut seperti ; Keperluan penghawa dingin di bilik Angio direkabentuk beroperasi secara ‘1duty 1 standby’ dan AHU tidak dikongsi dengan bilik yang lain. AHU juga perlu dilengkapi dengan penapisan seperti Hepar Filter dan bilik tersebut perlu mempunyai pengudaraan udara segar Sistem penghawa dingin bagi ruang bilik tambahan akan dibina baru dan beroperasi secara berasingan dengan bangunan sedia ada memandangkan kapasiti penyejukan penghawa dingin sedia ada tidak mencukupi untuk menampung keperluan ruang bilik tambahan Sistem Pencegah Kebakaran adalah berdasarkan piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia. Bagi bangunan tambahan, sistem pencegah kebakaran jenis berpusat seperti Sprinkler, Salur Bantu Mula dan Pengesan Kebakaran akan disambung dengan sistem sedia ada dan Clean Agent disediakan di bilik suis utama. Sistem perpaipan dan pendawaian sistem pencegah kebakaran di ruang bangunan yang dibuat pengubahsuaian akan dikekalkan dan dibaik pulih Switch board bekalan elektrik normal dan essential sediada akan digantikan dengan yang baru bagi menampung pertambahan beban. Pendawaian elektrik , lampu, soket alur keluar dan sistem telefon baru bagi menggantikan yang lama dan untuk bangunan tambahan. Penghawa dingin jenis split unit ditambah kerana kapasiti penyejukan berpusat sedia ada tidak dapat menampung keperluan hawa dingin di Bilik Angiogram dan bilik yang lain.

33 Cadangan Rekabentuk Ruang Servis Mekanikal dan Elektrikal- samb
Sistem networking terkini akan disediakan untuk keperluan internet dan intranet . Sistem Audio Visual akan disediakan di bilik mesyuarat bagi tujuan pembentangan dan persidangan video. Sistem kamera litar tertutup akan dipasangdi bilik Recovery bagi memantau perkembangan pesakit dan di bilik Angiogram untuk tujuan pemerhatian dan pembelajaran ketika pembedahan dilakukan. Sistem Card Access akan dipasang di pintu laluan tertentu yang hanya membenarkan kakitangan bertugas sahaja memasuki kawasan tersebut dan menghalang sesiapa yang tidak berkenaan. Sistem janakuasa tambahan disediakan bagi menampung bekalan essential kerana janakuasa sediada gagal berfungsi dengan baik. Sistem UPS yang membekalkan elektrik tanpa gangguan akan disediakan bagi bilik Angiogram 2 dan peralatan kritikal. Bilik Angiogram dan bilik lain berkongsi AHU sedia ada.

34 C- CADANGAN PEMBANGUNAN OLEH KONTRAKTOR

35 SITE PLAN LOCATION PLAN

36 GROUND FLOOR PLAN LAYOUT

37 GROUND FLOOR PLAN

38 FIRST FLOOR PLAN

39 PERSPECTIVE

40 PERSPECTIVE

41 PERSPECTIVE

42


Download ppt "CADANGAN MENAIK TARAF DAN MENGUBAHSUAI KEMUDAHAN DI ANGIOGRAM SUITE DI JABATAN KARDIOLOGI HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN, KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR SECARA."

Similar presentations


Ads by Google