Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

PINJAMAN ANTARA PERPUSTAKAAN

Similar presentations


Presentation on theme: "PINJAMAN ANTARA PERPUSTAKAAN"— Presentation transcript:

1 PINJAMAN ANTARA PERPUSTAKAAN
Nazura Abdul Manap

2 ISU Mengimbangi kepentingan penerbit dan perpustakaan.
Teknologi baru telah mengganggu proses keseimbangan yang disarankan oleh undang-undang hakcipta. Kenapa: Pinjaman perpustakaan masakini bukan terikat kepada pinjaman konvensional malah teknologi telah mengubah peranan perpustakaan yang dahulunya hanya pengantara dalam proses pinjaman oleh pengguna dengan perpustakaan yang lain kepada perkhidmatan serahantar dokumen.

3 Ini menggugat kedudukan sesetengah penerbit yang memperolehi bayaran royalti daripada pemberi perkhidmatan dokumen komersil.

4 Perpustakaan Negara Malaysia
DASAR SISTEM PEMBEKALAN PENERBITAN (SPP) 7.5 Bahan yang boleh dibekalkan. ”...tertakluk kepada Akta Hakcipta ”

5 COPYRIGHT DESIGN PATENT ACT 1988 (CDPA) UNITED KINGDOM

6 CONTU National Commission on New Technological Uses of Copyright Works (CONTU) Garispanduan CONTU dalam urusan pinjaman antara perpustakaan Garispanduan ini membantu dalam menentukan jumlah yang dibenarkan untuk disalin menurut undang-undang hakcipta. Walau bagaimanapun CONTU hanya terpakai kepada bahan-bahan tertentu iaitu bahan-bahan yang diterbitkan kurang daripada 5 tahun dari tarikh permohonan tetapi bukan bahan yang lebih lama daripada tempoh itu.

7 Apa itu Pinjaman Antara Perpustakaan (IL)?
Perpustakaan berperanan samada sebagai Pemohon (Requestor)atau Penerima Permohonan (Responder) dalam IL. Sebagai Pemohon , pihak perpustakaan perlu bertanggungjawab bagi memenuhi syarat di bawah undang-undang hakcipta. Manakala sebagai penerima permohonan IL , pihak perpustakaan perlu mengambiltahu samada pihak pemohon telah memenuhi syarat hakcipta.

8 PERSOALAN? Membuat fotokopi bagi keseluruhan buku atau jurnal yang telah dipinjam dari institusi lain dan diletakkan di Perpustakaan untuk kegunaan pelajar lain selain daripada pelajar yang meminta tersebut Membuat fotokopi bagi sebahagian daripada artikel daripada jurnal. Pustakawan kadangkala menghantar salinan faks, salinan keras kepada pelanggan perpustakaan lain  Perpustakaan menggunakan emel untuk tujuan memberikan bahan yang diminta kepada pelanggan atau rakan contoh bahan-bahan daripada e-journal portal atau melalui kerjasama ILL online

9 Perpustakaan menggunakan emel untuk tujuan memberikan bahan yang diminta kepada pelanggan atau rakan contoh bahan-bahan daripada e-journal portal atau melalui kerjasama ILL online

10 Membuat Salinan Penuh TANGGUNGJAWAB PEMOHON
Sebagai pemohon perlu menentukan bahawa salinan tidak boleh diperolehi dengan harga yang munasabah Perpustakaan perlu tiada notis bahawa salinan itu akan digunakan untuk tujuan lain selain daripada urusan wajar. Perpustakaan perlu tiada pengetahuan atau kepercayaan bahawa perpustakaan terlibat dengan penyalinan semula atau pengedaran salinan-salinan bahan tersebut. Perlu ada Amaran Hakcipta pada borang permohonan. Jika bayaran hendak dikenakan perlulah tidak lebih daripada kos membuat salinan termasuk sumbangan bagi keperluan perbelanjaan umum perpustakaan tersebut ( bayaran perkhidmatan).

11 Membuat Salinan Sebahagian
TANGGUNGJAWAB PEMOHON Sebagai pemohon perlu menentukan bahawa salinan tidak boleh diperolehi salinan dengan harga yang munasabah Perpustakaan perlu tiada notis bahawa salinan itu akan digunakan untuk tujuan lain selain daripada urusan wajar. Perpustakaan perlu tiada pengetahuan atau kepercayaan bahawa perpustakaan terlibat dengan penyalinan semula atau pengedaran salinan-salinan bahan tersebut. Perlu ada Amaran Hakcipta pada borang permohonan.

12 TANGGUNGJAWAB PENERIMA PERMOHONAN
Perlu mendapatkan kepastian daripada pemohon bahawa pemohon memenuhi syarat di bawah hakcipta. Ini adalah kerana sekiranya berlaku perlanggaran hakcipta perpustakaan yang menerima dan membekalkan bahan juga boleh menanggung liabiliti. Dengan syarat bahawa pihak perpustakaan yang membekal bahan mengetahui atau percaya bahawa pemohon terlibat dengan penyalinan semula atau pengedaran salinan-salinan bahan tersebut.

13 Mengikut peraturan asal, ia merupakan perlanggaran hakcipta.
Walaubagaimana pun, pengecualian diberi di bawah Akta Hakcipta 1987 (AHC 1987) S.13(2) (I): Walau apa pun subseksyen (1), hak mengawal di bawah subseksyen itu tidak termasuk hak untuk mengawal— apa-apa penggunaan sesuatu karya dengan atau di bawah arahan atau kawalan Kerajaan, oleh Arkib Negara atau mana-mana Arkib Negeri, oleh Perpustakaan Negara atau mana –mana perpustakaan Negeri, atau oleh mana-mana perpustakaan awam dan institusi pelajaran, sains dan profesional sebagaimana ditetapkan oleh Menteri melalui perintah, jika penggunaan sedemikian adalah untuk kepentingan awam dan bersesuaian dengan amalan yang wajar dan peruntukan mana-mana peraturan; dan (i) tiada keuntungan didapati daripadanya: dan (ii) tiada bayaran masuk dikenakan hagi penyampaian. jika ada, kepada awam karya yang digunakan sedemikian;

14 PERKHIDMATAN PENGHANTARAN DOKUMEN (Document Delivery Service)
Perpustakan kini telah memberi perkhidmatan DDS melalui emel dll. DDS boleh dianggap sebagai salah satu transaksi IL. Adakah penghantaran dokumen hanya terhad kepada transaksi langganan sahaja atau termasuk amalan IL yang boleh diterima pakai dalam komuniti perpustakaan. Adakah permohonan daripada pengguna yang bersifat komersil boleh dibenarkan menggunakan perkhidmatan sedemikian?

15


Download ppt "PINJAMAN ANTARA PERPUSTAKAAN"

Similar presentations


Ads by Google