Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Z.A MARKETING RESOURCE ENT.

Similar presentations


Presentation on theme: "Z.A MARKETING RESOURCE ENT."— Presentation transcript:

1 Z.A MARKETING RESOURCE ENT.
HIMALAYA CRYSTAL MINERAL FOR HEALTH

2 PENGENALAN PRODUK Ternyata garam bukan sebagai penyedap makanan saja. Ia termasuk salah satu zat mineral yang berguna buat kecantikan dan kesihatan. Misalnya, garam kristal yang diperolehi dari rantau Himalaya dipercayai membantu ke arah kesihatan optimum. Daripada 84 elemen galian yang terdapat dalam tubuh badan manusia, 72 dipercayai bahan paling penting diet yang sihat dan garam galian kristal mengandungi semua elemen galian tersebut. Semua galian itu adalah kristal matrik yang sempurna dan bersifat bentuk yang terakhir (caj elektrik ). Menurut seorang saintis dan pemenang dua anugerah Nobel, setiap gejala dan penyakit berpunca daripada masalah ketidakseimbangan atau kekurangan zat mineral dalam tubuh. Kita memperoleh bekalan zat-zat mineral daripada pemakanan antaranya bijiran, sayur-sayuran dan buah-buahan. Satu lagi kajian tentang zat mineral dan tumbuh-tumbuhan oleh Universiti Rutgers, New Jersey mendapati bahawa tanah pertanian yang telah diulang tanam berkali-kali telah ketandusan zat-zat mineral bagi tanaman yang kemudian. Oleh itu, kebanyakan bijiran, sayur-sayuran dan buah-buahan kini tidak berupaya membekalkan semua zat mineral yang diperlukan tubuh. Garam biasa berbeza dengan garam kristal. Garam biasa atau natrium klorida meningkatkan tekanan darah berbanding garam kristal tulen dan semula jadi. Menurut pengasas Kristal Garam Himalaya, Borhan Sharif, garam ini mengandungi 84 elemen galian terpenting. Antaranya klorida yang boleh digunakan oleh badan untuk membuat asid hidroklorik iaitu bahan penting bagi penghadaman. Oleh itu, sedikit garam diambil sebelum makan dapat mencukupkan asid hidroklorik dalam perut sebelum makanan baru masuk dalam perut. Perlu diketahui bahawa kesan berbahaya akibat terlalu banyak makan garam itu adalah kerana paras sodium naik tinggi bukannya paras klorida. Bahkan orang yang langsung tidak makan garam mungkin mendapat penyakit akibat kekurangan asid hidroklorik dalam badannya. Sementara itu, garam kristal dari Himalaya telah menjalani kajian saintifik dan ujian klinikal seperti yang tercatat dalam buku Water and Salt The Essence of Life oleh Dr. Barbara Hendel dan Peter Fereira. Ia telah digunakan dalam satu kajian untuk memastikan keberkesanannya dalam membantu kita kembali sihat atau mengekalkan kesihatan. Kajian ini dijalankan di Universiti Graz, Austria pada tahun Untuk maklumat lanjut tentang Kristal Garam Himalaya, orang ramai boleh menghubungi saya, NUR SUHARDY BIN YAKOP ( )

3 DEFINASI GARAM KRISTAL HIMALAYA
GARAM KRISTAL GUNUNG HIMALAYA adalah garam bukit yang berasal dari kawasan gunung Himalaya dan berada dalam bentuk asalnya. Ia adalah garam organik yang paling berkhasiat, paling bersih dan mempunyai struktur geomatrik kristaline yang amat sempurna. Ia mengandungi semua unsur yang terdapat dalam tubuh manusia. Garam Gunung Himalaya berbeza daripada garam halus biasa yang diproses yang mana kandungan sodiumnya adalah sodium pasif yang menyebabkan tekanan darah naik. Garam memudharatkan apabila proses “pembersihan” turut menyahkan unsur potassium, kalsium, magnesium dan besi yang perlu bekerjasama dengan sodium. Garam merupakan satu rahmat daripada Allah SWT yang boleh dinikmati dan tidak semestinya ditakuti kemudharatannya. Garam bukit menambah kualiti segala sesuatu yang dicampur dengannya.Ia berfungsi sebagai pemangkin dalam tindakbalas kimia oleh itu sangat perlu dalam penghadaman dan pencernaan makanan, mengurangkan masalah angin dan gastrik. Ia sangat cekap melancarkan pengaliran darah, merangsang kelenjar untuk merembes hormon, asid amino, mineral dan vitamin oleh organ tubuh. Ia kaya dengan iodin dan mampu mengimbangi kalsium dalam tubuh iaitu mineral yang penting untuk mencegah osteoporosis. Fakta - Garam meningkatkan kadar metabolisma dan memecahkan rangkaian lemak dan kolesterol  - Melancarkan pengaliran jus hempedu, penting dalam pengawalan berat badan.  - Dapat menyahkan toksin dan asid uric, dengan itu dapat merawat masalah gout dan sakit tumit.  - Garam mengandungi unsur pembersih, penghilang lendir, bersifat penyerap dan mencegah bau busuk dan kerosakan lantas mengelakkan keracunan dalam perut.  - Garam mampu menyerap gas-gas lengai dalam perut dan usus.  - Garam merangsang kelenjar tiroid yang penting dalam pembinaan tulang yang kuat (bone minerlisation).  - Bersifat pengalir yang efisien - Garam melancarkan system saraf dan pengaliran neuro transmitters yang menghantar isyarat kepada otak.  - Sifat penyerapan garam adalah faktor yang penting dalam rawatan kanser yang merupakan penyakit dasar.  - Garam menambahkan kandungan oksigen dalam darah yang sangat diperlukan untuk melemahkan virus kanser.PENGETAHUAN : GARAM BUKIT GARAM KESIHATANApakah dia antara RAHSIA MAKANAN TERNAKAN yang bermutu tinggi & berkhasiat? terdapat satu unsur semulajadi yang Allah jadikan dengan kesempurnaan sifatnya memberikan banyak manfaat kepada manusia, tumbuhan dan haiwan, yakni kewujudan garam bukit.

4 Garam Berlebihan Bawa Penyakit Rasulullah pernah menyarankan supaya manusia memakan secubit garam pada sebelum dan sesudah makan. Baginda berkata "Sesiapa yang memulakan makan dengan memakan secubit garam, Allah akan hindarkannya dari 330 jenis penyakit, paling kurang adalah penyakitgila, kusta, sakit perut dan sakit gigi, dan yang bakinya hanya diketahui oleh Allah sahaja" Dengan mengambil secubit garam dah segelas air, tubuh kita akan mencuci dengan sendirinya secara keseluruhan sel-sel badan, semua proses kehidupan akan diharmonikan, disusun dan dikuatkan semula, malahan banyak penyakit moden dapat diatasi menjadikan kehidupan lebih baik, sihat dan ceria. Kandungan garam bukit 100% asli, mengandungi 84 natural elemen yang diperlukan ole tubuh badan manusia. Dalam pada itu, garam galian mimang tidak dapat dinafikan kepentingannya dalam menjamin kesihatan. Garam yang sedia ada dikatakan mengandungi mineral yang berbeza daripada Garam Bukit Himalaya. Garam biasa yang terdapat dipasaran kebanyakkannya adalah garam laut yang telah diproses menjadi 99% natrium klorida (NaCl).  Buah pinggang (ginjal) manusia hanya boleh memproses keluar 5 hingga 7 gram garam sehari dan selebihnya akan ditinggalkan dalam tubuh badan. Penggunaan garam biasa tersebut lama-kelamaan akan menjadi toksid dalam tubuh badan manusia. Bagi menyingkirkan toksid tersebut, tubuh badan manusia memerlukan air yang banyak dan akan meningkakan kadar isipadu darah. Ini boleh mengakibatkan tekanan darah seseorang itu meningkat. Apabila tekanan darah meningkat, seseorang itu boleh mengalami masalah jantung.

5 Sabda Rasullullah. Mulakan makan dengan garam dan sudahi dengan garam
Sabda Rasullullah Mulakan makan dengan garam dan sudahi dengan garam.Nescaya ALLAH SWT afiatkan kamu dari 22 penyakit. GARAM BUKIT TULEN dlm rawatan.. Penggunaan lampu garam bukit tulen merupakan satu langkah alternative untuk membersihkan udara pada masa kini.penggunaannya juga telah begitu meluas sehingga ke serata dunia.. Dr.Albert P.Kruger,seorg ahli microbiologi & ahli patologi ujikaji di UNIVERSITI CALIFORNIA mendapati bahawa kuantiti ion negatif yg kecil boleh membunuh & menyingkirkan bakteria dlm udara dgn cepat.ia dpt mengurangkan jangkitan kpd manusia Kebaikan Garam bukit (Garam Kristal Sole Himalaya) Ø Membantu mempercepatkan tahap pemulihan pesakit asma. Ø Meneutralkan & mempertingkatkan kualiti udara. Ø Membantu mengurangkan sebahagian besar bakteria dalam udara. Ø Sebagai bahan terapi penyinaran untuk meningkatkan sistem imunisasi badan Ø Meningkatkan kapasiti denyutan jantung Ø Meningkatkan tahap produktiviti kerja / kosenterasi Ø Mempengaruhi tahap serotomin dalam aliran darah


Download ppt "Z.A MARKETING RESOURCE ENT."

Similar presentations


Ads by Google